Photographer? Be professional la!

Malam ni akak aku bernikah. Alhamdulillah selamat bernikah. Tapi aku tak nak cerita pasal tu sekarang. Aku nak cerita something yang berkaitan dengan tajuk post aku tu.

Nak dijadikan cerita, rumah aku pon ada la buat majlis yang julung-julung kali diadakan. Tambah pulak, ini kali pertama anak parents aku yang berkahwin adalah perempuan. Jadi, ada lah acara-acara yang tak boleh lepas dari tangkapan kamera aku.

Dari bilik persiapan make-up, sampailah majlis akad nikah, aku dah bersedia dengan kamera aku tu. Tapi bukan aku sorang je photographer majlis akak aku ni, sepupu aku pon terlibat jugak. And kitorang akan bersaing atas satu projek baru yang aku akan dedahkan kemudian. Tapi sudah semestinya, akak aku pon ada ambik photographer yang dia bayar sendiri.

Seperti yang aku cakap, memang aku tak nak terlepas moment-moment yang sememangnya wajib ada kat kamera aku. First, masa kat dalam bilik pengantin masa make-up dilakukan, dalam tu ada 6 orang. Aku, sepupu aku, akak aku, mak andam, photographer berbayar akak aku dan seorang penolong photographer (kot). Nak cakap bilik tu agak crowded pon tak jugak. Cuma 6 orang je dalam tu. Lagipon penolong photographer tu tak de buat pape pun.

Lepas aku dah dapatkan beberapa shot yang bagi aku dah cukup untuk projek aku, aku pon keluar la dari bilik and cas bateri kamera sebab dah nazak sikit. Buat apa duduk dalam tu asyik ambik gambar benda sama je kan?

Bila rombongan pengantin lelaki da sampai, kat situ bole la dikatakan agak crowded. Sebab akad nikah kat rumah je. Ruang kat situ memang agak sempit dan terhad kalau nak dibandingkan dengan masjid. Ye lah, dengan saksi 4 orang yang sememangnya kena ada kat sekitar tu, tok kadi, dengan wali (bapak aku) yang nikahkan abang ipar baru aku, jadi memang nak bergerak pon susah. Aku sebagai photographer peribadi akak aku jadi kenelah banyak bergerak. Sepupu aku ngan photographer lagi satu tu pon sama. Jadi apa yang terjadi tadi, sapa cepat, dia lah yang dapat angle yang terbaik. Pandai-pandai lah bersaing. Setiap photographer ada kreativiti masing-masing. Jadi aku andaikan, kalau dia tak buat apa yang aku buat, maknanya kreativiti aku dengan dia tak sama. Dia mungkin lagi hebat dari aku sebab dia tak buat apa yang aku buat.

Then tadi, masa akak aku yang da selamat bernikah tadi tu panggil atas urusan barang, dia ada cakap sekali pasal photographer yang dia bayar tu complain. Dia pesan kat akak aku, katanya, suruh pesan kat photographer lain (aku ngan sepupu aku la tu) supaya bagi laluan kat dia dulu untuk ambik gambar akak aku sebab dia tu akak aku bayar. Akak aku pon tak setuju sangat dengan apa yang dia cakapkan tu. Kalau akak aku tak setuju, aku lagi la ada pandangan sendiri pasal apa yang dia buat tu. Ok ok sila tumpukan perhatian.

First, kalau dia tu kononnya pro sangat, then pandai-pandai la rebut peluang cari angle yang bagus. First come first serve. Sape lambat nasib la. Kenapa tegur cam tu? Takut tergugat ke sebab dia tu half-ly equipped dengan accessories2 fotografi sedangkan aku ngan sepupu aku cuma guna body ngan lens satu yang biasa je. Herm...

Aku terasa tu bila akak aku bagitau pasal tu. Akak aku pon memang tak suka kot dengan photographer tu. Macam tak profesional je. Oh ye, sebenarnya, apa yang aku nak cakap, tu majlis kat rumah aku, majlis bapak aku yang buat, rumah aku, jadi suka hati aku lah. Kau nak bising asal pulak? Yang kena bayar tu kau. Pandai-pandai la tunaikan tanggungjawab setimpal dengan apa yang dibayar tu. Tak kira lah apa jadi pon, pandai2 lah overcome. Tu kan salah satu dari cabaran jadi photographer. Kalau yang simple camtu pon dah bising, tak payah la jadi photographer untuk wedding. Sama jugak kalau terpaksa berhadapan dengan situasi pelamin yang spotlight datang dari banyak arah. Takkan kau nak suruh tutup lampu yang diorang pasang cantik2 tu semata-mata nak puaskan hati kau (tapi memang ada pun yang suruh matikan)? Penyelesaiannya terpaksa lah guna direct lighting. Sama lah jugak.

Oh ye, tadi kenapa tak tegur je aku terus masa tengah photoshoot gambar banyak2 tu semua? Kenapa nak kena sampaikan kat akak aku dulu. Kalau rasa2 aku dah ambik angle yang kononnya dia nak jugak ada kat situ, suruh je lah aku ketepi. Sebelum ni, aku pernah pegi wedding kawan akak aku. Lagi lah mencabar kot. Ruang sempit, orang ramai, photographer lebih dari 5 orang. Tak de pon aku rasa dia komplen photographer lain menyebok ke apa ke. Yang ini, baru je 3 orang. Tapi dah bising banyak. Geram gila aku. Sakit hati sakit.
Akak aku cakap, buat tak tau je. Kalau photographer akak aku orang yang pernah aku kenal dulu kan bagus. Tapi nak buat macam mana. Ajal dia dah sampai. Kalau tak, mesti banyak gila ilmu yang dia akan kongsi dengan aku nanti masa wedding akak aku.

Papepun, aku memang takkan puas hati dengan photographer tu. Entah apa2. Aku nak tengok apa nanti hasilnya. And aku akan tunjukkan hasil projek aku. Haha. Bagus jugak kalau dia dapat tengok. Dah la. Aku da ngantuk. Nak tido kot. Haih...
Comments
1 Comments

1 comments:

que said... [Reply]

wow ! aku suka gile post niee :D mmg ta patut photographer tuu tegur tegur cmtuu . law laa dy tu PROFESSIONAL SANGAT whatever obstacle dy bolee handle .

Post a Comment

What do you feel?