Aku ta nak cakap banyak

Tapi aku nak tulis banyak. Hahaha. Tertekan la tuh. Lagi-lagi sesiapa yang memang sakit hati dengan aku tu. Heerm. Banyak rasanya orang sakit hati dengan aku. It feels like I'm losing friends everyday continuously. Tu pon macam lah aku ni ada ramai sangat kawan kan. Orang yang sakit hati dengan aku ramai lah. Herm...



Ok first, syukur banyak banyak. Bangun pagi tadi, tekak aku da baik. Huh! Agak terseksa apabila tekak itu terluka sehingga kamu dapat merasakan terdapat keratan luka itu apabila lidah digerakkan. Sabo je lah~ Tadi pegi sekolah lambat sikit. Cikgu Kamariah tegur aku time nak masuk dalam dewan dengan ayat "Mana janji awak?". Aku yang biasanya pagi-pagi mood tak gila sangan hanya berkata "Aku ada cakap aku janji ke?". Err.. tapi dalam hati lah. Kalau mood aku tahap sederhana, mungkin aku layan sikit. Aku nak layan ape? Tadi dah lah ada pengetua kat situ. Dia ta tahan aku sebab die busy interview budak. Haha. Solamat eden...

Hahhh! Sekolah sekarang belajar kat kelas tak boleh nak fokus. Bunyi bising entah dari mana tah datang bunyi orang menukang. Bunyi mesin la ape lah. Pergh! Nak fokus kat depan memang susah lah. Dah lah aku ni jenis orang yang
99% belajar bergantung kepada fokus kat kelas. Nak harap kat rumah? Err, tu tinggal 1% ye. Hehehe.

Tapi menjadi tanda tanya kenapa cikgu Math aku tetiba moody atau dalam perkataan yang diberi Atira tadi, emo. Tetiba nak marah pulak. Aku agak memberontak di hati sebab aku pon terkena tadi. Pergh! Berani dia tinggikan suara kat aku ye. Kalau lah melawan cikgu tu bukan suatu dosa, nampak mulia di sisi mata pandangan orang dan tidak menjadi punca ilmu tak berkat, aku dah lawan dah. Ada ke die marah sebab tak fokus tengok depan. Kitorang bukan ta nak fokus. Dia bagi exercise kat buku suruh buat. Tapi time tu jugak la dia nak terangkan kat depan. Kadang-kadang, kitorang terpaksa tak fokus kat dia time dia explain sebab kalau lambat salin apa yang dia tulis, nanti lepas habis explain, die padam. Pastu tau pulak bising cakap kitorang ni lambat la apa la. Haih... Ini lah salah satu contoh corak pemikiran yang tak panjang dan tak pikir banyak. Hanya berfikir dari satu pihak dan tidak memikirkan pihak yang ditimpa jadi macam apa. Nasib baik la aku selalu motivasikan diri sendiri, pikir dulu sebelum buat atau sebelum cakap. Haih...

Ok lagi satu, tadi lepas habis kelas terpaksa sambung buat kerja Unit Green Technology tu. Aku sebagai sukarelawan. Kalau dia nak bagi imbuhan ke komisen ke, aku ta nak la. Aku kan pencinta alam. Hahaha! Tadi buat kerja sambung design untuk diletak label pada tong sampah. Haih... Susah bonar la den punyo design dio nak approve. Sabo je lah. 5 kali kot baru dia approve. Haih.. Nasib baik la kunci bilik F1 yang terletaknya tong sampah tersebut Missing In Action. Haha. Kalau tak, lagi lambat la balik tadi. Tu pon balik 5.30. Haiyo.. Tapi esok kena eliminate (eliminate bukan singkirkan ke?) sebelum letak kat tong sampah tu. Adoi, baru plan nak kluar cari barang. Haiya..

Oh ye, satu lagi, cikgu Kelab RC cakap, T-shirt boleh ambik dah esok. Waah! Entah apa la rupanya t-shirt tu. Sama-sama kita nantikan. Errr, kalau kelaka kan, jangan tanya kenapa ye. It's your(s) design, I'll just say yes before it's been approved by our teacher tu. Haa... Ok, I'm gonna get back to my work (entah apa lah kerja yang aku nak buat ni kan). Ok Cya! Assalamualaikum . . . . .

p.s : Err, gambar yang di'attach sekali lagi tak ada kene mengena dengan serangga perosak di rumah anda ya. Nak tau apa benda tu semuanya? Google la dengan keywork 'Retrograde motion'. Yang pastinya, aku tak percaya lah benda tu. Tak ada kene mengena langsung. Hanya sekadar teori sengal untuk memesongkan rukun iman ke-5 umat Islam cam kita ni. Haih, ini lah perlunya gila sains. Kalau tak, orang yahudi tu sesenang je tipu kita dengan teori dia. Pastu kita yang tak tahu pape pun iyekan je teori dia tu. Percaya terus. Tu yang kena buat experimen tu. Hehe
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?