2 hari tak good

Aku dalam keadaan yang mood ta berada pada tahap maximum. Aku tau la yang aku ta perlu bagitau benda ni. Tapi memang setiap orang sometime akan berasa mood tak baik atau sakit hati hanya kerana perkara kecil yang berlainan. Kadang-kadang pon benda tu tak masuk akal sampai boleh membuatkan orang lain berfikir "Eleyh, baru kena macam tu dah nak sakit hati. Aku kena lagi teruk dari tu ok je". Tapi kita jugak kena fikir, kita tak berada kat tempat dia jadi kita takkan faham perasaan dia. It may look simple for us but sometime, it's quite hard for them to overcome those situations.

Apa sebenarnya yang aku nak cakap ni? Dari tadi asyik cakap benda muqadimah panjang-panjang je. Cecite cecite...

Semalam mood aku pagi-pagi lagi dah spoil. Cikgu Ilham (bukan nama sebenar) suruh ambik plastik sampah kat store tandas cikgu lelaki. Cikgu suruh Khalid tapi aku ngan Shafiq pegi skali. Bila aku dah ambik plastik sampah hitam tu, kitorang pon nak keluar la. Tapi kat pintu luar tu ada pakcik kebun menjenguk ke dalam tandas tu. Dia pelik la sebab kitorang pelajar tapi masuk tandas cikgu. Lepas tu dia terus tanya dengan intonasi yang marah-marah tak tentu pasal macam orang gila. Maka bermula lah perbahasan antara aku dan dia. Ada hati nak berbahas ngan aku. Kalau ada hakim perbahasan kat situ, memang dia tak dapat markah lah. Sebab ulang ayat sama, "Plastik tu saya punya!" PK mewakili pak kebun ye.

PK: Siapa suruh ambik plastik tu?
Aku : CIkgu suruh.
PK: Awak tau tak yang plastik tu saya punya? Kenapa awak ambik?
(memandai je dia punya. Padahal sekolah jugak yang belikan)
Aku: Tak tahu. Saya cuma buat apa yang cikgu suruh je.
PK: Plastik tu saya punya. Memandai-mandai je nak ambik.
Aku: Kalau saya tau plastik ni pakcik punya, saya dah mintak dulu dari pakcik. Tapi saya tak tau plastik ni pakcik punya. Saya ingatkan cikgu punya sebab tu saya ambik.
PK: Plastik ni saya punya! Pandai-pandai je nak ambik.
Aku: Pakcik kalau nak marah, jangan marah dekat saya, marah dekat cikgu. Saya cuma buat apa yang dia suruh je.
PK: Herr... pandai-pandai je nak ambik suka suka hati. Ni untuk bulan ni pon tak cukup nak guna.
(masa ni aku dah kat luar tandas da. Shafiq kat dalam lagi masih tengah tengok cermin. Dia cakap, "Dah la Zam letak je la balik". Then aku bagi plastik tu kat dia, dia yang letak balik.
Aku: Pakcik kalau nak marah jangan marah saya. Marah kat cikgu tu. Cikgu kat dalam bilik guru tu hah. Nak saya panggil?
PK: Hah panggil lah.
Aku: *eh eh pakcik ni menganjing pulak ye*
Shafiq: *menganjing cara makcik tu cakap marah-marah*
(Khalid yang datang entah dari mana ketawa tengok Shafiq menganjing)

Then Shafiq ajak aku bla dari situ. Dia tak bebel banyak pulak kat pakcik tu. Agak pelik la. Tapi masa aku baru na berjalan dari tandas tu aku cakap kuat-kuat. "Benda macam ni lah yang akan buat aku kurang ajar ngan pakcik tua yang aku tak kenal. Kalau membunuh tu bukan satu kesalahan, orang pertama aku bunuh orang tua tu lah"

Herm... Kalau si Shafiq tu tak halang aku, memang takkan habis la aku gaduh ngan pakcik tu kat situ. Silap-silap boleh sampai naik tangan sebab aku akan jadi kurang ajar sampai tahap dia lempang aku. Akibatnya pulak ialah, aku membalas kot. Apa yang aku tak puas hati sangat dengan pakcik tu kan? Huh! Dia tu tak reti nak tanya baik-baik dulu ke? Apa ke sengalnya dia ni? Patut la tukang kebun je. Education rendah. Tak belajar pendidikan moral punya pakcik! Selama ni kita bertembung dengan dia kita tegur, bagi salam, hormat gila. Kita kesian kat dia dah tua kena keje camtu pulak. Mampu ke nak tampung keluarga? Tapi kejadian semalam memang buat aku rasa hilang hormat kat dia. Entah-entah dia pandang semua pelajar kat situ kurang ajar, nak mencuri. Tapi cuba kalau aku hilang hormat kat semua tukang kebun kat situ hanya kerana dia sorang je? Tak patut jugak kan?

Oleh kerana aku sakit hati sangat, aku terfikir, lepas ni kalau aku bertembung dengan dia, aku nak buang sampah merata depan dia, walaupon aku susah na buat camtu. Mungkin jugak aku akan buat jelingan tajam kat dia atau buat muka 'Bajet kerek' depan dia nanti. Hahaha.

Itu satu




Tadi aku agak tak terurus. Tahu kenapa?
First aku datang lambat sekolah tadi. Herm... Cikgu jangan banyak cakap ye. Saya datang pon da kira ok walaupun lambat siket. Patutnya hari Sabtu waktu beristirehat ye.
Lepas tu dengan subjek English yang aku ter'skip. Oh ye, kali ni kalau aku kena marah, aku redha. Sebab memang salah aku. Lain lah kalau kena marah tapi bukan salah aku. Memang aku lawan camane aku lawan pakcik tu.

Aku ta masuk kelas BI, aku pegi bilik guru. Pastu ta pasal-pasal aku ter'join pulak si cameragurlz sekolah tu jaja baju kat bilik guru. Haha. Tapi aku agak tak puas hati last skali. Aku pulak yang kena hantar balik baju-baju tu semua kat bilik F1. Korang terus balik je ngan tangan kosong. Beg aku pon dalam kelas jugak. Aku time tu tengah blur tengok je korang berlalu. Aku blur sebab buletin tak siap lagi then cikgu suruh buat. Banyak tau tak nak pegang. Dah la aku bawak dengan buku teks dua ketul ngan pencil case. Pastu bawak minatang-minatang tu jatuh-jatuh semua. Pergh! Sabar je la. Walaupon memang hati aku ni seperti air H2O pada suhu 80oC, tapi nak buat camane. Sakit hati je kena camtu. Penat tau. Kena naik atas bengkel RC ambik barang untuk cikgu, pastu turun balik tapi pagar yang kat tandas pompuan tu berkunci. Terpaksa la patah balik. Pastu pegi kelas ambik beg. Hergh! Lepas hantar barang kat cikgu, aku balik. Tapi balik jalan kaki sebab aku ta bawak motor. Tambah lagi penat. Pastu boleh pulak terbawak balik kunci bilik F1 tu.

Tapi kalau korang berdua hantar baju tu tadi boleh jugak kan. Sorang bawak tiga ke. Hahaha. Aku yang dalam keadaan malas sambil tak ikhlas tadi, aku campak je baju tu dari lubang-lubang pagar tu. Nak bukak mangga bilik tu dah satu hal. Sampai ade baju yang terkeluar dari plastik. Hahaha. Dah la tak pe. Aku tulis camni jangan korang terasa pulak sampai nak emo-emo ngan aku. Ye lah, perempuan ni sensitif. Terlampau sensitif. Kadang-kadang tak faham jugak aku.

Ok, sekarang pukul 8.46 malam. Adik Asyraf ajak main badminton. So I'm off. Cya people! I'm sorry for everything!
Comments
1 Comments

1 comments:

miza said... [Reply]

haha . kesian nye . maaf laa azam . cameragurlz ae ? hehe . minta maaf . insyaAllah ta ulang lagi . =)

Post a Comment

What do you feel?