OhEmJi! Website download kena block!

Tadi pagi-pagi je bukak tenet and tengok FB page Oh! Media, diorang ada update pasal benda ni.


Oh my mom! What kind of conspiracy is this? Pihak SKMM cuba untuk menyekat kebebasan berinternet yang juga dikenali sebagai 'Dunia Tanpa Sempadan'? Heh... Malangnya, the users have learnt a lot about internet, and even if the sites are blocked, we, the consumers can still access to these websites. How? Haha. Internet kan ada, tanpa sempadan, cari sendiri la.  (cari kat komen post Oh! Media tu)

Tapi betul ke akan di'block? Of course betul. This letter tells everything. Hahaha! Nasib baik la Mediafire diorang tak block lagi. Cuma Megaupload yang diorang block tu je la aku agak terkilan sedikit.

Haih... Bila tengok komen-komen kat FB post Oh! Media tadi, betul jugak cakap diorang ni. Diorang kata, laman web lucah yang rosakkan akidah tak nak pulak diorang block. Laman web download jugak yang lagi penting daripada laman web lucah tu.

Apa guna ade UniFi (tapi aku tak guna 'LAJU DOWH! tu) kalau internet hanya diguna untuk browse internet macam Facebook tu aje? Kalau setakat nak bukak FB tu, guna Hot Ticket Internet Maxis pon boleh.

Diorang mungkin nak suruh orang tengok TV pulak. Tengok berita TV3 yang berat sebelah tu bila cerita pasal politik. Aku suka tengok berita lagi-lagi kat TV3. Tapi agak mangkuk je kalau berita utama dia, pasal politik. Pergh! Gua benci gila diorang citer pasal politik. Banyak pulak tu citer politik. Baik bagi nama berita tu 'Buletin Politik'. Tak sesuai betul untuk tatapan umum macam student macam aku ni. Pandangan aku terhadap politik ni, diorang ni macam terlampau obvious sangat tunjukkan ketamakan terhadap pangkat, darjat dan kuasa semua tu lah. Masing-masing ada agenda tersembunyi. Benci gila aku!

So pasni, kalau semua diorang nak block, block yang penting dulu. Tu lucah punya site tu, block la dulu. Lepas tu kalau nak block laman web download ni, block je la. Baru nampak relevan sikit. Ini tak, dia benarkan laman web lucah untuk diakses, tapi download site yang mungkin digunakan untuk download ebook atau benda-benda berfaedah lain, dia block dulu. Pergh! Mana kitorang tak bising. Dah la internet kat Malaysia ni lembab. Then mahal pulak tu. Pastu nak block lagi kebebasan berinternet kitorang. Hergh! Memang bising la kitorang. Negara maju lain tak de pun nak buat benda camni. Aman je.

Haa... Hari tu kat surat khabar ngan berita ada keluar, kerajaan akan dengar pendapat para blogger ni kan? So ini lah pendapat kitorang. Block yang lebih merosakkan dan yang tak penting dulu, baru block yang kurang berkaitan. Dah la. Malas mau cita banyak.





P/S: Eh, kali ni aku edit la screenshot aku. Hehehe.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?