Sejarah? Perlu ke?

Assalamualaikum semua.

Dekat sekolah, kita ada belajar subjek Sejarah kan sebagai subjek wajib. Aku janji, kalau subjek tu boleh ketepikan, aku dah buat. Satu masalah besar apabila seolah-olah, kita belajar perkara yang tak berguna atau aku lebih suka cakap, something yang tak boleh buat orang maju.

Menjadi satu masalah apabila kita terpaksa membaca semata-mata untuk menjawab soalan peperiksaan saja. Tapi apa gunanya? Apa outcome yang boleh didapati daripada belajar Sejarah ni? Aku sangat-sangat la tak paham. Sangat gila.

Yea, ada ahli falsafah mengatakan, jika kita tidak mempelajari sejarah, kita akan mengulanginya semula. Falsafah ini bagi aku betul la. Contohnya macam kat negara Thailand tu. Diorang tak menghargai keamanan yang diorang ada. Asyik nak ada buat demonstrasi je. Negara orang yang tak pernah dijajah memang camtu.
Masa form 3, syllabus subjek sejarah berkaitan sejarah Malaysia. Form 2 pulak berkaitan dengan macam mana negara kita ni dicampuri orang barat. Ok, itu aku sangat-sangat setuju kita belajar tentangnya.

Tapi what's the point belajar sejarah orang negara lain? Contohnya kita terpaksa belajar pasal ketamadunan2 lain yang tak membawa apa-apa kebaikan kepada kita. Tambah pulak, kita dipesongkan oleh ajaran barat bahawa ada tamadun-tamadun yang pada zaman dulu-dulu seolah-olah macam tak de kehidupan. Contohnya seperti yang diterangkan dalam zaman paleolitik, neolitik, zaman logam dan mesolotik (tidak mengikut turutan). Manusia pertama seperti yang diterangkan dalam al-quran ialah Nabi Adam a.s.. Nabi Adam bodoh ke sampai menetap dalam gua dan sebagainya? Sedangkan ada dalil al-quran bahawa sudah ada pembinaan yang dilakukan sejak zaman Adam sendiri. Ada lagi seorang nabi. Nabi Sulaiman barangkali, istananya berlantaikan kaca yang dibawahnya adalah air sehinggakan ada seorang wanita yang melalui di atasnya mengangkatkan kainnya kerana risau basah. Tapi tu adalah di bawah kaca.

Ya, aku pun terpikir, mungkin masa zaman Nabi Adam tu memang betul mereka sudah pandai tapi selepas tu kan ada umat yang dibinasakan contohnya seperti umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar. Maka tenggelamkan semua pembinaan-pembinaan masa dahulu. Dah ada pun saintis yang jumpa bangunan dalam laut. Tu bermakna manusia zaman dahulu tak sebodoh yang kita belajar dalam sejarah. Tapi dalam sejarah yang kita belajar menjelaskan bahawa manusia terawal hidup dalam keadaan yang menetap dalam gua, tidak berkomunikasi antara satu sama lain, memburu binatang liar dan sebagainya. Sejauh mana kebenarannya? Apa yang orang barat cakap, kita ikut je. Lepas tu pegi approve supaya dijadikan syllabus untuk subjek sejarah. Awal-awal lagi pelajar-pelajar macam aku ni dah dipesongkan akidah. Untunglah aku nampak, tapi yang tak perasan tu sape nak betulkan? Cikgu Sejarah? Bagus lah kalau cikgu sejarah tu mendidik anak muridnya untuk menjawab berdasarkan buku hanya untuk cemerlang subjek sejarah, bukan untuk mempercayainay seratus peratus.

Jadi, kalau kita belajar sejarah negara kita untuk mengelakkan lagi supaya dijajah pada masa akan datang dan menghargai kemerdekaan, apa pulak gunanya belajar mengenai masa silam masyarakat lain kepada kita? Come on la. Past is past. Moreover, that past has nothing to do with us at all. Kalau belajar sejarah negara tu logik la jugak. Even belajar sejarah Islam pon masih ada kene mengenanya dengan kita umat Islam. Tapi belajar pasal orang lain, nak buat apa?  Argh! Sakit hati je dengan benda-benda sejarah ni.





P/S: Semua gambar dari Google. :D
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?