Apa dah jadi pada aku?

Hari ni hari Isnin. Cuti. Esok Selasa, sekolah. Apa yang aku perasan sekarang ni tentang diri aku, aku dah tak rajin nak belajar. Err... Belajar tu rajin la tapi buat homework, sumpah susah gila. Aku macam dah tak minat dengan pelajaran je. Sebab apa? Sebab banyak sangat aktiviti kat sekolah. Haih...

Mengapa ini semua harus berlaku? Apakah ini semua kerna dirimu? (tak pasal2 taip lirik lagu tu)

Poyo je aku. Macam banyak sangat aktiviti-aktiviti sekolah. Ok mari saya listkan. Memang tak banyak pon. Aku je poyo lebih.
First, aku sekarang jarang dapat balik lambat. Stay bilik guru buat pape keje. Dengan buletin yang tak publish lagi.
Second, lagi satu stesen untuk tong kitar semula sekolah tak terpasang lagi sebab masalah kehilangan komponen tertentu tong yang menyebabkannya tidak boleh diletakkan lagi di kantin.
Third, tong kitar semula ada yang tak kutip lagi sampah dia. Haih... Entah bila la nak buat ni.
Keempat, tunas bistari. Haaa... Hari tu puas cikgu tu luah perasaan kat aku dengan Khalid. Pasal tunas bistari pun dia ada citer jugak. Last sekali dia cakap, 'Ok Zam. Bulan 5 kita gerak'. Hahaha. Dia dah bersemangat dah. Ok cikgu tak de hal lah.
Kelima, soon, ada kursus fotografi. Entah bila tah nak pegi. Nama aku entah ada ke tak tu.
Keenam, hari tu pegi lawatan JB. Huh! Nampak sangat aku ni dah tak ada minat nak belajar. Hahaha.
Ketujuh, haaaa... Ni boleh la dikatakan sebagai nightmare jugak. Homework aku! Ya Allah, sumpah berlambak gila. Tapi sekarang aku nak fokuskan kat satu je. Reka cipta. Sebab dia punya folio memang leceh. Sebab memerlukan kerajinan kepada mereka yang ambik subjek tu. Tak sesuai untuk aku yang pemalas ni. Adeyh.. Kalau tak sekarang aku dah ambik EST (English in Science & Technology) dah kat SAMURA tu. Padah tak dengar cakap mak. Hahaha.

Haih... Aku nak sambung pasal kerja-kerja aku yang ingin dibuat. Tapi akak aku dah ajak keluar. Aku tanya dia nak pegi mana, dia jawab, jalan-jalan dengan mak. Bukan ke mak aku berniaga hari ni? Argh... Aku dengan berat hati pon nak ikut. Sebab nak release tension banyak sangat kerja tertangguh ni. Nanti aku sambung. Tata.. Assalamualaikum...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?