Math oh Math! Buku oh buku!

Assalamualaikum... Heh! Sape je yang tak tengok Juvana? Juvana macam dah cipta satu fenomena (pandai je aku ni) kat Malaysia ni. Aku tengok kat FB ramai kot yang update pasal cerita tu. Sebelum ni cerita lain tak ade pulak orang nak update sebegitu ramai. Tengok je la jalan cerita dia. Unik. Tak macam drama2 lain yg ada kat tv tu. Semua rebut pasal harta, latar tempat banyak kat pejabat, latar masyarakat golongan2 kaya. Eiih! Serius bosan gila. Aku pon bole jadi direktor drama macam tu. Sebab da banyak sangat. Tahniah kepada Juvana sebab berjaya buat aku tak miss duduk depan tv pukul 9 sampai 10. Bukan senang tau. Lagi2 aku ni jenis orang yang jarang tengok tv, apatah lagi nak tau program2 kat tv tu. Memang tak ah.

Papepun, aku tetap nak melepaskan rasa tidak puas hati aku. Cikgu Math aku dengar khabarnya first2 masuk kelas dia dah moody. Asyraaf kata datang bulan. Haha. Aku pon tak faham lah. Aku tak de kat kelas masa dia first-first masuk. Berdasarkan cerita Asyraaf, cikgu tu masuk kelas. Lepas dia sampai kat meja guru yang kat corner depan sana, baru la semua student ni bangun atas arahan pengerusi. Then cikgu marah2 suruh pelajar duduk and cakap jangan jadi kurang ajar. Aik? Hanya sebab tu je? It's not a a big deal la nak marah hanya sebab tu. Bukannya tak bangun langsung. Cuma lambat kejap je. Pastu baru la aku sampai. Aku masuk lalu pintu belakang je. Secara mengendap la. Hahaha.

Jadi, as the consequence, sepanjang 3 masa belajar math (2 jam tuh...) memang dalam keadaan tertekan la. Bukan tertekan je, terseksa, terpenjara, semua tu lah. Sebab cikgu mood dia tak baik. Sebenarnya 2 masa je. Tapi oleh sebab lepas math tu subjek sivik and dia jugak yang ajar, tu yg teruskan blajar math je. Ada ke patut, dia baru ajar student skali soalan level SPM terus then bila dia tanya balik, student tak dapat, dia nak marah2 student. Siap aku kena tengking dengan dia sebab jawab salah. Jawab salah, tak jawab pon salah. Ye la, dah dia tanya, aku cuba la jawab. Aku yakin, kalau aku diam je, lagi dia marah. Patutnya kalau salah tu, betulkan la. Baru je belajar. Da expect macam kitorang ni dah dari azali dah tau.

Haih cikgu ni. Dia nak student ikut mood dia pulak. Kalau mood dia baik, baru la boleh senang sikit blajar. Kalau tak, memang tertekan la. Boleh ke camtu? Lepas habis kelas je, of course la ramai budak protes. Sampai ada kot yang nak buat perhimpunan haram. Aku lagi la. Aku mana boleh kalau orang yang syok sendiri ni. Cikgu tu nak student masuk dalam dunia dia yang dah penuh ilmu tu. Dia tak nak faham and masuk dalam dunia student yang tak tahu apa2 tu. Waa. Adil ka?





Ok. Itu satu. Then, lepas waktu Biologi, aku dengan Dzul (dua orang je pelajar lelaki biologi) tolong cikgu angkat buku latihan dari makmal ke bilik guru. Alhamdulillah selamat sampai. Tiba dekat bilik guru, cikgu English pulak mintak tolong angkatkan buku2 latihan bawak ke kelas and ambik buku aktiviti yang tebal2 dari bilik hikmah bila kelas dah nak start. Buku latihan tadi pon dibahagi dua. Banyak jugak buku tu. Dengan nak bawak buku bio lagi, pencil case. Masa on the way ke kelas, satu buku yang Dzul bawak tu terjatuh ke bawah sampai kena air. Dia letak kat tepi buku lain sebab nak ambik buku yang jatuh tu. Pastu ada yang tertiup angin kot. Yang lain pon terkena sikit. Buku yang aku pegang semua selamat. Dah la buku tu jatuh depan kelas 4 Maju. Malu kot. Mana yang boleh tengok, diorang ketawakan. Tapi aku tak kesa pon. Buku2 yang terkena air tu basah. Dzul pon tolong la jemurkan buku2 tu kasi kering. Aku pon tolong dia. Ada buku yang terkotor sikit kot. Tapi tak de la banyak. Sikit je kot. Kat bahagian tapak buku tu je yg terkena.

Tapi masalahnya, yang kena tu ade la dalam 7 buku. Semua budak pompan punya buku yang sememangnya buku diorang kononnya cantik-cantik gila. Tulisan cantik cantik, nota complete, latihan semua betul dan overperfect la senang citer =.='. Aku ngan Dzul da start risau. Entah camane la nak explain kat diorang nanti. Haih..

And betul pon apa aku ngan Dzul risaukan. Ada budak tu, dia merajuk buku dia kotor sikit. Ye la, buku dia cantik, bersih, semua latihan dalam tu complete, tulisan cantik. Jadi bila kotor sikit disebabkan kesalahan orang lain, marah la dia. Dzul tanya aku, nak buat apa? Aku pon terpikir pasal tulis surat. Pergh! First time kot tulis surat ala2 tulis surat cinta. Agaknya kalau tulis surat cinta betul2 lagi manis/skema/gedik (eew!) and tergoda kot sesiapa yang membacanya. Haha. Lepas da explain semua and mintak maaf kat dalam tu, surat tu pon bagi kat diorang. Then diorang pegi tampal surat tu kat papan kenyataan belakang. Terima kasih kerana telah mempromosikan hasil penulisan karya agung saya yang serius best gila tu. Lain kali buat lagi eh? Thanks.... =.=!

Dzul cakap, strategi tu tak jadi. Kena buat strategi lain. Dia cakap, aku ngan dia kena melutut mintak maaf depan diorang semua kot. Aku bole je nak buat. Tapi tak de masa. Lagi satu nanti aku sure punya akan terlupa skrip. Tu yang malas gila tu.

Lepas sekolah habis and balik rumah, cuba pulak cara guna khidmat pesanan ringkas. Tapi masih, tak dapat buat hati seorang perempuan itu memahami. Tak pe lah. Memang hati perempuan ni lain.

Papepun, bukan kitorang sengaja nak jatuhkan buku tu pon. Kalau sengaja pon, serius memang tak de faedah pon yang kitorang dapat. Kalau kitorang sengaja, takkan la kitorang nak tolong jemur keringkan balik? Kitorang pon cuma tolong cikgu bawakkan buku tu je. Dah cikgu mintak tolong. Tolong salah, tak tolong pon macam salah. Kita pon tak nak benda tu terjadi. Tak tau nak cakap apa lagi. Balik balik nanti ayat yang sama jugak, buat apa? Wassalamualaikum...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?