Satu lagi perkara yang ... See More

Kesian kot post entry ni tajuk dia macam tu. Hahaha. Tau la tak lawak. Tapi suka hati aku la nak menulis yang kononnya aku ketawa. Sekarang pukul 1.47 pagi. Agak gila je kalau aku ketawa sorang-sorang. Herm... Bosan tu...

Apa yang aku buat pagi-pagi macam ni tak tido lagi? Haa... Saja je stay overnight macam ni. Dah lama tak buat. Sekali sekala mau juga saya membuatnya.. Lagipon, esok exam. Selalunya, masa yang diberi tu sumpah lama gila. Kebiasaannya aku akan mula menulis@memikir 15-30 minit lepas exam start. Yang sebelumnya tu sama ada aku bermuhasabah diri, atau aku sedang lena dibuai mimpi yang separa indah. Sebabnya, malas nak buat awal-awal sebab nanti lepas siap, ambik kau.. 1 jam lagi sebelum kertas dikutip. Apa aku nak buat lama-lama macam tu. Nak semak? Memang tak la. Confirm semua salah. Sebab tu la aku ta nak tido malam ni. Saje nak mengantukkan diri esok. So lepas habis jawab bole tidur sampai habis masa. Wahahaha!

In few more hours, I'll be sitting for my favourite subjek. Fizik and Chemistry. Actually Biology pon kegemaran jugak cuma esok tak ada lagi. Tadi baru study fizik tapi kantoi kat certain subtopic. Ingatkan nak cari solution kat tenet kejap tapi tersangkut pulak kat tenet ni lama-lama. Hergh.. Salah siapa la ni..

Sebenarnya aku tengah nak siapkan satu keje ni. Keje yang buat aku punya tido tiap-tiap malam tak lena. Kerja folio RC la.





Aku tak tau sampai bila aku terus akan jadi macam ni. Jadi macam mana? Biar aku buat rumusan berdasarkan history.

Bila dekat sekolah, kawan-kawan tanya, 'Keje sekolah dah siap?'. Jawapan aku pulak seperti berikut.
Sekolah rendah: Dah siap dah. Yang nak kena hantar esok pon dah siap. Semua aku dah siapkan.
Tingkatan 1: Belum. Aku baru buat siket je. Yang lain-lain soalan dia macam sama je.
Tingkatan 2: Alamak. Aku pon belum siap la. Kau dah siap ke? Nak pinjam.
Tingkatan 3: Cikgu ada bagi keje sekolah eh? Nak kena hantar hari ni ke? Aku belum buat lagi.
Tingkatan 4: Tak payah buat la. Kau ni takut sangat dengan cikgu. Tenang la.
(Akan datang)
Tingkatan 5: Hah? Keje sekolah? Apa tu?

Herm... Entah la. Aku pon ta faham kenapa graf attitude yang dulunya skema yang positif sekarang dah menurun. Aku dah lama ber'azam nak berubah. Tapi kadang-kadang macam tak ada semangat sangat. Mid year exam ni pon aku tak buat betul-betul. Sebab aku tak ada semangat nak study. Cuma ada la terbaru. Tapi yang tu aku rahsiakan.

Orang panggil Azam. Maksudnya keazaman. Atau lebih lanjut, bercita-cita tinggi, suka berkhayal dan berangan. Lagi satu aku lupa. Ada dalam keychain yang aku beli bulan lepas. Tapi aku rasa, aku cuma bercita-cita tinggi tapi tak berusaha. Sebab tu sifat suka berangan tu pon ada dalam maksud nama aku.

Aku tak nak dilabel dan dianggap oleh orang lain seperti "Alaaah Azam.... Dia ni cakap je pandai. Tapi tak ada pon dia nak buat". Aku tak tau la ada atau tak orang yang cakap macam tu. Tapi aku rasa apa yang aku buat memang boleh buat orang cakap macam tu. Aku memang nak berubah balik. Cuma belum masa nya kot. Makin kuat azam aku nak berubah, makin kuat la benda tu jadi angan-angan je. Tapi aku memang ada usaha jugak ke arah tu. Biarlah secara istiqamah. Kalau tak, cepat je jadi malas balik.






Hari tu, timbul sedikit rasa riak dalam diri ni sebab aku jenis orang yang tak tau nak overcome dengan situasi orang memuji aku for certain reason. Haha. Aku dapat satu gelaran baru dari someone iaitu 'artistik'. Waah.. Yang lepas, cikgu aku pernah cakap yang aku ada bakat melukis. Sungguh tidak dapat diterima akal aku ada bakat melukis. Bagi la gambar sesapa. Suruh la aku lukis, kalau tak jadi monyet, mesti punya kuar gambar Heliza Helmi. Tapi bak kata budak 4 Maju, aku guna dakwat limau la. Hehehe.

Dah la. Aku nak kembali ke kerja aku. Nak tunaikan janji jugak. Harap-harap tercapai.

p/s : Sungguh teruja dengan produk Apple. Aku janji kalau aku dah besar and kaya nanti, iMac dan Mac Pro akan menjadi milikku. Bukan setakat tu je, aku (tengah tamak) nak jugak iPhone latest generation, iPad latest generation and MacBook Pro untuk anywhere-anytime use. Bayangkanlah kelajuan komputer yang 32 KALI GANDA  lebih laju dari PC korang yang korang tengah guna sekarang ni. Isn't it superb enough? You'll be mine. Just wait...

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?