Scene tak logik siket/poyo dalam filem dan drama.

Kat cinema sekarang ni banyak dah cerita-cerita Melayu baru.
Ade yang best and ade yang tak best. 
Dan yang paling terkenal dengan ketidak'best'an die adalah filem '2 Alam'.
Firstly, penerbit berlagak gila mati. Then promosi filem kat cinema guna poster kat depan gambar penerbit
instead of gambar pelakon. Tah pape je.
Banyak lagi la semua tu. Malas je nak citer banyak2 kat sini.
Dan sepanjang cuti ni, selain dari buat kajian tah ape2 kat tenet ni,
aku pon layan la citer2 Melayu yang aku 'beli' dari internet sesuka hati sebab dah bayar untuk tiap2 bulan.
Dan berdasarkan kajian dan pemerhatian aku, ade yang paling selalu sangat dalam filem2 ni.
Tak kisah la filem Melayu ke Omputih ke Bollywood ke. Semua ada kot.
So mari kita discover ~

  • Bila dalam satu perbualan yang melibatkan pertelingkahan dan sbgnya, dialog yang melibatkan perkataan 'tapi', ianya kebanyakkannya akan disambung oleh watak yang lain dengan
-Tapi apa? (atau)
-Tak ade tapi-tapi lagi!

  • Bila dalam satu perbualan yang biasanya si A kira macam kawan baru si B, si A akan memanggil si B dengan panggilan 'Encik' (diikuti nama). Lalu si B pula akan berkata
-Tak payah la ber'encik' encik dengan saya. Panggil nama cukup la.
Dan yang paling mem'poyo'kan lagi, si A kononnya akan tersasul lagi dengan panggilan 'Encik' lalu akan terus membetulkannya semula.

  • Sejahat mana pun satu-satu watak tu dalam cerita tersebut (mostly Malay drama), apabila menaiki kereta, dia akan tetap memakai seatbelt sebelum memandu. Jarang betul ye kita nampak pelakon dalam drama ni tak pakai seatbelt dalam kereta. Kalau dalam dunia betul, diorang rimas and tak kesah pon.

  • Dan tak kesah sejahat mana pun satu-satu watak dalam drama tu, masa dia tenga drive and then suddenly telefon berbunyi, earphone mesti da siap terpasang kat telefon tu atau kat telinga (yang bluetooth punyer). Tak pernah kita tengok scene ade orang call dalam kereta then time tu la nak pasang earphone yang ber'wayar atau tak de earphone langsung atau gune loudspeaker kan.

  • Scene pergelutan berlaku antara dua pihak (biasanya hero dengan penjahat) melibatkan senjata seperti pisau atau pistol. Tiba-tiba ada bunyi tembakan atau tikaman dan hanya reaksi muka kedua-dua pihak je yang ditunjukkan. Tak lame lepas tu, reaksi muka penjahat yang biasanya nampak selamba berbanding hero yang nampak terkejut yang jadi mangsa tikaman atau tembakan tersebut.

  • Scene penjahat mengacukan pistol dekat hero and time tu si hero memang tak de harapan nak lepaskan diri. Tiba-tiba ade bunyi tembakan. Rupanya ade heroin atau hero kedua (ade ke hero kedua?) yang tembak si penjahat tadi dari belakang yang mungkin muncul lepas kene belasah dengan si penjahat tadi.

  • Scene yang melibatkan perbualan telefon dan biasanya situasi tegang berlaku dalam perbualan tersebut. Si A telah meletakkan telefon tanpa cakap 'BYE' atau salam. Then lepas tu, si B jerit-jerit melaungkan 'Helo!' dengan kuat dan banyak kali dengan harapan orang tu dapat undo perbuatan die meletakkan telefon tu tadi. Aku pelik. Die tak dengar ke bunyi 'Beep' lepas letak telefon tu?

  • Scene satu-satu watak tu bila depan komputer. Kebanyakan kita sebagai pengguna internet, bukan ke kita macam lebih banyak menggunakan 'Mouse' dari keyboard dalam realiti life ni? Tapi yang biasa aku nampak kat drama atau filem, bila diorang dapat komputer je tiba-tiba bukan main laju menaip kat keyboard. Entah apa yang ditekankan aku pon ta pasti. Pelik pelik.

Dan itu sajalah pandangan aku tentang scene-scene yang kurang logik atau 'poyo' bagi aku kat filem2 ni.
Mungkin banyak lagi tapi siket-siket sudahlah. Karang nanti kalau gabung-gabungkan semua scene-scene tu nanti boleh jadi satu filem atau drama pulak. 
Tajuk filem atau drama tu pulak 'Kepoyoan Terserlah'.
Mungkin boleh menandingi filem Dr Rozmey yang cume RM230k je. Ish3.

Oh ya, tadi layan-layan Facebook then dekat home ternampak pulak benda ni dekat page
Mr. Syahirul ni. Sila baca dengan teliti.

Aiya! Abis la lepas ni ta boleh download lagu and movie.
Tapi die tulis P2P je. Harap-harap direct download boleh.
Kalau tak, what's the point we subscribe the internet to the ISP if we can't totally get the full access of the service? Sakit hati je dengan undang-undang baru tu. Harap-harap tak berjaya. Haha.
Papepon, assalamualaikum dan. . . saya mintak maaf.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?