Kepuasan paling tinggi sepanjang 3 tahun!

Hailowah! Assalamualaikum semua!

23/12/10

Hari yang sangat membahagiakan aku!
Yeah! Hari ni keputusan PMR keluar. 
And yeah! Aku puas sebab aku dapat straight A's.
Alhamdulillah ~



Malamnya, tidur selewat jam 3 pagi sebab layan main poker dengan kerjasama abang aku. Tapi kalah. Habis semua chip aku. Abang aku punyer pasal la ni. Dia suruh aku go on dengan bet yang orang lain letak. Last2 abis chip aku. Haiz....

Bangon dalam pukul 6.45 pagi. Pastu ambik wudhuk then terus solat. Solat dalam keadaan menggigil sebab sejuk gila. Lepas solat, baring dekat sofa sebab nak tido balik. Puas aku pejamkan mata tapi tak tido2 jugak. Biasa nya senang aja. Mungkin sebab aku pikir pasal perkara yang akan berlaku 3 jam lagi kot. Hehe.

Bangon dalam pukul 8.45 pagi lepas dikejutkan oleh Shafiq yang call aku. Dia cakap dia ngan Khalid na datang dalam pukul 9. So aku pergi la siap2. Lepas aku siap dalam pukul 9.30 tu baru la diorang datang. Oh ye, sila beri perhatian untuk ini. 'For the first time, aku awal dalam perjanjian masa yang ditetapkan!' Hahaha.
Kalau tak sebelum ni, diorang cakap pukul 9, pkul 10.30 baru aku siap. Haha. Itu satu kenyataan.

Then teruskan perjalanan pergi ambik Ameer. Dia tak de moto pulak. Lepas tu isi minyak moto. Then pegi topup kredit pulak. Ye la. Hari ni akan menjadi hari yang paling sebuk dan paling banyak orang yang ingin dihubungi. Lepas tu cari Shafiq ngn Khalid. Jumpa kat rumah Shafiq lepastu terus gerak ke sekolah sama-sama. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku teringat something. Aku tak salam mak aku kat umah. Aku jadi tak tenang and tak sedap hati.

Sampai kat sekolah, tak ramai yang ade kat situ lagi. Suasana masih lagi sunyi sepi. Aku cakap kat Shafiq yang aku tak tenang sebab tak salam parents aku. Then aku ajak dia balik. Lepas tu aku pon bwak dia then balik kejap. 

Sampai balik kat sekolah ngan Shafiq, cari Khalid ngan Ameer. Tak jumpa, then Shafiq ajak pegi uma Tira. Aku pon lintas jalan and ziarah. Lepas tu bual2 kat situ kejap sementara tunggu kawan2 yg lain. Lepas semua da ada, terus hantar rombongan ke sekolah. Haha. Depan rumah Tira je sekolah tu.

Lepak-lepak sekitar kawasan sekolah dengan kawan2 semua. Then, henpon aku berbunyi beep. Mesej dari Aina. Tanya aku dah dapat ke belum. Aku jawab la belum. Bunyi lagi, mesej dari Yuna. Tadi aku tanya dia da dapat ke belum. Tu yg dia jawab tu. Die jawab belum jugak. Beep lagi sekali dari Aina. Dia cakap dia dah dapat. 8A's kata dia! Waah. Leganya dia. Bunyi lagi sekali kali ni dari Yuna. Dia cakap die pon 8A's jugak. Waah. Aku semakin tidak tenteram. Aku call Dayat. Dia belum ambik lagi. Pastu cakap ngan Aina. Waah, seronok gila dia. Ada ke patut die cakap Faiha gf aku? Pergh! Tak gune! Faiha pon 8a jugak. Diorang suma ni hebat2 tol.

Lepas tu aku tengok budak2 ni semua da menuju ke kantin. Sampai je kat kantin, kat meja aku da nampak slip keputusan da. Pergh! Hatiku semakin berdebar. Terus cari untuk kelas 3RK. Sampai je sane, tengok reaksi kawan2 lain yg da ambik dulu. Wah, gembiranya diorang. Dalam pkiran aku, klau diorang boleh, takkan aku ta boleh. Pastu aku sign kat list nama tu. Pastu cikgu cari kan nama aku. Dah jumpa! Aku ambik sendiri slip tu. Lari jauh siket pastu pikir dulu na tengok bila.

Terserempak pulak dengan Jia Wen. Aku tanya dia dapat berapa. Dia cakap 8a. Then dia tanya aku. Aku cakap aku belum tengok lagi. Pastu 5 saat pastu baru aku tengok. First time tengok, 'YEARGH!!!!'. No B! Gembiranya hati ini tak terkata. Haha. Syukur banyak2. Then jalan2 lagi kat situ untuk jumpa kawan2 lain. Miza dan Tira jugak dapat straight A's. Waah. Tahniah kat diorang.

Then, aku lari lagi jauh, take my phone out of my pocket, call someone yang dalam contact list aku tu yg bernama 'Abah'. Call2 je, bagi salam. Then aku tanya, mak mana mak? Bapak aku cakap die kat masjid. Dia tanya aku dapat ape? Macam ta terungkap je suara aku tu. Lepas aku cakap 8A, wah, suara kegembiraan die kedengaran. Mengalir air mata aku bila dengar suara kegembiraan dia. Rasa kepuasan yang teramat sangat dapat menggembirakan dia. Haha.

Pastu call rumah pulak. Akak aku yg angkat. Dia tanya aku baper. Aku cakap sruh bagi kat mak aku. Die sruh aku cakap dulu pulak. Pastu last2 aku ckp ape tah. then tau2 je dah dengar suara mak aku. Then aku cakap la yang aku dapat 8A. Wah, sekali lagi, mak aku gembira gila. Aku pon rasa puas gila. Hahaha.

p.s : abah, jgan risau ajam. biarpun abah ta pernah nmpak ajam study kat rumah, kat skola ajam buat all out tau. sebab tu la cool2 je bila nampak ajam main game ye? hahaha.

Pastu aku pegi jumpa cikgu Kamariah, berdiri tepi dia. Aku tengok dia senyum2. Dia pon paham maksud aku. Masa majlis mohon restu, aku jumpa dia. Die cakap kat aku ' Kalau kau tak dpat 8A, kau jangan jumpa aku '.  Aku pon cakap kat dia, ' Saya akan balas dengan kejayaan dan akan datang jumpa depan cikgu nanti '. Dia cakap dia nak tuntut. Waah. Bestnye dapat laksanakan ape yang aku pernah cakap tu. Hehe. Die ucap tahniah je and senyum2 kat aku. Hehehe.

Pastu aku ta terus balik pegi RML dulu layan abc shafiq ajak. Tak lama pastu baru balik.

Lepas sampai rumah, salam mak aku. Salam bapak aku. Waah. Bapak aku kiss aku tau. Hehehe. Pastu masuk rumah, abang aku pegi angkat aku pulak. Ingat aku budak kecik ke ape. Haha. Pastu mak bapak aku tnya la pasal kawan2 aku yg lain camane. Aku pon citer la mana yg aku tau.

Bukak facebook, semua dah cerita pasal kejayaan diorang. Aku pon na jugak! Haha. Ramai ucap tahniah. Aku ucap terima kasih. Terima kasih kat semua yang ucap tahniah. Dan tahniah juga kepada mereka yang berjaya! Saya sayang korang semua!

Papepon tahun depan, aku nak jumpa cikgu2 yg pernah ajar aku then ucap terima kasih. Diorang takde, aku lagi la mungkin ta berjya. Sebab aku mmg bergantung abis kat skola. Kat rumah memang ta blaja laa. Jangan harap. Cume sehari sebelum exam tu bole la berharap siket. Hehehe.

Dan sepanjang hari ini, sebanyak lebih kurang RM8 telah digunakan
untuk kredit enpon saya kerana busy contact orang ni contact orang tu. Hahaah.
Sampai la malam ni baru la abis. Hehe. Aku ta sabar na tunggu statistik keseluruhan nnti.
Let's wait for it together k! Cya! Assalamualaikum  . . . . .
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?