Aku terlupa tentangnya seketika.

Hai. Asslamualaikum semua.
Haha. Maaflah kepada sesape yang pernah datang sini dan mengharapkan ade post baru.
Kesian diorang kan? Sebab da lama tak de post baru seperti yang diharapkan.
Hahaha. Tu pon macam la 'diorang' tu ramai sangat. Atau mungkin, memang tak de pon. Hehe.

Hari ni hari Isnin minggu ketiga persekolahan.
Isnin biasa la. Ade perhimpunan rasmi. Tapi tadi aku datang lambat macam biasa.
Sampai sekolah pukul 7.30 pagi. Perhimpunan start pukol 7.10 kot.
Dulu 7.20. Pastu disingkatkan lagi jadi 7.15. Pastu tahun ni 7.10 pulak.
Haa. Tahun lepas akhir2 tahun aku baru nak berjinak-jinak datang awal.
Boleh pulak peraturan baru nak lagi awal. Memang niat aku tu aku batalkan terus je la ye.
Pasni kalau sruh datang pukul 7.00 pulak, memang lepas rehat baru aku smpai sekolah ye.

Lepas letak beg kat tempat letak beg tu, aku pon duduk la kat tepi dewan.
Cikgu Zul Adam (jangan anggap ni nama real dia tau) dari jauh dah aim aku.
Die datang tempat aku, die piat telinga aku. Heh! Setakat piat telinga je ke yang die mampu buat?
Cikgu2 laki lain ta denda sangat kot. Sebab diorang da malas na layan aku. 
Kan bagos macam tu. Dah tau aku ni cakap banyak kali susah nak ikut, cuba la try ta cakap.
Mesti aku ade feel nak berubah sendiri.

Pastu masa aku tengah buat catatan ape cikgu cakap masa ucapan, cikgu Razif (yg ni pon same bukan nama real) datang kat aku pastu die bagi nyamuk yang die dapat tepuk. Entah ape motif beliau pon aku ta tau.
Dekat buku catatan aku tu, aku ambik cap badan nyamuk tu pastu aku buat la die punyer description. Haha.

Then semua student yang ambik subjek RC form 4 cikgu aziz sruh stay.
Ada light meeting sebenarnya. Die nak pilih pengerusi.
Aku ta tau kenapa jadi malang sangat TERberdiri antara yang paling dekat dengan cikgu dalam kerumunan tu.
Aku telah ditolak olah manusia yang cam serangga je apabila cikgu mintak cadangan untuk pengerusi kelab.
Sape tah tolak aku. Pastu sorang lagi nama yang dicadangkan ialah Amir.
Entah apa pasal diorang vote aku tah. Padahal, aku kan selalu datang lmbat. Hahaha.


Cikgu bincang2 pasal lawatan untuk kelab RC ngan AJK lebih lanjut.
Haa. Sape yang kelab RC tu, take note ye.
Cikgu bagi pilihan sama ada nak buat bulan 4 atau bulan 7.
Kalau bulan 4, lawatan selama dua hari. 
Mengikut perancangan awal and unofficial, kita akan pergi ke F1.
Tu pon kalau cikgu memang dapat tiket free.
Tapi jangan bayangkan korang duduk kat grand stand yang ade bumbung tu tau.
Sebab harga tiket tu beratos ratos ye. Yang beribu pon ade kot.
Jadi takkan lah pihak diorang nak bagi tiket free untuk tempat special kan? Hehe.
Pastu mungkin akan ke KLIA ke. Next day boleh pergi kilang PROTON and petrosains.
Then kita akan bermalam dekat err komplek belia ye name dia?
Yang penting dekat Cheras. Cikgu akan dapatkan dorm. Jadi murah la kan.
Kalau nak hotel memang kos die pon tinggi la.
Haa. Lagi satu. Pasal kos, cikgu cakap paling maximum RM120 je.
Tu paling maximum. Jumlah pelajar yang akan menyertai pulak aku terdengar angka 35 tadi.
Jadi kalau nak pegi dua bas tu, mungkin aku akan pujuk cikgu kot.
Tengok la kalau permintaan ramai. Cikgu cakap sewa bas tu yang mahal.
Tapi cikgu akan usaha dapatkan sewa bas sekolah lain ye.

Tu kalau nak pegi bulan 4.
Kalau plan bulan 7 pulak, kita akan pergi sehari je.
Sebab bulan 7 tu ade pameran ape tah. Aku terlupa cikgu cakap ape.
Pameran reka cipta kot. Peringkat kebangsaan ke antarabangsa ye. Kebangsaan kot.
Antara universiti-universiti. And kos pon mestila akan kurang jugak.
Jadi cikgu bagi pilihan sama ada bulan 4 atau bulan 7.
Jangan ambik bulan 7 wey. Rugi and tak seronok sangat. Hahaha.

Aduh, jadi pasni aku dengan Amir la yang kene uruskan semua.
Sediakan jadual program then cadangkan kat cikgu.
Pastu macam2 lagi la. Haih...
Tak pe kawan2, you won't regret of choosing me as your future RC club pengerusi ye.
Hahaha.


Semalam Shareena mesej aku die tanya aku da dapat SBP ke belum. 
Aku da check kat online punyer belum kuar lagi pon.
Sebelumnya pon Yuna ade tanya aku ade pape berita tak pasal SBP tu.
Haih, masih ye, aku curiga dengan diorang tanya benda sama pada waktu yang terdekat.
Pastu petang tadi, tah sape tah IM aku. Kawan Ayat kot. Die tnya aku da dpat ke blom.
Argh! Aku semakin tertekan. Keputusan dah keluar ke? Itu persoalan aku.
Die cakap, ade yang surat da sampai rumah. Aduh.
Yang keputusan online pulak, akan kluar antara 17hb ni hingga 21hb Januari ni.
Haih. Aku semakin resah.

Mana tak resah. Aku confirm dapat kot. Kalau dapat, panggilan pertama.
Aku pon terlupa yang aku ade mohon SBP (sebab tu la tajuk post aku camtu). Tapi memang aku dapat kot.
Ye la. Aku kan mohon sebab ade cable dalam dari akak ipar aku.
Pastu tadi bual ngan mak aku sekejap, aku cakap, 'Ajam pindah ke?'
Mak aku da start mengeluarkan kata2 bebelan nasihat sambil marah2 pulak.
Err. Tadi la first time mak aku tau yang aku macam ta na pindah.
Die da start bising. Haih.. Aku ta nak laa..
Aku ta nak tinggalkan kawan aku. Atau yang lebih terus terang, aku ta nak tinggalkan Miza!
Memang aku suka and sayang die pon. Haha.
Eh, refer to my email k. (sukehatiakula@yahoo.com).
So, suke hati den la na cakap macam tu. Hahaa.
Tapi mak aku tu, mesti die marah kot. 
If only you can know this mak, walau Ajam dekat mana sekalipon, Ajam janji akan belajar rajin2.
Jangan risau ye mami. Hehe.

Nanti kalau Ajam sekolah kat sekolah budak2 pandai, nanti ta menyerlah la Ajam.
Macamana nak buat mak bangga dengan anak laki mak sorang ni, kan mak kan? Hehe.
Tapi kalau parents aku tu, memang aku bole pujuk punya. Haha.
Jangan risau ye. Haih..



 Tadi balik sekolah pintu bilik aku dikunci.
Sape pengunci nya? Kakak aku yang terlebih pandai. Tah pape.
Padahal aku bukannya ikut berniaga hari ni. Aku pon memang akan balik dalam masa terdekat tu.
Lagipon, macam la tak de orang kat rumah tu yg jaga rumah tu sementara aku belum balik sekolah.
Lagi satu, dah tau kunci tak de sebab dekat tempat kunci kereta (kereta tu kat bengkel tengah repair)
yang pegi kunci bilik aku buat ape tah.
Dah tau aku balik sekolah nak letak beg, buku dalam bilik semua pegi kunci buat ape.
Baju aku pon kat dalam bilik jugak. And yang paling penting, internet pon ta dapat access sebab bilik kunci.

Oleh itu, terpikir la aku cara nak bukak kunci tu.
Mula2 aku sorang2 je ikhtiar nak unlock kunci tu sebelum di'join oleh khalid yang memang nak guna tenet.
Aku pon capai la beg camera aku. Dalam beg tu ade beg duit. Dalam beg duit tu ade kad.
Saje nak try unlock gune kad. Aku capai dari tingkap gune kayu besi panjang.
Puas aku cari kad lain tapi tak de. Tu yang nak kene ambik kad dari dompet aku gak tu.
Tapi guna kad ta berjaya.
Pastu khalid datang. Kitorang pon terus berfikir. Khalid ternampak bola badminton.
Pastu die letak bola tu kat dalam lubang hose vakum tu. Fungsinye untuk grip tombol pintu tu.
Pastu hose vakum tu kitorang panjangkan lagi dengan ikat kayu lain.
Pastu nak capai tombol pintu tu dari luar tingkap.
Tapi bola tu terjatuh pulak dalam bilik aku tu. Cis!
Lagipon cara tu memang susah pon. Sebab daya geseran yang ade dekat bola badminton tu tak cukup.
Susah nak pusingkan tombol pintu tu. Dah la nak capai tombol pintu tu dari luar susah. 
Kayu panjang. Bengkok lagi. Berat pulak tu. Nak kawal memang susah la.

Jadi cara lain difikirkan lagi.
Khalid ternampak lubang yang kecik idup segan mati ta mau ni.
Die pon bagi cadangan, masukkan tali dari situ pastu pusingkan tombol.



Guna tali memang dah buat. Tapi tali tu halus la jugak. And sekali lagi, faktor daya geseran yang kurang serta permukaan yang terlalu kecil menghalang segalanya.

Pastu aku cakap la, kita perlu something yang lebih kesat.
Khalid pon sekali lagi mencadangkan gune tiub tayar. Tapi mana ada kat rumah aku ni.
Pastu round2 la kat luar rumah tu. 
Khalid ternampak tikar getah yang tak digunakan lagi. 
Die pon cadangkan ambik siket secebis untuk di'install skali dekat tali tu untuk grip yang lebih baik.
Pastu cebisan tikar getah tadi pon ditebuk untuk dimasukkan tali.

Pastu aku pon instruct khalid dari luar tingkap tu tentang posisi tali tu.



Pastu aku nampak khalid macam susah nak buat sebab nak kene tonjet2 siket.
Jadi aku pon masuk la dalam and aku sruh Amir bagi arahan and perhatikan.
Pastu bila Amir cakap ok, aku pon start la main tarik tali tu atas bawah.
Then aku terdengar bunyi kunci terbukak.
Pastu khalid pon dengan jayanya bukak pintu bilik tu.
Waah! Rasa kepuasan yang amat sangat kitorang berjaya.
Tapi idea semua dari khalid. Idea aku sume hampeh2. Haha.
Aku cume merealisasikan je ape yang die bagi cadangan tu.



Papepon, inilah hasil reka cipta khalid untuk hari ini. Wah! Die memang kreatif.
Kalau dia ta de, memang aku ta dpat la bukak pintu ni sampai malam. Fuuh!




Dan oleh itu, saya nak menamatkan penaipan saya ini. Off keyboard.
Nak buat homework biology + add math + chemist and sejarah? Tengok la kalau berkemampuan.
But for tonight, biology is my priority. 
Then na study pasal kertas kerja lawatan RC tu and cari baju sukan skolah.
Itu saja. Tata dan assalamualaikum....


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?