Tolong! Awek Aku Pontianak!

Apa lagi tolong la? Pergh! Semalam entah nape bosan sangat tak de benda nak buat, aku pon tanya la ratu hatiku 'Mak nak tengok citer tak?'. Sebenarnya aku pon nak tengok jugak. Cerita yang menjadi target aku ialah movie yang aku tulis tadi tu la (kejap citer kejap movie).

Orang kata, cerita ni best gila. Ye lah, dia kan dari pe err, penerbit kot. Ke pengarah arh? Yang penting ade la kaitan dari cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Memang lawak la cerita ni. Bukan tu je, romantik gila jugak la. Tetiba Shazzy Falak berlakon jadi cantik pulak. Hero dia budak Adzim Adzril tu. Err.. aku tak tau la nama sebenar dia. Kalau aku cakap Daim citer Juvana, sape tak kenal kan? Dia la tu...

Satu scene romantik diorang dance sesame.
 Lepas tengok cerita ni, dengan poyonya pon aku wish nak ada awek seorang pontianak. LOL! Tengok betapa mengarutnya pemikiran aku. Senang-senang je kena pengaruh dengan satu filem. Jadi lepas ni, cermin diri dulu. Agak-agak ada ciri-ciri sebagai seorang pontianak, bersedialah untuk diusha oleh aku. Err lagi satu, pastikan korang lebih cantik dari Fasha Sandha. Hahahaha! (mesti ada yang menyampah gila aku peminat  BF si FS tu)

Citer ni memang akan buat korang asyik gelak je la. Tu pon kalau korang fokus dan faham apa yang cuba disampaikan. Sekian... 
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?