Hari Sukan sekolah wey!

Macam poyo je kalau aku nak cerita pasal hari sukan kat sekolah aku. Tapi apa aku kesah. Bosan tau. Plus, aku tengah sedih. Dia maksudkan aku ke?

Pagi tadi aku datang sekolah bole la dikatakan awal. Pukul 7. Aku da cakap, aku memang bole datang awal. Cuma saja je malas sikit. Tu pon aku datang awal sebab memikirkan komitmen penting untuk hias khemah rumah sukan. A day before that, dah tolong sikit sampai petang tapi tak siap. Pastu malamnya aku kene rasuah tertolong pulak rumah sukan maju buat persiapan diorang. Sebab aku nak jumpa Shafiq. Dia kat situ. Aku pon pegi la.

Our presence to school at night is not wasted just like that. We've been planning of doing some sort of paranormal activity but due to "Pak Guard's threat" that can possibly spoil our plan, we cancelled it. But that night, we took all the chances to replace pak guard's job. Hehe. Aku, Shafiq dengan Zulkifli (tanpa kehadiran Khalid) jalan2 kat tempat yang kononnya seram. But all to no avail. Walaupon ada ambik gambar and record, tak nampak pape pun. Bosan gila! Dah la tak dapat menerokai bangunan H. Laluan ke tannga is visible by the cikgu sekitar situ.

Tadi sampai2 je kat sekolah, terus pergi bilik guru and tanya, ada pape lagi tak nak dibuat. Pastu cikgu suruh staple bunga kat ribbon. Masa kat site perhiasan, aku pon tolong la pape yg patut. And last skali, main tampal2 bunga. Nasib baik la Fajar banyak tolong. Hehehe.

Aku tak ada ambik port kat mana-mana acara. Tak layak pon. Kalau layak pon, ingat aku nak ke? Oleh itu, sepanjang sukan, aku lepak ngan Shafiq je. Bukan apa, aku risaukan dia je. Tapi sedikit melegakan aku, pagi tadi dia makan ubat. Jadi Alhamdulillah, dia ok je kat sekolah tadi. Syukur-syukur.

Masa awal-awal, ramai orang bising/menyibuk tanya soalan dan benda yang sama. Dia tanya, aku rumah mana? Apsal aku pakai baju rumah bistari (biru) tapi ada and menolong kat rumah semarak (merah). Aku bosan menjawab benda yang sama. Aku cakap la aku tak ada baju rumah semarak. Kejap lagi (masa rehat) aku beli la.

Bila rehat je, aku terjah masuk dalam koperasi. Aku ajak Shafiq bukak koperasi bahagian belakang tapi mula-mula dia tak nak. Pastu aku suruh dia tunggu luar sebab aku nak pegi cari baju sukan semarak. Then cikgu masuk, dia bising sikit sebab kitorang tak bukak kedai kat belakang. Shafiq pon terpaksa masuk jugak tolong handle. Rupanya cikgu dah sediakan stok penuh dalam peti ais tu nak jual kat student2. Hehehe.

Maka selepas rehat, melayanglah RM17 (17 je harga baju tu) beli baju rumah semarak. Pastu ada yang cakap membazir la apa la. Bukan membazir, tapi saje nak bangga diri kalau rumah semarak menang nanti. Bila aku tukar baju rumah sukan dari biru ke merah, diorang pon bertanya jugak. Diorang cakap, tadi aku pakai baju biru, sekarang merah pulak. Kenapa tukar? Aduh minaci, aku nak je cakap camni, 'Pakai baju biru salah, tukar baju merah pon salah' tapi tak sesuai pulak. Diorang tak salahkan aku pon.

For the result, Rumah Bistari menang perbarisan, hiasan khemah, acara olahraga dan keseluruhan. Jahat kan diorang semua nak conquer. Rumah Semarak naib johan keseluruhan dan olahraga je. Tapi ok la. Better than other bottom 2. Aku tak kisah sape2 menang. Sebab aku macam tak de sumbangan je tahun ni.

Oh ye, I made this picture as my profile picture in Facebook. Pic was taken by Athirah during the night before the err (buffering lupa sukan in english) School's Sports Day at school. Hehe.


Ini lah dia namanya, muka macam bunga di taman tapi hati sumpah, jahatnya Tuhan saja yang tahu. Hehe.

P/s: Ye ye ye. Kami tahu kami cute. xD
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?