Something happened

HAHAHAHA! Memang aku nak tulis jugak minatang ni kat blog hari ni! Tau apa jadi? Tak tahu kan. Haaa... Ada yang da tahu tu... Tadi aku datang sekolah lambat. Biasa lah hari Isnin. Camane pon aku cuba nak datang awal hari Isnin memang takkan berjaya. Aku dah nak gerak awal da tadi. Oleh kerana perut aku ni ber'disco time aku da siap, aku pon pegi la ke tandas. Malas nak tunggu tandas kat sekolah. Dan itu lah punca aku lambat tadi.

Oleh kerana beberapa hari lepas aku macam ada mencabar cikgu-cikgu ni kat satu status facebook mengatakan bahawa aku err... tengok sendiri lah kat link ni, maka aku terasa yang dia nak bagi hukuman yang kononnya memalukan untuk mereka yang datang lambat ni. Termasuk aku. Jadi pagi tadi, dia suruh budak-budak yang datang lambat ni berdiri kat depan perhimpunan. Eleyh, kotor punya trick. Then aku dengan redhanya pon berdiri depan perhimpunan tu. Ade jugak pesalah-pesalah lain. Tapi diorang semua tunduk je. Semua buat muka bersalah. Tapi aku, buat muka cool je ngadap cikgu yang bagi ucapan tu sambil senyum-senyum geram dengan denda yang diberi.

Cikgu ni apa motif tah nak malukan kitorang. Besar sangat ke salah tu? Datang lambat? Pergh! Ni yang aku nak guna caps semua ni.

PELAJAR PERLU DATANG AWAL? UNTUK APA? BUKANKAH KAMI DATANG KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR? OK THEN. KELAS BELAJAR START PUKUL BERAPA? 7.40 KAN. AKU DATANG PUKUL 7.30. TAK AWAL KE TU? TAK PAHAM BETUL AKU.

PASTU NAK SAMAKAN PULAK DENGAN BILA DAH KERJA NANTI. KALAU KERJA MASUK PUKUL 8, THEN PUKUL 8 TU DA START BUAT KERJA KAN? JANGAN LAH NAK SAMAKAN DENGAN BENDA KAT SEKOLAH NI. KELAS START PUKUL 7.4O, TAPI NAK KENA DATANG SEBELUM PUKUL 7.10 PULAK.

SETAKAT PERHIMPUNAN TU NAK TEGUR BENDA SAMA JUGAK. CIKGU TEGUR KE TAK TEGUR KE, BUDAK-BUDAK NI TETAP BUAT JUGAK. CIKGU TA PERLU BAGI TEGURAN UNTUK AKU SEBAB KALAU AKU TAK DITEGUR PON, KESALAHAN LAIN AKU TETAP TAK BUAT KECUALI DATANG LAMBAT. EIIHH, SUSAH LA AKU NA TERANGKAN. SAKIT JUGAK MENULIS CAPS NI. NAK TUKAR BALIK LA...

Hergghh...Peraturan sekolah kadang-kadang tah pape. Buat aku tak paham je. Aku tau la yang mereka buat untuk
kebaikan pelajar. Tapi ... entah laa... Tadi aku tak setuju gila dengan cikgu yang bentangkan laporan. Sebenarnya aku memang dah lama sakit hati dengan dia. Nak cari salah orang aje kje dia. Dia cakap tadi, jangan masuk bilik guru la, apa la. Yang aku tak puas hati, duduk kat tempat guru pon dia cakap tak sopan. Pergh! Kenapa dengan dia ni? Macam buat peraturan sendiri je. Kalau duduk kat tempat tu, berdosa ke? Mendatangkan kerugian negara ke? Kalau macam tu, apa kata bagi kitorang, sebagai pelajar-pelajar ni buat peraturan sendiri macam, cikgu kena belanja semua pelajar tiap-tiap hari Jumaat. Sebab tak sopan kalau tak belanja. Kalau ada cikgu yang baca ni dan dipaksa buat, mesti sakit hati. Camtu lah aku sakit hati bila kena sound hari tuh dengan Dzul sebab nak tolong cikgu ambik buku tulis.

And yes, aku tau. Aku tak cakap semua cikgu camtu. Aku cakap kat cikgu yang aku maksudkan aje. Dia pon tak sopan hari tu. Sound kitorang tapi dia tengok tempat lain, buat keje dia. Bukan ke tu pon ta sopan? Haa... Cam tu lah aku sakit hati bila benda yang bagi kita benda biasa dan ok untuk kebanyakan orang lain tapi ada sorang dua yang rasa apa kita buat tu salah. Sungguh menyakitkan hati apabila yang ramai-ramai ni nak kena turut kata yang sedikit ni. Sedangkan benda tu tak perlu. Tak mendatangkan kebaikan dan kemudaratan pon. Err, aku maksudkan yang 'tak sopan duduk kat tempat guru' tu ye.

Ok habis lepas geram. Cikgu jangan nak tahan saya kat bilik HEM pulak kalau ada cikgu terbaca entri saya yang macam ni. Saya tak sebut nama sekolah pon. Orang tak tau saya sekolah apa. Ini hanya pandangan saya secara umum tentang sekolah. Kalau kerajaan boleh terima kritikan blogger, kenapa tak pihak yang lebih kecil seperti sekolah kan? Be open la ye.

Tadi macam apa. Aku nak balik awal tapi tak kesampaian. Sebabnya, aku menyambung kerja mencari saiz t-shirt untuk cikgu. Cikgu kata nak hantar saiz tu kat petang tu jugak. Nak suruh cameragurlz yang uruskan benda tu sebelum ni tak kesampaian nak kejar sebab korang dah balik. Korang pon tak penuhkan. Memang la ta penuhkan. Cikgu bukan nak cakap nak hantar petang tu kan. Kalau cikgu cakap nak petang tu jugak mesti korang da penuhkan kan? Kesian korang. Seolah-olah dipersalahkan. Padahal hanya menolong saja. Sabar ye. Tadi aku takeover buat benda tu, tapi dapat siket je sebab ada cikgu yang da balik. Herm...

Satu benda je kot yang buat aku ketawa tadi. Si Dzul la dia termasuk lambat kelas P.Islam. Cikgu suruh nasyid. Punya lah susah nak start nyanyi. Skali dah start ta nak berhenti pulak dia bernyanyi kat depan. Aku memang rasa yang dia macam kena rasuk tu. Hahaha. Tak betul gile dia tadi. Bagus bagus.

Sebenarnya sekarang ni dah pukul 3 pagi. Aku ta heran sangat sebab esok pegi lawatan ke JB. Alahai, malas bonar la den nak uruskan mereka semua ini. Haha. Aku rasa macam nak cuti je cepat2. Adohai. Dah la nak tido...Hahaha. Cya people!



p.s : CANTIK KAN GAMBAR AURORA TU? AKU TERINGIN NAK TENGOK SENDIRI BENDA TU DEPAN MATA. NANTI DA BESAR BANYAK DUIT AKU PEGI CARI. HAHAHA!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?