Another empty post

Assalamualaikum.. Aku nak tulis (menaip) something dulu pastu baru aku buat benda lain.

Perihal aku kat sekolah, kat kelas, antara cikgu, kawan dan sesape je la.

Kat kelas, nisbah student lelaki : perempuan cuma 1 : 3 atau lebih tepat lagi, 11 : 31. Sampai satu tahap, sorang cikgu yang ajar aku tu cakap, aku ni macam nyah ke sebab asyik bergaul dengan perempuan je? Syukurlah kawan aku yang ditanya tu dapat menjawab soalan aku dengan baik sekali. Memang kawan-kawan rapat aku yang mostly lelaki semua dah kat kelas lain, camane lah aku nak join diorang. Tapi memang pun, 4Maju tu jadi venue kedua aku yang terpenting. Kalau tak kerana kelas tu bukan kelas sains, dah lama aku pindah kelas tau tak.

Apa sebenarnya yang aku buat kat kelas aku tu? Well, kalau cikgu tak de, aku pon mula la kacau classmates aku. Serius bosan! Memang aku jahat pon. Aku rasa, memang diorang akan anggap aku ni macam orang yang pelik je kat sekolah tu sebab aku macam buat benda yang tah pape. Bukan apa, aku cuma nak merapatkan hubungan sesame classmates. Apa yang paling ketara yang aku nampak, student girl ni ada lebih kurang 4-5 group sendiri. Tak berinteraksi antara satu sama lain. Kalau ye pon, just for something important.
Tapi yang penting, tak de lah kritikal sangat ketidak akraban diorang ni. Oh ye, tu semua dari pandangan aku je ok?

Bila aku kacau diorang, berlakulah perbualan. Paling menyakitkan hati aku, bila aku cakap something, diorang buat muka blur and the sound filled with silence and thy'ere looking each other. Pergh! Aku cakap bahasa apa sampai diorang buat muka blur? Pelik sangat ke aku ni sampai diorang terkejut aku bole bercakap? Aku rasa apa yang aku cakap tu jelas sangat la. Bagi mengelakkan mereka terus melayani seorang alien, aku pon cari mangsa lain.

Selalu aku terfikir, kenapa diorang ta nak jawab soalan aku? Aku ni pelik sangat ke? Aku rasa, aku boleh jadi ahlis falsafah ni. Cikgu Sejarah aku kata, kalau ahli falsafah cakap, orang takkan faham. Habis tu dah kalau aku cakap orang tak faham, kira layak la tu kan?





Antara aku dengan cikgu pulak. Aku dapat merasakan yang sangat ramai cikgu yang tak suka aku. Sebab utamanya ialah aku selalu datang lambat. Haih... Bukankah lebih baik datang lambat dari tak datang langsung? Dah tu, yang datang lambat kena denda, sedangkan yang tak datang chill2 je lepas. Dah bape kali dah aku ulang ayat macam ni. Implikasinya, ada cikgu yang tak suka aku hanya kerana aku menjadi latecomer tegar. Agak2 lepas ni kalau aku jadi pemonteng tegar, diorang tak suka aku jugak tak?

Jawatan pengawas pulak, aku rasa macam nak lepaskan je. Aku tak suit dengan pape jawatan sekalipon. Bukanlah bermaksud aku mengalah, cuma lebih ramai orang yang layak dari aku. Untuk apa pegang jawatan yang aku sendiri tak boleh nak tanggungjawabkan. Lebih baik aku fokus untuk dapat A+ yang banyak je. Aku rasa lebih tenang, aman dan lebih fokus. Mesti aku jadi top scorer macam budak2 cina tu. Diorang macam tak de tekanan je. Keje sekolah pun semua siap. Kan best kalau aku jadi macam tu.

Dear friends, I might look weird, strange, emotionless, unthoughtful and silence. Ye lah, bila aku pakai helmet sofbol yang tah pape tu, mesti la korang tertanya-tanya 'Apa la pakai helmet camtu. Kalau aku dah malu gila sia.'. Tak ingat ke aku pernah cakap, aku suka something unik. Tak kisah la how will the unique be but as long as it's not going over the limit, aku layan je la. Tapi percayalah, aku ni macam korang jugak. Cuma lebih menyakitkan hati je. Tapi ingat la jugak. Kadang-kadang, kita tengok someone ni kita mungkin tercakap 'Eih benci gila dengan cara, sikap ngan gaya budak ni.' Tapi kalau kita yang berperangai camtu, kita takkan perasan punya. Sampai lah orang lain tegur kita. Jadi, banyak-banyak lah bermuhasabah diri.

Post di atas tidak ditujukan khusus untuk sesiapa. Nampak kan tagline blog aku kat header tu? Bukan yang hantu yang cool tu. Aku cakap secara umum. Kalau khusus, aku tulis camni.

Dear Farhah, thank you very much for posting an entry of a tutorial how to open the plastic cover of asam plum tu. Kalau kau tak buat post tu, mesti sampai sekarang pun aku takkan dapat bukak jajan tu kan? =.='


Dear Miza, thank you jugak sebab buat tutorial bukak botol air. Kalau kau tak buat, mesti aku takkan minum air singgit dua posen yang aku beli hari tu. Terima kasih. Lain kali buat lagi tau. =.='


Didn't I told you that you're both my hero? Ye lah, sebab tolong bukakkan jajan yang aku tak dapat bukak tu kan?


To Tira, anda bila lagi? *ceyh....


Sekian, terima kasih...

P/s : Aku mimpi aku kena panggil ke Bilik HEM kerana menyebarkan propaganda dan provokasi terhadap sekolah kepada student2 lain melalui internet. Waah!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?