Aku rindu...

Huargh! Cuba teka apa perasaan aku sekarang ni? Tak payah lah teka. Aku akan bagitau jugak pon. Dah lama aku tak tidur kat atas katil bilik aku. Then semalam baru dapat rasa tidur situ balik sebab parents and abang, akak ipar aku pegi KL. Jadi bilik ni kosong, aku la yang menghuninya. Waah. Selesa gila. Walaupun tidur kat mana-mana pon selesa, aku cuma rindu je nak tidur kat sini lagi. Hahaha.

Bangun pagi dalam mood kosong. Sebab rumah agak kosong. Then akak aku pulang dari rumah. Dia beli sarapan untuk orang kat umah. Suara dia tak de. Dia dalam mood kekecewaan. Hahaha. Ala cian cian. Tenang tenang. Ada rezeki lain kot. Hahaha. Tak dapat lah nak belanja aku nokia N8/iPhone 4 kan? Haha. Tak pe. I'll be waiting.

Hari ni apa yang aku target selain buat kerja-kerja berkaitan sekolah? Herm... Hari ni pegi rumah Fieda insyaAllah sebab die invite untuk befday dia. Agak-agak best ke tak ye? Hahaa. Ok selain tu, aku nak tengok F1! Adeyh, tapi F1 start petang kot. Agak-agak sama dengan waktu pegi rumah dia tak? Adeyh..

Sekarang aku benci gila tengok TV. Lagi-lagi time pilihan raya ni. Sebab apa? Sebab banyak sangat cerita politik. Aiya! Please la dey pilitician semua. Penting sangat ke pangkat tu semua? Berpolitik secara aman sudah lah. Ini ada taktik dalaman la apa la. Aku malas nak komen banyak-banyak. Aku pon masih muda untuk cakap pasal benda ni. Herm.....

Alamak! Aku terlupa something yang Ayat ingatkan aku untuk hari ni. Mintak maaf kawan. Aku akan buat entry khas dan special untuk kau ye. Hehehe. Cya!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?