Title? Binatang ape ni?

Assalamualaikum!

Yeah. Ape yeah? Xin Yeah ke ape?
Memang pon malas nak update blog ni. Hahha. Walaupon banyak benda best.
Tapi mungkin malam ni saje kot datang gila.
Kesian tengok ajamz.blogspot.com ni mcm ni je dari dulu ye.

Semalam aku ngn Shafiq jalan-jalan kat CS.
Dia yang ajak aku. Sepupu dia bawak. Aku pon ok je.
Plan nak tengok wayang. Movie pukul sembilan.
Sepupu dia tinggalkan kitorang kat situ petang.
Dia suruh beli tiket dulu. Cerita "Red".
Masa kat kaunter, kitorang nak beli, pastu dia tanya, 
"Ni da cukup umur 18 tahun ke belum?"
Aku tanya balik "Agak2 muka2 macam ni da cukup ke belum ni?"
Pastu die bebel pasal nnti check IC la, na refund da ta boleh la.
Sebab movie yang aku nak beli tu 18 ke atas boleh tengok.
Kecoh punye cinema kat sini! Ari tu kat Jusco Tebrau chill2 je die ta bnyk citer.
Tapi tak pe la. Aku cakap ngn akak tu tak pe then bla.

Pastu aku call plak akak aku. Die yg suruh aku belikan tiket tu dulu.
Akak aku cakap, beli je tiket citer ape2 dulu untuk korang tengok.
Sementara nak tunggu malam nnti diorang smpai kan.
Aku ngn Shafiq pon pegi kaunter, tanya citer ape sekarang ni.
Orang tu cakap, citer 'Altitude'. Kitorang pon ok aje. Padahal ta tau citer ape tu.

Sebelom masuk tu, beli popcorn ngn air kejap.
Lepas bagi tiket, masuk panggung then cari seat.
Dah la kitorang ta tau tengah tengok citer ape, then masuk2 je ketawa.
Tahan2 ketawa. Tak tau kenapa ketawa. Tak dapat nak kawal.
Shafiq ar sengal. Bukan tengok citer lawak pon.
Masa mula2 cerita, ta paham langsung. Ye la asyik ketawa je.
Then sampai la pertengahan cerita. Baru la tau citer ni mainly pasal ape.



Cerita 'Altitude' ni pasal sekumpulan remaja dewasa yg nak pegi mana ntah.
Diorang naik satu pesawat. Pastu pesawat tu mengalami masalah teknikal.
Sayap kat ekor belakang tu tersangkut. Then pesawat tu tengah mendaki.
Lepas tu dah tinggi2 tu, ade la pulak ribut itam. Panjang diorang dalam ribut tu. Kitorang pon pelik.
Pastu kecoh2 siket masa dalam ribut tu. Last2 ade sorang na pegi betulkan sendiri kat luar.
Die nak fix syap ekor tu sendiri cara manual.
Pastu pikir2 la ape yg terjadi seterusnya. Rugi la cerita semua kat sini.
Nanti dah tau tak adventure pulak bila (mana tau) korang nak tngk nnti.

Cerita ni mengarut tapi boleh la bagi aku. Ending kurang jelas tapi still boleh paham.
Banyak scene2 illogic bagi aku. Klau dah tinggi2 kat atas tu, mana ada oksigen.
Lagi satu klau pintu pesawat dibukak, tekanan udara tu tinggi gila bapak.
Semua yang kat dalam tu boleh tersedut keluar. Ingat lagi movie 'Snake On A Plane'?
Cara diorang keluarkan semua ular tu dengan tembak satu cermin kapal terbang.
Pastu semua ular tersedut keluar. Tapi ni pintu yang dibukak lagi besar tapi effect ta baper.

Then, walaupon tak lapar, tapi beli je pape makanan kat McD tu.
Mangkuk betul. Aku salah kaunter. Aku pegi kat kaunter yang jual aiskrim je.
Tak tau pulak McD tu doubled-floor. So aku da terperasan kat situ.
Shafiq die bla dulu then ketawakan aku. Tak guna punya budak.
Then turun bawah, beli makanan semua pastu lepak situ lama2 tunggu diorang2 ni sampai.
Shafiq on call. Aku pulak main SMS je. Dia tanya aku SMS sape, aku tipu dia.
Malas mau dengar ceramah dia. Hahaha.

Pastu gi toilet pe smua, jumpa akak aku.
Pastu kitorang beli lagi tiket untuk movie aku ngn shafiq je sebab ta boleh join diorang.



Cerita seterusnya ialah 'The Other Guys'. Shafiq kata cerita ni lawak. Aku ok aje.
Aku ingatkan mula2 cerita ni hero die The Rock, rupenya dia mati awal.
Mati dengan cara yang paling sengal, bunuh diri. Apekah? Superb sengal + lawak!

Then jalan2 jap ambik2 gambar, then masuk panggung.
Kali ni memang ketawa abis abis tengok yang ni.
Lawak super sengal je diorang buat. Tah pape. Poyo nak mampos.
Papepon, dua2 movie tu tak menyesal la beli tiket.
Tiket pon murah aje. Hahaha.

Pastu akak aku kata sepupu Shafiq tu ade hal.
Dia suruh tido kat sana je. Aduh. Aku terpaksa mungkir janji.
Aku terlepas cakap kat Shafiq, yang aku ada janji nak datang esoknya.
Die tanya sape? Aku speechless kjap smbil pkir2.
Aku jwab Epul, Ameer semua tu la.
Pastu aku cepat2 tukar topik paling sengal.
Aku cakap van kat depan tu ta betul. Hahaha.

Then lepak kat kedai mamak jap.
Mata aku mengantok gila. Maklumlah, jarang sangat tido lambat.
Sampai uma pon, ta tido lagi wlaupon da superbly mengantok ni.
Pastu, dalam pkol 2 baru aku tido. Haizz.. What a day.

And kepada Mieza, memang tak ku sangka malam itu kami tidak pulang.
I could've have come that day if I was here. Once again, I'm sorry.
Haha. Patot la msj cam hape. Ingatkan tengah tido sebab time2 petang cm tu kan best tido.
Rupanya membalas dendam. Hehehe. Nanti kalau aku ada lesen kete boleh bwak kau jenjalan kan?
Macam yang telah diberitahu. Hehehe.

Argh!! Dua kali dah aku mimpi tahun depan duduk asrama.
Ari tu mimpi sekolah kat MRSM. Pastu yang ni sekolah Sains Muar pula.
Waah. Hahaha. Itu saja. Assalamualaikum.
Comments
5 Comments

5 comments:

Tihara said... [Reply]

best nye tengok movie ;)

mizz said... [Reply]

haha, azam kejam.. hehe..pmise suda..

Ajam said... [Reply]

Tihara, tengok movie sememangnya best dapat release tension.
Mieza, aku kejam yang dekat mana tuh?

m!zz said... [Reply]

kejam xtunaikan janji .. huhu,,

Ajam said... [Reply]

Ala, bagi aku 2 lagi peluang boleh?
Hehehe.

Post a Comment

What do you feel?