Why I'm still 'single'?

Untuk entri kali ni, aku nak bagitau kenapa aku masih single skarang ni. Ya, lepas kali terakhir aku serahkan semua perasaan aku kat seseorang ni (cey, jiwang sia) tetapi berakhir awal, memang susah nak cari yang baru untuk hati ni tertarik. Tapi tu sume citer lama and aku dah lupakan. Memang aku terlalu muda nak bercakap pasal cinta ni. Study should be my priority (of course) tapi bagi aku, untuk memiliki kawan perempuan (girlfriend) masa kat sekolah ni hanyalah sampingan sahaja dan boleh dijadikan dorongan. Haizz.. Kalau nak cakap pasal cinta-cinta ni semua dari pandangan aku memang panjang la entri ni nanti.

Bukan senang nak cari yang lain. Unless korang memang da pasang 'spare part'. Jadi bagi orang yang macam aku ni yang setia pada yang satu, agak struggle jugak mula-mula and seterusnya. Cinta pada zaman sekolah sekarang aku rasa bukan 'cinta monyet'. Antara sebab 'cinta monyet' zaman dulu hanya berakhir di bangku sekolah sebab diorang ni lose contact. Nak dibandingkan sekarang yang serba canggih dengan phone (untuk SMS) and internet (Facebook, MySpace etc), diorang akan sentiasa 'keep in touch' sampai lah ke menara gading and seterusnya ke jinjang pelamin. Lagipon dulu kalau takde handphone cuma boleh jumpa kat sekolah je and takde nya dapat SMS manja-manja malam-malam. Hahaha. Macam pernah buat je aku ni.

So for the reasons why I'm still single, let's check it out...



Terlalu memilih
Yes, yes and yes aku memang cerewet nak pilih perempuan ni. Ada je yang tak kena. Then orang akan cakap "Macam la kau ni perfect sangat nak dapat perempuan yang sempurna". Memang lah kan. Semua manusia ada kelemahan. Tapi tak salahkan kalau kita nak kan something yang lebih baik untuk diri kita?

Fobia
Aku rasa aku ade sikit fobia kot with my last relationship. And aku rasa aku fobia dengan pompan-pompan yang datang kat aku. Sebab tu aku macam tak terlalu mencari sekarang ni.

Tak minat sangat perempuan?
Eh, bukan. Aku bukan gay ye. Aku sekarang ni kalau aku betul betul nak kat someone tu baru la aku boleh terpikat. Kalau tak, memang aku akan anggap kawan je.

Study first
Ni lah masalahnya. Bila pikir pasal pompan, aku terpikir jugak pasal study. Oh tidak! Cita-cita mesti dicapai. dulu. Ferrari dan banglo mesti dimiliki. Lepas tu, arhh . . . sume pompan datang. Best!

Buat masa ni, tu je lah. Mungkin akan diupdate kemudian. Papepon, jangan jadi macam aku terlalu memilih sangat. Tapi kalau rasa tak boleh bahagia kalau terpaksa terima someone tu, jadi janganlah seksa-seksa diri tu sebab korang memang susah nak bahagia bila teringatkan yang kita boleh dapat yang lebih baik yang boleh membahagiakan kita. You know what I mean. Yang paling penting, jangan single sampai ke tua sudah la. Menyesal seumur hidup pulak nanti. :-)
Comments
3 Comments

3 comments:

ILA HAFIZ said... [Reply]

carilah calon yang btol2 sesuai utk dijadikan isteri. Jangan cari hanya kerana luaran. nanti merana sampai ke tua. masa tu la baru nak pk xyah kawin pun xpe. hehe

salam perkenalan :)

mieza said... [Reply]

wha!! isk33..cdeyh aq membcer nyer..cmpy fobia aek..

Ajam said... [Reply]

Ish ish ish. Kesian kan aku miza? Haha. Relax relax jangan sedeyh.

Post a Comment

What do you feel?