Kemalangan Maut Seminggu Sebelum Raya di Ayer Baloi

Assalamualaikum semua. Dah nak dekat raya ni time sekolah cuti dua minggu, ade pulak kemalangan di kampung aku, Ayer Baloi, Pontian. Teruk kemalangan ni. Panjang giler kereta beratur sebab jalan nak menghala ke bandar Pontian terhalang. Nasib baik ade abang polis trafik yang kawal tapi still jugak jam teruk. Ceritanya macam ni . . .

Semalam masa nak ambik sepupu aku dekat MRSM Pontian, ada Ambulans lalu dari arah bertentangan. Masa nak hantar dia dekat stesen bas, boleh bulak jam panjang dekat jalan kampung aku tu. Memang dah agak yang ada kemalangan. Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga baru dan sebuah lori pasir tayar 10. Kemalangan berlaku di selekoh tajam berhampiran sungai Ayer Baloi. Kat situ memang banyak accident pon sebelum ni and kebanyakannya maut. Biasa lah tempat selekoh kan. Ok back to the story, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

For details, ni cerita yang aku dengar la dari orang-orang yang bercerita semalam. Mangsa yang meninggal tu pelajar perempuan SMK Dato' Penggawa Barat dan abangya. Calon SPM pulak tu. Semalam kan sekolah dah start cuti, jadi abang dia pon ambik la untuk cuti raya dan cuti sekolah. Diorang ni nak balik Muar. Tapi belum sempat sampai Muar dah sampai ajal. Ade orang cerita lagi yang pelajar tu dah terkulai dah masa nak angkat. Pinggang patah kot. Abang dia nyawa-nyawa ikan sementara diajar untuk mengucap oleh orang ramai. Aku dengar citer, kereta tu bertembung dengan lori tu sampai masuk bawah lori. Kereta tersebut diseret agak jauh jugak la. Tapi berdasarkan teori aku, memang salah kereta tu jugak kot. Kereta tu mungkin nak memotong kat selekoh tu (sebab nak cepat kot) tapi rupanya lori yang menanti kereta tu. Lori tu cuba nak mengelak ke kiri and kereta tu cube mngelak ke kanan tapi dua-dua elak kat arah yang sama and then GEDEGANGGG!!!! *tuuuuuttttt

Bahagian depan kereta tu remuk habis. Ni beberapa gambar yang sempat diambil dari dalam kereta. Mintak maaf gambar tak jelas sebab confuse nak kene snap dari dua phone yang aku punya and akak aku.

Kereta banyak ni yang beratur.

Pakcik Trafik yang kawal lalu lintas. Hahaha. Good job!

Masa aku sampai, dua-dua mayat da tutup plastik hitam. Orang pon ramai berkerumun. Tak sempat ambik gambar.

Mayat dah tutup dengan plastik hitam tu.
Tak dapat nak ambik gambar kereta yang remuk tu sebab terlindung sangat and kelam kabut.

Ini pulak video nye. Thanks to Ina Farhana (entah sape tah aku pon tak kenal) for upload it on Facebook.
Video rotated. Kalau tak berpusing kepala nak tengok video asal tu.

video


Eish bahaya bahaya. Walaupon kereta bahagian depan remuk habis tapi mayat tak sampai yang pecah ke terburai ke. Iya lah, hari Jumaat lagi tu. Hari baik bulan baik kan. Untung mati hari Jumaat. Tuhan lebih sayangkan dia. Lagi seminggu nak raya and tak sempat nak celebrate cuti. Kesian. Mesti keluarga si mati ni sedih sangat-sangat kan. Papepon, mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Ingatlah! Berhati-hati di jalan raya. Jangan suka-suka sangat.

UPDATED! : Actually kereta tu dari JB. Perempuan tu pelajar Teknik JB (bukan SMKDPB ye) and pemandunya tu sekarang tengah praktikal kat Skola Tun Fatimah. Budak perempuan tu adik ipar die. Lelaki tu ustadz. Baru 21 tahun muda lagi. Tak lame lagi nak bertunang. Kesian gf die. Pemandu tu mengantok. Mungkin buat qiamullail sebab ustadz, kan. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh.
Comments
1 Comments

1 comments:

BebbyFaRz said... [Reply]

al - fatihah.... hope roh dy d'cucuri rhmat n d'tmptkan d'klngn owg2 y b'iman... amin... InsyaAllah..

Post a Comment

What do you feel?