Suka duka 26 Jun 2011...

POST NI PANJANG. AND MUNGKIN MEMBOSANKAN. SAJE BAGITAU AWAL2.

Assalamualaikum. I'm bored. And I feel like writing right now. который хочет умереть? It means, sapa mau mati? Hehe. Sorry sorry sorry.

24 Jun (Jumaat)
Lepas balik solat Jumaat, aku pegi memenatkan diri angkat and susun sofa dengan abang aku. Dengan bahagian dalam rumah di'clear'kan sebab pelamin akan dipasang dalam tu. Plus ada orang yang bertandang untuk upacara pernikahan lagi, mesti la kena kuarkan semua minatang2 tu. Lepas dah siap angkat sofa buang sampah, aku tertido kot. Eh, iye ke? Aku pon da lupa. Then malam aku ajak akak aku pegi Pontian cari barang. Tapi dia tak nak. Lepas dinner, bapak aku nak kuar. Dia baru nak masuk kete tapi aku punya meal belum habis. Dengan sepantas kilat aku kejar and jerit 'Abah abah! Nak pegi Pontian eh? Kejap nak ikut!'. Pastu dia pon suruh aku makan cepat sikit. Aku pon terus ke dapur sambil habiskan makanan (makan sambil berjalan). Lepas basuh pinggan, tukar baju seluar.

Oh, sebenarnya aku nak beli external harddisk. PC punya disk da penuh. Nak masuk dlam netbook, minatang tu da lembab. Nanti nak format. Tapi nak kena backup jugak. Kalau tak habis la gambar tu semua hilang sama sekali. Nak backup pon nak letak mana. Nak transfer gambar dari kamera ke PC/netbook pon tak sampai hati tengok keadaan masing2. Akhirnya, terbanglah RM200 dengan 500GB (je). Nak beli 1TB orang tu kata dah habis. Kedai lain da tutup sebab dah malam. Terpaksala beli jugak kalau tak, habis la semua file aku kena format.

Malam tu aku main PSP sampai pagi. Tapi tak de la pagi sangat. Mungkin sampai pukul 2 je kot. Sebab bosan. Nak tido rasa macam rugi pulak. Pastu aku tido berbantalkan tilam dekat lantai. Tilam single. Kat situ mak aku tido. Aku pon tumpang la tilam tu jadi bantal aku.

25 Jun (Sabtu)
Aku bangun dengan keadaan yang blur. Sebab tido pun macam selesa ngan tak je. Tu pon sebab heroin bapak aku kejut suruh solat subuh. Bila aku bangun balik pagi tu, macam dah ramai orang kat luar. Saudara-mara lah yang ramai. Diorang tolong kemas2 siket2 kot. Nak kata tolong masak sangat, memang tak kot. Sebab ambik catering je.

Walaupun orang semua buat hal masing-masing kat luar, aku masih kat dalam bilik berurusan dengan PC aku. Kat luar macam tak de pape pon. Saudara mara? Lelaki yang boleh buat geng ada la 2 orang. Sepupu aku si Epy dengan Ajib. Tak rasa awkward sangat bergaul ngan diorang. Yang lain2 ada siket.

Pastu, Khalid call aku. Tapi aku
tak dapat angkat. Aku call dia balik. Aku tanya dia ada apa call aku. Tapi dia tak sempat jawab. Aku ajak dia pergi hantar kad jemputan kat rumah Shareena. Aku nak ajak sepupu aku dia tak de. Pegi hospital temankan mak dia nak tengok atuk aku yang sakit. Lepas dah hantar kad, aku ajak Khalid lepak kat meja-meja makan kat luar tu. Aku ngan dia je kat meja tu. Yang lain2 ade yg bual2 la, kecoh2 pasal event sukaneka malam nanti la. Aku main netbook. Backup file ke hard disk sebab netbook ni tahap kritikal dah. Aku run in safe mode with networking. Baru lah laju gila siket. Sebab memang nak buat online kejap je. Nak format balik asyik ta sempat je.

Time aku main netbook, aku kuarkan gitar ngan PSP dari bilik bawak keluar. Takut Khalid bosan je. Pastu terjadilah perbualan antara aku dengan dia. Aku terlupa perbualan apa yang membawa ke topik atuk aku kat hospital. Mungkin masa tu dia tanya pasal sedara aku yang lain. Aku pon cakap la diorang ada yang pegi hospital. Sebab melawat atuk aku. Pastu aku terniat nak cakap something pasal atuk aku kat Khalid. Tapi aku batalkan niat aku kejap. Tapi aku memang ta dapat tahan. Serius aku berat hati nak cakap. Papepun jadi, aku nak cakap jugak. Aku cakap perlahan-perlahan. Sebab agak cabul sikit apa yang aku nak cakap tu. Teka apa aku cakap?


Aku: Atuk aku, aku rasa dah tenat kat hospital ni (tapi aku tak sempat nak melawat). Kalau atuk aku meninggal... (pastu ayat aku disambung oleh Khalid).
Khalid: Haah. Nanti ada dua majlis dalam satu hari.


Macam yang aku cakap tadi, aku dah batalkan nak cakap camtu kat Khalid. Tapi aku tak tahan. Aku nak cakap jugak. Cabul ke aku? Aku cuma terfikir je.

Tak lama pastu sebelum maghrib, Khalid pun balik. Pastu dia cakap nak pinjam PSP. Aku rasa tu lah sebabnya dia call aku tadi. Then lepas siap-siap semua, aku pon get ready lah untuk shoot photo akak aku ber'make up kat dalam bilik pengantin. Aku pegang kamera tu dari petang sampai ke malam kot. Penat jugak. Pastu terkejar-kejar lagi sebab bateri kamera tak fully charged.

Time nikah akak aku, ada yang menangis la. Especially akak aku yang nak bernikah tu. Sebab dia bukan boleh tengok my love parenst tersayang sedih. Nanti dia pun ikut sedih jugak. Macam aku. Pastu aku datang dari jauh, aku cakap, jangan ikut nangis sekali. Pastu dia suruh aku ambik tisu. Aku ambik gambar, so aku nak pegi mana-mana orang sekeliling akan paham.

Lepas upacara berinai habis, acara sukaneka pun dimulakan. Sebenarnya ada sesi photoshoot antara akak aku dengan photographer official dia. Aku tak ambik port sebab tak penting. Photographer dia kan 'profesional' gila. Hehe. Semua acara dihandle oleh abang sulung aku dan dibantu oleh isteri beliau.

Acara pertama, baling belon yang ada air dalamnya kepada pasangan masing2. Pasangan yang berdaftar la. Tapi ada syarat, kena baling backward. Apa yang paling aku tak suka pasal semua event ni ialah, semua anak beranak Encik Sidek tak dibenarkan untuk turut menyertai. Tak adil ok! Saya tak suka.

Lepas acara pertama berakhir, belon-belon yang berisi air masih ada banyak lagi dalam baldi. Diorang pegi pesta baling air tu sebab tak puas hati. Aku tengok je. Nasib baik tak jadi mangsa. Sebab ada dua orang sepupu aku tu memang gila-gila. Tapi aku tak rapat sangat la.

Second game masukkan syiling dalam cawan yang berisi air. Yang ni sunyi sangat acara dia. tak meriah. Lepastu sepupu aku yang buat kecoh tadi, masih ingin meneruskan kekecohan. Dia simpan belon tadi. Dia baling kat sepupu aku lagi sorang. Pastu dia ketawa terbahak-bahak. Then 2-3 saat kemudian, bapak aku siram dia dengan air yang untuk contest kedua tadi dari belakang. Hahaha. Sengal je.

Time ni lah aku terpikir, semua orang bergembira je. Suka sangat-sangat. Aku terpikir, biasanya, kalau ada benda yang happy, akan ada perkara yang tak happy pulak. Then aku pun teringat atuk aku kat hospital. Mesti dia sunyi kat sana. Sebab tu aku terpikir dia.

And last event, music chair. Pun fun jugak. Sekali lagi, aku memang tak dapat join. Strict betul rules abang aku buat tu. Rasa macam nak buat perhimpunan haram je. Lepas tamat acara tu, upacara penyampaian hadiah pun dijalankan. Aku pon memainkan peranan aku sebagai photographer. Penyampaian hadiah diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Yang ni pun aku tak boleh join jugak. Tertekan betul. And last sekali, penyampaian hadiah hamper paling besar bagi contest teka bilangan kacang dalam satu balang. Aku cuba membuat perkiraan berdasarkan mengira isipadu balang dan isipadu setiap kacang. Tapi tak sempat nak kira sebab terpaksa buat photoshoot.

26 Jun (Ahad)
Lepas habis semua acara tu, aku pon lepak dengan anak sepupu aku. Layan gitar kejap, main netbook kat luar. Aku main netbook kat luar sampai pagi. Entah apa aku buat pon aku lupa. Pastu sorang sepupu aku (aku panggil dia Iwan) yang masa kecik2 dulu aku rapat (sekarang kurang rapat tapi masih bole buat bual siket2) baru sampai dengan parents dia. Aku pon ajak la dia lepak sekali dengan aku yang tengah backup file kat netbook tu. Then akak aku Fazlina baru balik dari ambik banner wedding akak aku dari adik abang ipar aku.

Pastu Iwan cakap dia lapar. Akak aku suruh aku pergi keluar makan kat satu warung ni. Masa tu dah pukul 2 pagi something. Akak aku pon hulur duit suruh pegi makan. Maka keluarlah aku bertiga dengan saudara2 sejantinaku. Hehe.


Lepas balik, aku da ngantok sikit. Tapi masih di tempat yang sama. Sebab pakcik2 aku pon tak tido lagi. Pastu ada kekecohan yang berlaku sampai buat aku hilang ngantok sekejap. Tak perlu lah diberi tahu apa benda.


Tak lama lepas tu, Mak Oteh aku yang tidur kat rumah nenek aku datang. Suasana masa tu memang sunyi la kecuali pakcik2 aku yang entah main apa kat luar tu. Dia datang dengan muka yang terkejut + risau + cemas, dia jumpa Pak Long aku then cakap 'Ayah meninggal'. Kemudian disusuli dengan lafaz 'Innalillahi wainna ilaihi rojiun' oleh paklong aku. Sebenarnya apa yang dicakapkan tu tak kuat tapi oleh kerana aku cuma lebih kurang 5-6 meter je and suasana agak sunyi, aku pon tersentak jugak. Aku memang tak dengar sebenarnya apa yang dicakapkan tapi lepas tengok muka mak oteh aku yang cemas, dan nampak macam ingin menyampaikan sesuatu yang penting, takkan la aku tak terpikir. Aku dengan samar2 je. Lagipon, masa tu dah pukul 4.30 pagi. Kalau tak penting, takkan la perlu disampaikan pagi-pagi macam tu.


Bila berita tu sampai kepada bapa aku, dia pun suruh adik beradik dia yang kecoh2 sikit tadi berhenti main. Bapa aku decide supaya jenazah diuruskan semuanya di hospital dan dikebumikan secepat mungkin as soon as jenazah tu sampai.


Tak lama lepas tu, berita tu sampai pula ke nenek aku. Dia menangis. Cucu2 dia dan maklong aku cuba tenangkan dia. Dia memang dah tenang pon. Pak long aku kata, biarkan dia menangis. Kalau dia tak menangis, dia simpan dalam lagi bahaya.


Pastu aku dah tak tau nak buat apa. Aku simpan barang2 aku semua, pastu cari port untuk baring. Aku baring kat atas sofa kat luar sampai terlelap. Tapi dikejutkan semula.

Bila dah siang, aku yang belum sempat sarapan dan mandi, diajak pergi ke masjid cepat-cepat. Naik kereta sepupu aku. Bila dah sampai je, terus wudhuk and solat jenazah. Jemaah tak berapa ramai sebab orang kampung mungkin ada lambat tahu. Jenazah pula diminta supaya diuruskan secepat mungkin. Sebab tu tak berapa ramai. Tapi alhamdulillah, ramai jugak saudara-mara yang lain.

Lepas habis solat, Imam suruh bukak kain kafan untuk kasi tengok buat kali terakhir wajah jenazah. Then I can's stand my sadness anymore. Mula-mula, mata aku bertakung dengan air. Aku cuba tahan. Then when I see my abang started to cry, I can't stand my tears anymore. Without realizing it, my tears mengalir tanpa aku sedar and it's just hard to stop. Kali ni bukan lagi permainan psikologi yang aku selalu cakap, kalau ada background muzik dan kata-kata yang sayu alunannya, mewujudkan suasana yang sedih. Tapi aku boleh overcome benda tu. Tapi kali ni, it's just natural. Aku tak dapat berhenti nangis. Sure la aku sedih. He's been living with me since I'm a small kid. Mana aku tak sedih. Lagi sedih when I see my mom's crying. Aku tak suka tengok mak aku sedih. Kalau tak nanti aku ikut sedih, ikut nangis. She's everything to me.

Bila turn aku nak cium arwah, pak long aku cakap, lap dulu air mata sebab aku nangis banyak. Aku tau kenapa pasal tu. When I kissed the jenazah, I realized that it was the first and the last time I've ever kissed him. Teruk ke aku ni?

Then terus ke tempat pengkebumian. Aku tengok je dari tepi, tak tolong pun mencangkul sebab macam dah ramai orang yang buat. Lepas baca talkin, air mawar pun disiram. Aku orang last siram then terus balik. Alhamdulillah, jenazah selamat diuruskan dengan lancar.





Bila sampai rumah, aku pon get myself ready untuk majlis perkahwinan akak aku. Sepatutnya siblings lelaki kena pakai baju melayu yang warna kuning seragam. Mula-mula aku tak nak. Aku tolak. Tapi lepas dipujuk, aku pun setuju aje. Then aku nak pakai dengan seluar jean. Tapi diorang bising. Suruh aku pakai dengan seluar 1 set. Walaupun dipujuk dan dipaksa, aku tetap tegas tak nak. Nasib baik ada akak aku defend aku. Dia cakap la aku ni dah besar la apa la. Pastu diorang bagi je. Then abang aku mintak tukar baju. Dia suruh aku pakai XL dia, dia ambik L aku. Mula-mula aku berat hati. Memang tak nak pun. Tapi dia mulut manis banyak sangat. Aku pon cair. Aku pun setuju la nak tukar. Sekali aku pakai XL dia, ambik kau besar gila. Dengan perasaan nekad, aku tukar pakai t-shirt. Tak jadi pakai baju melayu. Then akak ipar aku tanya. Aku pon cakap la baju besar, abang aku mintak tukar. Pastu dia cakap, lain kali jangan bagi. Biarkan dia pakai besar2. Hahaha. Tak pe la. Kalau aku tak bagi, tak dapat la aku nak pakai t-shirt tu. Kah kah kah

Sepanjang majlis, tetamu diiringi dengan bacaan ayat suci al-quran je. Wah! Suka gila aku tak de benda yang memekak-mekak tu bila dengar orang nyanyi. Dah la nyanyi lagu tak best, pastu suara tak sedap pulak tu, dah tu, bukak pulak kuat2. Memang aku ban habis-habis. Kali ni bagus la. Orang pun dapat pahala. Aku la tenang.

Tapi aku serius bosan. Tak tau nak buat apa. Nak tolong kat bahagian khemah, budak2 catering suma dah buat. Sebab keje diorang. Nak ambik gambar, semua pengantin belum sampai. Tempat2 lain dah bosan buat shot. Nak duduk chill chill ngan sape2, tak de geng pulak. Aku tak tentu arah gila. Kawan-kawan aku dah la tak datang sangat. Bila sorang2 yang datang, aku layan habis2. Lepak ngan diorang je. Haha. Time Zatul, Nain, Shafiq & Khalid datang, kejap je dapat duduk borak2. Sebab pengantin dah sampai. Mula lah aku tak nak lepaskan shot2 best. Tapi pape pun, bosan gila!

Waktu malam pulak, majlis disambung dengan majlis tahlil. Kesian mak aku tak sempat nak berehat layan tetamu. Sebab nak kena masak pulak untuk hidangan orang masjid. Aku pening gila malam tu. Tidur berterabur. Esoknya sepatutnya sekolah. Tapi hari terbuka. Sepatutnya kena datang pagi macam biasa. Tapi aku datang saing penjaga. Kali ni bapa aku hantar utusan je. Dia suruh akak ipar aku jumpa cikgu. Habis semua guru subjek dia jumpa. Add Math, Physic, Biology, Sejarah and guru kelas. Herh! Balik apa lagi, kena la ngan papaku.





Pape pun, aku tak sangka apa yang aku fikirkan, terjadi. Bukan niat aku nak cabulkan kata-kata aku. Aku cuma tak dapat tahan nak share ngan someone. Tak sangka terjadi betul-betul apa yang aku bagitau Khalid tu. Kalau ada keluarga and saudara-mara yang terbaca ni, I'm so sorry.

Tak sangka, dengan pertambahan ahli keluarga baru dalam keluarga aku, rupanya ada juga seorang yang akan perrgi. Al-Fatihah buat arwah~





P/s: Siap jugak akhirnya post ni. Dah dekat seminggu compose tapi tak siap-siap. Fuh! Sorry for no images. Just wait for my profect to be done later.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?