Ini bahasa apa ye?

Kalau nak tau, aku memang anti gila ngan orang yang tulis menyusahkan orang lain nak paham. Atau pun aku menganggap sebagai 'penulisan gedik'. Aww!

Jauh kat dasar elemen paling dalam hati aku ni, aku dah ban awal-awal orang macam ni. Tapi bagi aku, mereka yang menggunakan penulisan ngada-ngada (tak payah la aku bagi contoh. korang mesti punya dah baca kat blog lain, atau memang dah tau sendiri) ni mungkin dia syok sendiri. Not that only (Bukan itu sahaja), mungkin jugak diorang tak tau yang orang lain tak suka. Orang cakap, still newbie in this internet thing atau sinonim yang lebih kasar, 'noob' (lol). Tapi kalau setakat tulis singkatan sikit2 tu, normal la.

Ni hah satu contoh. Pergh! Kalau aku bukan jenis orang yang tak jaga perasaan orang lain atau kat dunia ni cuma aku sorang je yang ada perasaan (orang lain tak), dah lama dah aku marah-marah dia tak tentu pasal. Syukur kepada Yang Maha Pencipta kerana masih memberi keizinan untuk aku berfikir lagi, especially pasal orang lain.

macam biasa la. Center klik untuk paparan sebenar in new tab.

Macam aku cakap kat atas tadi, bukan lah aku cuma suka kat orang yang skema tulis penuh-penuh macam aku ni. Cuma rasanya, tak perlulah kita nak menyusahkan diri sendiri tulis yang entah apa2 sedangkan we can just do that something easily. Eveb ada jalan mudah pun, nak buat benda susah buat apa kalau hasilnya sama. Ini bukan hasilnya sama, tapi lagi teruk sebab menyusahkan orang lain nak baca. Setakat tak guna caps untuk first letter of every sentence, that doesn't seem like a problem to me. Haih... Balik-balik aku cakap benda sama je. So let me stop eveything here. Wassalam...






P/s: Ada sape2 boleh bagitau aku bahasa apa yang beliau guna? Aku buat2 paham je tu. Err, korang boleh paham tak? Hehe.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?