So, the conclusion is . . .

Assalamualaikum. Hehehe. Lepas semalam buat update kat phone, hari ni back to PC pulak. Semalam tak dapat nak habiskan update. Ye lah, bateri phone abis. Beli bateri baru pon dapat guna bape minit je. Tak berbaloi langsung. Sakit je hati sanubari saya yang penuh kehitaman ini.

Destinasi semalam berakhir di i-City. Memang cool dan hot la tempat tu. Terang-terang je pokok kat sana. Entah mana la diorang dapatkan biji benih pokok yang kuar lampu macam tu. Aku nak cari la nanti. Harap-harap jumpa la kat belakang rumah aku. Nak tanam dalam bilik. Biar guna lampu dari sumber natural je. xD

Yang paling best masuk tempat SnowWalk. Suhu dia berdarjah -5oC seperti yang didakwa oleh Cikgu Aziz. Patutla aku rasa air liur aku ada macam terbeku siket. Tapi kat situ tak ada la lama sangat. Sebab time is running and jumping up. Boleh kalau nak lama-lama. Tapi kena dapatkan Tiket Takkan Kena Marah & Takkan Kena Tinggal Dengan Bas dulu baru bole stay lama-lama kat situ. Tapi tiket tu kalau nak dapatkan kena makan besi aluminium 1 tan tanpa henti dlu. Baru lah dapat.

So dari i-City bertolak balik ke Johor pukul 12.30 am. Waktu asal 12.00 am je. Tapi cikgu extend kan siket. Ye la, puas ke round i-City tu 1 jam je? Sedangkan kat Petrosains 2 jam lebih pon tak puas. Tapi bagi aku, satu hari pon belum tentu puas jugak kot kalau kat Petrosains tu. Hahaha.

And lastly, kami sampai ke sekolah pukul 5 something sebelum subuh. Tapi aku ta sampai sekolah. Aku turun depan rumah aku la. Sampai je kat rumah, aku yang berbekalkan beg 2 kati dan sebilah gitar telah mencampakkan barang-barang tu kat atas sofa dan terus tidur. B

eberapa minit kemudian, kena kejut pulak. Pergh! Gua otw ke tandas sambil mata tertutup beb! Walaupun dah kena air, tapi mata masih tak bape nak segar. Langkah je kuar dari tandas, gua terjatuh depan tandas. Lantai licin sangat. Tapi muka masih maintain selamba sebab tahan mengantuk. Walaupun sakit sikit. Pastu mak aku tanya "Kau jatuh ye Jam? Kau jatuh kat mana? Selipar licin ke?" 
And aku yang memang tengah malas nak bercakap pun jawab, "Tak lah. Ajam tak pakai selipar". Err, mak aku paham kot. Kalau aku pakai selipar, tak de lah aku jatuh kot. Ye lah. Malas nak pakai sebab memang tengah ngantuk gila. Biasa memang pakai la... Cuma saje nak jimatkan satu step. Hahaha. (alasan je tu). Then aku pon meneruskan perjalanan mendapatkan sejadah. And solat dengan mata tertutup. Wakakaka!

And friends, the photos will be uploaded soon. Jangan tanya bila. Kalau korang tanya and dapat jawapannya dari aku, mesti aku tak buat seperti yang dijawab. Hahaha. K people. Cya!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?