this 100 truth about me!

First of everything, thanks Que kerana mengingati saya. LOL. Hehe.



real name : Mohd Norazam bin Sidek. Ni interview keje ke?
nickname : Paling famous, Azam. Ajam pon same jugak. Acam, Jambung! (Argh! WTH!)
zodiac sign : Pisces kot.
male or female : Khunsa tak de kan? Haha. Aku laki la. Nama pon da Mohd tu.
elementary school : SK Ayer Baloi. Skola luar bandar. Kampung la senang citer.
tall or short : Tinggi la kot. Haha. Memang tinggi pon.
sweat or jeans : Iblis ade tak?
phone or camera : Telefon berkamera. 2 in 1. Senang kan?
health freak : Yang ni dia tnya ape ni?
orange or apple : Apple la. Ade ke company Orange? Klau apple kan ade iPhone and Macbook.
do you have a crush on someone : Hahaha. Ta jawab ta dosa kan?
eat or drink : Manusia boleh hidup lagi lama tanpa makanan berbanding tanpa air. Pikir la sendiri
piercings : Eh, tidak laa..
pepsi or coke : Jus buah-buahan lagi bagus. Good for health. Tapi aku lagi suka 100 Plus time penat melampau.




have you ever.
been in an aeroplane : No no. Not even in a dream. Dalam kapal angkasa pena la. Tapi dlam mimpi la. haha
been in relationship : Ye kot. Haha.
been in car accident : semoga dijauhkan. Tak penah.
been in fist fight : Tidak! Saya budak baik! (baik la sangat)




first && last.
first household chores : macam tak de kot. haha.
first best friend : Shafiq bin Ahmad Sakimin. Dia ku temui masa dekat Tadika Agama Johor hampir 10 tahun lalu. Haha.
first award : Kat darjah satu kot. Dapat no 1 periksa. Haha.
first crush : Seorang penduduk kg parit maklumi. Hehe.
first word : Waah. Kau tnya aku mcam aku ni ade disk plak kat blakang badan aku macam dlam citer tron tu boleh tau semua pasal individu dia yang lepas.
first section : Section ape pulak ni? Soalan tak lengkap tol.
last person you talked to in person : Kakak aku. Nama dia Faz.
last person you texted : Miza! Yashashi girl! Hehe
last person you watched movie with : Dengan akak2 aku jugak.
last food you ate : Tomyam, roti kaya bakar.
last movie you watched : Cuti-cuti Cinta. Tengok kat pc.
last song you listen to : Secondhand Serenade - Like A Knife
last thing you bought : Berus gigi! Haha. Cam pelik je jawapan aku ni.
last person you hugged : Bapak aku kot. Tak pon sorang kawan aku tapi lupa sape. Tapi dia laki for sure




favourite.
food : Tomyam! Maggie! Masakan ibu ku tersayang!
drink : Kak, horlick ais satu!
bottoms : Skirt atas peha seluar jean dan tracksuit la.
flower : Bunga yang wangi dan kelihatan romantik untuk diberikan kpada someone.
animal : Kucing serta katak arnab
colour : Black, white and blue are just the great combination of colours.
movie : Megamind! Haha. Or anything comedy animation movie.
subject : Science is my priority. Math will be second.




( put an ✖ in the braceket if yes )
( ✖ ) had falling love with someone
(    ) celebrate halloween
( ✖ ) had your heart broken
( ) went over the minutes / text on your cellphone
(    ) had someone question about my sexual orientation
(    ) got pregnant
(    ) had an abortion
( ✖ ) did something I regret
( ✖ ) broke promise
( ✖ ) hide a secret
( ✖ ) pretend to be happy
( ✖ ) meet someone who changed your life
(    ) pretend to be sick
(    ) left the country
( ✖ ) try something you normally wouldnt try and liked it
(    ) cry over the silliest thing
( ✖ ) ran a mile
(    ) when to the beach with your friend
( ✖ ) got into an argument with your friend
( ✖ ) hated someone
(  Tak tau la  ) stay single for a whole year




currently.
eating : Tak la
drinking : Pon tak
listening to : Secondhand Serenade - Stranger through iTunes.
sitting or laying : sitting .
plan for today : Tengok bola final M'sia lwan Indonesia. Tapi dah abis da. M'sia menang tau. haha
waiting : for school.




your future.
want kids ? : Mesti la. Kalau tak nanti tak de sape jage masa kita tua, kita akan kesunyian. Kputusan zuriat kturunan.
want to get married : Of course. Kan satu ibadah. errm. Tapi lepas aku capai cita2 aku yg paling cikai, doktor.
career : Anything related to science will be fine.




which one is more attractive ( choose one ) .
lips or eyes : Her eyes , her eyes make the stars look like they're not shining. Hehe.
shorter or taller : Taller. Nak kizz senang? Hahaha.
romantic or spontaneous : Combination of romantic and spontaneous. Sometimes romantic, sometime spontaneous.
hook up or relationship : Relationship laa.
looks or personality : We'll be attracted by its looks first before we know someone's personality, right?




have you ever.
lost glasses / contacts : I don't wear them.
snuck out of a house : Pernah kot. Tapi bukannya bapak aku ta kasi kalau aku cakap ngan dia. Cuma bapak aku da tido je.
held a gun / knife for self defense : Tak. Tapi bersedia untuk itu pernah kot.
killed somebody : Yeah! Baru kejap tadi. Best betul. Haha. Mana ada!
broken somebody heart : Jap aku pikir. Err. ade kot. Entah la. Aku cuma nak cakap, tak de manusia perfect kan?
been in love : Haha. Yeah!
cried when someone died : Tak kot. Sebab aku redha. Lagipon, baru skali berlaku. Biarlah aku yang seterusnya. Tak sanggup nak hadapi kesedihan.



do you believe in.
yourself : Not really. Kadang2 tak kadang2 ye.
miracles : Yeah! Sebab saya selalu cakap 'Tunggu la keajaiban datang'
love at first sight : Mungkin. Tapi untuk sebelah pihak je kot. Sebab aku macam da experience sndri.
heaven : Sudah terang lagi bersuluh tertulis dalam al-Quran.
santa claus : Tidak. Itu kepercayaan bangsa/agama lain. Aku bukan bangsa tersebut.
superstition : Percaya kot. Ilmu hitam tu semua iye la tu. Perantaraan syaitan.
kiss on the first date : Muslims are forbid to kiss a non-muhrim. Jadi aku ta tau.




truthfully.
is there one person you want to be with right now : boleh jugak. Lame ta jumpa. Boleh bual2 lame2 ngn dia. 5 hari lambat lagi kan? Hehe
do you know who your real friends are ? : Why wouldn't I? Mesti la. Aku ade berkawan dengan non-human ke?
do you believe in god : My name is Ajam. I'm a muslim and I'm not a terrorist. Haha. Muslims like me always believe in our God.
post as 100 truths : Dah buat da. Cukup seratos ke tu? Aku ta kira pon. Sebab ta penting.
the lucky 25 - 5 peoples : Miza, Farhah, Tira dan sesiapa saja yang rasa nak buat, silakan. Saya kawan anda. :D

p.s : Orang-orang yang saya tag, benda ni banyak kot. Kalau ta nak buat pon ta pe. Aku ta na menyusahkan korang je. Itu saja.

New thing on my room wall! Haha

Assalamualaikum and hai hai hai!
Saya cuma mahu kasi tahu, semalam I've been working on something tau.
That something ialah men'deco dinding bilik aku yang ade lagi ruang kosong.

Ape yang aku buat? Menconteng kah? Graffiti kah?
Tidak dan tidak. Aku tak se'pro tu nak buat keje-keje halus macam tu.
Alah, malas la na citer lagi. Tengok je la ni. Hehehe.


Tak cantik kan? Kah kah kah.
Sebenarnya aku bosan. Pastu tengok2 dinding bilik aku ade ruang kosong yang banyak gila.
Tu yang aku terpikir nak buat artwork (tu dikira artwork ke?) kat ruang kosong tu.
Pastu aku beli la wall sticker kat pasar malam tu. Satu RM2.
Aku beli tiga dapat la RM5. Tapi sebenarnya wall sticker tu sebenarnya akan membentuk pokok.
Tapi aku ta nak la skema sangat. Buat la something yang lain. 
Ye la. Bukan ape. Ape barang bilik orang laki tapi ade benda2 camtu. Tak show la camtu. Haha.

Ambik masa 1 jam lebih tau aku nak tampal minatang ni semua.
Tu pon ade la lagi baki lebihan sticker tu. Tak bnyak. Ade la dlam 20% dari jumlah asal.
Yang baki-baki tu memang tempat dia kat tong sampah la ye. Hehe.

Yang ruang bertentangan dengan dinding tu dah penuh sebab aku tampal poster2 aku dapat dari majalah g3 tiap2 bulan. Lihat lah ini. Penuh bukan?


Klik la klau nak tengok ape yang tertulis. Hahaha.

p.s : Semalam aku pegi rumah pakcik aku nak tuntut netbook. Last2 dia ngaku dia da gadaikan da benda tu. Esok bapak aku and dia nak pegi tebus balik kot. Tunggu je la ape akan jadi. Harap2 tak de pape jadi.

Ini adalah tag award!

H
Assalamualaikum ! Hey hey hey, people!
I've been tagged with this yashashi girl, Miss Mizz di blognya.
A very special thanks to her. 
Terima kasih, xixie, nandre, kumaopta!
:-)

adasd

1)      Apa nama kamu punya title blog ? 

Title blog saya adalah 'The Midnight Battle!"
Haha. Gila ganas. Mana ada.
Sebetulnya ni la. HaL AjAm

2) Kenapa kamu letak tuu sebagai title ? 

Sebab semua content yang ada dalam blog ni berkaitan dengan hal-hal pemilik blog ni, Ajam.
Ajam aku la tu. Kawan-kawan siber aku biase panggil Ajam.
Kawan-kawan real panggil Azam.
Eh, perlu ke aku citer semua ni? Bukan lari dari soalan ke? Maaf. 
Dan untuk pengetahuan juga, title blog ni ta perna ditukar sejak kali pertama blog ni di'create. 

3) Siapakah teman kamu yang paling kamu sayang ? ( bukan gf/bf ) 

Teman yang paling saya sayang ialah my kawan, Shafiq. Kita da berkawan since tadika ok? Waah.
Saya juga menyayangi this girl, Mieza. Kalau dalam bahasa inggerisnya, I love her. ;-) Hehe
Saya sayang semua kawan-kawan saya yang pernah hadir dalam hidup saya.
Kita jangan putus hubungan tau? ;-)

  4) Kenapa kamu sayang dia ? 

Kalau tak sayang, jangan tanya kenapa aku bunuh mereka pulak ye? Haha. Main-main saja.
Saya sayang Shafiq sebab aku da anggap dia macam adik beradik. Keluarga dia kenal aku, keluarga aku kenal dia. Pemikiran kitorang sama especially when it comes to something not good. Means perkara-perkara negatif. Hehe.
Saya juga sayang Miza sebab dia manja (haha), dia suka buat hal (:p) dan kitorang memang rapat la. Hehe.

  5) Tag 6 org dlm award ni . 

Aduhai. Banyak kot 6 orang. Aku tag semampu aku je la ye. Ini dia.

Yuna
Que 
Entah la
Tak tahu
Kau pon boleh
Sape-sape yang ada nama 

Sekian, terima kasih. :D 

Haa! Soalan tag!

Assalamualaikum. Owner blog ber'URL http://lovemylildiary.blogspot.com telah tag saya untuk spesies ini. Sila lihat. Kerana saya nak buat da ni. Hehe.



1 . apakah status anda ?
Kenapa soalan ni senang sangat? Yang lagi susah tak de ke?
Aku single la. Takde sape pon yang nak terima aku hah. Haha.

2. ceritakan tentang diri anda 
Ok, what's about myself. Let's see.
My cyber friends use to call me Ajam. And aku suka tu.
Aku ni tak la baik sangat. Yang jahat2 semua aku la. So, tolong takot ngn aku k?
Aku sangat suka tentang sains terutama sekali sains angkasa.
Kenapa sains? Well, kalau kita dapat buat a new discovery that can change the way people love, isn't that great? Hehe.
My life is all about people around me and things with it.
For example, my phone, my PSP, my songs. Don't steal them if you don't want me to steal your head without your body.
I love emo songs. Especially acoustic one. 
Sometimes, aku suka mengkaji orang jugak ye. Itu saja.

3. ceritakan tentang blog anda
Blog ni di'create sekitar akhir tahun 2009 sebab aku bosan dok rumah cuti sekolah ta buat pape.
Blog ni mengisahkan tentang diri aku dan orang di sekitar aku.
Kalau nak masuk dalam blog ni, be around me la. Hehe.
(macam la blog ni femes sangat smpai ade orang na berebut-rebut na masuk dlm blog ni kan?)


4. apakah pandangan anda tentang dunia blog ?
Dunia blog ni sebenarnya can be part of our hobby.
Bila kita sangat minat dalam bidang ni, ape2 pon yang terlintas dalam pikiran tu sekecil-kecil benda pon, tetap boleh diolah menjadi satu entri yang sangat baik. Unfortunately, I'm not really into it. Hehe.

5. nasihat anda kepada rakan anda yang baru nak buat blog
I'd say no! Haha. No I'm just kidding.
Aku sangat la galakkan yang masih ta de blog tu marilah start dengan benda ni.
Ramai-ramai kita meriahkan lagi dunia blog tempatan ni, ok?

6. nyatakan keunikan kepada blog anda
Yang ini bukan ke sepatutnya readers yg jawab? Haizz..Tak pe la aku jawab.
Aku rasa macam ta de pape keunikan kot. 
Yang uniknya ialah penulisnya, aku. Cara penulisan ke ape ke.
Hehe. 

7. sampai bilakah anda akan menulis blog dan apakah impian anda dalam dunia blog.
Selagi aku minat dengan benda ni, selagi tu la aku akan try kongsi pendapat dan pandangan aku tentang dunia dan persekitaran ni sama-sama ok?

8. tag empat orang

Kepuasan paling tinggi sepanjang 3 tahun!

Hailowah! Assalamualaikum semua!

23/12/10

Hari yang sangat membahagiakan aku!
Yeah! Hari ni keputusan PMR keluar. 
And yeah! Aku puas sebab aku dapat straight A's.
Alhamdulillah ~



Malamnya, tidur selewat jam 3 pagi sebab layan main poker dengan kerjasama abang aku. Tapi kalah. Habis semua chip aku. Abang aku punyer pasal la ni. Dia suruh aku go on dengan bet yang orang lain letak. Last2 abis chip aku. Haiz....

Bangon dalam pukul 6.45 pagi. Pastu ambik wudhuk then terus solat. Solat dalam keadaan menggigil sebab sejuk gila. Lepas solat, baring dekat sofa sebab nak tido balik. Puas aku pejamkan mata tapi tak tido2 jugak. Biasa nya senang aja. Mungkin sebab aku pikir pasal perkara yang akan berlaku 3 jam lagi kot. Hehe.

Bangon dalam pukul 8.45 pagi lepas dikejutkan oleh Shafiq yang call aku. Dia cakap dia ngan Khalid na datang dalam pukul 9. So aku pergi la siap2. Lepas aku siap dalam pukul 9.30 tu baru la diorang datang. Oh ye, sila beri perhatian untuk ini. 'For the first time, aku awal dalam perjanjian masa yang ditetapkan!' Hahaha.
Kalau tak sebelum ni, diorang cakap pukul 9, pkul 10.30 baru aku siap. Haha. Itu satu kenyataan.

Then teruskan perjalanan pergi ambik Ameer. Dia tak de moto pulak. Lepas tu isi minyak moto. Then pegi topup kredit pulak. Ye la. Hari ni akan menjadi hari yang paling sebuk dan paling banyak orang yang ingin dihubungi. Lepas tu cari Shafiq ngn Khalid. Jumpa kat rumah Shafiq lepastu terus gerak ke sekolah sama-sama. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku teringat something. Aku tak salam mak aku kat umah. Aku jadi tak tenang and tak sedap hati.

Sampai kat sekolah, tak ramai yang ade kat situ lagi. Suasana masih lagi sunyi sepi. Aku cakap kat Shafiq yang aku tak tenang sebab tak salam parents aku. Then aku ajak dia balik. Lepas tu aku pon bwak dia then balik kejap. 

Sampai balik kat sekolah ngan Shafiq, cari Khalid ngan Ameer. Tak jumpa, then Shafiq ajak pegi uma Tira. Aku pon lintas jalan and ziarah. Lepas tu bual2 kat situ kejap sementara tunggu kawan2 yg lain. Lepas semua da ada, terus hantar rombongan ke sekolah. Haha. Depan rumah Tira je sekolah tu.

Lepak-lepak sekitar kawasan sekolah dengan kawan2 semua. Then, henpon aku berbunyi beep. Mesej dari Aina. Tanya aku dah dapat ke belum. Aku jawab la belum. Bunyi lagi, mesej dari Yuna. Tadi aku tanya dia da dapat ke belum. Tu yg dia jawab tu. Die jawab belum jugak. Beep lagi sekali dari Aina. Dia cakap dia dah dapat. 8A's kata dia! Waah. Leganya dia. Bunyi lagi sekali kali ni dari Yuna. Dia cakap die pon 8A's jugak. Waah. Aku semakin tidak tenteram. Aku call Dayat. Dia belum ambik lagi. Pastu cakap ngan Aina. Waah, seronok gila dia. Ada ke patut die cakap Faiha gf aku? Pergh! Tak gune! Faiha pon 8a jugak. Diorang suma ni hebat2 tol.

Lepas tu aku tengok budak2 ni semua da menuju ke kantin. Sampai je kat kantin, kat meja aku da nampak slip keputusan da. Pergh! Hatiku semakin berdebar. Terus cari untuk kelas 3RK. Sampai je sane, tengok reaksi kawan2 lain yg da ambik dulu. Wah, gembiranya diorang. Dalam pkiran aku, klau diorang boleh, takkan aku ta boleh. Pastu aku sign kat list nama tu. Pastu cikgu cari kan nama aku. Dah jumpa! Aku ambik sendiri slip tu. Lari jauh siket pastu pikir dulu na tengok bila.

Terserempak pulak dengan Jia Wen. Aku tanya dia dapat berapa. Dia cakap 8a. Then dia tanya aku. Aku cakap aku belum tengok lagi. Pastu 5 saat pastu baru aku tengok. First time tengok, 'YEARGH!!!!'. No B! Gembiranya hati ini tak terkata. Haha. Syukur banyak2. Then jalan2 lagi kat situ untuk jumpa kawan2 lain. Miza dan Tira jugak dapat straight A's. Waah. Tahniah kat diorang.

Then, aku lari lagi jauh, take my phone out of my pocket, call someone yang dalam contact list aku tu yg bernama 'Abah'. Call2 je, bagi salam. Then aku tanya, mak mana mak? Bapak aku cakap die kat masjid. Dia tanya aku dapat ape? Macam ta terungkap je suara aku tu. Lepas aku cakap 8A, wah, suara kegembiraan die kedengaran. Mengalir air mata aku bila dengar suara kegembiraan dia. Rasa kepuasan yang teramat sangat dapat menggembirakan dia. Haha.

Pastu call rumah pulak. Akak aku yg angkat. Dia tanya aku baper. Aku cakap sruh bagi kat mak aku. Die sruh aku cakap dulu pulak. Pastu last2 aku ckp ape tah. then tau2 je dah dengar suara mak aku. Then aku cakap la yang aku dapat 8A. Wah, sekali lagi, mak aku gembira gila. Aku pon rasa puas gila. Hahaha.

p.s : abah, jgan risau ajam. biarpun abah ta pernah nmpak ajam study kat rumah, kat skola ajam buat all out tau. sebab tu la cool2 je bila nampak ajam main game ye? hahaha.

Pastu aku pegi jumpa cikgu Kamariah, berdiri tepi dia. Aku tengok dia senyum2. Dia pon paham maksud aku. Masa majlis mohon restu, aku jumpa dia. Die cakap kat aku ' Kalau kau tak dpat 8A, kau jangan jumpa aku '.  Aku pon cakap kat dia, ' Saya akan balas dengan kejayaan dan akan datang jumpa depan cikgu nanti '. Dia cakap dia nak tuntut. Waah. Bestnye dapat laksanakan ape yang aku pernah cakap tu. Hehe. Die ucap tahniah je and senyum2 kat aku. Hehehe.

Pastu aku ta terus balik pegi RML dulu layan abc shafiq ajak. Tak lama pastu baru balik.

Lepas sampai rumah, salam mak aku. Salam bapak aku. Waah. Bapak aku kiss aku tau. Hehehe. Pastu masuk rumah, abang aku pegi angkat aku pulak. Ingat aku budak kecik ke ape. Haha. Pastu mak bapak aku tnya la pasal kawan2 aku yg lain camane. Aku pon citer la mana yg aku tau.

Bukak facebook, semua dah cerita pasal kejayaan diorang. Aku pon na jugak! Haha. Ramai ucap tahniah. Aku ucap terima kasih. Terima kasih kat semua yang ucap tahniah. Dan tahniah juga kepada mereka yang berjaya! Saya sayang korang semua!

Papepon tahun depan, aku nak jumpa cikgu2 yg pernah ajar aku then ucap terima kasih. Diorang takde, aku lagi la mungkin ta berjya. Sebab aku mmg bergantung abis kat skola. Kat rumah memang ta blaja laa. Jangan harap. Cume sehari sebelum exam tu bole la berharap siket. Hehehe.

Dan sepanjang hari ini, sebanyak lebih kurang RM8 telah digunakan
untuk kredit enpon saya kerana busy contact orang ni contact orang tu. Hahaah.
Sampai la malam ni baru la abis. Hehe. Aku ta sabar na tunggu statistik keseluruhan nnti.
Let's wait for it together k! Cya! Assalamualaikum  . . . . .

Contest URL story!

Assalamualaikum kepada semua dan selamat sejahtera!
First of all, thanks to owner blog http://memorylaneofque.blogspot.com kerana tag saya untuk contest ni. : D

Ok, mari kita mulakan.
It's about our URL punya blog. Waa. Menarik ni. Susah ni nak buat yang ni. Nak suruh cerita tentang ik




Ok, setiap contest pasti ade rules die kan?
Mari check what's for this one.

syaratnyee ade laa :
1. buad stu entri special pnyee ntok contest nyy . jgn lupe letak banner && link skali tao !
2. story tentang asal usul , sejarah && bagaimana terlahirnyee URL kowgg .
3. then tag laa 3 blogger laenn .
4. jgn lupe tinggalkan jejak kat blog Cik Amirah Izzati yaww ! * nme && link entri *



It's about our URL punya blog. Waa. Menarik ni. Susah kot nak buat yang ni. Nak suruh cerita tentang URL blog aje? Whooah! Takpe tak pe. Let's start it.

ajamz.blogspot.com

URL pertama blog ni sebelum ajamz.blogspot.com ni adalah ajamranidaphobic.blogspot.com
Mula di'create pada akhir-akhir tahun lepas sebab masa tu cuti sekolah panjang. So cari la sesuatu yang memuaskan yang boleh dibuat. Dan ini pula adalah background masa awal-awal dulu. Aku buat sendiri tau. Tapi tak cantik. Haha. Poyo je. Aku guna background ni masa guna template lama Blogger sebelum tukar guna design baru Blogger.



Kenapa ajamranidaphobic.blogspot.com?
 Masa awal-awal dulu create blog ni, puas fikir tak tau nak letak URL ape. Last-last decide letak nama panggilan famous kat dunia siber sendiri dan satu sifat aku ni, ranidaphobia. Ranidaphobia tu nama saintifik bagi fobia terhadap katak. Ok, yang ni aku ta perlu citer, ok?

 
Kenapa tukar kepada ajamz.blogspot.com?
Lepas aku fikir-fikir balik, URL yang lama tu perlu ditukar kepada yang lebih pendek dan komersial siket.  URL lama tu panjang sangat dan susah nak diingat sangat. Jadi aku letak la nama aku sendiri dan cuma tambahan huruf 'z' je kat belakang tu. Nak guna 'ajam' je ta boleh sebab not available. 

Lepas tukar kepada ajamz.blogspot.com ni, aku tak pernah tukar-tukar URL blog ni. And aku rasa aku akan kekalkan URL blog ni sampai bila-bila. Ingat senang pe nak dapat URL pendek-pendek camni?Sebelum orang lain ambik, baik aku ambik dulu. Haha.
 
Blogger saya nak tag!
Rules cakap tag tiga orang kan? Argh! Aku nak langgar rules. Aku nak tag empat orang. Haha. Maaf..

 
Korang tak rasa ke yang URL blog aku ni special? Aku rasa tau. Haha. Ok minta maaf semua kalau salah cakap. Itu saja.

I super love speed!

Greetings, readers! Assalamualaikum juga!

Waaa. Last few days, abang aku usha2 internet pasal kereta2 sport kat Malaysia ni.
Then terjumpa la pasal Satria Neo Lotus Racing punyer kete.
Die tulis kat situ, it takes 9.2 secs to reach 100km/h.
Then abang aku pon ckp ngan aku.

'Nanti abang na test kete abang tu plak. Nanti Ajam tengokkan tau.'

Waah. Aku suka.
Kete die kete wira je. Tapi da modified dalam daa. 
Bunyi ekzos memang aku suka la. Pastu brek die punyer la best.
Aku da test drive da. Memang best la brek die sume.
Momentum die cpat gile menurun. Haha.

Ok tadi baru kejap, abang aku ajak pegi test die punyer masa untuk smpai 100 plak.
Then dari simpang kuar umah aku tu smpai lpas klinik meter da jejak 100km/h.
Aku yang set kan time die tu. First attempt masa die 12.2 secs.
Then second attempt buat dari kangpung tengah smpai la rumah.
Aku kira and tengok meter and set kan stop watch tu.
Result die 11.5 secs. Ok la tu. Haha.
Smpai mana entah 100km/h tu aku lupe.
Tapi yang penting, lepas da jejak 100km/h tu, abang aku tros speed smpai 140.
Depan balai polis lak tu wat cam tu. Aku plak teruja gile duduk dpan tu.
Slalunya speed laju cmtu kat highway je. Ni jalan kampung. Pergh memang best.
Ok ok jangan risau, aku takkan tak bwak laju punyer klau drive k. Hehe.

If I can turn back time, I will . . . .

Assalamualaikum . . . .
Ok ok. Post ini mula di'create pada pukul 4.18 am.
Aku ni memang suke jadi burung hantu pe sampai pagi ta tido? 
Tak pe la. Dalam keadaan kegelapan berbekalkan cahaya dari monitor PC 
dan dendangan lagu Muse bertajuk Sing For Absolution (Nyanyian Untuk Kemaafan) ini,
aku pon memulakan sesi penulisan ini yea.

So korang kadang-kadang pon mesti pernah terpikir perkara-perkara yang macam ni kan. Sebab ape? Mungkin sebab kita dah buat keputusan yang salah sebab masa tu, kita tak ada masa panjang atau sebab kita tak pikir panjang akan akibat dan manfaat daripada keputusan yang kita nak buat tu. Tak pe lah. Kalau takut na buat kesilapan, sampai bila-bila pon kita takkan dapat bangkit untuk jadi lebih baik kan?



Kalau nak cakap pasal benda-benda yang da lepas and benda akan datang, kadang-kadang terasa best jugak kalau mesin masa wujud kat dunia ni kan? But to invent something that against law of nature for me is ALMOST impossible. Time travel will involve universe bending and some kind of other illogic theory. Past is past. We can do nothing with the past. Aku percya tu. Tapi aku jugak percaye yang takda ape yg mustahil. Haiz.. Jangan terpengaruh dengan aku. Sebab aku memang gila. Hahaha.

Ok let's just go straight to what this entry is all about...

Kalaulah aku boleh putarkan masa, antara perkara yang aku nak ubah dan buat ialah . . .

Aku akan mintak phone number girl yang aku minat masa kat kem Excel Training tu.
Argh! You just can't imagine how close we were that time. Aku bersila kat arah tenggara die dlam jarak cume 1 meter saje. Argh! That was so close! Oh dunia! Haiz.....

Aku takkan pergi pon kem tu.
Sebab ape aku takkan pergi kem tu? Sebab klau aku ta pergi, aku takkan hilang something yang sangat berharga bagi aku masa tu.  Tapi bila aku pikir2 balik, klau aku ta pergi pon, lambat laun that thing will surely happen jugak. Haha. Jangan tersinggung ye mane2 pihak.

Aku nak study betul-betul buku2 sains yang cikgu bagi untuk pertandingan saintis muda peringkat negeri.
Aku ada ingat yang aku tak study part electricity sebab aku mmg ta minat gile. Tapi itu la yg kuar. Hasilnye, aku ta dpat jwb la. Argh! Sebenarnye bende tu senang je. Kalau aku phamkan awal2 kan lagi bagus. Banyak lagi la. Pasal konsep submarine la. Aduhai...

Aku takkan pinjamkan netbook aku kepada pak usu orang tua tak gune tu. Argh!
Kenapa la aku jadi baik and pemurah sangat ye? Dia kan perangai memang truk. Tak gune betul. Dasar orang tua tak tau malu. Ari tu da bergado ngn aku pon ta tau na pulangkan lagi benda tu. Die na sruh aku ckap ape lagi? Semua aku da ckap. Cam haram! Nasib baik je raket yg aku genggam masa tu ta naik kat badan dia. Lau tak memang dia tak balik hari tu. (raket tu mmg aku pegang masa tu untuk belasah dia).

Aku akan smash kuat2 bola badminton match point yang datang kat arah aku masa match semifinal tahun lepas.
Masa last form 2, 2 kali kot match point. Memang sengit gila la game tu. Kalau aku menang perlawanan tu (ni maknanya aku kalah), mesti boleh jadi champion sebab team lagi satu yang masuk final pon main cover macho je cikgu aku cakap. Haha. Masa tu ade orang special support aku. Suke betul aku. Masa tu je laa. 

Aku nak balik ulangi peristiwa kejayaan dan kenangan manis aku yang lepas-lepas.
Aku nak kembali ke pertandingan saintis muda peringkat daerah tu. Aku nak balik nama aku dipanggil sebagai murid contoh dan tokoh murid masa sekolah rendah. Aku nak balik nama aku disebut dekat perhimpunan sebab aku menang something. Aku nak balik kawan-kawan aku kat Habbo dulu. Aku nak balik pergi kem kat Kem Kaizen. Aku nak balik pergi kem kat excel training tu lagi. Aku nak lagi duduk tepi pantai sorang2 sambil merasai angin laut bertiup. Aku nak lagi ade kat form 3RK dengan kawan2 aku lagi. And last skali, aku nak balik such a great feeling yang sebelum ni, aku ta pernah rasai dulu-dulu..

Itu saja. And guess what, klau ade jin yang kluar dari teko emas tu and offer aku anything yg aku nak,
aku akan mintak
.
.
.
.
.
Immortality! 
Haha. Mana ade. Itu baru betul mustahil. Hehehe.

Zaman kanak-kanak ku!

AMARAN! Post ni panjang. Kalau rasa ta nak buang masa baca cerita orang yang anda ta kenal, skip je la entri ni ye. Ta penting pon..

Assalamualaikum . . . .
Haiz...It's 3.48 am when I start writing this entry.
What la? It's the only free time for me to be sitting here without anyone bothering me.

First of everything, aku nak cakap yg aku nak menyibuk je pasal idea ni.
Haha. Tadi ade orang ckp ngn aku na citer pasal budak2 die.
Then baru aku teringat, idea-idea mcm tu bnyk berlegar-legar dlam pkiran aku
masa aku kat dlam jamban. Pergh! Begitu bnyk setan yg menguasai aku ye kat jamban tu. 

Aku nak citer pasal zaman darjah 6 aku.
Ok. Mula-mula, aku nak bagitau yang dalam cerita aku ni nanti, dua watak utama ni akan memainkan peranan yang sangat penting ye. First ialah Cikgu Ham (bukan nama sebenar) dan Cikgu Her (ni pon bukan name real die).
Gender bagi kedua-dua cikgu ni adalah khunsa perempuan. Tu pon nak kene terangkan ke?

Ok ok. Cikgu Ham ni, dia memang boleh dikatakan sayang gila la dengan aku.
Ye la. Mana tak nya. Dulu masa darjah 1, die slalu puji aku.
Aku ingat lagi die marah satu kelas sebab pasal tulisan kot.
Tapi die puji tulisan aku cantik (masa tu je la. Sekarang Nauzubillah).
Die pon ade puji aku pasal bila die masuk kelas je and berdiri, aku letak pensel.
Ye la. Sebab dulu aku skema. Lagi pon die tau yg aku ni manja.
Haha. Tolong jangan ketawa untuk yang ni. 
Dia tau aku menangis sebab kasut aku longgar. Hahaha. Poyo je kan?

Die jaga aku baik2. Hehe.
Tapi aku ingat lagi first time die marah aku masa buat latihan math. Aku rase aku da citer kot.
Die marah sebab aku just tgk tajuk (addition masa tu) and just tengok nombor yg ada je.
Ayat cerita die (penyelesaian masalah) aku ta baca sebab malas.
Sebenarnya bukan malas cume ta na buang masa. Benda da tau na bca lagi buat ape.
Aku ta perasan yang kat situ ade tiga nombor. Aku tngok ade dua nombor then tros tmbah kan je.
Lepas tu semua soalan da siap then hantar kat depan bagi kat cikgu.
Cikgu tu tengok kertas aku, die mcm pkul aku kot. Tak pon cubit ye.
Aku rase dua2 tak. Die cume baling balik je kertas tu kat aku.
Lepas tu aku balik tmpat duduk aku kat blakang, punyer la rase kecewa and sedih gile.
Rase mcm na nangis je die mrah aku. Ta pernah2 die buat camtu. Isk3.

Cikgu Ham ni la yang slalu perhatikan aku dari darjah 1 smpai la aku darjah 6.
Dia slalu tnya aku preksa dpat no baper. Jwpan yg slalu dia dengar, 'No. 1'. Hehe.
Aku ni memang sentiasa ada dalam pengawasan die la.
Sebab masa darjah 2, die plih aku jadi pngawas. Pulak tu die guru pengawas. 
Tak pe la. Aku selesa ngan die. Die ni slalu backup aku sepanjang aku jadi pngawas.
Tak de la backup cume percaye kat aku je la kot.

And aku lupa saat-saat cikgu umumkan yang aku akan jadi ketua murid masa aku darjah 6 nnti.
Aku ta tau nape die plih aku. Mungkin sebab aku ni kononnya top boy student skola tu. Poyo je.
Mungkin dia rase aku ni bertanggungjawab. Ye la. Sebab dulu kan kononnya aku baik. Haha.

And aku dapat rasa, yang dalam pemilihan aku sbgai ketua murid mmbuatkan ade orang yang tak brape senang.
Perasaan tu makin kuat aku rase bila aku kat darjah 6.
Cikgu Her la yang selalunye bnyk nak menjatuhkan aku.
Aku ta tau what I've done wrong and I can strongly feel the hatred in her heart towards me.
Tapi aku layan dengan cool je. Na kurang ajar masa tu ta berani lagi.

Aku tau yang die ni rpat dgn cikgu Ham tapi berbeza pendapat kot.
Satu hari tu, aku beli something kat koperasi yg dijaga oleh cikgu Ham.
Then cikgu Ham tu ckp ngn aku, 'Saya dengar awak selalu ponteng sekolah, Zam'.
Aku tnye cikgu tu sape yg ckp, die ckp die just dengar je ta tau la sape ckp.
Tapi aku tau yang cakap tu memang tak de orang lain tapi cikgu Her tu.

Penuduhan tu timbul berpunca disebabkan peristiwa berikut ye.
Masa tu aku ta datang skolah (BUKAN PONTENG YE!) dua hari sebab demam.
Ye la. Demam takkan la aku na datang skolah pulak kan.
First day aku ta datang aku rase kelas die tak de.
Second day aku cuti tu baru die ade masuk kelas aku.
Then bile aku jumpe die on the third day, die tnye aku nape aku ta datang.
Aku cakap la yang aku demam.
Pastu die ckp, 'Ai, demam takkan sehari je?'
Lepas tu aku ta sempat kot na ckp pape. Aku lupe ape terjadi pastu.

Then seminggu lepas tu, Hari Isnin, aku ta datang sebab terbangun lambat.
Mungkin ni ujian dari Tuhan kot. Aku ta tau nape aku boleh terbangun lambat masa tu.
Masa tu, kat sekolah ade sambutan Maulidur Rasul. So aku ta kesah sngat la.
Tapi cikgu Her buat rumusan yang aku slalu ponteng skolah.
Baru hari tu je aku ta dapat datang sebab bangun lambat.
Sampai hati die ckp ngn ckgu pngawas aku yg aku slalu ponteng skolah.
Dah tentu 2 hari aku demam. Then sehari lagi terbangun lambat.
Lagipon, what's really important on that day? Just mkan2 je.
Then what? Nothing. Tu pon na kecoh aku ta datang.

Then lepas beberapa hari lepas cikgu Ham bagi tau aku kat koperasi tu,
cikgu Her masuk kelas aku and ckap kuat2 something yang perli2 aku.
Aku tau die tujukan ucapan die tu khas untuk aku. Tapi die ckp kat 1 kelas kuat2.
Aku ingat ape yang die ckap mase tu.
Antara ayat2 die

'Kita sekarang nak cari tokoh murid. Tokoh murid tak semestinya pandai and ketua pengawas.
Tapi kita nak yang tak selalu ponteng sekolah and bla bla bla'

Pergh! Masa tu aku tahan je malu aku.
Die memang hentam aku masa tu. Aku ta boleh buat ape2. Just diamkan je. Ye la, kanak2 lagi.

And aku rasa la, pesaing lelaki aku satu2 nya masa tu ialah Amirol Rashid (yg ni mcm nma sbnar je).
Die ni baik. Ok la. Hormat cikgu pon hormat. Top 10 kat kelas. 
Pengawas jugak tapi start darjah 4 baru pngawas. Aku dari darjah 2.
 Aku dapat rasakan yang cikgu Her lebih prefer Rashid tu replace tempat aku.
Tapi aku rase yang cikgu Ham still defend aku. Mungkin dia lebih kenal aku.
Aku blajar ngn cikgu Her pon start darjah 6 je.

Kadang2, tiap kali aku tanya soalan BM kat die, muka die mesti masam.
Walaupon sblom tu mood die ngn budak2 lain ok je.
Aku ta tau nape. Mungkin die memang ta suke aku. Haiz...
Tapi aku redha je masa tu. Tak de pon nak balas dendam ke ape.
Ye la kan, budak baik + skema. Haha.

And aku ingat, the first and the last time die ckp ngn aku dengan intonasi yg ceria spnjg aku kat skola tu.
Masa tu aku on the way dari kantin ke dewan exam. Sebab sblum tu paper BM 2.
Die na tegur aku mingkin sbb aku orang first yg terserempak ngn die kot.
Die tnye soalan BM paper 2 ape yg kuar.
Aku ckp la soalan2 jenis ape. Pastu die suke.
Pastu die tnye lagi, aku buat isi ape.
Aku bagi tau die and die pon ceria je. Die cakap kat aku, betul la tu ape yg aku buat.
Pastu die lepaskan aku ngn kwan2 aku.

then masa majlis anugerah kecemerlangan, sekolah tetap pilih aku jugak jadi tokoh murid.
Tapi aku masih ta pasti naper cikgu tu na hentam aku habis2. Aku ta salh pape pon.
Haizzz ta pe la.. At least tahun lepas da beraya umah die and bual2.
 Tapi aku ta sempat na ucap terima kasih kat die sebab aku dpat A dlam subjek die ajar.
Walaupon sebelum tu na dapat A BM pnulisan memang ta pernah.
Dekat cikgu Ham pon aku ta sempat na ucap terima kasih.

So itu saja untuk pagi ini.
And FYI, ketika perkataan 'ini' ditaip, jam menunjukkan pkul 4.45 am.

Hehe. Dah pagi rupenye ta sedar aku. Haha.
So itu sahaja. Cya people!

P/S *aku baru teringat. Aku ade simpan lagi duit seringgit yang cikgu Her bagi masa jamuan perpisahan masa last day kat skola tu. And duit tu kitorang semua buat tempat ambik autograf sume guru2 yg ade kat skola tu (Idea Shafiq). Ni la dia. Penuh dengan autograf! Hehe


Ianya adalah satu anugerah! (It's an award!)

Assalamualaikum...
T'et! Bunyi tone msj aku. Haha. Tah pape sia.
Miza mengatakan agar aku mengambil award ini daripada beliau.
Maka saya pon memeriksanya la kan. Haha.
ok baiklah. Terima kasih beri-beri (ni penyakit kan?) much kepada beliau.






1. Berikan satu nickname kepada saya (pemberi award)

Err, ape ye. Si manja? Whahahaha! Kan kau suka. ;-)

2. Ucapan untuk pemberi award

Selamat malam ~
Tidurlah, sayangku~
Siangkan tiba bercahaya~
Bermula baru, semua untukmu~::
 
*hehe. Lirik lagu Abg Faizal Tahir. Sesuai kot sebab die dah tertido. Hahaha.
&
Terima kasih cinta ~
untuk selamanya ~
 
*sebenarnya thanks kerana mengingati aku untuk award ni. Hehe
 


3. listkan 6 artis, band,group yg korg minat

Muse
Secondhand Serenade
Paramore
Heliza Helmi
Lisa Surihani
Miss Suzana

*Suzana lagi. Padahal nama tu tak wujud pon dalam hidup aku. Hehe.

4. Bagi award ni dkat 10 blogger yg mempunyai blog yg cantik dan cun

Suzana (Suzana lagi)
Mastura (Ni bukan nama pengetua aku ke? Haha)
 
Dan sesiapa sahaja yang perasan blog die cantik and cun. Haha. Jahat kan aku punyer ayat tu. Hehe.
Tak la. Aku serius. Korang punyer blog semua cool gila. Tapi aku punyer hot. Hahaha.
Sampai di sini saja. Kembali to see around k. Hehe.

Secondhand Serenade's coming to Malaysia!

Waaa.. I seemed so surprised and excited when I logged in to my FB account and see this.



Secondhand Serenade to make a show on 11 January next year (2010).
The show starts at 1900.

Haiz... I wish the show's in JB but not.
It's in Bentley Auditorium Petaling Jaya.
Aiyas. Someone please bring me there.
I really want to go there.

For more info, go to this site
http://www.secondhandserenade.com/tour/

Ooops! Soalan lagi untuk saya!

Ok ok ok.
Tadi pelik kejap nape traffic source blog aku banyak dari blog Yuna?
Rupanya die ade tag aku laa dalam postnya semalam. 
Hehe. Sorry kawan. Saya tak blogwalking frequently laaa..
And aku segan dekat ayat tag die tu. Die kate aku lawak and blog aku superb. 
And untuk pengetahuan umum, aku da byar die untuk ckp camtu. (aku tipu)
So jgn percye k.. Hehehe.


Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
Keluargaku semuanya, kawan-rakan, henpon dan internet serta duit. Wah. Jahatnya aku pentingkan duit. Hehehe. Jangan ta mengaku kalau korang ta boleh idup tanpa duit.


Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Ape ye? Aku macam ta baper ingat pulak. Kalau aku tipu tak de orang tau kan? Hehe. Ta de la. Oh ye. Aku beli McFlurry Oreo kat McDonald Petronas Skudai KM11. Masa tu, girl yg layan aku tu senyum2 plak kat aku. Hahaha.

  
Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

Mestilah dekat rumah den sendiri. Tempat2 lain mungkin tempat yg romantik2 siket ke. Hehe. Tema perkahwinan mahukan yang bertemakan unsur2 sains. Sains angkasa ke ok gak. Tapi mungkin ta brape nak mcm datuk SMS sebab ta mau la tiru. Yang penting sains la. Yg penting ada duit bnyk masa tu. Haha.

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Sudah semestinya ya. Sape tak cintakan pencipta kita? Cuma aku ta baper baik laa..Bercinta sesama manusia, buat masa sekarang belum lagi. Hehe.



Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
As long as my pasangan tu setia, I'll never stop loving her...


Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
Hanya di dalam mimpi saja. Wahahaha. Macam la ada...

Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Kembara Ke Angkasa by Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie yang berharga RM25 je. Haha. Beli kat Mile Per Hour (MPH) bookstore kat CS past few weeks ago.


Apakah nama penuh korang?
Mohd Norazam Bin Sidek.  Idea nama tersebut sangat dipercayai diasaskan oleh abang ketiga saya iaitu Mohd Norizan Bin Sidek
 sebab nak samekan siket dengan nama dia jugak kot. Hehe. It's just my theory yg boleh dipercayai ye.

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Mestilah Ibu, Ibu, engkaulah ratu hatiku. Haha. Kalau ngan ayah aku, biase2 je. Kadang2 aku berdebat jugak ngan die tu. Haha. Kurang ajarnya aku. Ish ish ish. Tolong jangan contohi.

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Orang je ke? Binatang tak de? Haiz.. Ok ok..
 
Aku nak jumpa orang yang menginspirasikan aku, Datuk SMS. Nak tulis penuh lagi ingat rajin ke?
Kawan2 lama aku kat Habbo dulu. Sebab Habbo la tempat aku mengenali dunia online ni.
Nak jumpa Heliza sebab dia sweet.
Lisa Surihani pon same. Tapi Heliza lagi cute sebab pakai tudung. Hehe.
Pakcik aku sebab aku ta sabar nak belasah die. Pinjam netbook  aku ta reti pulang. Entah2 da jual.
Nek Yam belakang umah nenek aku. Sebab dia kaye. Untung2 die wasiatkan siket harta die untuk aku. :D

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Setakat ni belum la. Let the machine do its work. Ape gune teknologi klau bukan untuk memudahkan kita, kan?


Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi
Makkah Al Mukarramah. (Tiru Yuna). Haha.
Angkasa lepas atau bulan atau Marikh. I'd die to be there.
Places that ever appear in my pleasant dreams. Ooooh..

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Support the free hug campaign. (poyo la aku. Tu da lame da)
Youtube la search free hug campaign. Then you'll know why I choose it.


Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
SITI NORFATHIAH KHAIRUNA BINTI MUHAMAD
Die super pandai.
Die sangat sayang kepada pujaan hatinya, Abdullah Ihsan.
Dia juga sangat baik kepada saya.
Dia juga seorang girl yang cun. Klau tak takkan Ihsan syg kau kan.

(Ok Yuna. Aku da buat keje aku memuji kau sperti yg kau suruh. So lepas ni bayar aku ok?) Hehe. Just kidding.


benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
Benda ye? Ok. Aku jawab spesifik kepada benda ye.
Aku sayang komputer aku. Walaupun tak boleh bwak jalan2.
Aku sayang henpon aku. Sebab aku sayang muzik di dalamnye.
Aku juga sayang PSP aku. Tapi walaupon sayang, benda tu ade orang sedang meminjamnya. Haha.
Aku juga sayang gitar aku. Boleh layan feel bila hati berduka lara.
Aku juga sayang jam aku. Bapak aku hadiahkan masa awal form 1. Dia cakap, 'Jaga jam ni baik2. Abah beli mahal2. Simpan sampai besar. Jaga jam ni macam Ajam jaga nyawa Ajam sendiri.'. Itu lah kata2 beliau. And aku akan ingat sampai bila2.

Aku nak cakap aku sayang netbook aku. Tapi benda tu da bagi pinjam kat orang yang berpotensi untuk menjualnya. *sigh

5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
Muse - Unintended. This song will always be the best song ever.
The Red Jumpsuit Apparatus - Your Guardian Angel. Pergh! Aku suka lirik lagu die. Sweet je.
Secondhand Serenade - Awake. I like this part. 'Will you stay awake for me?'
Marc Anthony - My Baby You. Lagu ni romantik kot. Hahaha.
John McLaughlin - So Close. Time lagu ni on play kat movie Enchanted masa diorang menari, memang romantik gile scene tu. Haha.

Bila tarikh lahir korang
Ni pon ditanya jugak ke? Aiyass....
 
19 Februari 1995

5 orang blogger yang korang nk tag
 
Wahh. Sume pompan. Tapi yang Suzana tu aku reka je. Hehe.

Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
Blog owner of blog http://sweatherofweather.blogspot.com . Nama panggilan manja Miza. Haha. Pandai je aku panggilan manja. Strictly unpredictable. Walaupon aku ni pro dalam guessing and psycho-ing orang lain, aku cuma ta baper na dapat bayangkan menjadi dia ni. Haha. Tolong jangan marah aku ye. Dia, sweet and almost perfect for me. Ok Miza, tlong jgan perasan lebih k. :D Aku pernah suka kat dia tau. Tapi.. tu citer lame. Hahaha.. Jahat aku. Tak pe. Aku citer yg baik2 je k. Yang tak baik aku simpan dalam hati. Waah. Satu lagi kejahatan aku. Ape lagi tentang die ye. Herm . Oh yea. Die amatlah sensitif. Aku pikir bnyak kali kalau nak bergurau ngn dia nih. Takut woo kalau dia marah. Susah nak pujuk. Susah sangat nak mengalah dia ni. Hehe. Ok ok cukup. Kalau aku nak sambung boleh aje sampai 2-3 page. Tapi tu semua ayat2 menempah maut. Anda jangan buat. And Miza, no marah2 arh. Hehehe.


And that will be all for now. Sebenarnya, aku rase enjoy buat benda tu semua. Maksud aku jawab soalan2 tu la. So buat la. Sape na buat sila la buat. And klau post lepas tadi tamat pada 3.43 am, cuba bayangkan sekarang pukul baper. Ta pe la ta pya bygkan. Sebab aku nak bagitau la ni. Ok. Semasa perkataan 'ini' ditaip, jam pada laptop menunjukkan pukul 5.01 am. Wahh. Satu jam lebih jugak ye. Hehe. Ok la. Aku mau masuk bilik dulu sebelum bapak aku kluar kjap lagi. Aku kat ruang tamu ni ngadap minatang ni sorang2 dari tadi. Aku kne berlakon yg aku tido klau tak mati la kene marah nnti sebab ta tido. Aku kat bilik pon lpas ni ta tido. Lepas azan baru la tido. Klau tros tido ni terlepas pulak karang.
Jap lagi bapak aku kuar gi masjid so, Ajam's off here! Cya!