Antara aku dan 'Muse'

Ok. First of all, this post going to be me and Muse only, which is not really interesting for a good reading. Unless if you're super fan of Muse... or me. Hahaha.

When and what is Muse's song I first to listen?
*Errh.. Sorry I can't really remember when. Maybe when I was in standard 4-5.
The song is Time is Running Out if I'm not mistaken. But that time, it doesn't mean anything to me yet.
My second brother brought this band to me as he's already attracted to it earlier.

Alaa...Seterusnya,
aku just cerita tanpa soalannya ye. Tak tau nak buat soalan ape. Haha..

Ok, then aku lagi tertarik dengan lagu Muse bila naik kereta abang aku tu. Dia bukak mp3 lagu2 Muse.
Tapi masa tu aku tak cam sangat lagu apa. Best kot lagu tu. Aku tau band Muse sebab suara dia unik siket.
Yang penting, aku dapat rasakan something yang lain bila dengar tu.

 Then my cousin brought this song to me, 'Unintended', which makes me feels like I'm in somewhere else.
I thought that I'm the only one that feel so, but I'm not alone. Hahaa. Macam tajuk lagu Michael Jackson pulak da.

Aku ingat lagi pernah naik kereta dengan abang aku, then lagu Muse pon play. Ada satu part tu aku dengar best je.
Tajuk dia 'Sing For Absolution'. Mula-mula aku ta tau pon tajuk lagu tu, tapi bila sampai rumah aku download. Haha.

Then masa sebelum album terbaru Muse (Resistance) release masa September 2009, aku da target dulu da tak sabar nak try semua lagu diorang. Pastu bila da sampai tarikh release die, aku pon ape lagi, usha la tenet kalau ada yang dah upload. Hahaha. Lalala~ Kan suruh sokong industri musik tempatan. Yang oversea aku ta sokong la kan sebab aku ta beli album original dia? Alaa.. Sape je tak buat menda ni? Semua buat kot.

Masa tu pon aku letak la lagu-lagu Muse album baru die tu dalam playlist winamp aku. Asyik lagu-lagu tu je la yang play. Padahal aku tak de la minat sangat pon. Just saje je nak try.

Masa tu, Khalid selalu datang rumah aku. Na buat keje presentation. Then bila aku selalu bukak lagu Muse tu, die pon tertarik. Die tanya aku lagu sape, lagu ape. Then dia mintak aku suruh masukkan dalam phone dia. Aku pon masukkan laa..

Then beberapa hari kemudian, dia datang lagi. Dia suruh aku download lagu Muse yang lama-lama. Dia bagi list yang dekat dalam hotlink caller ringtone tu. Sebab dia kata dia dengar macam best. Aku pon downloadkan la. Then aku masukkan sekali dalam playlist aku. Bila aku dengar lagu-lagu dia yang lain, aku rasa macam memang ada keunikan dalam setiap lagu Muse tu. Then aku pon menggiatkan diri untuk cari yang lain-lain pulak. Senang citer semua lah. Then aku kongsi dengan Khalid. Waah! Aku dapat pengaruh dia! Haha. Masa tu bukan dia je, Asrap pon same terpengaruh siket kejap. Tapi tak berapa la. Dia cuma minat beberapa je. Tak macam fanatik sangat macam aku ngan Khalid ni.

Ada satu masa tu, aku sangat teruja dengan Muse. Cousin aku pernah aku suruh aku download konsert Muse kat stadium Wembley diorang perform tahun 2007. Dah lama aku download. Entah macam mana satu malam tu aku bosan gila, aku bole spend masa aku bukak minatang tu. Aku ingatkan nak bukak kejap aje, tapi tangan aku ni macam dah terhalang oleh mata dan keterujaan aku tengok benda tu. Dari awal sampai habis aku tengok video tu. Pergh! Ramai gila orang! Gempak gila konsert dia. Esoknya aku pegi rumah Asrap, aku cakap kat dia ngan Ameer, aku cakap nak pegi konsert Muse (tetiba je). Haha. Macam terpukau.

Start dari situ lah aku memang da minat Muse. Sebab bagi aku, dalam setiap lagu diorang, mesti ade keunikan yang boleh buat aku suka. And walau berpuluh-puluh lagu dia kat PC/phone kau, aku hafal leih 90% la. Haha.

Walau pape pon halwa telinga yang aku suka dengar dengan Muse tu, keindahan bacaan al-Quran tetap tak dapat kita tandingi kan? Ye lah, manusia ni ilmu siket. Kata-kata Allah lagi hebat dari kata-kata kosong manusia ni kan? Haha. Aku nak search 'Muhammad Taha al-Junayd' la kat youtube. Dia baca quran best. Adeyh, kalau lah suara aku best macam dia, mesti best aku baca. Haha. Ada rahmat suara aku tak sedap, kalau tak, nnti aku guna untuk jual suara pulak kan? Pastu da ta hadap quran tu. Syukur syukur.....

Aduh...Asal aku buat entry tah pape macam ni hah? Macam dah ta ade modal sangat. Padahal banyak lagi bole aku cerita. Tengok la kalau aku rajin aku bebel pasal benda lain pulak. Hahaha. Cya!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?