PECAH KACA pecah gelas. Tapi gelas tak pecah cuma kaca je. Haha!

Assalamualaikum... Sebelum ni, dengan jadual kedua yang sekolah release untuk tahun ni, hari yang aku paling nanti-nanti hari Jumaat kot. Sebab, hari Jumaat ada waktu sukan. Jadual pertama pon ada jugak tapi masalahnya padang dengan dewan budak2 lain dah conquer especially kanak-kanak menengah bawah tu. Sabar je lah...

Walaubagaimanapun, malang tak berbau. Aku memang tak dapat nak bau malang hari tu. Lepas je habis kelas agama, kitorang cepat2 keluar cari bola nak main futsal kat dewan. Kasha la yang carikan kunci bilik sukan satu sekolah dia pusing sampai dapat. Nak dipendekkan cerita, 1 minit sebelum loceng bunyi, Asyraaf sepak bola dari tengah dewan sampai la terkena kaca yang cover papan kenyataan belakang dewan. Yang lain apa lagi, cepat-cepat lari tinggalkan dewan. Yang tinggal kat dalam tu cuma aku, Kasha dengan errr... aku lupa sape lagi sorang. Khairie kot. Pastu aku decide ngan Kasha, kita buat je laporan kat bilik HEM (tetiba aku teringat yang lagi sorang tu Fauzan). Sebab kalau tak buat, sooner or later cikgu mesti dapat tau jugak. Aku tak nak lah nanti sampai tahap cikgu suruh mengaku kat perhimpunan dan aku tak suka dilabel sebagai baling batu sembunyi tangan.

Aku, Kasha and Fauzan terus ke bilih HEM, mengaku la salah kitorang. Pastu cikgu pon soal la siasat kitorang sampai terbawa ke soalan siapa cikgu yang jaga waktu tu. Memang tak de la. Nak cari cikgu relief dah lambat. Tu pon kalau kenal. Kalau tak, nak buat camane? Jadi kitorang pon main sendiri la. Sebelum ni pon main sendiri ok je. Pernah jugak bola terkena cermin sama cuma tak pecah je la. Hahaha.

Cikgu yang dekat pejabat suruh panggil cikgu yang relief tu. Dia suruh jugak kitorang kemas pape yang patut. Then, kitorang pon panggil la cikgu ****** (eh, apsal aku tulis nama dia tak keluar ni? xD) untuk ke bilik HEM. On the way to bilik guru, terserempak pulak dengan budak yang lari awal-awal tadi. Kitorang pon suruh diorang pegi kemas, aku ngan Kasha panggil cikgu. Bila da jumpa cikgu, mula-mula mintak maaf dulu, pastu baru terangkan. Muka dia yang awal-awal cool tetiba jadi serius kejap. Then dia ajak ke lokasi kejadian (ayat skema gila!). Bila sampai je, pecah kaca pecah gelas tadi tu da siap dikemas da.

Then cikgu suruh ambik ukuran pastu tempah kaca kat mana-mana kedai. Biase la, kitorang da buat, kitorang la yg akan ganti kan. Bila ukuran dah ambik semua tu, baru la kitorang dapat masuk kelas. Yang lain cikgu cakap dia akan uruskan.

Kaca tu pun kalau tak cikgu yang nak pergi tempahkan tapi kitorang tak nak susahkan cikgu lagi, kitorang cakap la ngan cikgu yang biar kitorang je yang pergi. Asyraaf plan nak survey harga. Dia survey kat taman fire-fire, aku pergi kat Pontian. Cikgu kat pejabat tadi cakap, satu cermin RM70. Tapi tak boleh beli satu. Kena beli sepasang. Ada dalam RM300 lebih kata dia. Aku tak paham betul apa dia cakap. Sepasang kat dua keping. Paling tak pun, RM140 je.

Bau kedai lagi benda ni sebelum bukak. Haha
Then petang tu Asyraaf call aku. Dia cakap, harga kat kedai yang dia pergi dengan ukuran saiz yang betul, RM28 je. Haha! Murah sangat pon. Yang cikgu pergi cakap sampai RM70 tu apa tah. Pastu dia terus tempah. Tapi dia naik moto. Jadi aku suruh la dia tempah and bayar dulu. Kejap lagi aku ambik dengan abang aku sebab nak pergi Pontian hantar mak aku.

Setelah disiap pasang dengan mudahnya
Masa OTW balik Pontian, kaca tu pon ditinggalkan kat sekolah terus. Nanti aku datang balik ngan Asyraaf ke sape2 la sebab nak pasang. Dalam pukul 5 lebih, benda tu pon dah siap pasang. Haaa... Cepat tak kitorang. Kalau suruh cikgu yang pergi tempah, dia kata hari Isnin baru dia bagitau kitorang. Kalau yang cakap RM70 tadi tu, aku rasa sebulan kot. Ye lah, mungkin harga RM70 tu harga dari supplier ke sekolah. Eh, bukan ke sepatutnya lagi murah? LOL

Yang pecah cuma satu je. Oleh kerana murah sangat (lol) Asyraaf tergerak nak tempah dua. Tapi rugi pulak kalau beli tak boleh pasang kan? Tapak untuk kaca tu cuma ada satu je. Maknanya sebelum ni pon pernah pecah.

Papepun, secara tak langsung, kitorang dah buat 4 kesalahan besar hari tu. Hahaha! Eh, 5 kot. Jap aku listkan


1. Main futsal dekat dewan
2. Main futsal tanpa pengawasan guru (kalau bukan kat dewan pon, tanpa guru tetap salah)
3. Pecahkan cermin kaca papan kenyataan
4. Tak masuk kelas B. Inggeris. (Hahaha!)
5. Ambik bola tanpa cikgu yang mengajar PJ tu


Haa.. Betul lah lima. Klau kesalahan2 macam tak siap keje, lawan cakap cikgu, belasah cikgu, tu dah biase kot. Kesalahan kecik je semua tu. (aku tipu la).

Yang pasti, mesti cikgu akan cakap benda ni kat perhimpunan punya. Aku bersumpah dekat kucing aku, sekiranya cikgu tak cakap, aku akan ubah jantina aku potong ibu jari kiri aku yang terlebih. Eh? (Hahaha!).
Haih, nampaknya lepas ni kitorang main bola kat dewan guna bola takraw je la.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?