Persepsi aku tentang raya

Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang, selamat malam dan salam 1 Malaysia, 1 Blogger dan 1 Dunia...

Seperti yang telah di (err, predict in Malay ape ye?) predict oleh ahli falak ulama' seluruh ASEAN, kita akan berhari raya pada hari Selasa ni. Yay! Dah nak raya dah nak raya! Tapi aku terpikir something. Perlu ke kita suka bila nak sambut raya?

Kalau kecik-kecik dulu, masa bulan-bulan puasa ni la aku akan memeriahkan malam dengan main mercun (yang kecik2 je), bunga api atau apa-apa yang berkaitan dengan api la. Tapi sekarang ta dapat da. Tolong bersimpati di pihak saya :'(





Kalau raya kecik-kecik dulu, waktu-waktu yang aku nantikan sangat ialah . . . . . jeng jeng jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Yeah! Duit raya la apa lagi. Huahuahua! Sape tak suka duit kan? Aku suka banyak duit. Dengan adanya banyak duit, aku boleh beli kasut idaman, gadget idaman, beg idaman dan segala yang aku pernah idam la. Tapi benda ni boleh dikatakan akan menjadi sejarah je kot. Sebab orang cakap, aku dah besar. Tak layak dapat duit raya. Ehhhh! Saya sekolah lagi maa... Masih layak la tu kiranya. Hahahaha!

Sebenarnya, memang aku tak nak pun duit raya kalau ter'beraya rumah kawan-kawan atau saudara mara. Terasa seperti kanak-kanak je bila kena beratur, salam orang tua, then ambik duit raya. Tu kalau kat rumah kawan-kawan la. Tapi kalau sedara mara nak bagi, takkan aku tolak pulak kan? Hehehe.

Dan sememangnya, dengan status aku sebagai seorang yang masih bersekolah, aku akan tetap dapat duit raya daripada brothers and sisters aku yang lain. Dan nampaknya, tahun ni nampak lagi special sebab aku sorang je weyh yang still sekolah. Yang lain semua dah kerja. Maknanya, untuk raya pertama nanti, semua aliran keluar brothers sisters and parents aku adalah akan disalurkan kepada adik mereka yang cool sorang ni ha. (perasan kan?). Aliran masuk kewangan aku pulak yang meningkat. Wuahahahha!

Walaubagaimanapun, aku ada competitors lain iaitu my anak-anak saudara la. Wuaaa! Dengan kehadiran mereka yang lebih kecil, alasan untuk aku tak diberi duit raya akan bertindih-tindih sampai aku yakin aku tak bole defend diri sendiri. Ceyh... Tak pe tak pe. Redha je lah saya...





Satu part/scene/babak/acara wajib yang aku paling tak suka ialah sesi bermaaf maafan dengan family. Bukan aku tak suka bermaaf-maafan tu. Tapi nanti mereka akan mempengaruhi aku untuk menangis sekali. Huh! Memang tak la aku nak nangis sekali. Sebab, biasanya aku tahan je. Huahuahua! Jadi, untuk mengelakkan suasana yang ala-ala sedih tu, aku akan buat something yang akan buat orang lupakan pasal tangisan tu sekejap kot. Dan untuk sesi minta maaf ni nanti, especially untuk parents aku, aku akan sediakan skrip khas nanti supaya aku tak tergagap gagap... dan nampak lebih ikhlas. Saya biasa lupa maa.. Hehehe...





It's ok la kalau orang semua mau bersuka ria. Tapi ingat lah jugak, setiap yang bergembira, ada juga yang bersedih. Tak semua pun yang suka bila raya. Sebab ada yang celebrate tanpa insan tersayang. Macam aku lah tu. Fasha Sandha tak dapat balik raya ni. Sedih woo....

Jadi di kesempatan ini (saja tak nak guna ayat 'saya ingin mengambil kesempatan'), saya ingin mengucapkan ucapan yang sama orang-orang lain ucapkan iaitu,

Happy MerdekaRaya, maafkan segala kesilapan saya yang zahir mahupun yang batin, incidentally or intentionally, yang terdahulu dan yang akan datang, dari hujung rambut hinggalah ke bawah 'plantar fascia' (google la kalau tak tau) dan yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya, manusia melakukan kesilapan. :-) Selamat Hari Raya!

Raya, raya jugak. Sambutan hari ulangtahun kemerdekaan jangan dilupakan pula ye. Tanpa kemerdekaan, tak mungkin kita dapat sambut hari raya semeriah yang akan disambut beberapa jam lagi. Ingat juga, jangan main mercun. Main mercun 'pop-pop' tu tak pe la. Bawak kete kat highway pon hati-hati. Jangan pikir diri sendiri, pikirkan diri mereka yang sayangkan duit anda. MERDEKA! MERDEKA! MENDEKA!  (eh, kenapa huruf N?)

Ucapan terakhir, wassalamualaikum...

Bancian yang aku benci

lsdjfjdfgfd,mhipawergoidnvkfdghgh;sdfg

Paham tak apa yang tertulis kat atas tu? Sape paham aku bagi 10 ringgit. Makna ayat tu ialah,


Assalamualaikum dan Hai!


Ok sekarang da faham kan? Good! Tu bahasa orang asli. Aku belajar masa aku tersesat dalam hutan dulu-dulu masa aku umur 2 bulan.





Dah dua minggu berturut-turut aku tak datang sekolah hari Isnin. Aku tak tau kenapa bole jadi macam tu. Tapi memang betul la alasan aku. Air sejuk sangat nak mandi pagi-pagi tu. Faktor tu sebenarnya yang menghalang aku pergi sekolah hari Isnin. (Macamlah hari lain air tak sejuk...)

Sebelum menghadapi Isnin ketiga, aku telah membuat bancian antara kawan-kawan rapat aku kat sekolah. Dan laporan ringkas adalah seperti berikut.




Oh, aku buat kajian tu guna khidmat pesanan ringkas. Dan jawapan dari diorang (exactly) adalah seperti berikut. . .


Aku rasa tak kot. Haha. -Shareena

Haha. Tak kot. Sebab nak jumpa kawan. Nak berseronok kerana tinggal seminggu sahaja lagi, cuti sekolah akan bermula. Jadi, agak sukar utk berjumpa kawan kawan. Hahaha. -Aizudin

Ye, aku x rase kau skolah... Azam, kau da wt lom? -Shafiq

My answr is n0.. he wil n0t g0ing 2 sc0l tmrow.. -Zawanah

Pada pendapat sy, mohd norazam tidak dtg krne dia sering tdak hdir pd hari isnin. Mgkin dia fikir tu sekolah bapak dia. Sekian. -Miza

X de pilihan jwpn ke susah tu.hahaha...mungkin x. -Nazirul

Ye...sebab bsok tak de RC...:D -Asyraaf

Mybe x? -Shima

Tidak -Epul

undi100 tidak -Atikah Sukeri

Kau stiap ari isnin mesti x sk0la kn?aku rase tidak.. -Fida

Tidak,, -Faiz

Em mungkin tidak kerana die akan menemani saye ponteng esok . Haha -Ayu Farhana

Pada pendapat saya , m0hd n0razam tidak akan ke sek0lah kerana tidak mempunyai m0od seperti diri saya . Haha -Izzatul

Azam sayang. I miss you super much la. Hope dapat beraya bersama k. Tunggu I balik tau. Muah! Much love! -Fasha Sandha

tak tahu..kenapa awak tak pergi ke?? -Loh Sei Ying

Tidak, kerana saya dapat merasakan kemalasan anda -Nana

Pada pendapat saya, dia tidak akan dtg ke skolah esok krana die seorg yg mlas. *wink -Athirah

Rasa ta k0t , sbb ye mlas -Nadia

Eh, sorry sebab ter'include mesej dari my girlfriend (Fasha Sandha tu la...) sekali. Tak perasan tadi masa tengah leka menaip semula. Harap maaf diberi... xD






Feedback diorang memang terbaik kan? Sampai ada yang cakap sekolah bapak sendiri punya tu. Bila masa tah sekolah aku bertukar jadi SMK Dato' Sidek Mi Lambung. Haih....

Tapi tak pe, diorang cool! And aku akan buktikan yang aku akan datang esok. Aku akan iron baju sekolah aku malam ni jugak. Hahaha! Tengok je lah. Jangan terkejut sudah. K sekarang aku nak gerak buat benda tu semua. Akhir kata, saya mengucapkan kasjg aalsf galsfgbkawez fizxb' zx,ncv. Maksudnya, selamat malam. :D





Off topic: Akak aku bagi aku benda ni. Dia cakap bf dia belanja. Pergh! Aku suka kot benda ni. Tapi dia cakap ta payah makan. Simpan je sebab banyak sangat. =.=' Poyo gila. Aku nak makan jugak. Peduli apa saya. >;)

Tadi anak sedara aku yang kecik2 tu nampak. Aku cakap ngan diorang, tu bat ping pong. Terpaksalah buat demo ambik bola ping pong pastu buat pukul. Hahaha! Budak kecik kalau makan gula-gula nanti gigi rosak. Hehehe. :D

Apa yang best pasal Ramadhan?

Assalamualaikum.. Walaupun sekarang azan sedang dilaungkan, tapi aku masih menaip kat depan komputer ni. Hehehe.

Sekarang (setakat pukul 8.29 p.m. 18/08/11) da masuk 19 Ramadhan kot. Tu pun kalau aku tak silap la. Dah nak habis pon. Ada yang dah sibuk pasal raya dah. Kegembiraan menyambut Ramadhan seperti yang diwar-warkan masa awal2 bulan dulu macam dah lenyap kene tindih dengan kegembiraan nak sambut raya nanti. Ye lah, madu dah nak habis, sepah kita buang kan? *first, perumpamaan salah. Second, tak sesuai gila. Maaf...

Ye, aku pun bukan la ahli masjid, warak, 'alim ('alim sebenarnya orang yang berilmu tapi tak pe, aku nak guna jugak), baik, kuat beribadah sangat dan yang seangkatan dengannya lah. Cuma just pelik je la. Kenapa masa first2 Ramadhan, dekat nak penuh masjid kampung aku. Tapi sekarang, tinggal baris pertama je yang habiskan sampai 20. Aku pun tak buat 20 rakaat terawih dari awal. Tapi sampai habis la sebab aku datang lambat sikit. Even aku sendiri pun rasa malas. Nasib baik keinginan untuk capai target yang aku set tu kuat sampai boleh bagi dorongan


Kalau tahun-tahun lepas especially zaman kanak-kanak sekolah rendah lagi, mesti aku nak buat pape aktiviti pada waktu malam time bulan2 puasa ni. Dan aktiviti tu bukan aktiviti kerohanian. Maksud aku outdoor aktivity la. Tapi setakat dengan jiran aku je la. Teka lah apa aku buat. Dah tentu lah main mercun ke, main bakar2 kertas ke, tengok diorang main meriam ke. Hehe. Aku dulu main mercun yang selamat2 je. Mercun kuat2 tak sangat. Kalau diorang main meriam kat berdekatan rumah aku, nanti aku tengok la dekat2. Nak join of course tidak.

But now there's no more fun of doing such those things. Bukan apa, dah besar kan? Takkan mau main benda2 tu lagi. Tapi kalau tak buat aktiviti2 tu, tak rasa la pulak zaman Ramadhan and kemeriahan nak sambut raya, ye tak? Kalau tahun2 lepas, time dekat2 nak raya kawasan rumah aku akan dipasang lampu pelita. Tapi tahun ni tak tahulah. Semua orang macam busy je. Tadarus habis pun dekat pukul 11. Bila masanya aku nak ber'kedai (shopping laa...) barang barang raya nanti? Isk isk isk...

Papepun, aku dah berazam nak jadikan Ramadhan kali ni lagi better (broken English) dari tahun lepas. Harapan saya agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang baik pape benda baik yang aku buat ni, tak berhenti setakat bulan Ramadhan je. Nak insaf le katakan. Masalahnya setan dalam badan aku kuat sangat ni. Haha!





Ramai orang yang ambik peluang berazam nak kuruskan badan balik masa bulan puasa ni. Tapi bagi aku, badan jadi kurus untuk tempoh dari sahur sampai ke buka je. Lepas buka, back to normal la.. Or maybe a bit more 'comel'. Hehe. Seriously, bagi aku, bulan puasa la bulan untuk aku menambah berat walaupun abang-abang aku cakap aku dah makin gemuk (diorang memang kejam cakap aku camtu).

Memang aku cakap bulan puasa ni bulan tambah berat. Oh ye, bagi aku je la k. Bila bukan bulan puasa, kalau aku nak berlapar, bila-bila pon bole. Kalau tak tahan, bila-bila pon refill balik dengan makanan. Tapi kalau bulan puasa, kalau dah tahap sampai tak de tenaga time puasa, ape nak buat? Kalau dah tahap darurat, memang buka je la. Tapi masalahnya, tak de la sampai tahap darurat yang sampai boleh bawak maut. Then terpaksa menahan nafsu nak makan yang tinggi tu. Thus, sebagai langkah keselamatan, pada waktu sahur, aku ambik kesempatan makan banyak2 (padahal aku sahur nak makan lauk keras pun malas. Ye lah, ngantuk, nak kunyah pun malas.)

Malangnya, bukan waktu sahur je. Waktu buka pulak aku takkan berhenti selagi aku tak over kenyang. Hahaha! Kan perangai setan ni namanya. Selalunya, akan ada lebih daru satu makanan berbeza hanya untuk aku sorang dalam satu masa tu. Masa tu, aku makan mee tiaw Pak Sidek, Mee hun warna putih yang aku beli, nasi lemak dengan err.. apa lagi satu arh? Oh lontong kering. Tapi yang habis masa tu cuma mee tiaw ngan lontong kering kot. Meehun ngan nasi lemak tinggal separuh. Hehe.

Bukan tu je, lepas balik masjid, bongkar lagi bawah tudung saji tu usha2 kot2 ada keajaiban berlaku ttiba ada burger McDonald ke, aiskrim McFlurry Oreo ke... Tapi memang tak pernah ada. Balik2 benda yang sama jugak aku nampak masa buka tadi. Biasa nya juadah wajib aku masa buka ialah nasi ayam tapi bosan la jugak ngan benda sama. Kita main tukar2 la.

Point dia kat sini, jangan jadi macam aku yang makan banyak mengalahkan pakcik yang cuci kasut kat tepi jalan tu tau. Tak bagus. Amalan setan ni. Hebat kan penangan setan kat kita walaupun dia tak de untuk sementara waktu ni. Got it? Good!





P/s: Aku tak kira! Sabtu ni, aku nak kuar ngan kawan-kawan aku. Hahaha! Aktiviti yang nak dilakukan tak pasti lagi. Tapi aku nak keluar jugak. Hari tu je bapa aku holiday berniaga. Aku pun holiday dengan aman jugak. Woah!!!


P/p/s: Sekarang da pukul 9.02 p.m. dan penulisan perlu ditamatkan sebab imam kat masjid tu da start tarawih. Mujurlah imam tu slow sebab tu aku pegi lambat lambat. Hehehe!




Good news for me!

Saya suka ini. Hehe!


Don't you think it's good for me? Seriously, I'm happy to know it. Hehe. Anyway, I'm still waiting and I'll keep on waiting for the BEST NEWS to come! Tau kan apa? Get myself out of Reka Cipta subjek tu la. Why is it so hard these cikgus nak lepaskan student dia haa? Ok fine. Don't these teachers get what actually my problem is? I'm not a kind of student yang rajin nak buat benda-benda macam tu semua. If I keep on going with this subject, then no single work will be done. As the result, raking kat kelas pun jatuh sebab ada subjek yang gagal that is RC. Inikah yang dikatakan sebagai subjek yang membantu? I'm more to say it as subjek yang membebankan. Dah orang tak mau, then just let it go la.

Soon, I will get my father to talk to these teachers back especially cikgu subjek RC tu. Aku kan pernah cakap, takkan la nak buat kerja subjek yang kita takkan register untuk SPM nanti kan? So, point kat sini ialah, aku tak nak dipaksa untuk buat benda tu tanpa dimarah.

And aku faham, cikgu mesti punya akan cakap

Kita tengok keputusan exam dia (aku la tu) nanti macam mana. Macam la bagus sangat.

Sebenarnya cikgu tak bagi peluang kat student untuk cuba apa yang student ni nak. So bila cikgu cakap yang mostly student yang ambik subjek RC can score for other subject ni, itu disebabkan mereka ada minat and overhardworking la. Aku ni overlazy. Come on la cikgu. Setiap orang lebih kenal diri masing-masing.

Aku pening bila fikir pasal benda ni dengan ugutan yang cikgu bagi. The threat at first made by the teacher and the student tried to defend himself but then, it will end up with the teacher will assume that her student is being disrespectful to them. The hatred towards her student will never end. In this case, the victim is the student. Ya lah kan? Bukankah kita selalu diajar bahawa ilmu itu perlu diberkati dan guru adalah faktornya? Kalau cikgu dah benci kita sebab kita cuba mempertahankan diri kita, I don't see this thing is fair anymore. It's not our fault actually.

Jangan nak bandingkan zaman 'Pelajar & Guru' dahulu dengan 'Pelajar & Guru' zaman sekarang. Aku berpendapat bahawa student dulu kononnya taat gila dengan cikgu dalam semua benda sebagai tidak berani. Zaman sekarang dah berubah. Semua berteknologi. Jadi kenapa pula tidak bagi pelajar untuk turut berkembang secara mentalnya juga? (Tetiba aku rasa aku dah meleret gila dah buat cerita ni. Hahaha!).





Dah la aku mau tido. Ngantuk ni. Semalam tidur pukul 3 pagi. Then sahur 5 pagi. Pastu tidur balik kejap. Petang tak dapat balas dendam sebab tolong berniaga kat bazaar. Punya la ngantuk sampai aku hampir tertido dalam teksi tu. Nak dapat teksi dah la lama gila dekat setengah jam. Kat bazaar pun boleh terlelap sambil terduduk. So malam ni nak tido awal pukul 12.30 a.m. Cya! Wassalamualaikum.....

Cara menyelesaikan semua masalah komputer korang

Pertama kali ku dengar suaramu..
Sayunya hatiku merindui dirimu..

Yes, itulah dua baris lagu jiwang yang budak2 jiwang suka layan (lirik dia tak logik betul. jumpa pun tak nak rindu macam mana?). Yang anti-jiwang ni, akan cakap

Ek eleh! Jiwang gila dengar lagu camni!

Tapi sape peduli kan? Mereka tu cuma menghayati irama lagu dan lirik yang tertulis je. Haa camtu la...

Tapi point nye kat sini bukan aku nak citer pasal lagu tu yang tak pasal2 jadi dua ayat pertama. Aku sebenarnya tengah dalam keadaan blur siket. Netbook aku (nasib baik dapat free) tetiba mengalami masalah map of problematique (tu tajuk lagu Muse tu). Beberapa jam sebelum tu, Khalid hantar netbook dia untuk aku try usha2 apa masalah. Malam tu, masalah tu berjangkit pulak kat netbook aku. Wah! Tak paham gila camane bole jadi camtu. Haih...

Yang penting, ada tiga senjata utama aku bila diorang ni suruh aku tengokkan pape masalah. External HDD, pendrive untuk install windows and pendrive Wondershare LiveBoot 2012.

External HDD tu untuk backup files penting in case windows terpaksa diformat atau memang sengaja owner dia mintak format.
Pendrive windows tu dah tentu2 la nak install OS Windows baru kan.
And lagi satu tu untuk boot computer bagi buat2 kerja baikpulih macam Recovery, Disk Management and yang penting2 la untuk fix pape boot error ke.

Kepada kawan-kawan yang membaca ni, format netbook tak susah pon. Just perlukan pendrive je. Minimum 4GB la. And then file .iso windows. Biasenya size file tu dalam 2GB something. Nak download memang besar. Tak payah buang masa and buang current download. Ambik dari aku je. Aku ada W7 Home Premium, Ultimate ngan Professional.

Cara cara dia secara detail kalau aku terangkan sure takkan ada orang paham. Lagipun buang masa je. Kat website lain dah banyak sangat cerita pasal benda ni. Ye lah, Malaysia kan banyak hackers handalan. Hehe.

Antara website yang ada buat pasal tutorial tu and antara yang popular kat Malaysia ni ialah jomphp.com dengan eins.my. Kat eins.my tu ade direct link download file iso. Nak pause2 pun tak de hal sebab dia host guna server sendiri.

Sekali sekala, cuba la buat benda2 yang kononnya risky ni sendiri. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu kan? Yang penting ada panduan, lagi la tak risky langsung. Satu kepuasan kot kalau kita bole buat apa yang orang yang kononnya handal buat. Hahaha!


Aku pelik gila bila orang kedai nak cas untuk servis format. Contoh macam beli HDD baru. HDD harga lain, then install OS harga lain. What the mak la! Benda tu buat bukannya susah pun. Macam install softwares jugak kat pc. Cas kalau murah tak pe gak, ini 30 ringgit la 20 la.. Haiya.. Dah beli hardware kat situ, bagi servis format percuma suda laa.. Tak rugi pun kalau tak cas. Kalau cas tu kategori nak ambik untung banyak la tu.

Oh ye, satu lagi yang aku tak cakap lagi. Pasal Wondershare LiveBoot tu. In case komputer or laptop tak boleh start in whatever condition, software ni amat la berguna. Sama la jugak function dia, burn kat CD atau dalam pendrive. Pastu boot sama ada dari CD atau pendrive yang korang burn tadi. Jadi point dia paling utama kat sini, kalau nak backup files kat komputer yang langsung tak boleh hidup tu masih ada harapan lagi la. Bukan tu je, ada lagi function2 lain yang berguna. Sama jugak kot dengan software Hiren Boot CD tapi aku tak pernah yang tu. Aku dapat info pasal software ni pun kat website jomphp tu. Jadi untuk lebih detail, sila lah ke site tersebut ok?

Kat Facebook jugak, like la page JomPHP tu. Pape update kat website jomphp.com ngan eins.my dia akan post kat situ. Then, klau ada pape masalah dengan komputer atau pape pun, toksah segan2 nak tanya kat situ. Kat situ memang tempat untuk bertanya pun. Aku pun da banyak kali tanya kat situ.





P/s: Orang buat entri pasal komputer secara sikit-sikit mengikut topik yang bersesuaian. Aku buat untuk semua cara terus, dengan men'direct orang ke website yang dah full filled with the IT things tu. Hehe.
P/p/s: Aku malas nak link'kan ke page2 and website2 tu untuk bagi senang nak ke website tu. Sebab sekarang ndah pukul 2.20 pagi. Ngantuk ni!

Matahari mengelilingi Bumi?

 Assalamualaikum... Hari tu, secara tetiba Dayat bagi aku satu link kat PM FB. Dengan sepantas kila sehingga tak sempat nak reply pape kat IM tu, aku pon bukak la link tu (aku bukak link blog je. Link spam memang tak ler...). Oleh kerana ia melibatkan satu bidang sains yang aku memang gilakan, astronomi, aku pun meneruskan pembacaan with full of curiosity walaupun panjang apa yang dia tulis. Sila lah baca kalau berminat...







Ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous)







Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:


"The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1

"He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7




Posted Image
Kesannya, mereka yang

It's full moon.

Macam yang anda tahu, saya bulan puasa ni membuka la pembazaran di Ramadhan bulan ni (best kan ayat aku yang ni?). Err, bukan aku yang bukak sebenarnya. Sudah tentu la my ayah yang bukak. Gua cuma tolong menjualkannya sahaja (kejap 'saya' kejap 'aku' kejap 'gua'). Nak dijadikan cerita, bermacam-macam jenis perangai customer la yang aku jumpa. Ada yang tua, ada yang muda, lelaki, perempuan, perempuan cun, perempuan PUNtianak dan orang gila (eh, ada ke?). Eh banyak la jenis orang. Dan cara aku layan diorang ni of course la menggunakan prinsip 'customers are always right'. Tak pe tak pe. Walaupun diorang salah, aku akur je. Ceyh, dengan customer klau dia salah bole terima. Tapi kalau cikgu salah, molawan yo? Hooo...

Ye, melayan pelanggan mestilah dengan baik, lemah lembut, sopan santun, dan segala nilai-nilai murni yang ada dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral (sila rujuk sendiri ok). Perkara ini dilakukan bagi menarik pelanggan supaya datang lagi. Sakit hati betul aku kalau pelanggan mak aku dilayan dengan tak ikhlas. Biasa selalu buat camni akak aku la. Aku pun cakap kat dia, "Tak payah layan orang. Nanti habis orang kena marah". Heeerh~

Setiap kali proses ijab kabul yang bagi duit tu, aku cakap terima kasih, and bagi tunduk hormat. Aku tak tau kenapa aku buat camtu? Nak over sopan punya pasal kot? Haha.

Tapi semalam, ada benda kecik yang terjadi kat aku. Biasa dalam pukul 5 lebih aku pegi la solat dulu sebab kalau tak, nanti orang da ramai pukul 6 tu. Masa nak letak selipar tu entah kenapa tetiba aku bermonolog


Ni kalau selipar aku hilang ni, macam mana ye? Oh boleh call abang aku. Ok ok takpe.


Lepas tu aku pun

Hey! It's Ramadhan!

Assalamualaikum... Salam Ramadhan semua. Hui hui hui. Akhirnya, aku tulis jugak something kat sini. Masih belum terlambat rasanya aku nak wish happy celebrating Ramadhan yang berbulan ni. Haha. Aku pon tak tau kenapa aku tulis camtu.

Sempena Ramadhan ni, biasa la... Ustaz ustazah korang akan cakap benda sama jugak tiap2 tahun bila tiba bulan Ramadhan ni. Puasa jangan tak puasa. Buka dengan kurma. Jangan membazir la apa la. . Banyakkan amal ibadah. Tapi ingat ye, yang fardhu jangan ditinggalkan. Dont be too eager buat ibadah sunat macam pegi tarawih, sedekah tapi solat 5 waktu termiss pulak. Aduh.. Rugi maa... Ingat, syaitan dah kena ikat. Jangan kita jadi pewaris setan time bulan puasa ni pulak sudah. Miza pernah cakap, sejahat-jahat manusia ialah sebaik-baik jin. Kan kan kan? Hahaha!

Tu kalau ustaz ustazah. Polis pulak akan cakap, jangan jual mercun, jangan main mercun. Sayangilah jari anda dan jari anak anda. Mana tau ada yang terjual kat anak sendiri ke. Haa... Mana nak cari jari lain buat ganti? Ingat bole buat macam starfish ke nnti tumbuh balik? Pergh!

Polis trafik ngan JPJ pulak akan sibuk menyebarkan peringatan supaya berhati-hati di jalanraya. Ye lah, time2 puasa gini la sibuk diorang nak buat OPS sana OPS sini sebab nak reduce'kan jumlah kemalangan jalan raya. OPS Pocot cerita Senario je yang diorang tak buat kot.





Baru je bape hari puasa, kesabaran aku kena uji. Maknanya ada dugaan la tu. Request aku nak drop satu subjek elektif yang aku tak minat tak di'approve oleh cikgu subjek aku tu. Yang lebih me'nerukkan lagi, dia cakap, kalau betul-betul nak drop, pindah mana-mana kelas yang tak ada subjek tu. Pergh! Torbakar jo hati den ni. Sistem pentadbiran mana yang dia pakai ni? Cikgu subjek lain siap offer lagi ada sape2 tak yang tak mau teruskan bagi subjek dia.

Kalau kelas lain ada subjek sains, memang aku da lama pindah kelas. Nampak sangat cikgu ni dah sampai tahap memaksa untuk ambik subjek tu. Nak jaga reputasi la tu kononnya. And last sekali, bagi ugutan suruh pindah kelas yang subjek bukan minat aku tu. Kalau cikgu boleh bagi ugutan macam tu, takkan la aku tak bole? Noob sangat ke aku ni sampai dia cakap kalau tak nak satu subjek tak penting tu, kena turun kelas? Lulz. Sistem pendidikan negara mana dia pakai? Cuba kalau aku suruh bapa aku pergi PPD atau JPN terus cakap pasal hal ni? Haa....

Akibat tekanan melampau yang aku alami sehingga terzahir kat classmates lain, diorang yang berjantina lelaki pun cuba untuk membantu aku. Aku terharu. Macam nak nangis pon ade jugak :') (cey waa ayat aku... Macam good good je).





Ok sila lupakan yang itu. Sepanjang bulan puasa ni biasa lah, memang aku busy sikit dari bulan-bulan lain. Biasanya bulan lain lepas balik sekolah, dapat tido. Pastu malam ngadap tenet sampai bosan. Pastu tido. Tapi bulan puasa ni tak lagi. Waktu yang betul-betul free bagi aku start dari pukul 11 je. Sebab tarawih habis lambat pkul 10 tepat. Jadi tadarus pun habis lambat la smpai pukul 11. Imam tu buat tarawih slow. Sabar je la. Tapi minggu ni da start balik Imam 1. Dia buat cepat sikit. Hahaha! Gua suka!

Sebab tu la aku tak dapat nak membuang masa menaip kat blog ni. Biasanya klau cuti hujung minggu tu sampai 2-3 post aku buat kan? Tu kira entry2 lepas geram la namanya. Tapi bulan puasa ni, adeh, tak dapek den nak nolong.

Esok skola, tetiba aku rasa mengantuk pulak. Nak tidur dulu la. Tatata!

P/s: Eh, kalau korang baca kat FB notes aku, memang nampak code2 html tu. Baca kat blog nampak la interpretation code html tu. Klik 'View original post' kat bawah tu. :D