Cara paling cepat + senang tengok gambar kat Facebook...

Assalamualaikum. Waktu sekarang menunjukkan pukul 2.49 pagi sewaktu ayat ini ditaip. Aku memang suka update blog malam-malam agaknya kan? Habis tu, dah malam je waktu yang buat aku bosan dan tak tahu nak buat apa. Kalau tak buat apa-apa and terus tidur, esok kalau aku bangun, serius aku akan rasa rugi gila sebab tido. Ye lah, benda aku paling tak suka buat waktu cuti ialah tido. Tapi kalau dah ngantok jugak, tak de pilihan la saya. Hahaha.

So pagi ni aku nak kongsi something yang wajib ada browser korang yang merujuk kepada tajuk post di atas. Ye, memang ada cara paling senang nak tengok picture kat Facebook tu dengan cepat... err selain daripada bukak mata. Bukak mata memang la senang. Haiyo... Aku yakin ramai yang dah ada benda ni. Tapi tak semua kot. So ni lah aku na bagitahu ni.

Facebook Photo Zoom

Facebook Photo Zoom ni secara automatik akan zoom gambar bila mouse korang di'hover kat sesuatu gambar. So dengan mouse hover je, full size gambar tu akan ditunjukkan tanpa klik kat gambar tu. So tak payah nak klik kat gambar tu, then browser korang akan pergi ke page lain kalau tak bukak dekat tab baru, then nak tunggu dia loading lagi. Kalau bukak kat tab baru pun, nak switch ke tab lain tu dah satu step. 

Tapi Facebook Photo Zoom ni tak tunjuk komen untuk gambar tu la. Nama pon Photo Zoom, bukan Comment Reader. Kalau nak baca komen, kena jugak la klik dan loading.

Applikasi ini hanya untuk browser Google Chrome dan Mozilla Firefox je. Internet Explorer camane ye? Err... Ada ke antara korang yang pakai IE? Kalau IE9 tu bole tahan la laju dia. Tapi nampaknya tak ada pulak Add-on FB Photo Zoom ni untuk IE9. Tunggu lah sesape buat nanti. Kalau korang guna IE8, baik tukar ke Chrome atau Firefox cepat-cepat. Sape yang pakai IE8 tu memang ketinggalan zaman betul. Serius lembab gila. Paham kan? Good!

Untuk install extension FB Photo Zoom ke Google Chrome, 
SILA KLIK SINI

Dan untuk install Add-ons FB Photo Zoom ke Firefox,
SILA KLIK SINI


Lepas install 'Add-ons' tu ke Firefox, korang kena restart browser Firefox tu dulu baru boleh guna.
Tapi kalau kat Chrome, lepas install dah boleh guna terus dah. Enjoy ~ ;-)





p/s : Maaf. Saya memang malas nak edit screenshot tu. Memang tak rajin. Leceh sangat. Hehe
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?