Darahku mendidih!

Apabila kita ditipu mentah2, and janji dimungkiri..Lagi2 bila janji untuk membyar atau memulangkan kembali hak kita tidak ditepati, alangkah teruknya rasa yg terpaksa ditanggung itu.
Btw, sape 'kita'? Aku sorg je yg tengah merasakannya sekarang ni.

First to say, I hardly miss my netbook at the moment. And aku cakap macam tu sudah tentulah benda tu takde kat tangan aku sekarang. Sebabnya, terlalu pemurah sangat kasi pinjam kat orang yg mempunyai risiko tinggi untuk jual benda tu.

Benda tu dipinjamkan minggu lepas dan mengikut perjanjian, benda tu akan dipulangkan dalam masa sehari dua. Tetapi ye, hari ni dah masuk hari ke-8 namun orang yg meminjam masih memberikan alasan yang akan menyebabkan pemberi pinjam iaitu aku, mengeluarkan kata-kata kesat, lekit, dan kasar. Kalaulah aku ni jenis yg tak menjaga sensitiviti pembaca blog ni, dah lama da perkataan2 tu terpapar besar kat blog ni.

Akibat yang dirasai bukanlah sikit tapi memberikan impak yg sangat besar terhadap aku ni. Mula2, aku rasa tak tenang sebab risau kalau2 benda tu dijual. Then, aku malas nak bergadoh besar (bukan tak boleh ye, aku super berani). Lepas tu yg jadi mangsa kemarahan dan dipersalahkan aku jugak la. Ni akak aku la punye pasal citer kat parents aku. Ta pasal2 je aku kene marah. Bosan betul.

Dan pada saat-saat percampuran perasaan yang semuanya pada bawah takat beku yg dalam bahasa saintifiknya negatif, maka dengan mudah idea2 negatif yg berupa idea jahat datang tiba2 mencurah curah. Benda ni memang akan datang dengan sendiri. Apabila tindakan diambil, maka akan bermula kembali la perang2 antarabangsa tu semula yg boleh dinamakan Perang Dingin, Perang Dunia dan yg paling sesuai sekali, Perang Saudara. Benda tu kalau berlaku, memang macam bencana. Berharaplah agar ianya tidak akan berlaku ye.

Itu saja untuk kali ini. Semoga barang tersebut kembali ke pangkuanku semula ye. Haha
Dan gambar yg di'attach skali tu adalah sebahagian daripada telefon aku. Dah uzur da rupenye. Kesian

-post my phone live dari pasar malam Pontian. ;-)

Comments
2 Comments

2 comments:

truelyYUNA said... [Reply]

azam2 ..
tulis laa perkataan yg kau nak tulis tu ..
jgn segan2 ..
hahahs
mesti nk mencarutkan .. hahas

Ajam said... [Reply]

Mana boleh. Biarlah dikatakan dalam hati saja. Haha

Post a Comment

What do you feel?