Review filem Transformers 3: Dark of The Moon. Best ke?

Sape je tak tau filem super gempak ni? Oleh kerana citer ni hot sangat orang asyik cakap-cakap je, and aku pon bernasib baik sebab dapat tengok (aku jarang tengok movie kat cinema melainkan ada orang nak bawak), aku pon nak buat review siket-siket pasal citer ni. And jangan risau. Aku akan cuba untuk tak spoil jalan citer bagi yang belum tengok and rasanya nak pegi tengok. Contohnya macam scene Optimus Prime kene bom sampai berkecai jadi abu, Bumblebee punya tayar kereta haus, dan hero citer ni bawak kete sampai masuk gaung. Hehe. Gurau saja lah saya.


Kalau dua tahun lepas, abang sulung aku yang ajak tengok Transformers 2 and memang rasa teruja dengan effect dan CGI yang diorang buat. Tahun ni, akak aku pulak ajak pegi tengok. Dia ngan hubby dia sebenarnya nak balik JB. Esoknya sekolah. Dia suruh aku cuti lagi sehari balik esok pagi. Aku tak mau la. My love marah nanti sebab hari tu dah tak sekolah. Fortunately, abang aku pon nak tengok. Suka betul aku. Tapi bapa aku mula2 tak bagi aku keluar. Kata dia pelajaran merosot. Argh! Sakit hati aku. Tapi aku ada hujah tersendiri. Dia bagi jugak akhirnya. Reason tak bagi sebab aku tak sekolah hari tu, second, sebab aku dapat ranking no 8 (sebenarnya aku memang tak buat betul2 pon. Dia tak tau aku pena dapat ranking 9. Biase la tu.), and reason terakhir sebab movie start pukul 12.30 malam (29 Jun tu la). Haha. Risau aku tak sekolah lagi esok pagi kalau ngantok sangat. My sister and brother pon cakap camtu. Aku balas la, 'Ala, Ajam tak tido pon dah biasa'. Biasa kalau kat rumah pon, memang pukul 2-3 pagi jugak aku tido sebab rasa rugi kalau tido awal. Hehe.

Papepun, esoknya aku pegi jugak sekolah walaupun sampai rumah pukul 4 pagi. Seronok gila abang aku speeding sampai 190km/j masa on the way balik. Highway tak de orang. Tu pon dia cakap dia belum tekan habis. Kalau tak de selekoh kat depan tu, 200 lebih pun boleh sampai tu. Waah! Best gila!



Sebelum aku mula, meh aku pastekan sinopsis dia yang aku ambik dari gua.com.my


Sinopsis filem Transformers 3: Dark Of The Moon

Transformers: Dark Of The Moon mengisahkan tentang misi Decepticons untuk menghidupkan kembali planet Cybertron setelah lama musnah dalam peperangan. 
Hanya terdapat satu cara untuk memastikan hasrat mereka itu tercapai iaitu membawa Cybertron ke bumi. Untuk membawa Cybertron ke bumi Decepticons perlu mendapat bantuan ‘orang dalam’ Autobots kerana hanya dia yang tahu cara untuk mengendalikan teknologi yang dicipta oleh Sentinel Prime.

Seperti biasa, Sam Witwicky dapat menghidu kejahatan Decepticons ini dan dia bersama-sama Autobots berusaha sedaya-upaya menghalang misi jahat Decepticons yang mahu menjajah bumi.



Bagi filem Transformers 3 ni, memang aku tak sabar-sabar sangat nak tengok. Tapi hampeh betul, awal-awal je tunjuk scene GF baru Sam Witciky (hero) [yang menggantikan Mikaela (Megan Fox)] masuk bilik dengan baju seksi dari angle bawah. Dekat-dekat pulak tu. Nasib baik aku cepat-cepat tengok phone. Bongok punye agenda US. Dalam filem pon nak rosakkan orang.

Tak best ok heroin citer ni. Macam tak de function je dia dalam filem ni (sebenarnya ada tapi kat part last). Tak de lagi bagus. Tapi kalau Megan Fox ada, best siket. Kalau tiba scene dia dengan hero dua-dua orang je, confirm hampeh gila. Poyo tau, nak selamatkan sorang pompan padahal surroundings especially the whole world is in danger (tapi kalau aku pon buat jugak. Hahaha). Bab percintaan antara hero dengan heroin macam buat spoil betul dalam filem ni.

Plot cerita filem ni bagi aku serius tak teratur langsung. Memang tak teratur kalau nak dibandingkan dengan Transformers 1&2. Kenapa? Sebab meleret-leret bagi satu-satu cerita dengan citer yang lain. And lepas separuh tayangan, latar tempat dia kat bandar tu je. Tak de tempat lain. Bosan ok. Lama sangat kat tempat tu. Kalau nak dibandingkan dengan no 2 punya, walaupun latar tempat dia banyak kat padang pasir, but at least ade jugak background piramid, petra dan lain-lain. Best jugak. Puas tengok. Tak terhad kat satu tempat yang dikelilingi bangunan-bangunan yang buat orang nampak chaotic sangat. Sampai otak pun ikut chaotic jugak.

Then time Optimus Prime kononnya kembali menyelamatkan keadaan, kejap je dia dah kecundang balik. Bukan sebab kecundang dengan musuh, tapi kecundang sendiri. Poyo sungguh. Lepas dah lama sampai orang pun terlupa pasal dia, baru dia diselamatkan balik. Haiyo!

Kemuncak cerita ni tak sampai ke hati langsung. Mudah sangat pihak jahat tu mati. Kalau Transformers 2, agak susah la kan sebab adventure gila si hero tu nak sampai ke Optimus Prime yang mati sementara. Tapi Transformers 3 punya kemuncak buat aku pikir, 'Kenapa dia tak buat benda camtu dari awal-awal pertempuran tadi? Boleh sangat kot'.

Papepun, advantage Transformers 3 ni memang superb dari segi effek CGI dia yang serius nampak real gila. Memang tak rugi orang yang bayarkan tiket wayang filem ni. Kalau tengok robot-robot dia, memang terpukau gila la. Macam mana lah orang Malaysia tak de yang dapat buat macam dia ye? Lagi satu, orang kata filem ketiga ni kurang lawak than second. Tapi bagi aku sebaliknya. Ada scene yang buat aku tak nak berhenti ketawa. Haha.

Megatron punya babak tak banyak sangat. Kesian dia sakit. Sedih pulak aku tengok. Tapi dia jugak lah punca kematian dia sendiri sebenarnya. Hehehe. Padan muka.

Original Soundtrack (OST) filem ni pon lain je. Macam emo sikit. Tapi masih mengekalkan kumpulan Linkin Park sebagai penyanyi dia. Apa ye tajuk dia. Iridiscent kot. Saje la tu dia nak suruh kita berdrama sikit untuk filem ke-3 ni, sebab tu OST dia tak se'rock What I've Done dengan New Divide.

Papepun, lepas citer ni habis ditayangkan, memang aku rasa macam nak bagi tepukan je. Sebab teruja sangat dengan kehebatan filem ni. Sama macam masa aku tengok Transformers 2 dulu. Dia punya effek real sangat. Tapi aku lebih puas tengok Transformers 2.

Dari segi jalan cerita, aku bagi 3.0 rating out of 5.0
Dari segi kesan CGI, aku rate 4.9/5.0
Dan secara overall, aku bagi 3.6/5.0.

Jangan tanya kenapa rendah sangat lagi sebab jawapannya plot citer buat spoil.

P/S: Aku bukan nak komen banyak-banyak. Filem ni memang bagus, gempak dan yang sinonim dengannya. Kalau suruh aku buat memang tak dapat lah. Aku cuma bagi review je. Hehe. Eh, aku tak spoil kan? Aku tak de cakap yang Ironhide mati kan? Lalalala.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?