Iklan paling cool, smart dan err... awesome!

Hari tu pergi kilang Proton kat Shah Alam sebagai lawatan. Tapi kurang puas hati la sebab dia tunjuk kat kilang pemasangan je. Aku mengharap diorang tunjuk kat bahagian pembuatan rangka and semua tu la. Tapi pihak Proton mendakwa bahawa lokasi bagi pembuatan tersebut terlalu jauh (macam ayat dalam berita ngan surat khabar je kan? Hahaha). Tapi tak pe la. Better than tak masuk langsung.

So apa kena mengena tajuk entri aku dengan mukadimah kat atas tu? Haa... Proton kan syarikat kereta kan? Iklan ni pulak iklan kereta jugak. Serius memang best gila iklan ni. Dah lama jumpa iklan ni. Masa zaman-zaman main Habbo dulu kot. Menariknya pasal iklan ni, kos dia yang termahal kat dunia. Seperti yang ditulis dalam description video, iklan ni kos semua sekali USD 6.2 juta. Gila tak gila je kos dia. Kalau kat Malaysia ni, dengan duit banyak tu, dah boleh buat filem yang lagi hebat dari Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi Honda banyak duit pon nak buat apa kan. Tak salah buat something yang cool. Bukan duit curi pon. So mari layan iklan ini.


And FYI, iklan ni seratus peratus tidak melibatkan efek-efek tambahan. Dah kalau 606 re-takes, takkan tak dapat yang perfect punya kan? Mesti korang tertanya-tanya macam mana tayar boleh naik atas papan yang condong tu kan? Semua tu diorang guna hukum fizik je. Untuk bahagian tayar tu, dia dah modified. Dekat dalam tayar bahagian atas tu diorang letak pemberat. Yang bahagian bawah kiri kanan semua kosong. So bila ditolak siket je, dia akan jatuh ke depan la.

P/S : Agak-agak bila pulak Proton nak buat iklan gempak macam ni ya? Hehehe.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?