Something happened

HAHAHAHA! Memang aku nak tulis jugak minatang ni kat blog hari ni! Tau apa jadi? Tak tahu kan. Haaa... Ada yang da tahu tu... Tadi aku datang sekolah lambat. Biasa lah hari Isnin. Camane pon aku cuba nak datang awal hari Isnin memang takkan berjaya. Aku dah nak gerak awal da tadi. Oleh kerana perut aku ni ber'disco time aku da siap, aku pon pegi la ke tandas. Malas nak tunggu tandas kat sekolah. Dan itu lah punca aku lambat tadi.

Oleh kerana beberapa hari lepas aku macam ada mencabar cikgu-cikgu ni kat satu status facebook mengatakan bahawa aku err... tengok sendiri lah kat link ni, maka aku terasa yang dia nak bagi hukuman yang kononnya memalukan untuk mereka yang datang lambat ni. Termasuk aku. Jadi pagi tadi, dia suruh budak-budak yang datang lambat ni berdiri kat depan perhimpunan. Eleyh, kotor punya trick. Then aku dengan redhanya pon berdiri depan perhimpunan tu. Ade jugak pesalah-pesalah lain. Tapi diorang semua tunduk je. Semua buat muka bersalah. Tapi aku, buat muka cool je ngadap cikgu yang bagi ucapan tu sambil senyum-senyum geram dengan denda yang diberi.

Cikgu ni apa motif tah nak malukan kitorang. Besar sangat ke salah tu? Datang lambat? Pergh! Ni yang aku nak guna caps semua ni.

PELAJAR PERLU DATANG AWAL? UNTUK APA? BUKANKAH KAMI DATANG KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR? OK THEN. KELAS BELAJAR START PUKUL BERAPA? 7.40 KAN. AKU DATANG PUKUL 7.30. TAK AWAL KE TU? TAK PAHAM BETUL AKU.

PASTU NAK SAMAKAN PULAK DENGAN BILA DAH KERJA NANTI. KALAU KERJA MASUK PUKUL 8, THEN PUKUL 8 TU DA START BUAT KERJA KAN? JANGAN LAH NAK SAMAKAN DENGAN BENDA KAT SEKOLAH NI. KELAS START PUKUL 7.4O, TAPI NAK KENA DATANG SEBELUM PUKUL 7.10 PULAK.

SETAKAT PERHIMPUNAN TU NAK TEGUR BENDA SAMA JUGAK. CIKGU TEGUR KE TAK TEGUR KE, BUDAK-BUDAK NI TETAP BUAT JUGAK. CIKGU TA PERLU BAGI TEGURAN UNTUK AKU SEBAB KALAU AKU TAK DITEGUR PON, KESALAHAN LAIN AKU TETAP TAK BUAT KECUALI DATANG LAMBAT. EIIHH, SUSAH LA AKU NA TERANGKAN. SAKIT JUGAK MENULIS CAPS NI. NAK TUKAR BALIK LA...

Hergghh...Peraturan sekolah kadang-kadang tah pape. Buat aku tak paham je. Aku tau la yang mereka buat untuk

Kenapa Justin Bieber patut dibenci

Telah dinyatakan bahawa saya adalah salah seorang hater si Justin Bieber ni. Sebab apa agaknya ye? Hahaha. Sukati aku la nak benci dia sebab apa. Banyak sebab kenapa aku benci dia ni.

First, sebab dia bajet bagus. Suara macam pompuan ada hati nak nyanyi. Dey! Bole bola la eko....

Second, sebab dia tu kecik lagi. Eleyh budak ni. Umur baru belasan tahun dah ada hati nak jadi superstar yang tak de haters. Benci betul aku. Kau tu budak lagi, belajar je la. Mengada-ngada betul.

Third, dey budak, pikir suara perempuan kau tu sedap sangat ke hah? Oooh tolong lah, kalau lagu dia play kat radio, aku janji aku tukar. Aku benci dia ni macam mana orang benci si Rebecca Black yang nyanyi lagu Friday tu. Umur baru budak UPSR mengada-ngada nak menyanyi pulak. Pegi belajar lah budak!

Ok, dan yang terakhir untuk yang aku nak tulis ni, yang sepatutnya akan mempengaruhi semua orang supaya ta payah minat dan sepatutnya benci kat die ni ialah, dia ni berlagak, bajet bagus, bajet da famous jadi superstar yang hebat kat dunia ni dah nak mengada-ngada. Eeiih! Malas la aku nak cerita lagi Baca lah sendiri minatang ni.




Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba

2 hari tak good

Aku dalam keadaan yang mood ta berada pada tahap maximum. Aku tau la yang aku ta perlu bagitau benda ni. Tapi memang setiap orang sometime akan berasa mood tak baik atau sakit hati hanya kerana perkara kecil yang berlainan. Kadang-kadang pon benda tu tak masuk akal sampai boleh membuatkan orang lain berfikir "Eleyh, baru kena macam tu dah nak sakit hati. Aku kena lagi teruk dari tu ok je". Tapi kita jugak kena fikir, kita tak berada kat tempat dia jadi kita takkan faham perasaan dia. It may look simple for us but sometime, it's quite hard for them to overcome those situations.

Apa sebenarnya yang aku nak cakap ni? Dari tadi asyik cakap benda muqadimah panjang-panjang je. Cecite cecite...

Semalam mood aku pagi-pagi lagi dah spoil. Cikgu Ilham (bukan nama sebenar) suruh ambik plastik sampah kat store tandas cikgu lelaki. Cikgu suruh Khalid tapi aku ngan Shafiq pegi skali. Bila aku dah ambik plastik sampah hitam tu, kitorang pon nak keluar la. Tapi kat pintu luar tu ada pakcik kebun menjenguk ke dalam tandas tu. Dia pelik la sebab kitorang pelajar tapi masuk tandas cikgu. Lepas tu dia terus tanya dengan intonasi yang marah-marah tak tentu pasal macam orang gila. Maka bermula lah perbahasan antara aku dan dia. Ada hati nak berbahas ngan aku. Kalau ada hakim perbahasan kat situ, memang dia tak dapat markah lah. Sebab ulang ayat sama, "Plastik tu saya punya!" PK mewakili pak kebun ye.

PK: Siapa suruh ambik plastik tu?
Aku : CIkgu suruh.
PK: Awak tau tak yang plastik tu saya punya? Kenapa awak ambik?
(memandai je dia punya. Padahal sekolah jugak yang belikan)
Aku: Tak tahu. Saya cuma buat apa yang cikgu suruh je.
PK: Plastik tu saya punya. Memandai-mandai je nak ambik.
Aku: Kalau saya tau plastik ni pakcik punya, saya dah mintak dulu dari pakcik. Tapi saya tak tau plastik ni pakcik punya. Saya ingatkan cikgu punya sebab tu saya ambik.
PK: Plastik ni saya punya! Pandai-pandai je nak ambik.
Aku: Pakcik kalau nak marah, jangan marah dekat saya, marah dekat cikgu. Saya cuma buat apa yang dia suruh je.
PK: Herr... pandai-pandai je nak ambik suka suka hati. Ni untuk bulan ni pon tak cukup nak guna.
(masa ni aku dah kat luar tandas da. Shafiq kat dalam lagi masih tengah tengok cermin. Dia cakap, "Dah la Zam letak je la balik". Then aku bagi plastik tu kat dia, dia yang letak balik.
Aku: Pakcik kalau nak marah jangan marah saya. Marah kat cikgu tu. Cikgu kat dalam bilik guru tu hah. Nak saya panggil?
PK: Hah panggil lah.
Aku: *eh eh pakcik ni menganjing pulak ye*
Shafiq: *menganjing cara makcik tu cakap marah-marah*
(Khalid yang datang entah dari mana ketawa tengok Shafiq menganjing)

Then Shafiq ajak aku bla dari situ. Dia tak bebel banyak pulak kat pakcik tu. Agak pelik la. Tapi masa aku baru na berjalan dari tandas tu aku cakap kuat-kuat. "Benda macam ni lah yang akan buat aku kurang ajar ngan pakcik tua yang aku tak kenal. Kalau membunuh tu bukan satu kesalahan, orang pertama aku bunuh orang tua tu lah"

Herm... Kalau si Shafiq tu tak halang aku, memang takkan habis la aku gaduh ngan pakcik tu kat situ. Silap-silap boleh sampai naik tangan sebab aku akan jadi kurang ajar sampai tahap dia lempang aku. Akibatnya pulak ialah, aku membalas kot. Apa yang aku tak puas hati sangat dengan pakcik tu kan? Huh! Dia tu tak reti nak tanya baik-baik dulu ke? Apa ke sengalnya dia ni? Patut la tukang kebun je. Education rendah. Tak belajar pendidikan moral punya pakcik! Selama ni kita bertembung dengan dia kita tegur, bagi salam, hormat gila. Kita kesian kat dia dah tua kena keje camtu pulak. Mampu ke nak tampung keluarga? Tapi kejadian semalam memang buat aku rasa hilang hormat kat dia. Entah-entah dia pandang semua pelajar kat situ kurang ajar, nak mencuri. Tapi cuba kalau aku hilang hormat kat semua tukang kebun kat situ hanya kerana dia sorang je? Tak patut jugak kan?

Oleh kerana aku sakit hati sangat, aku terfikir, lepas ni kalau aku bertembung dengan dia, aku nak buang sampah merata depan dia, walaupon aku susah na buat camtu. Mungkin jugak aku akan buat jelingan tajam kat dia atau buat muka 'Bajet kerek' depan dia nanti. Hahaha.

Itu satu




Tadi aku agak tak terurus. Tahu kenapa?
First aku datang lambat sekolah tadi. Herm... Cikgu jangan banyak cakap ye. Saya datang pon da kira ok walaupun lambat siket. Patutnya hari Sabtu waktu beristirehat ye.
Lepas tu dengan subjek English yang aku ter'skip. Oh ye, kali ni kalau aku kena marah, aku redha. Sebab memang salah aku. Lain lah kalau kena marah tapi bukan salah aku. Memang aku lawan camane aku lawan pakcik tu.

Aku ta masuk kelas BI, aku pegi bilik guru. Pastu ta pasal-pasal aku ter'join pulak si cameragurlz sekolah tu jaja baju kat bilik guru. Haha. Tapi aku agak tak puas hati last skali. Aku pulak yang kena hantar balik baju-baju tu semua kat bilik F1. Korang terus balik je ngan tangan kosong. Beg aku pon dalam kelas jugak. Aku time tu tengah blur tengok je korang berlalu. Aku blur sebab buletin tak siap lagi then cikgu suruh buat. Banyak tau tak nak pegang. Dah la aku bawak dengan buku teks dua ketul ngan pencil case. Pastu bawak minatang-minatang tu jatuh-jatuh semua. Pergh! Sabar je la. Walaupon memang hati aku ni seperti air H2O pada suhu 80oC, tapi nak buat camane. Sakit hati je kena camtu. Penat tau. Kena naik atas bengkel RC ambik barang untuk cikgu, pastu turun balik tapi pagar yang kat tandas pompuan tu berkunci. Terpaksa la patah balik. Pastu pegi kelas ambik beg. Hergh! Lepas hantar barang kat cikgu, aku balik. Tapi balik jalan kaki sebab aku ta bawak motor. Tambah lagi penat. Pastu boleh pulak terbawak balik kunci bilik F1 tu.

Tapi kalau korang berdua hantar baju tu tadi boleh jugak kan. Sorang bawak tiga ke. Hahaha. Aku yang dalam keadaan malas sambil tak ikhlas tadi, aku campak je baju tu dari lubang-lubang pagar tu. Nak bukak mangga bilik tu dah satu hal. Sampai ade baju yang terkeluar dari plastik. Hahaha. Dah la tak pe. Aku tulis camni jangan korang terasa pulak sampai nak emo-emo ngan aku. Ye lah, perempuan ni sensitif. Terlampau sensitif. Kadang-kadang tak faham jugak aku.

Ok, sekarang pukul 8.46 malam. Adik Asyraf ajak main badminton. So I'm off. Cya people! I'm sorry for everything!

Aku rindu...

Huargh! Cuba teka apa perasaan aku sekarang ni? Tak payah lah teka. Aku akan bagitau jugak pon. Dah lama aku tak tidur kat atas katil bilik aku. Then semalam baru dapat rasa tidur situ balik sebab parents and abang, akak ipar aku pegi KL. Jadi bilik ni kosong, aku la yang menghuninya. Waah. Selesa gila. Walaupun tidur kat mana-mana pon selesa, aku cuma rindu je nak tidur kat sini lagi. Hahaha.

Bangun pagi dalam mood kosong. Sebab rumah agak kosong. Then akak aku pulang dari rumah. Dia beli sarapan untuk orang kat umah. Suara dia tak de. Dia dalam mood kekecewaan. Hahaha. Ala cian cian. Tenang tenang. Ada rezeki lain kot. Hahaha. Tak dapat lah nak belanja aku nokia N8/iPhone 4 kan? Haha. Tak pe. I'll be waiting.

Hari ni apa yang aku target selain buat kerja-kerja berkaitan sekolah? Herm... Hari ni pegi rumah Fieda insyaAllah sebab die invite untuk befday dia. Agak-agak best ke tak ye? Hahaa. Ok selain tu, aku nak tengok F1! Adeyh, tapi F1 start petang kot. Agak-agak sama dengan waktu pegi rumah dia tak? Adeyh..

Sekarang aku benci gila tengok TV. Lagi-lagi time pilihan raya ni. Sebab apa? Sebab banyak sangat cerita politik. Aiya! Please la dey pilitician semua. Penting sangat ke pangkat tu semua? Berpolitik secara aman sudah lah. Ini ada taktik dalaman la apa la. Aku malas nak komen banyak-banyak. Aku pon masih muda untuk cakap pasal benda ni. Herm.....

Alamak! Aku terlupa something yang Ayat ingatkan aku untuk hari ni. Mintak maaf kawan. Aku akan buat entry khas dan special untuk kau ye. Hehehe. Cya!

(SHARE) Alasan-alasan pendedah aurat tegar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Haa.. Dalam kebosanan semasa ber'Facebook tadi, terjumpa la artikel yang aku suka tentang topiknya. Memang aku berminat sangat laah. Herm...Malas nak tulis banyak, layan lah apa yang aku kongsikan tu. Ingat! Baca sampai habis ye!





1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:

Aku ta nak cakap banyak

Tapi aku nak tulis banyak. Hahaha. Tertekan la tuh. Lagi-lagi sesiapa yang memang sakit hati dengan aku tu. Heerm. Banyak rasanya orang sakit hati dengan aku. It feels like I'm losing friends everyday continuously. Tu pon macam lah aku ni ada ramai sangat kawan kan. Orang yang sakit hati dengan aku ramai lah. Herm...



Ok first, syukur banyak banyak. Bangun pagi tadi, tekak aku da baik. Huh! Agak terseksa apabila tekak itu terluka sehingga kamu dapat merasakan terdapat keratan luka itu apabila lidah digerakkan. Sabo je lah~ Tadi pegi sekolah lambat sikit. Cikgu Kamariah tegur aku time nak masuk dalam dewan dengan ayat "Mana janji awak?". Aku yang biasanya pagi-pagi mood tak gila sangan hanya berkata "Aku ada cakap aku janji ke?". Err.. tapi dalam hati lah. Kalau mood aku tahap sederhana, mungkin aku layan sikit. Aku nak layan ape? Tadi dah lah ada pengetua kat situ. Dia ta tahan aku sebab die busy interview budak. Haha. Solamat eden...

Hahhh! Sekolah sekarang belajar kat kelas tak boleh nak fokus. Bunyi bising entah dari mana tah datang bunyi orang menukang. Bunyi mesin la ape lah. Pergh! Nak fokus kat depan memang susah lah. Dah lah aku ni jenis orang yang

Pabila ku ter'bosan

Eceyh, tajuk title lagi nak double meaning "ter'bosan". Padahal tiap-tiap hari aku bosan. Kalau tak de pape research yang nak dibuat la. Serta experimen-experimen sengal. Haih.. Lama da ta buat experimen. Experimen kat sekolah tu je la yang dibuat. Kat sekolah best. Ada alat-alat sains. Kat umah ape ade? Huh!

Hari tu, masa aku duduk duduk kat luar, ternampak lah aku dengan satu fenomena semula jadi ciptaan Tuhan ni. Tau apa? Alaa. Fenomena biasa je. Petir kilat tu. Waah! Kenapa petir dan kilat tu kadang-kadang mem'produce kan guruh yang kuat ye? Aku tak google pon lagi. Nanti-nanti lah. Ok. So bila aku tengok kilat tu kat luar, terdetik la idea untuk tangkap kilat tu sebelum dia hilang. Tak banyak pon yang dapat di'snap sebab tak lama pastu, kilat tu terlindung oleh awan. Lagipon kilat tu jauh. Kalau dekat tak de nye aku na cuba sangat. Karang kene sambar (kan camera ada cas elektrik) tak pasal-pasal habis lah. Kalau mati tak pe jugak. Ini klau permanent punyer cacat, dah nyusahkan orang. Haih.. Kalau mati pon ta nak la. Banyak dosa den. Mintak maaf kat orang-orang pon belum. Kalau mati hari Jumaat kan best. Herm...

Jadi, mari kita lihat hasil gambar yang sempat ditangkap. Err, sorry tak best. First try lagipon. Nanti klau ade something more interesting pasal gambar-gambar, saya snap lah ye nanti. Hehe. Enjoy~

Super boring weekend

Selamat malam.. Tidurlah.. Sayangku.. Haha. Satu lagi perlakuan 'taip pape je yg ade dalam kpale'.

Assalamualaikum semua! Rasa macam dah lama tak post entry gune phone nih. Anytime anywhere je. Saje nak dapatkan environment lain. Kalau post macam biase tu, banyak idea hilang. Faktor warna kot.



Semalam sumpah bosan gila. Bangun pagi pukul baper tah. Yang penting pagi la. Aku mengharap ade la sesape kawan aku yang nak ajak kuar main futsal ke, beli barang ke, study group ke (poyo gile) ke, tapi tak ade pon.

Parents aku pegi JB anta akak aku interview. Aku malas nak ikut. Lepas tu, rumah jadi sunyi sangat. Yang ada cuma sepupu aku. Aku tengok muke die, die tengok muke aku. Pastu tah bual2 pasal ape je tah. Then tak lama, parents tersayang pon pulang. Tapi still, hari aku kosong gila. Duduk rumah aje. Nak study? Almost impossible kot. Jap lagi la.

Oleh kerana dah bosan sangat semalam, aku pon buat benda yang aku paling tak suka masa cuti, TIDUR. Hegh!!

Bangun balik pukul lima kot. Pastu pas bangun memang tak de ngadap benda lain la, intrnet. Klau tak kat phone, laptop sepupu aku jadi mangsa. Klau rajin siket, gune netbook aku yang super lembab ni. Rase macam nak format je netbook tu.



Haih, malam bosan giler. Serius tak de pape yang aku buat kecuali menanti waktu malam untuk tidur. Sebenarnye aku ada tengok bola. Tu pon sbab aku da bosan sangat. 

Tak lama kemudian, waktu yang dinantikan pon tiba. Aku da ngantok pastu tido atas sofa sambil tv terbukak. Aku tido luar. Banyak nyamuk. Kipas ta bukak. Nak bangun bukak kipas tak rajin. Tapi bile kipas da bukak, sejuk la pulak. Haiyo..


Macam macam aku mimpi. Aku mimpi seaside kat pontian tu ade sbhagian tercemar oleh pmbangunan yg dijalankan dan ade sbhagian lagi berpasir cantik. Tah pape. Pastu aku pon lepak dengan kawan 'kawan' aku. Yang dekat kawasan pantai berpasir yang cantik tu, die ade pasang speaker and play lagu. Then sampai la satu lagu ni. Lirik die camni.


Heeaaa... What a day...

I was so far from you.. Yet to me you are always so close.. Haha. Ta pasal pasal ['/='/--
=
Tau tak kenapa jadi cam tu kat atas tu? Tu sebab den dikacau anak buah den. Haha. Biarkan ianya begitu.
So ape ayat aku seterusnya? Hahaha. Aku na tulis, ta pasal-pasal lagu Maher Zain tertulis kat situ. Itulah namanya apa orang kata, tulis ape je yang ada dekat kepala ni. Sebab ta pikir pape kan. Maka tangan pon akan terus menaip tanpa mengetahui ape yang ditaip. Benda mengarut je semua. Biarlah! Bukan ada orang baca sangat pon.


Berbalik kepada tajuk di atas,
Argh! Oleh kerana terlalu ramai student perempuan kat kelas aku tuh, (30/41), maka kawan aku pon mostly perempuan. Aku tak rapat sangat dengan lelaki yang terlalu pendiam ni. Kalau dia tak kecoh, aku lagi la ta de masa nak kecohkan diorang. Kecuali ada la satu dua orang tu yang memang rapat. Haih...

Mungkin sebab ni lah, aku baru tau betapa sensitifnya perempuan, betapa diorang ni sangat lain and sometimes, sangat serius in something yang terlalu kecil. Tapi, keseriusan dia tu kadang-kadang boleh buat aku ni rasa macam dilema. Aku tak tau nak jawab apa kalau ada yang tak kena kat somewhere. Aku tak kesah kalau diorang tak pikir perasaan aku, sebab diorang bukan lelaki macam aku yang banyak berpikir benda ta berfaedah ni kan. Tapi kalau diorang tanya soalan-soalan yang kadang-kadang sedikit buat aku ter'blur, aku jawab dengan senyuman tak ikhlas je bila melibatkan kawan-kawan aku yang lain.

Aku kenal semua kawan-kawan aku. Diorang baik. To be a poster of something not really nice from friend to other friend without knowing the sender or even not letting it know that there's the sender kadang-kadang buat aku rasa, 'Aku ni tak de perasaan ke?'. Yes, it is my responsibility to be the third person. Aku tahu. Tapi aku rasa, jangan la sampai ada unsur-unsur yang boleh buat aku ni terfikir terlalu banyak.

No, bukan lah aku ni tak boleh ditegur sedemikian. It's just that I will immediately fix the 'not right' bila aku ditegur sekali. Terutama kalau demi kepentingan orang lain (especially kawan-kawan aku). Kalau untuk kepentingan diri aku sendiri, insyaAllah aku takkan buat. Jadi, aku tak nak lah ditegur dua kali atau diceritakan hal sama. Aku kawan dengan semua orang. Aku tau ape aku patut buat. It's all been fixed. Terima kasih kerana menegur. Kalau kita tak ditegur kesalahan kita, sampai bila-bila lah kita buat kesalahan yang sama kan?

p/s: Aku baru tau yang abang-abang aku balik hari ni. Maknanya, off from PC. Lepas ni online kat phone je la. Netbook pon ta ade. Haih... Bilik bersepah lagi! Camane aku nak kemas ni? Malasnya. Aku nak makan dulu!