2 days off. . . .

Selamat menikmati cuti semua!
Tak. Sebenarnya pelajar sekolah je ye.

Agak kebosanan jugak la kalau cuti-cuti ni ta buat pape.
Argh! Cuti ni kene pikir banyak homework sia.
Kalau sikit tak pe jugak. Ni masing2 nak bagi keje bertimbun-timbun.
Individu yang bagi homework banyak2 tu macam ta pikir.
Untuk subjek die, die bagi homework bertimbun-timbun dengan anggapan
'Ala tak pe. Budak ni cuti seminggu. Banyak sangat masa diorang nak buat keje yang aku bagi ni walaupon bertimbun-timbun'

Pergh! Masalahnya bukan keje dia sorang aku nak buat! 
Kalau sorang cikgu yang ajar satu subjek bagi homework untuk disiapkan dalam seminggu,
untuk 10 subjek tak ke banyak tu?
Kalau macam tu, memang 10 minggu la baru homework tu siap.
Kesian la kat budak-budak ni. Kitorang ade jugak aktiviti lain yang nak dibuat.
Cuti ni waktu nak relax2 minda.
Pastu diorang cakap, 'Cuti-cuti ni jangan ta bukak buku. Buku kena baca jugak'
Jangan harap aku nak baca buku kalau bukan untuk homework!

Kalau homework tak siap dan alasan 'Bukan cikgu sorang bagi homework banyak/banyak lagi homework subjek lain', mesti cikgu akan balas
'Ai, budak tu boleh je siapkan, kenapa awak ta boleh?'
Aku akan jawab, 'Masalahnya enjoy die ta banyak macam enjoy saya. Memang la boleh'
Argh! Aku peduli ape. Aku memang pemalas. Hahaha. Aku tau la ta lawak. Aku saje ketawa macam orang jahat.

So cuti ni, dua hari aku merayap.
Satu pergi rumah pakcik aku kat kota tinggi sebab anak die kawin.
Kalau nak ikutkan, aku lagi prefer duduk rumah sebab aku ta rapat sangat dengan sedara belah bapak aku.

Gambar sekitar majlis...


Oh ye. Kat sana aku kena jadi photographer paksaan.
Sebabnya, akak aku nak sangat bawak camera pastu esoknya (ahad) aku datang,
aku kena marah depan bapak aku sebab die paksa aku ambik gambar semua tu. 
Bengang tak bengang je kena marah depan sedara-sedara. 
Aku datang bukan nak ambik gambar, aku nak lawat je. 
Dia pegi bawak camera tu pastu aku suruh ambik gambar ta nak pulak.
Pulak tu, aku suruh jaga sebab nak keluar pon ta nak. Sanggop die biarkan camera tu bersepah-sepah
tempat orang lalu lalang. Sakit je hati ni. Kalau die lelaki dah lama aku ajak bertumbuk. Haih...

Den sayang omak den!
Kreatif orang Felda ni kan? Cantik diorang cat minatang ni kat batu.
Gambar-gambar ni semua dari phone. 
Gambar2 pengantin kat dalam camera. Nak pindahkan malas. Ta perlu kot letak. Ta de sape nak tengok.



Semalam pulak (isnin) aku temankan Danial pegi pejabat Majlis Daerah Pontian untuk temubual.
Kerje kursus diorang tahun ni pasal MDP ni. Jadi nak tak nak terpaksa jugak interview kat sana.
Danial cakap die sorang laki. Tu yang aku terpaksa ikut jugak tu. Oleh itu, aku pon ajak la Shafiq and Khalid.
Tapi Shafiq ade hal. Khalid je yang ikut. Tak pe lah. Bukan pegi mana pon.
Aku pon jenjalan la kat kedai2 nak cari barang something. Malangnya barang yang dicari tak ada jual.
Tak pe la. Cari tempat lain je la.
Tapi aku ada beli pen, pensel dan buku rujukan sejarah. Penting woo.
Nak baca buku teks yang macam essay student SBP yang panjang2 tu memang tak la.

Lepas tu aku pon join la diorang interview orang MDP tu.
Haha. Budak2 form3 Ayer Baloi yang ada kat situ semua tau aku ngan Khalid ni form 4.
Tapi tak pe la. Bukan orang tu tau pon. Aku pon memang tulis pape maklumat yang die cakap.
Pastu aku pass natang tu kat budak nih. 
Oh ye, dekat situ, aku je yang banyak tanya.
Padahal aku ta terlibat pon. Bukan projek aku pon. Haha.

Sampai aku tanya, bila kat Pontian ni nak ada panggung wayang?
Orang tu pon jawab, 
'Haa tu lah kat sini tak ada panggung wayang. Saya dah la suka tengok wayang ni.'
Pastu orang tu cakap, dalam beberapa tahun lagi. 
Dalam hati aku, aku cakap klau beberapa tahun lagi, aku dah tak kat sini dah kak...Haha

Aku tanya jugak kenapa Pontian ni masih lagi Majlis DAERAH Pontian?
Kenapa bukan PERBANDARAN macam daerah2 lain?
Die jawab sebab jumlah penduduk la, pendapatan la.
Aku cakap dengan Khalid, 'Nak cakap Pontian ni mundur la kan? Haha'

Ok cukup. Mari lihat persekitarannya.


Aku dah ta ade mood dah nak bebel panjang2.
Ada orang yang menyakitkan hati. Malas nak citer.
Salam . . . .

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?