Pergi lagi...

Assalamualaikum... Sekarang pukul 1.32 pagi (kenapa kalau aku post entri, ayat pertama mesti menerangkan pukul bape sekarang? Bosan ok!). And I'm bored to see my blog left unupdated.

Hari ni kat tempat aku hujan. Hujan kan? Pagi hujan kejap pastu berhenti. Petang panas balik kejap. Macam dalam satu lirik lagu tu (kalau tak silap la) dia kata 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'. Tapi aku tak pasti betul ke salah.

Petang tu mak aku ajak pergi pasar malam untuk tolong hero dia berniaga. Kereta tak de sebab hantar pergi workshop. Jadi kena lah naik teksi. Aku pon diajak sekali. Walaupon aku tengah mengantuk masa tu, aku ikut jugak. I won't let my mom pergi sorang2 la. Satu benda je yang bole menghalang aku iaitu mati. Haha.

While on the cab, aku pon bertanya la mengenai arwah makcik aku dekat mak aku. Herm... Belum sampai sebulan lepas arwah atuk aku pergi, kini giliran makcik belah my abah pulak yang pergi. Ajal takkan dapat dicepatkan atau dilambatkan walau sedetik pon kan. Nak buat macam mana. The last time I saw her is when she played the sukaneka event dengan pakcik aku masa kahwin akak aku beberapa minggu lepas. Pasangan veteran tu menang. Even sepupu aku yang muda pon kalah ngan diorang. I was so happy to see that moment. Papepun, al-fatihah buat arwah (aku ta dapat melawat sebab jenazah dikebumikan cepat. pergi rumah sana pun tak dapat sebab kena teman nenek aku kat umah sorang2).

Aku teman nenek aku kat umah, tapi dia tido at most of the time. Hanya beberapa ketika je dia sedar. But at the times that she's awake, she's saying something weird, and also sounds scary.  So I tried denying all what she's said. Bukan tu je, aku bosan gila ok! Kredit phone tak de. Kalau jadi pape, satu2 no yang boleh didail cuma 999 je. Dah la lapar. Nak masak maggie macam tak rajin pulak. So aku pon tidur la lepas dah tak de pape lagi nak dibuat.

Bila cerita pasal kematian, aku takut. Ye la, kesakitan yang teramat sangat tu. Then I remembered something. I almost got hit by a car when I was about to cross the road few weeks ago. Aku ingatkan driver kereta tu nampak aku and hoping that she'll slow her car tapi rupanya dia tengah tengok tempat lain. Nasib baik aku berlari. Sikit lagi weyh. Aku tak nak duduk kat hospital. Sumpah bosan gila nanti. Papepun, syukur alhamdulillah...

Tadi petang, setibanya aku and my mom kat destinasi yang dituju, aku pon terajin pulak nak pergi kedai telefon untuk topup kredit telefon ni. It's almost a week my phone tak bertopup tau. Maaf lah kepada Zatul sebab tak dapat balas mesej kau yang kau tanya pasal tenet tu. Zawanah pon sama. Tak dapat nak bagi info pasal pertandingan tu. Selebihnya, thanks to Maxis kerana sudi MMS dan SMS saya. Sayang awak lah! Tapi kali ni je. Kejap lagi saya nak benci awak pulak, ok?

Aku pon topup la RM9 ke phone aku. Sebab rasa agak penting untuk contact akak aku. Tapi, satu demi satu mesej masuk mostly dari Hotlink menyatakan hutang kena bayar secara paksaan. Tau apa maksudnya?  Dia tolak SOS topup aku 2rgt stgah, BOTS pon tolak 2rgt sebab weekly renewal membership (padahal aku tak bukak pon natang tu) dan servis2 lain. And my final credit is only RM0.87. Best kan? Dapat guna mesej akak aku and call dia kejap je. Sakit je hati.

Sebenarnya the main reason I made this post is actually to share something about my recent experiment. LOL. Is it counted as an experiment? Tak pe tak pe. Tengok je la dulu. Dekat meja PC aku (atau lebih tepat, atas printer meja PC aku) ada 6 biji gelas. Setiap satu tu lain tempoh masa dia dah ada kat situ. Tapi yang paling lama ialah cawan yang dulunya berisi sedikit air coca cola. Aku rasa dah lebih seminggu cawan tu kat situ. Jadi apa yang berlaku? Of course la proses penyejatan yang berlaku. Dan apa yang tinggal adalah the main bahan makanan yang ada dalam air tu, gula. Ye, memang pon semua orang tau air bergas tu banyak gila gula dia kan? Memang pun. Hari tu masa cawan tu ditinggalkan, sikit gila je kot air dalam dia. Apa yang tinggal sekarang berkurang sikit je kuantiti air dia. Haih... Tengok la sendiri.


Err, yang hitam-hitam tu semut tau. Semut-semut yang terkorban ketika dalam usahanya mencuba untuk mencari sesuap nasi makanan untuk menyara diri mereka masing-masing. Al-fatihah kepada mereka. Semoga rahmat akan dicucurkan ke atas roh mereka. Amin...

Sebenarnya aku da ta dapat pikir lagi ni. Esok pagi ada lagi post lain sebagai membalas post dari seseorang. Tunggu tunggu.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?