Photographer? Be professional la!

Malam ni akak aku bernikah. Alhamdulillah selamat bernikah. Tapi aku tak nak cerita pasal tu sekarang. Aku nak cerita something yang berkaitan dengan tajuk post aku tu.

Nak dijadikan cerita, rumah aku pon ada la buat majlis yang julung-julung kali diadakan. Tambah pulak, ini kali pertama anak parents aku yang berkahwin adalah perempuan. Jadi, ada lah acara-acara yang tak boleh lepas dari tangkapan kamera aku.

Dari bilik persiapan make-up, sampailah majlis akad nikah, aku dah bersedia dengan kamera aku tu. Tapi bukan aku sorang je photographer majlis akak aku ni, sepupu aku pon terlibat jugak. And kitorang akan bersaing atas satu projek baru yang aku akan dedahkan kemudian. Tapi sudah semestinya, akak aku pon ada ambik photographer yang dia bayar sendiri.

Seperti yang aku cakap, memang aku tak nak terlepas moment-moment yang sememangnya wajib ada kat kamera aku. First, masa kat dalam bilik pengantin masa make-up dilakukan, dalam tu ada 6 orang. Aku, sepupu aku, akak aku, mak andam, photographer berbayar akak aku dan seorang penolong photographer (kot). Nak cakap bilik tu agak crowded pon tak jugak. Cuma 6 orang je dalam tu. Lagipon penolong photographer tu tak de buat pape pun.

Lepas aku dah dapatkan beberapa shot yang bagi aku dah cukup untuk projek aku, aku pon keluar la dari bilik and cas bateri kamera sebab dah nazak sikit. Buat apa duduk dalam tu asyik ambik gambar benda sama je kan?

Bila rombongan pengantin lelaki da sampai, kat situ bole la dikatakan agak crowded. Sebab akad nikah kat rumah je. Ruang kat situ memang agak sempit dan terhad kalau nak dibandingkan dengan masjid. Ye lah, dengan saksi 4 orang yang sememangnya kena ada kat sekitar tu, tok kadi, dengan wali (bapak aku) yang nikahkan abang ipar baru aku, jadi memang nak bergerak pon susah. Aku sebagai photographer peribadi akak aku jadi kenelah banyak bergerak. Sepupu aku ngan photographer lagi satu tu pon sama. Jadi apa yang terjadi tadi, sapa cepat, dia lah yang dapat angle yang terbaik. Pandai-pandai lah bersaing. Setiap photographer ada kreativiti masing-masing. Jadi aku andaikan, kalau dia tak buat apa yang aku buat, maknanya kreativiti aku dengan dia tak sama. Dia mungkin lagi hebat dari aku sebab dia tak buat apa yang aku buat.

Then tadi, masa akak aku yang da selamat bernikah tadi tu panggil atas urusan barang, dia ada cakap sekali pasal photographer yang dia bayar tu complain. Dia pesan kat akak aku, katanya, suruh pesan kat photographer lain (aku ngan sepupu aku la tu) supaya bagi laluan kat dia dulu untuk ambik gambar akak aku sebab dia tu akak aku bayar. Akak aku pon tak setuju sangat dengan apa yang dia cakapkan tu. Kalau akak aku tak setuju, aku lagi la ada pandangan sendiri pasal apa yang dia buat tu. Ok ok sila tumpukan perhatian.

First, kalau dia tu kononnya pro sangat, then pandai-pandai la rebut peluang cari angle yang bagus. First come first serve. Sape lambat nasib la. Kenapa tegur cam tu? Takut tergugat ke sebab dia tu half-ly equipped dengan accessories2 fotografi sedangkan aku ngan sepupu aku cuma guna body ngan lens satu yang biasa je. Herm...

Aku terasa tu bila akak aku bagitau pasal tu. Akak aku pon memang tak suka kot dengan photographer tu. Macam tak profesional je. Oh ye, sebenarnya, apa yang aku nak cakap, tu majlis kat rumah aku, majlis bapak aku yang buat, rumah aku, jadi suka hati aku lah. Kau nak bising asal pulak? Yang kena bayar tu kau. Pandai-pandai la tunaikan tanggungjawab setimpal dengan apa yang dibayar tu. Tak kira lah apa jadi pon, pandai2 lah overcome. Tu kan salah satu dari cabaran jadi photographer. Kalau yang simple camtu pon dah bising, tak payah la jadi photographer untuk wedding. Sama jugak kalau terpaksa berhadapan dengan situasi pelamin yang spotlight datang dari banyak arah. Takkan kau nak suruh tutup lampu yang diorang pasang cantik2 tu semata-mata nak puaskan hati kau (tapi memang ada pun yang suruh matikan)? Penyelesaiannya terpaksa lah guna direct lighting. Sama lah jugak.

Oh ye, tadi kenapa tak tegur je aku terus masa tengah photoshoot gambar banyak2 tu semua? Kenapa nak kena sampaikan kat akak aku dulu. Kalau rasa2 aku dah ambik angle yang kononnya dia nak jugak ada kat situ, suruh je lah aku ketepi. Sebelum ni, aku pernah pegi wedding kawan akak aku. Lagi lah mencabar kot. Ruang sempit, orang ramai, photographer lebih dari 5 orang. Tak de pon aku rasa dia komplen photographer lain menyebok ke apa ke. Yang ini, baru je 3 orang. Tapi dah bising banyak. Geram gila aku. Sakit hati sakit.
Akak aku cakap, buat tak tau je. Kalau photographer akak aku orang yang pernah aku kenal dulu kan bagus. Tapi nak buat macam mana. Ajal dia dah sampai. Kalau tak, mesti banyak gila ilmu yang dia akan kongsi dengan aku nanti masa wedding akak aku.

Papepun, aku memang takkan puas hati dengan photographer tu. Entah apa2. Aku nak tengok apa nanti hasilnya. And aku akan tunjukkan hasil projek aku. Haha. Bagus jugak kalau dia dapat tengok. Dah la. Aku da ngantuk. Nak tido kot. Haih...

Sejarah? Perlu ke?

Assalamualaikum semua.

Dekat sekolah, kita ada belajar subjek Sejarah kan sebagai subjek wajib. Aku janji, kalau subjek tu boleh ketepikan, aku dah buat. Satu masalah besar apabila seolah-olah, kita belajar perkara yang tak berguna atau aku lebih suka cakap, something yang tak boleh buat orang maju.

Menjadi satu masalah apabila kita terpaksa membaca semata-mata untuk menjawab soalan peperiksaan saja. Tapi apa gunanya? Apa outcome yang boleh didapati daripada belajar Sejarah ni? Aku sangat-sangat la tak paham. Sangat gila.

Yea, ada ahli falsafah mengatakan, jika kita tidak mempelajari sejarah, kita akan mengulanginya semula. Falsafah ini bagi aku betul la. Contohnya macam kat negara Thailand tu. Diorang tak menghargai keamanan yang diorang ada. Asyik nak ada buat demonstrasi je. Negara orang yang tak pernah dijajah memang camtu.
Masa form 3, syllabus subjek sejarah berkaitan sejarah Malaysia. Form 2 pulak berkaitan dengan macam mana negara kita ni dicampuri orang barat. Ok, itu aku sangat-sangat setuju kita belajar tentangnya.

Tapi what's the point belajar sejarah orang negara lain? Contohnya kita terpaksa belajar pasal ketamadunan2 lain yang tak membawa apa-apa kebaikan kepada kita. Tambah pulak, kita dipesongkan oleh ajaran barat bahawa ada tamadun-tamadun yang pada zaman dulu-dulu seolah-olah macam tak de kehidupan. Contohnya seperti yang diterangkan dalam zaman paleolitik, neolitik, zaman logam dan mesolotik (tidak mengikut turutan). Manusia pertama seperti yang diterangkan dalam al-quran ialah Nabi Adam a.s.. Nabi Adam bodoh ke sampai menetap dalam gua dan sebagainya? Sedangkan ada dalil al-quran bahawa sudah ada pembinaan yang dilakukan sejak zaman Adam sendiri. Ada lagi seorang nabi. Nabi Sulaiman barangkali, istananya berlantaikan kaca yang dibawahnya adalah air sehinggakan ada seorang wanita yang melalui di atasnya mengangkatkan kainnya kerana risau basah. Tapi tu adalah di bawah kaca.

Ya, aku pun terpikir, mungkin masa zaman Nabi Adam tu memang betul mereka sudah pandai tapi selepas tu kan ada umat yang dibinasakan contohnya seperti umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar. Maka tenggelamkan semua pembinaan-pembinaan masa dahulu. Dah ada pun saintis yang jumpa bangunan dalam laut. Tu bermakna manusia zaman dahulu tak sebodoh yang kita belajar dalam sejarah. Tapi dalam sejarah yang kita belajar menjelaskan bahawa manusia terawal hidup dalam keadaan yang menetap dalam gua, tidak berkomunikasi antara satu sama lain, memburu binatang liar dan sebagainya. Sejauh mana kebenarannya? Apa yang orang barat cakap, kita ikut je. Lepas tu pegi approve supaya dijadikan syllabus untuk subjek sejarah. Awal-awal lagi pelajar-pelajar macam aku ni dah dipesongkan akidah. Untunglah aku nampak, tapi yang tak perasan tu sape nak betulkan? Cikgu Sejarah? Bagus lah kalau cikgu sejarah tu mendidik anak muridnya untuk menjawab berdasarkan buku hanya untuk cemerlang subjek sejarah, bukan untuk mempercayainay seratus peratus.

Jadi, kalau kita belajar sejarah negara kita untuk mengelakkan lagi supaya dijajah pada masa akan datang dan menghargai kemerdekaan, apa pulak gunanya belajar mengenai masa silam masyarakat lain kepada kita? Come on la. Past is past. Moreover, that past has nothing to do with us at all. Kalau belajar sejarah negara tu logik la jugak. Even belajar sejarah Islam pon masih ada kene mengenanya dengan kita umat Islam. Tapi belajar pasal orang lain, nak buat apa?  Argh! Sakit hati je dengan benda-benda sejarah ni.





P/S: Semua gambar dari Google. :D

Perihal Filem/Drama by Oh! Media

Selamat sejahtera, happy good, happy life and have a good reading.

Dulu-dulu melalui post ini, saya telah memberikan pendapat dan kritikan sendiri mengenai apa yang selalunya berlaku dalam filem atau drama. Tak ku sangka tak ku duga (macam tajuk lagu kan?), ada orang dah buat kajian lagi banyak dari aku. Tapi aku bukan buat kajian sangat pon. Cuma terlintas sikit-sikit je. Nak buat banyak-banyak memang sumpah tak.

Jadi, perihal-perihal mengenai filem dan drama yang ber'language popular macam Malay, India, Chinese dan Indon telah dikembangkan lagi oleh pengkaji yang entah-entah tak de keje kot. Macam aku jugak. Hahaha. Gurau saja. Tapi pape pun, sila lah baca dan fikir balik. Hebat orang yang perasan benda-benda camni. Macam aku jugak. xD



Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1.    80% jalan cerita berkisar tentang:
 a.  Cinta.
b.  Cinta 3 segi.
c.  Cinta 4 segi.
d.  Anak-anak rebut harta pusaka.
e.  Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2.    Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 42", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3.    Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4.    Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang).

5.    Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia).

6.    Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7.    Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8.    Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot .

9.    Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10.  Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1.    Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2.    Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3.    Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4.    Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5.    Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6.    Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7.    Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8.    Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9.    Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10.  Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1.    Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2.    Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3.    Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4.    Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5.    Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6.    Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7.    Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8.    Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9.    Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10.  Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.


Itulah yang aku dapat daripada note di page Oh! Media tu. Sebenarnya memang ada lagi pon. Banyak kot. Tengok je la apa yang pengomen-pengomen kat situ tuliskan. Papepun, kalau nak buat filem tu perfect di mata semua orang, nanti takut nampak pelik pulak filem tu. Pastu kalau tak laku, sape nak tanggung. Den tak sanggop eh :D

Never be replaced? Surely untrue...

Salam bersalaman pendatang! Err, maaf ayat aku kurang sopan. Ada yang teranggap pendatang tanpa izin pulak karang bila baca ayat pertama tu. Hehe.

Haritu aku jalan-jalan kat Facebook. Maksud aku, Face/book walking la. Alaa... Biasalah, kalau dalam blog orang kata blogwalking kan? Bukan ke konsep dia sama, walking? Ah, tak penting la. Aku nak tunjuk ni pasal something ni.

Oleh kerana aku ni adalah seorang remaja kanak-kanak school yang memang masih kuat lagi naluri untuk mendapatkan kepuasan minda apabila kita dapat mengawal sesuatu, aku pun terminat la kat satu video yang telah dikongsi oleh err, ada la pihak tu. Aku tak ingat la. Bila aku cakap pasal mendapatkan kepuasan minda apabila mengawal sesuatu tu, aku maksudkan pasal video game. Memang dari kecik sebelum tadika kot aku da start main game (game zaman game super mario tu je. Masa umur camtu, dah katam dah game yang senang giler tu). Aku pon sebenarnya tak pasti apa seronohnya dengan game tu. Mungkin betul kot sebab kita dapat kawal sendiri apa yang ada dalam video tu.

Oleh kerana menggilai game, aku pon pernah mintak hadiah PlayStation 1 kat hero mak aku sebagai reward dapat first ranking dalam kelas masa sekolah rendah dulu. Wah! Memang best dapat kawal macam-macam game kat situ. Tapi aku bosan dengan game-game tu sebab senang sangat nak menang. Haha. Ye lah, lawan dengan komputer je, se'difficult mana pon difficulty game tu, tetap senang jugak.

Jadi dengan perasaan yang sedihnya, aku pon tinggalkan PS1 tu sebab banyak game yang bosan. Paling menyakitkan hati, aku ada main game Harvest Moon : Back to Nature (sampai sekarang ingat ni) dah sampai tahun ke-5 dalam game tu then memory card corrupted pulak. Habis semua hilang. Sedih tau saya. Sape nak tolong :'(

Dengan tanpa kesempatan untuk memiliki PS2 kerana tiada keberanian dan keseganan untuk meminta yang lain, aku pon tak dapat la merasa memilik PS2 itu. Jadi oleh kerana tergoda dengan PSP yang abang aku beli, aku pon telah di'offer untuk memilikinya oleh (sekali lagi) hero mak aku tapi dengan syarat yang sama, get the first ranking in the class, and in the whole tingkatan. Setelah syarat dipenuhi, aku pon tuntut la. Maka dapat lah aku minatang tu.

Tapi kan, serius aku cakap, rasa bosan dengan benda tu. Kejap je. Dalam banyak2 game yang dimasukkan, cuma 5% je yang aku pernah dan rajin untuk main. Sebab malas nak belajar main game baru. So aku main game yang aku tahu je. Lagipon, macam sama je dengan game PS1. Macam tak de pape yang best sangat.

Oleh itu, saya, Mohd Norazam berasa teringin untuk menggantikannya dengan next generation of portable game iaitu PlayStation Vita (bukan Vista WinVista tu tau).


Yeah, memang semua apa yang aku ada takkan ada istilah 'Never be replaced' macam tajuk lagu yang aku memang tak suka gila tu. Exception tu my watch (my mom's hero suruh pakai sampai kerja), my err, tu je lah kot. Kalau aku ada someone who's super special in my life, yang tu pon boleh jugak digunakan istilah yang atas tu tadi. Hehe.

PlayStation Vita (pronounced as Vee-Taa, not VyTaa macam MyVii tu) ni macam best je. Grafik dia ok kot dari PSP. Entah la. Mana la aku tau. Bukan aku da beli pon. Tapi asal macam murah sangat time dia release tu? USD299 je? Means lebih kurang RM900 je la kalau harga Malaysia. Entah-entah, kalau nak main game dia, kena beli yang mahal punya gila bapak macam PS3 atau PSMove. Wouih! Tak best je camtu. Kalau macam PSP yang boleh di'hack kan bagus. Tak de lah sakit sangat kalau nak kene beli satu game UMD Disc yang ori tu puluh2 ringgit. Memang tak ah. Hahaha.

Tapi PSVita ni macam belum release je kat Malaysia ni. Dah awal pagi pukul 1.42 ni, nak buat research pon malas sebab mata ngantuk gila. Petang tadi da la ta dapat tido. Ni pun tengah pikir pasal kerta sekolah Math. Leceh tau bila cikgu bagi kertas suruh tampal kat buku and buat. Tak suka saya. Sudah la, mau baring. Cya people!






P/S : Sorry sebab entry ni sure bosan gila. I'll post something else later k. Just wait.

Oh my head...

Selamat sejahtera semua! Salam 1Dunia, 1Malaysia, 1Blogger, 1Spesies dan err... 1Universe lah.

First of everything, I would like to say that I've been inactive in these internet things disebabkan masalah berikut.


1. PC aku yang selalu 'mintak kaki' bila dia suddenly shutdown itself after a few minutes operating.
2. Masalah netbook yang gagal untuk boot up seperti biasa apabila dipercayai terlibat dengan masalah 'system fan'. *eh, betul ke?
3. BIS(bukan itu sahaja), masalah netbook tersebut yang lembab serta bateri yang akan habis juga menyebabkan saya patah semangat untuk menggunakannya untuk jangka masa yang panjang (aku nak bateri dia tahan lama and portable).
4. Dan yang terakhir adalah kerana masalah komputer yang memang menyakitkan hati lah. Dah dua kali aku ulang ni.


Kerana masalah di atas lah, saya malas nak bukak PC, apatah lagi post entry kat blog. Confirm bila baru tulis satu dua perenggan, the pc dies. Pada masa tu, hati ni terdetik, "Kalau lah PC ni murah, aku sumpah aku tendang kau sampai pecah". Tapi kebiasaannya tendang tak pecah la. Hehehe.

But but but, boleh pulak aku post something kat blog ni sekarang? Haa.. Ini maknanya, ianya dah diperbaiki. Setelah sekian lama bersabar, saya pon merajinkan diri membersihkan komponen-komponen dalam CPU yang dah berhabuk tahap kritikal (sebab cover dia tak dipasang kerana malas :D), meng'format semula hard disk dan menginstall semula OS. Benda paling aku benci nak buat ialah, nak kena download balik software2 yang terformat, browser2, dan bookmark2 kat browser. Tak best tak best!

Jadi, harapan saya agar situasi saya ini dapat difahami. Bukan sebab saya lupa kawan tau. Haa.. sila ambil nota (selalu orang cakap, 'take note').





FYI, hari ni (Isnin 20 Jun) aku tak pegi sekolah. Sebab apa? Haa... Bila kawan-kawan aku tanya, "Kau apsal tak sekolah semalam? Kenapa kau ta datang sekolah?". Hergh! Tak de soalan lain ke nak tanya first-first tu? Tanya la dulu, GF kau si Heliza ngan Lisa tu diorang tak bagi kau pegi sekolah eh? (and time ni, ada orang dah menyampah gila bila aku sebut pasal Heliza ngan Lisa. Hahaha.). Jawapan aku memang paling best. Aku suka jawab, "Dah pandai. Buat apa nak pergi sekolah lagi". Hehehe. Aku gurau je la. Jangan la cakap aku ni berlagak sangat. Sebenarnya aku malas je nak bangun pagi-pagi time ngantuk-ngantuk tu. Tak best langsung ok!

Bila mak aku tanya kenapa aku ta nak sekolah, aku macam berat je nak jawab. Last-last aku cakap la ada keje sekolah tak siap ke. Hahaha. Marah la tu aku tak sekolah. Maaf maaf. Salah saya.

Tapi, sekarang aku rasa kepala aku memang tengah bengong ni tau. Tadi petang, aku tido kejap kat bilik mak aku. Pastu mak aku kejut. Aku tak tau dia cakap apa sebab aku tengah mamai. Yang penting dia suruh aku bangun tido sambil paksa-paksa. Aku pon bangun la dengan niat nak sambung tido balik kat bilik aku. Tapi separuh jalan, aku pitam. Padahal jarak tak sampai pon sepuluh meter cuma ada halangan je. Pastu aku terjatuh. Kepala aku terkena sisi bucu almari yang kat bawah. Satu rasa sakit+mamai membiak-biak kat kepala aku. Sakit gila tau. Aku punya tahan sakit sampai kaki aku terhentak-hentak. Hahaha. Pastu aku terdengar satu suara. Suara tu cakap "Ajam kenapa?". Akak ipar aku tanya mak aku kot. Ye lah, sebab tetiba aku terbaring tengah jalan yang sempit. Then aku pon rasa macam baru kena restart je sistem otak ni. Sebab tetiba aku terpikir 'Macam mana aku bole ada kat sini?'. Ye lah, time tu kan mamai. Bila dah betul-betul sedar, baru aku tau apa yang jadi. Errr... Kalau otak kiri bergerak, apa implikasinya ye? Hoo... Sakit sampai sekarang tu. Rasa macam aku ni cikgu yang ajar math kelas 4 Maju pulak. Hehehe.

Ok sekarang dah pukul 1.30 pagi. Esok sekolah. Hadui mati la. Ade subjek RC tapi aku tak buat lagi lakaran perkembangan idea tu. BM pulak esok ada ujian lisan tapi aku tak ada lagi text untuk dihafal. Then Biology. Aku dengar citer cikgu dah mula bersikap tegas dengan budak2 ni. Mati mati. Saya nak pegi dapatkan bahan. Tatata....




Gambar sebagai hiasan. Nak tengok, tengok. Ta nak sudah. Tengok ke ta tengok ke, tetap tak dapat pape.




Eh eh, siapa ye tu? Naqib la. Waa..
Tira tira... (tak pasal2)

Another day, without you with me. It's like a blade that cuts right through me. I can wait, I can wait forever...

Heargh! I don't really know what leads me to make an entry this late at night? Err... Not really night actually. If in Malay, we call it 'dua pertiga malam'. Yes, the school starts tomorrow. I know. But tonight, it's F1 Raceday. I just can't resist it. I've watched the qualifying session yesterday, and I won't miss the main race today. But now it's raining heavily in Canada circuit. And red flag is announced. Means, high possibly that the race will be cancelled. Hergh! Rugi je.


And it's not really about the F1 actually. Me, currently considering about finishing my homework. Hahaha! What's been done by me all these holidays before then? I won't call it holiday if there's still something that related to school. English exercises has been done but not yet for math. Bukan apa, bila tengok soalan math tu banyak-banyak, mula la kepala ni buffering je. Belum lagi add math tu. Rasanya kalau add math terus tak loading kot. Haha.


And baru kejap tadi, aku terima shocking news about my friends' relationship. Aku jadi orang tengah kot. Eh tak, cuma bagi pendapat je. Aduhai kawan, kenapa ni? Tak ku sangka tak ku duga betul la. Papepun, I'll just support any decision they made if that's the best for them.


Okay enough dengan semua tu, I guess I'll get to my work back. Haih...






Itulah tulisan terakhir aku sebelum aku pegi sambung buat keje skola Math yang belum siap tu. Tapi sekarang da siap da. Dah lama tak rasa kepuasan dapat siapkan homework. Hehe.

Pasal Formula 1 tu, lepas lebih kurang 1 jam perlumbaan dihentikan sementara kerana hujan, ianya disambung semula. Wah! Tak sangka betul hujan berhenti and diorang restart. Memang syok gila tengok race F1 ni sebab memang buat jantung berdebar. Aku rasa dekat 10 kali jugak Safety Car keluar. Hehe. Tengok F1 sambil buat keje sekolah. Keje sekolah sikit je. Tapi lambat siap sebab mata tak bole beralih dari TV melainkan ada iklan. Iklan dia pun kejap, tu yang lambat siap.

So race start dalam pukul 1 pagi, then ditangguhkan sementara lepas kuar red flag, pastu sambung balik sampai pukul 5 pagi aku tengok. Sumpah tak buat aku ngantok bila tengok and terasa debaran. Antara team yang aku sokong, Ferrari, Mercedes (sebab ade Schumacer and Petronas), and Lotus Renault. McLaren dengan Red Bull tak berapa nak sokong. Hehe. And apa yang buat aku teruja sangat, tengok video ni. Tengok part last time kete Ferrari (Massa) tu potong sebelum sampai garisan penamat. Memang superb la!


Tengok la video tu. Tak panjang pon. Kalau korang teruja, bayangkan la aku ni yang tengok live teruja nya macam mana. Lagi-lagi aku memang gila kereta laju. Dulu-dulu bila cikgu tanya cita-cita aku, aku akan jawab "Saya nak jadi pelumba kereta F1". Hahaha. Saje mencari kelainan. Tapi tu cita-cita sampingan je sebenarnya. Kalau cita-cita sebenar, saintis. Tak pun, paling cikai aku nak doktor. Kalau tak dapat pun, asalkan kerja aku melibatkan perkara sains, kimia dan makmal terutamanya, aku memang suka. Tapi kalau cikgu sains dekat makmal sains sekolah tu, tak mau lah saya. Hahaha.




Sebenarnya aku dah sambung entry aku sampai tinggal siket je da nak abis. Hampir di'publishkan pon tadi. Memang banyak yang aku tulis. Tapi PC aku buat hal mati tiba-tiba. Bila bukak balik, dia restore sampai yang kat atas tu je. Ya Allah! Sakitnya hati aku. Cerita baik punya hilang camtu je. Sabar je la aku. Ni ambik cerita dengan ayat aku yang tak best gila. 




So hari ni, for the first time ever, I came early to school today. None of my classmates know about this except Sabrina Iman sebab I went straight to kelas 4 Maju first. And her first impression is like "Wah Azam datang awal! Betul ke ni?". Then I simply answered "Biasalah, semester baru mestilah 'orang' baru". Dah itu ayat yang aku nak keluar, nak buat camane. Budak2 4 Maju pon same cakap camtu, pelik sebab aku datang awal and tak caye. Eh, aku tak tido, sebab tu datang awal. Hahaha.

Masa official assembly tadi lepak dengan kawan aku si Shafiq ngan Khalid. It makes me wonder when people surroundings being like 'skema' sebab diam je. Unlike us, we made that place like a chaos. Have a big laugh. Ni diorang punya pasal la ni buat lawak.

Bila masuk kelas pulak, as expected, cikgu akan bagi markah untuk mid year exam lepas. And on that time, aku memang redha dengan markah yang aku akan terima. Sebab memang satu benda pon tak baca kot. Hahaa. Asyraaf tanya aku, Shareena pindah sini ke? Aku pon cakap la entah. Tapi budak-budak ni ada cakap. Then dia tertanya-tanya, tak masuk-masuk lagi pon Shareena ni. Haha. Asyraaf ni, tau ar rindu dia. Wakaka!

Masa kertas untuk paper sejarah nak dibagikan, si Miza cakap ngan aku "Pujaan hati kau dah pindah sini". Pastu bla camtu je. Aku sekali lagi buffering kat situ. Sebab tak tau apa motif anda berbuat demikian. Tau tak reaksi aku ape lepas tu? Aku buat muka macam ni =.=' atau -.-' atau -.-!
First time aku tau dia pindah sini, macam-macam soalan yang aku tertanya-tanya. Aku tak sabar nak dapatkan jawapannya dari Shareena tu. Kenapa dia tinggalkan Sains Muar. And so on la.

Sepanjang kelas hari ni terutamanya kelas lepas rehat iaitu Pendidikan Islam, Add Math, BM dengan BI, mata aku memang berat gila. Bukan mata je, kepala pon berat. Baru dua tiga saat aku tutup mata dengan sengaja, otot-otot leher aku terus tak dapat support kepala aku. Sebab nerve otot pon da terikut bermimpi. Memang sepanjang kelas tu aku ada dalam mode tidur je la.

 And berdasarkan kajian aku beberapa lepas, kita lebih senang tido apabila mata ditutup dan persekitaran yang sunyi dan tenang. Kenapa? Sebab apabila mata dibukak, semua benda yang kita nampak ni, otak kita akan proses data dan maklumat untuk kita fahami. Oleh itu, otak bekerja. Begitu juga dengan persekitaran yang bising. Gelombang bunyi yang antena (hahaha antena) telinga kita dapat tu, akan diproses dalam otak maklumat-maklumatnya. Ini akan membuatkan otak bekerja dan tak dapat rehat. Sebab tu la susah nak tido kat tempat bising melainkan kat tempat yang sunyi. Dan bagi aku, otak ni berehat time kita tido. So kalau kita paksa otak bekerja, macam mana dia nak dapat rehat. Er, cam tu ke? Aku hentam je ni. Hehe..

Pasal markah exam mid year tu, aku ta nak cakap sekarang. All I can say is 'sucks'! Yuna! Mana kau? Aku na mengadu banyak-banyak kat kau ni. Add Math aku cukup-cukup makan je tau :'(

Tadi jugak dapt jadual baru. Sangat tak best. Waktu-waktu akhir mostly cikgu yang gerenti masuk and akan buat kelas. Ini memusnahkan harapan dan impian aku dan classmates untuk pulang seawal pukul 2 petang. Tu paling awal tau. Paling lambat 3.20 ptg. Gila je sekolah ni. Balik paling lambat. Sekolah lain awal gila. Huh!

Dan apabila pulang, selepas 29 jam berjaga (rekod paling lama 30 something hours), aku pon meniduri menidurkan diri aku. Tidur pon belum makan lagi. Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh my love. Dia tanya, tak makan lagi ke? Pastu dia suruh aku makan. Dia cakap, "Lauk ikan parang asam pedas ade kat dapur tu mak dah panaskan". Aku pon makan la sikit. Dalam mangkuk. Dalam mangkuk kecik sikit. Kalau pinggan, banyak pulak nanti aku makan. Haha.

Dah aku ta nak tulis lagi. Menyesal gila post aku yang tadi hilang camtu je tak di'restore'kan.





P/S : Apsal tajuk post aku camtu? Haha. Tu lirik lagu Simple Plan, I Can Wait Forever. Ianya ditulis kerana unintentionally. Just for fun, seriously.

OhEmJi! Website download kena block!

Tadi pagi-pagi je bukak tenet and tengok FB page Oh! Media, diorang ada update pasal benda ni.


Oh my mom! What kind of conspiracy is this? Pihak SKMM cuba untuk menyekat kebebasan berinternet yang juga dikenali sebagai 'Dunia Tanpa Sempadan'? Heh... Malangnya, the users have learnt a lot about internet, and even if the sites are blocked, we, the consumers can still access to these websites. How? Haha. Internet kan ada, tanpa sempadan, cari sendiri la.  (cari kat komen post Oh! Media tu)

Tapi betul ke akan di'block? Of course betul. This letter tells everything. Hahaha! Nasib baik la Mediafire diorang tak block lagi. Cuma Megaupload yang diorang block tu je la aku agak terkilan sedikit.

Haih... Bila tengok komen-komen kat FB post Oh! Media tadi, betul jugak cakap diorang ni. Diorang kata, laman web lucah yang rosakkan akidah tak nak pulak diorang block. Laman web download jugak yang lagi penting daripada laman web lucah tu.

Apa guna ade UniFi (tapi aku tak guna 'LAJU DOWH! tu) kalau internet hanya diguna untuk browse internet macam Facebook tu aje? Kalau setakat nak bukak FB tu, guna Hot Ticket Internet Maxis pon boleh.

Diorang mungkin nak suruh orang tengok TV pulak. Tengok berita TV3 yang berat sebelah tu bila cerita pasal politik. Aku suka tengok berita lagi-lagi kat TV3. Tapi agak mangkuk je kalau berita utama dia, pasal politik. Pergh! Gua benci gila diorang citer pasal politik. Banyak pulak tu citer politik. Baik bagi nama berita tu 'Buletin Politik'. Tak sesuai betul untuk tatapan umum macam student macam aku ni. Pandangan aku terhadap politik ni, diorang ni macam terlampau obvious sangat tunjukkan ketamakan terhadap pangkat, darjat dan kuasa semua tu lah. Masing-masing ada agenda tersembunyi. Benci gila aku!

So pasni, kalau semua diorang nak block, block yang penting dulu. Tu lucah punya site tu, block la dulu. Lepas tu kalau nak block laman web download ni, block je la. Baru nampak relevan sikit. Ini tak, dia benarkan laman web lucah untuk diakses, tapi download site yang mungkin digunakan untuk download ebook atau benda-benda berfaedah lain, dia block dulu. Pergh! Mana kitorang tak bising. Dah la internet kat Malaysia ni lembab. Then mahal pulak tu. Pastu nak block lagi kebebasan berinternet kitorang. Hergh! Memang bising la kitorang. Negara maju lain tak de pun nak buat benda camni. Aman je.

Haa... Hari tu kat surat khabar ngan berita ada keluar, kerajaan akan dengar pendapat para blogger ni kan? So ini lah pendapat kitorang. Block yang lebih merosakkan dan yang tak penting dulu, baru block yang kurang berkaitan. Dah la. Malas mau cita banyak.





P/S: Eh, kali ni aku edit la screenshot aku. Hehehe.

Cara paling cepat + senang tengok gambar kat Facebook...

Assalamualaikum. Waktu sekarang menunjukkan pukul 2.49 pagi sewaktu ayat ini ditaip. Aku memang suka update blog malam-malam agaknya kan? Habis tu, dah malam je waktu yang buat aku bosan dan tak tahu nak buat apa. Kalau tak buat apa-apa and terus tidur, esok kalau aku bangun, serius aku akan rasa rugi gila sebab tido. Ye lah, benda aku paling tak suka buat waktu cuti ialah tido. Tapi kalau dah ngantok jugak, tak de pilihan la saya. Hahaha.

So pagi ni aku nak kongsi something yang wajib ada browser korang yang merujuk kepada tajuk post di atas. Ye, memang ada cara paling senang nak tengok picture kat Facebook tu dengan cepat... err selain daripada bukak mata. Bukak mata memang la senang. Haiyo... Aku yakin ramai yang dah ada benda ni. Tapi tak semua kot. So ni lah aku na bagitahu ni.

Facebook Photo Zoom

Facebook Photo Zoom ni secara automatik akan zoom gambar bila mouse korang di'hover kat sesuatu gambar. So dengan mouse hover je, full size gambar tu akan ditunjukkan tanpa klik kat gambar tu. So tak payah nak klik kat gambar tu, then browser korang akan pergi ke page lain kalau tak bukak dekat tab baru, then nak tunggu dia loading lagi. Kalau bukak kat tab baru pun, nak switch ke tab lain tu dah satu step. 

Tapi Facebook Photo Zoom ni tak tunjuk komen untuk gambar tu la. Nama pon Photo Zoom, bukan Comment Reader. Kalau nak baca komen, kena jugak la klik dan loading.

Applikasi ini hanya untuk browser Google Chrome dan Mozilla Firefox je. Internet Explorer camane ye? Err... Ada ke antara korang yang pakai IE? Kalau IE9 tu bole tahan la laju dia. Tapi nampaknya tak ada pulak Add-on FB Photo Zoom ni untuk IE9. Tunggu lah sesape buat nanti. Kalau korang guna IE8, baik tukar ke Chrome atau Firefox cepat-cepat. Sape yang pakai IE8 tu memang ketinggalan zaman betul. Serius lembab gila. Paham kan? Good!

Untuk install extension FB Photo Zoom ke Google Chrome, 
SILA KLIK SINI

Dan untuk install Add-ons FB Photo Zoom ke Firefox,
SILA KLIK SINI


Lepas install 'Add-ons' tu ke Firefox, korang kena restart browser Firefox tu dulu baru boleh guna.
Tapi kalau kat Chrome, lepas install dah boleh guna terus dah. Enjoy ~ ;-)





p/s : Maaf. Saya memang malas nak edit screenshot tu. Memang tak rajin. Leceh sangat. Hehe

Entri post aku yang bole buat korang nak termuntah...

Hey Assalamualaikum... First to say, hai my sister or like in my phone contact list, Sis Liza. I know I brought you here, to my blog, this post, right? Yea. As I told you, I have something for you to see. And I note that you'll know about this anyway without you reading this at first. Why I did all this? Yeah, if I don't, I won't have any idea how to start my post, or even worse, I don't know what to post and this blog will be left abondoned.

So what am I going to tell you actually? I think that you already know that our home will have a slight changes. And all of these changes are made for you, isn't it? Yes what else, for your wedding of course. Hahaha. So I want you to have some preview of what we've done here. Err.. not really us actually cuz I don't really lend a hand to help. Hahaha. I'll let you know about it later. And take a look at this.
.







Keep scrolling 






















Yeah I know. No need to tell me, my sister. I know I've made a great shot, right? (kalau yang lain ada yang baca ni, harap maklum, aku memang suka berlagak dengan akak2 aku. Saje berlagak gurau). And I know these pictures look perfect. Just look at the shooter la. Hahaha. Isn't the colour combination looks nice? Or you can just say, PERFECT! Haha. Thanks to me, cuz I chose the colour of the wall paint. But that only on one side. Wanna see on the other side? Heh, ingat den na bagi tengok. You balik then you see sendiri lah. Hahaha;






Itu untuk akak Azam. Pasni untuk sesape je. So sekarang cuti kan? Sape tak cuti sekarang ni? Mesti lah mereka yang bekerja selain cikgu. Cikgu pun ikut cuti arh? Waa.. Best jadi cikgu ni. Tapi tu la satu tak best, susah nak kaya (seperti bapak cikgu Zakiah citer Juvana tu cakap).

Eh, Azam baru teringat. Last day hari Jumaat sebelum cuti start hari tu, Azam ada wish selamat bercuti kat sume orang yang Azam bertembung kat sekolah tu. Walaupun Azam ta kenal. Azam memang peramah ta bertempat. Hahaha. Then sampai kat sorang pompan ni, dia pandang Azam. Lama pulak tu. Adeyh, nasib baik ayat 'Selamat Bercuti' ni cepat keluar dari mulut. Tapi dia buat2 tak dengar pulak. Eh, dia buat Azam berdebar. Lepas Azam ulang sambil buat muka poyo, Azam pun meneruskan perjalanan. Phew! Solamat den!

Azam kot manusia paling bosan cuti ni. Tapi petang tadi kurang siket la. Sebab tengok citer Detective Conan. Wahahaha! Suka den la nak tengok citer katun. Ok lagi Azam tengok citer katun. Daripada tengok citer-citer lain yang banyak pelakon pompan tertunjuk aurat tu. Eh, tertunjuk ke pengarah suruh? Herm... Nampaknya mereka ini lebih takut pengarah dari agama rupanya kan? Haha. Malas cakap banyak.

Azam sebenarnya tengah panas salur darah arteri ni. Install MS Office kat PC tapi PC kejap2 mati. Tah ape kena tah. Mintak format la tu. Padahal baru hari tu Azam format. Azam rasa dia tak mintak format kot. Mintak kaki mungkin? Tak pe, akan dipertimbangkan.

So hari Azam ni, dipenuhi dengan penyelidikan. Haa? Penyelidikan apa Azam buat? Mana ada penyelidikan. Azam membaca kat internet je la. Main download2 something. Bukan movie. Malas nak download movie. Download je banyak2 tapi tak tengok. Azam download natang lain. Dah siap download, tapi belum extract. Esok sambung buat. Haha

Tadi sebelum Azam nak update blog, pegi lah saya membaca blog2 yang saya follow. Tak banyak pon yang saya follow. So baca pun tak banyak. Tapi yang menarik hati saya yang suci murni ni (kononnya), adalah kat blog kawan saya. Hehehe. Dipetik dari CERITAdayat punya recent post. Bacalah...



Best kan ayat dia? Aww.. Tetiba Azam yang lelaki ni nak jadi gedik pulak. Hehe.. Ayat, kalau Ayat baca ni, Azam na cakap, kalau Azam, Azam takkan cakap benda ni "mungkin saya belum dapat bukak pintu hati saya sepenuhnya tuk awak". Bukan la Azam na cakap Azam pandai sangat, tapi, Ayat tak rasa ke yang dia akan rasa curiga sikit kat Ayat dengan ayat macam tu. Mungkin Ayat nak jujur kat dia, tapi Azam rasa Ayat lebih jujur kalau Ayat tak cakap camtu. Err.. Ayat paham tak ni? Maaf masuk campur. Kalau Azam tak masuk campur, entri Azam ni jadi pendek pulak. Hahaha.

Eh, sebelum entri ini ditamatkan, Azam nak bagitau, Azam ada nama baru, Khai. Hehe. Sebenarnya tak lah baru sangat. Tapi sebagai nama sekunder apabila berada di tempat yang orang sekeliling tak kenal Azam, Azam akan suruh mereka panggil dengan nama ini. Gedik kan Azam ni? Hehe.

And kalau dulu-dulu, Azam ada buat entri yang melibatkan nama Suzana sebagai individu yang tidak wujud. Azam pun pelik dalam banyak-banyak nama, kenapa Suzana jugak yang terlintas kat kepala ni. Nampaknya, semalam, ada orang memperkenalkan dirinya dengan nama Zana sebagai nama sekundernya. Hahaha. Dan dengan menggunakan nama sekunder masing-masing, automatically, pemilik nama tersebut akan menjadi gedik tak terkawal. Hahaha.

Satu lagi Azam nak cakap and nak korang semua fikir,
"Pernah tak korang berhadapan dengan situasi macam ni. Korang kenal someone ni dengan cukup baik. Personalitinya, tingkah lakunya, perwatakannya, kata-katanya, malah sometimes pemikirannya juga boleh korang jangkakan. Tapi pada satu ketika, dia menjadi seorang yang lebih advance dari personaliti dirinya yang korang kenal. Tapi hanya untuk seketika. Apa korang rasa agaknya ye?"

Fikir dan jawab lah pada diri sendiri.





Ok serius gua geli gila tulis entri guna nama macam Azam tu. Tolonglah. Tak sesuai langsung. Menggelikan. Hari tu masa kat sekolah aku jadi tuan rumah perasmian Tunas Bistari daerah Pontian dengan Kulai, orang JCorp. tu ada cakap, guna nama macam tu amat meluatkan. Hahaha. Pergh! Tolong lah... Aku bukan spesies yang suka guna ayat macam kat atas tu. Minta maaf jika anda termuntah. So I'm off till here. See you around.

Habbo aku kena hack!

Hahahaha! Habbodo aku kena hack. Memang fun gila rasanya. Entah siapa la penghibur hati aku tu yang meng'hack gua punya aset beratus ringgit dalam Habbo tu. Pergh! Memang baik gila orang tersebut.

Cun tak cun je credit aku dari 151c dah jadi transformers men'transform'kan dirinya menjadi 2c. Wah? Kehebatan apakah yang sedang berlaku ini? Yang lebih tak menggunakan lagi, ada ke patut dia tukar warna kulit aku dari putih pucat jadi hitam legam macam tu? Pakaian aku yang serba putih tu semua trademark aku tu kat Habbo dulu-dulu. Ye dulu-dulu. Sekarang tak dah. Sebab dah banyak dah negara yang digabungkan. Kalau dulu, Malaysia, Singapore ngan Philiphine gua pegang! Haha. (yang ni aku tipu)

Bukan itu sahaja, barang-barang aku kat dalam Habbo tu pun hilang jugak. Aku tak kata licin terus sebab memang ada lagi. But just see what's left? Only some piece of crap and surely can be thrown on your PC Recycle Bin (ni pun tipu jugak). The hijacker left me with my free Habbo pet, Laili, a little pieces of CDs, Traxmachine, and starter furni, which is strictly untradeable. Eh, why didn't you just change my password and take all my popularity (among my friends only) and enjoy your happy life? Isn't it a lot more easier? And don't worry, I won't bother retrieving my Habbo anymore as it now means nothing to me.

But nevermind la. I don't really feel so frustrated or thinking about suiciding. Know why? I'm no longer an active Habbo. All my friends have gone missing in action, but not who have survived in Facebook friendlist. Habbo has become more lag and lag every single day. But the only reason why I quit Habbo earlier is because of friends. All about friends. Seriously, bila aku teringat lepak sama-sama kat satu room tiap-tiap malam dengan orang-orang sama, aktiviti sama, aku sedih. Haih... Dah la. Elok-elok nak marah tadi dah bertukar pulak mood aku jadi sedih ni. Hahaha. The moral of the post, jangan buang sampah merata-rata. Sayangilah alam sekitar kita, ok?

Iklan paling cool, smart dan err... awesome!

Hari tu pergi kilang Proton kat Shah Alam sebagai lawatan. Tapi kurang puas hati la sebab dia tunjuk kat kilang pemasangan je. Aku mengharap diorang tunjuk kat bahagian pembuatan rangka and semua tu la. Tapi pihak Proton mendakwa bahawa lokasi bagi pembuatan tersebut terlalu jauh (macam ayat dalam berita ngan surat khabar je kan? Hahaha). Tapi tak pe la. Better than tak masuk langsung.

So apa kena mengena tajuk entri aku dengan mukadimah kat atas tu? Haa... Proton kan syarikat kereta kan? Iklan ni pulak iklan kereta jugak. Serius memang best gila iklan ni. Dah lama jumpa iklan ni. Masa zaman-zaman main Habbo dulu kot. Menariknya pasal iklan ni, kos dia yang termahal kat dunia. Seperti yang ditulis dalam description video, iklan ni kos semua sekali USD 6.2 juta. Gila tak gila je kos dia. Kalau kat Malaysia ni, dengan duit banyak tu, dah boleh buat filem yang lagi hebat dari Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi Honda banyak duit pon nak buat apa kan. Tak salah buat something yang cool. Bukan duit curi pon. So mari layan iklan ini.


And FYI, iklan ni seratus peratus tidak melibatkan efek-efek tambahan. Dah kalau 606 re-takes, takkan tak dapat yang perfect punya kan? Mesti korang tertanya-tanya macam mana tayar boleh naik atas papan yang condong tu kan? Semua tu diorang guna hukum fizik je. Untuk bahagian tayar tu, dia dah modified. Dekat dalam tayar bahagian atas tu diorang letak pemberat. Yang bahagian bawah kiri kanan semua kosong. So bila ditolak siket je, dia akan jatuh ke depan la.

P/S : Agak-agak bila pulak Proton nak buat iklan gempak macam ni ya? Hehehe.

So, the conclusion is . . .

Assalamualaikum. Hehehe. Lepas semalam buat update kat phone, hari ni back to PC pulak. Semalam tak dapat nak habiskan update. Ye lah, bateri phone abis. Beli bateri baru pon dapat guna bape minit je. Tak berbaloi langsung. Sakit je hati sanubari saya yang penuh kehitaman ini.

Destinasi semalam berakhir di i-City. Memang cool dan hot la tempat tu. Terang-terang je pokok kat sana. Entah mana la diorang dapatkan biji benih pokok yang kuar lampu macam tu. Aku nak cari la nanti. Harap-harap jumpa la kat belakang rumah aku. Nak tanam dalam bilik. Biar guna lampu dari sumber natural je. xD

Yang paling best masuk tempat SnowWalk. Suhu dia berdarjah -5oC seperti yang didakwa oleh Cikgu Aziz. Patutla aku rasa air liur aku ada macam terbeku siket. Tapi kat situ tak ada la lama sangat. Sebab time is running and jumping up. Boleh kalau nak lama-lama. Tapi kena dapatkan Tiket Takkan Kena Marah & Takkan Kena Tinggal Dengan Bas dulu baru bole stay lama-lama kat situ. Tapi tiket tu kalau nak dapatkan kena makan besi aluminium 1 tan tanpa henti dlu. Baru lah dapat.

So dari i-City bertolak balik ke Johor pukul 12.30 am. Waktu asal 12.00 am je. Tapi cikgu extend kan siket. Ye la, puas ke round i-City tu 1 jam je? Sedangkan kat Petrosains 2 jam lebih pon tak puas. Tapi bagi aku, satu hari pon belum tentu puas jugak kot kalau kat Petrosains tu. Hahaha.

And lastly, kami sampai ke sekolah pukul 5 something sebelum subuh. Tapi aku ta sampai sekolah. Aku turun depan rumah aku la. Sampai je kat rumah, aku yang berbekalkan beg 2 kati dan sebilah gitar telah mencampakkan barang-barang tu kat atas sofa dan terus tidur. B

eberapa minit kemudian, kena kejut pulak. Pergh! Gua otw ke tandas sambil mata tertutup beb! Walaupun dah kena air, tapi mata masih tak bape nak segar. Langkah je kuar dari tandas, gua terjatuh depan tandas. Lantai licin sangat. Tapi muka masih maintain selamba sebab tahan mengantuk. Walaupun sakit sikit. Pastu mak aku tanya "Kau jatuh ye Jam? Kau jatuh kat mana? Selipar licin ke?" 
And aku yang memang tengah malas nak bercakap pun jawab, "Tak lah. Ajam tak pakai selipar". Err, mak aku paham kot. Kalau aku pakai selipar, tak de lah aku jatuh kot. Ye lah. Malas nak pakai sebab memang tengah ngantuk gila. Biasa memang pakai la... Cuma saje nak jimatkan satu step. Hahaha. (alasan je tu). Then aku pon meneruskan perjalanan mendapatkan sejadah. And solat dengan mata tertutup. Wakakaka!

And friends, the photos will be uploaded soon. Jangan tanya bila. Kalau korang tanya and dapat jawapannya dari aku, mesti aku tak buat seperti yang dijawab. Hahaha. K people. Cya!

Update #6 Lawatan ke KL (je...)

We're leaving for i-city right now. These budak beli banyak barang maa. Aku beli dua je. Tu pon benda ta berfaedah. Menyesal kat satu barang aku beli ni, bateri phone. Abang yang jual tu poyo. Dia kata, bateri yang dia jual tu ori. Pastu cakap kat kitorang, "kau budak Johor kan? Tengok muka da tau". Herm... Aku malas je na beta balik. Dah kalau jual kat uptown tu, ada ke yg ori? Lagipon bateri phone tu ada kemik siket. Pastu aku yakin, dia cakap kitorang budak johor sebab kitorang pakai name tag. Sekali lagi aku diamkan je. And dia ada offer na caskan bateri phone aku. Aku ta bagi. Takot dia tukar bateri phone aku yg ori tu dengan bateri phone yang tak ori. Tak pe la. Lagi satu barang, aku beli beg. Hahaha. Aku kan memang tak bole tengok beg cantik siket. Nanti mula la gatal na beli. Hehe. Bila la na sampai i-city ni...

Update #4 Lawatan ke KL (je...)

Kitorang da kat uptown shah alam. Tadi maghrib siap2 kan r&r seri kembangan. Pasni pegi i-city pulak. Adeyh... Phone btry da nazak sngt. Tnggu masa je ni. Terpaksa off kot. Haih...

Update #5 Lawatan ke KL (je...)

Baru lepas habis round kat Petrosains. Kalau tanya aku best ke tak, memang impossible jawapan aku tak best sebab bidang yang aku minat tu, sains. Hehe. Aku ta na tulis banyak2. Sebab bateri tinggal dua bar je. Pastu nanti malam in need pulak aku punya handphone. So aku habiskan kat sini dulu untuk sekarang. Cya!

Update #3 Lawatan ke KL (je...)

Kitorang da bertolak meninggalkan Kilang Proton. Tadi lepas bertolak dari masjid, aku tido sampai lah tiba kat kilang tu. Kat kilang tu kira ok la. Puas la jugak. Cume ta puas sepenuhnya je. Haha. Paling tak mem'bestkan, cameras are strictly not allowed in the factory, atau akan dirampas oleh security. Tak pe tak pe. So sekarang kitorang on the way to take komuter to KL Sentral untuk ke KLCC. And guess what, it's my favourite venue, Petrosains. Ok, sila fokuskan pada perkataan SAINS bila aku cakap tu tempat favourite. Hehe. So that's all for now. I'll be back.

Update #2 Lawatan ke KL (je...)

Kitorg da smpai pn kat masjid ni. 40 minit lbih awal daripada jadual. And tanpa membuang masa, kitorg pun dgn cptnya brsiap. Ni tga cari tandas la ni. Haih... Kat mana ye?

Update #1 Lawatan ke KL (je...)

Kitorang baru sampai kat satu hentian R&R je. Kat R&R Pagoh kot. Mungkin la. Hahaha. Tadi aku duduk sebelah Bandit ni. Dia ade cakap "Apit takde tak sedap ar". Herm... Sebenarnya aku lagi la rase tak best. Tak pe la aku paham kot. Dan gambar-gambar di atas tu adalah gambar these guys menawan toilet tu. Hahaha. Ok sekarang kitorang da gerak balik untuk ke destinasi yang pertama, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Cyaz!