Debat Bahasa Inggeris Madrasah VS American School

Hai semua. Mintak maaf skema sekejap. First, nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-53 kat semua orang. Waah! Dah lecih 50 tahun kita merdeka, ye. Kemerdekaan negara memang amat penting untuk semua rakyat sesebuah negara contohnya Malaysia ni. Tapi bila orang cakap yang generasi muda zaman sekarang tak berapa nak menghargai kemerdekaan negara sebab dapat 'free-free' je dari British ade jugak betulnya. Iye lah, walaupon memang ade usaha dari tokoh-tokoh kemerdekaan zaman dulu yang susah payah pergi London, tapi kalau kita sendiri dapat something free dengan hasil keringat sendiri, mana satu lebih dihargai? Ye ye. Memang itulah jawapannya.

Ok ok. Itu untuk negara kita tercinta, Malaysia. Ni aku nak cerita pasal negara luar pulak. Tak jauh pon negara tu, sebelah je. Semalam ber-facebook macam biasa tanpa henti selama 26 jam PC tu online (abis bebel bapak aku bil melambung lagi). Lepas tu ade la orang yang rajin kongsi video ni. Memang gempak cara budak perempuan ni berdebat. Sekolah Agama Islam lawan Sekolah Amerika. Tajuk debat , 'Internet Brings More Harm Than Good to Today's Youth'. Erm, betul ke? Pikir la anda sendiri. Check it out.



Isn't it impressive, right? Tapi memang biasa kalau jumpa budak ber-english sehebat macam tu. Diorang duduk Singapore memang selalu cakap English macam kita selalu cakap Melayu. Walau pape pon, sekolah agama tu kalah and sekolah American School tu menang untuk episod kali tu. Sumber daripada link ini.

Ada orang komen, hujan die tu tak relevan kot. Entah lah. Juri lebih bijak menentukan siapa pemenangnya. Cuma tertanya-tanya. Kan bagus kalau Kementerian Pelajaran Malaysia terbitkan rancangan macam ni untuk student macam aku ni. Setakat program Spell-It-Right perkaraan senang-senang aku pon boleh. Tapi kalau nak buat macam ni, tak salah rasanya meniru benda baik dari diorang, kan?
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?