Fill your answer in the blank.. Haih..

Aku ta ingat kali terakhir aku post something kat sini.
Dua minggu lepas kot. Mungkin la..
Eh tak. Rasanya macam tiga minggu. Ah biar lah. Ta penting.

Entah kenapa, aku rasa malas sangat sekarang ni.
Kadang2 homework ta complete. Selalu kot.
Kalau nak dibandingkan dengan time waktu sekolah rendah dulu, bukan main rajin.
Baru sekarang aku paham kenapa dulu kawan2 aku ta siapkan homework diorang walaupon cikgu tu super garang.
Sekarang aku pulak da berani buat macam tu.
Haih Azam, berubah la. Pikir masa depan.

Pasal masa depan, entah kenapa aku rasa macam aku terlalu jauh lagi untuk capai peringkat tu.
Atau mungkin aku takkan capai kot. Apasal aku tulis macam ni ha?
Azam Azam, berubah lah. Upper form is much more challenging than lower form.
You can't survive this way. A change is needed to make you as a better person.
Haha. Macam orang sengal jugak kan aku tulis macam ni.
Benda macam ni pon nak tulis. Cakap kat diri sendiri sudah la. Nak tulis kat sini pahal. Haha.

Nafsu aku kat internet atau komputer ni macam dah kurang.
Kalau dulu, aku terlalu addict kat Habbo sampai sanggup topup RM50 and habiskan dalam masa beberapa minit je.
Maklumla, dulu handphone wujud hanya sebagai tempat lepas nafsu game and music.
Tapi hari tu, aku teringat balik yang Habbo lah tempat aku improve English aku start dari form 1-2.
Tiap2 hari jumpa orang Singapore je. Sekarang sume dah merge. US, UK, AUS, CAN dll.
Tapi aku dah lama taubat dari main minatang tu.
Sebabnya, nak ngade2 wujudkan sistem cukai untuk currency jual beli pulak dah kat situ. 
Memang tak layan lagi la. Tapi aku rindu saat2 dulu.
Bila aku try nak login balik hari tu, Habbo aku da ta bole access da. 
Betapa sedihnya hati ini. Haih..

Cuti akhir tahun last year, aku terjebak dengan satu game online. Garena Go Kart.
Sampai satu tahap, aku terpaksa berhenti main oleh sebab anak sedara aku yg ta boleh nmpak.
Kalau tak nnti diorang mintak main and calar la reputasi aku sebagai racer hebat kat situ.
Malangnya, time diorang da balik and bila aku na main balik, semua dah jadi lagging gila.
Lagging time ade racer lain. Sebelum ni ok je. Aku pon ta paham kenapa. Biar je la.

Sekarang aku malas nak mencari-cari something yang baru untuk dijebakkan.
Mungkin aku akan terus macam ni, so that aku punyer nafsu internet pon akan terus berkurang.
Harap-harap begitu la.

Kat sekolah sekarang da makin busy (kononnya).
Cikgu bagi task suruh arrange jadual lawatan. Suruh tetapkan satu waktu untuk belajar solid edge la.
Tiap kali aku balik lambat, mak aku tanya.
'Ai Jam lambat balik arini'
Aku akan jawab, 'Ade keje tadi kat sekolah'.
'Kau buat keje cikgu ke keje kau?', soalan maut.
Aku jawab balik, 'Keje Ajam ade'.
Ayat tu macam tergantung kan?
Saje je. Aku takkan tipu mak aku. 
Aku cume akan jwab yg die tanye and akan cuba diamkan klau ta mampu menjawab.

Mak, tahukah mak, Ajam sayang mak sangat2?
Ajam ta pena kan cakap kat mak face to face, voice to voice.
Ajam segan. Aritu Ajam nangis bile terpikirkan mak, and mimpikan mak. Haih...
Banyak sangat kot dosa Ajam kat mak ni. 
Yang paling besar, Ajam ta pegi bila mak suruh Ajam pegi sekola sains tu kan?
Maaf mak. Ajam akan buat betul2 dalam exam ye.
*nak cakap belajar rajin2 tipu la. Homework pon bnyk ta buat. Kat rumah nak bukak buku pon jgn harap*
 Oh ye. Masa Ajam pegi kem kat negeri sembilan tahun lepas kan, Ajam ade tulis surat tau.
Untuk mak and abah baca. Tapi Ajam tak bagi. Ajam malu. Biar lah Ajam simpan dulu benda tu ye. Sampai tiba masanya nanti. Mungkin lama lagi kot.


Miza, you always know, that I love you from the deepest part of my heart.
Tapi aku tau, aku teruk :(
Aku selalu reply mesej kau lambat kan.
Padahal, kau ta pena pon buat macam tu kat aku.
Kalau terjadi pon, mesti sebab kau mmg ta nak buat macam tu.
Tapi aku, kadang2 sengaja aku delay sebab aku nak habiskan pada something yg aku tnga buat.
Contohnye baca artikel ke. Atau pon makan.
Super sorry from me, Miza.
Aku, ta tau kenapa malam ni kau rindu kau sangat.
Haha. Jangan layan aku. Aku memang otak tenga gile ni.
Haih.. Tak tau la ape jadi kat aku kalau ditinggalkan untuk selamanya.
Mesti jadi orang yang paling gila kat dunia ni. 
Miza, jaga diri baik2 ye. Jaga kesihatan.
Sebab, saya sayang awak sangat!
Walaupun awak tak suka saya cakap selalu kat awak. Haha.




Argh! Betapa stresnya kepala ni dengar bunyi kipas bilik aku yg ta benti2 ni.
Nak ditutup, karang panas pulak. Klau bukak, ta bole tido pulak.
Kipas ni pon sekarang pndai buat lawak. Karang aku gune kipas digital baru tau.
*jangan percaya ade kipas digital. aku saje je.

And sekarang aku masih ta faham kenapa aku post entri yg macam ni. 
Mengada-ngada betul. Papepon, aku da cakap, jangan layan aku. Hehe.

That will be all for now. I'll fix the background pic of this blog later.
And change the song as well. CYA! Assalamualaikum...