Oh my head...

Selamat sejahtera semua! Salam 1Dunia, 1Malaysia, 1Blogger, 1Spesies dan err... 1Universe lah.

First of everything, I would like to say that I've been inactive in these internet things disebabkan masalah berikut.


1. PC aku yang selalu 'mintak kaki' bila dia suddenly shutdown itself after a few minutes operating.
2. Masalah netbook yang gagal untuk boot up seperti biasa apabila dipercayai terlibat dengan masalah 'system fan'. *eh, betul ke?
3. BIS(bukan itu sahaja), masalah netbook tersebut yang lembab serta bateri yang akan habis juga menyebabkan saya patah semangat untuk menggunakannya untuk jangka masa yang panjang (aku nak bateri dia tahan lama and portable).
4. Dan yang terakhir adalah kerana masalah komputer yang memang menyakitkan hati lah. Dah dua kali aku ulang ni.


Kerana masalah di atas lah, saya malas nak bukak PC, apatah lagi post entry kat blog. Confirm bila baru tulis satu dua perenggan, the pc dies. Pada masa tu, hati ni terdetik, "Kalau lah PC ni murah, aku sumpah aku tendang kau sampai pecah". Tapi kebiasaannya tendang tak pecah la. Hehehe.

But but but, boleh pulak aku post something kat blog ni sekarang? Haa.. Ini maknanya, ianya dah diperbaiki. Setelah sekian lama bersabar, saya pon merajinkan diri membersihkan komponen-komponen dalam CPU yang dah berhabuk tahap kritikal (sebab cover dia tak dipasang kerana malas :D), meng'format semula hard disk dan menginstall semula OS. Benda paling aku benci nak buat ialah, nak kena download balik software2 yang terformat, browser2, dan bookmark2 kat browser. Tak best tak best!

Jadi, harapan saya agar situasi saya ini dapat difahami. Bukan sebab saya lupa kawan tau. Haa.. sila ambil nota (selalu orang cakap, 'take note').





FYI, hari ni (Isnin 20 Jun) aku tak pegi sekolah. Sebab apa? Haa... Bila kawan-kawan aku tanya, "Kau apsal tak sekolah semalam? Kenapa kau ta datang sekolah?". Hergh! Tak de soalan lain ke nak tanya first-first tu? Tanya la dulu, GF kau si Heliza ngan Lisa tu diorang tak bagi kau pegi sekolah eh? (and time ni, ada orang dah menyampah gila bila aku sebut pasal Heliza ngan Lisa. Hahaha.). Jawapan aku memang paling best. Aku suka jawab, "Dah pandai. Buat apa nak pergi sekolah lagi". Hehehe. Aku gurau je la. Jangan la cakap aku ni berlagak sangat. Sebenarnya aku malas je nak bangun pagi-pagi time ngantuk-ngantuk tu. Tak best langsung ok!

Bila mak aku tanya kenapa aku ta nak sekolah, aku macam berat je nak jawab. Last-last aku cakap la ada keje sekolah tak siap ke. Hahaha. Marah la tu aku tak sekolah. Maaf maaf. Salah saya.

Tapi, sekarang aku rasa kepala aku memang tengah bengong ni tau. Tadi petang, aku tido kejap kat bilik mak aku. Pastu mak aku kejut. Aku tak tau dia cakap apa sebab aku tengah mamai. Yang penting dia suruh aku bangun tido sambil paksa-paksa. Aku pon bangun la dengan niat nak sambung tido balik kat bilik aku. Tapi separuh jalan, aku pitam. Padahal jarak tak sampai pon sepuluh meter cuma ada halangan je. Pastu aku terjatuh. Kepala aku terkena sisi bucu almari yang kat bawah. Satu rasa sakit+mamai membiak-biak kat kepala aku. Sakit gila tau. Aku punya tahan sakit sampai kaki aku terhentak-hentak. Hahaha. Pastu aku terdengar satu suara. Suara tu cakap "Ajam kenapa?". Akak ipar aku tanya mak aku kot. Ye lah, sebab tetiba aku terbaring tengah jalan yang sempit. Then aku pon rasa macam baru kena restart je sistem otak ni. Sebab tetiba aku terpikir 'Macam mana aku bole ada kat sini?'. Ye lah, time tu kan mamai. Bila dah betul-betul sedar, baru aku tau apa yang jadi. Errr... Kalau otak kiri bergerak, apa implikasinya ye? Hoo... Sakit sampai sekarang tu. Rasa macam aku ni cikgu yang ajar math kelas 4 Maju pulak. Hehehe.

Ok sekarang dah pukul 1.30 pagi. Esok sekolah. Hadui mati la. Ade subjek RC tapi aku tak buat lagi lakaran perkembangan idea tu. BM pulak esok ada ujian lisan tapi aku tak ada lagi text untuk dihafal. Then Biology. Aku dengar citer cikgu dah mula bersikap tegas dengan budak2 ni. Mati mati. Saya nak pegi dapatkan bahan. Tatata....




Gambar sebagai hiasan. Nak tengok, tengok. Ta nak sudah. Tengok ke ta tengok ke, tetap tak dapat pape.




Eh eh, siapa ye tu? Naqib la. Waa..
Tira tira... (tak pasal2)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?