Never be replaced? Surely untrue...

Salam bersalaman pendatang! Err, maaf ayat aku kurang sopan. Ada yang teranggap pendatang tanpa izin pulak karang bila baca ayat pertama tu. Hehe.

Haritu aku jalan-jalan kat Facebook. Maksud aku, Face/book walking la. Alaa... Biasalah, kalau dalam blog orang kata blogwalking kan? Bukan ke konsep dia sama, walking? Ah, tak penting la. Aku nak tunjuk ni pasal something ni.

Oleh kerana aku ni adalah seorang remaja kanak-kanak school yang memang masih kuat lagi naluri untuk mendapatkan kepuasan minda apabila kita dapat mengawal sesuatu, aku pun terminat la kat satu video yang telah dikongsi oleh err, ada la pihak tu. Aku tak ingat la. Bila aku cakap pasal mendapatkan kepuasan minda apabila mengawal sesuatu tu, aku maksudkan pasal video game. Memang dari kecik sebelum tadika kot aku da start main game (game zaman game super mario tu je. Masa umur camtu, dah katam dah game yang senang giler tu). Aku pon sebenarnya tak pasti apa seronohnya dengan game tu. Mungkin betul kot sebab kita dapat kawal sendiri apa yang ada dalam video tu.

Oleh kerana menggilai game, aku pon pernah mintak hadiah PlayStation 1 kat hero mak aku sebagai reward dapat first ranking dalam kelas masa sekolah rendah dulu. Wah! Memang best dapat kawal macam-macam game kat situ. Tapi aku bosan dengan game-game tu sebab senang sangat nak menang. Haha. Ye lah, lawan dengan komputer je, se'difficult mana pon difficulty game tu, tetap senang jugak.

Jadi dengan perasaan yang sedihnya, aku pon tinggalkan PS1 tu sebab banyak game yang bosan. Paling menyakitkan hati, aku ada main game Harvest Moon : Back to Nature (sampai sekarang ingat ni) dah sampai tahun ke-5 dalam game tu then memory card corrupted pulak. Habis semua hilang. Sedih tau saya. Sape nak tolong :'(

Dengan tanpa kesempatan untuk memiliki PS2 kerana tiada keberanian dan keseganan untuk meminta yang lain, aku pon tak dapat la merasa memilik PS2 itu. Jadi oleh kerana tergoda dengan PSP yang abang aku beli, aku pon telah di'offer untuk memilikinya oleh (sekali lagi) hero mak aku tapi dengan syarat yang sama, get the first ranking in the class, and in the whole tingkatan. Setelah syarat dipenuhi, aku pon tuntut la. Maka dapat lah aku minatang tu.

Tapi kan, serius aku cakap, rasa bosan dengan benda tu. Kejap je. Dalam banyak2 game yang dimasukkan, cuma 5% je yang aku pernah dan rajin untuk main. Sebab malas nak belajar main game baru. So aku main game yang aku tahu je. Lagipon, macam sama je dengan game PS1. Macam tak de pape yang best sangat.

Oleh itu, saya, Mohd Norazam berasa teringin untuk menggantikannya dengan next generation of portable game iaitu PlayStation Vita (bukan Vista WinVista tu tau).


Yeah, memang semua apa yang aku ada takkan ada istilah 'Never be replaced' macam tajuk lagu yang aku memang tak suka gila tu. Exception tu my watch (my mom's hero suruh pakai sampai kerja), my err, tu je lah kot. Kalau aku ada someone who's super special in my life, yang tu pon boleh jugak digunakan istilah yang atas tu tadi. Hehe.

PlayStation Vita (pronounced as Vee-Taa, not VyTaa macam MyVii tu) ni macam best je. Grafik dia ok kot dari PSP. Entah la. Mana la aku tau. Bukan aku da beli pon. Tapi asal macam murah sangat time dia release tu? USD299 je? Means lebih kurang RM900 je la kalau harga Malaysia. Entah-entah, kalau nak main game dia, kena beli yang mahal punya gila bapak macam PS3 atau PSMove. Wouih! Tak best je camtu. Kalau macam PSP yang boleh di'hack kan bagus. Tak de lah sakit sangat kalau nak kene beli satu game UMD Disc yang ori tu puluh2 ringgit. Memang tak ah. Hahaha.

Tapi PSVita ni macam belum release je kat Malaysia ni. Dah awal pagi pukul 1.42 ni, nak buat research pon malas sebab mata ngantuk gila. Petang tadi da la ta dapat tido. Ni pun tengah pikir pasal kerta sekolah Math. Leceh tau bila cikgu bagi kertas suruh tampal kat buku and buat. Tak suka saya. Sudah la, mau baring. Cya people!






P/S : Sorry sebab entry ni sure bosan gila. I'll post something else later k. Just wait.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?