Apa yang best pasal Ramadhan?

Assalamualaikum.. Walaupun sekarang azan sedang dilaungkan, tapi aku masih menaip kat depan komputer ni. Hehehe.

Sekarang (setakat pukul 8.29 p.m. 18/08/11) da masuk 19 Ramadhan kot. Tu pun kalau aku tak silap la. Dah nak habis pon. Ada yang dah sibuk pasal raya dah. Kegembiraan menyambut Ramadhan seperti yang diwar-warkan masa awal2 bulan dulu macam dah lenyap kene tindih dengan kegembiraan nak sambut raya nanti. Ye lah, madu dah nak habis, sepah kita buang kan? *first, perumpamaan salah. Second, tak sesuai gila. Maaf...

Ye, aku pun bukan la ahli masjid, warak, 'alim ('alim sebenarnya orang yang berilmu tapi tak pe, aku nak guna jugak), baik, kuat beribadah sangat dan yang seangkatan dengannya lah. Cuma just pelik je la. Kenapa masa first2 Ramadhan, dekat nak penuh masjid kampung aku. Tapi sekarang, tinggal baris pertama je yang habiskan sampai 20. Aku pun tak buat 20 rakaat terawih dari awal. Tapi sampai habis la sebab aku datang lambat sikit. Even aku sendiri pun rasa malas. Nasib baik keinginan untuk capai target yang aku set tu kuat sampai boleh bagi dorongan


Kalau tahun-tahun lepas especially zaman kanak-kanak sekolah rendah lagi, mesti aku nak buat pape aktiviti pada waktu malam time bulan2 puasa ni. Dan aktiviti tu bukan aktiviti kerohanian. Maksud aku outdoor aktivity la. Tapi setakat dengan jiran aku je la. Teka lah apa aku buat. Dah tentu lah main mercun ke, main bakar2 kertas ke, tengok diorang main meriam ke. Hehe. Aku dulu main mercun yang selamat2 je. Mercun kuat2 tak sangat. Kalau diorang main meriam kat berdekatan rumah aku, nanti aku tengok la dekat2. Nak join of course tidak.

But now there's no more fun of doing such those things. Bukan apa, dah besar kan? Takkan mau main benda2 tu lagi. Tapi kalau tak buat aktiviti2 tu, tak rasa la pulak zaman Ramadhan and kemeriahan nak sambut raya, ye tak? Kalau tahun2 lepas, time dekat2 nak raya kawasan rumah aku akan dipasang lampu pelita. Tapi tahun ni tak tahulah. Semua orang macam busy je. Tadarus habis pun dekat pukul 11. Bila masanya aku nak ber'kedai (shopping laa...) barang barang raya nanti? Isk isk isk...

Papepun, aku dah berazam nak jadikan Ramadhan kali ni lagi better (broken English) dari tahun lepas. Harapan saya agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang baik pape benda baik yang aku buat ni, tak berhenti setakat bulan Ramadhan je. Nak insaf le katakan. Masalahnya setan dalam badan aku kuat sangat ni. Haha!





Ramai orang yang ambik peluang berazam nak kuruskan badan balik masa bulan puasa ni. Tapi bagi aku, badan jadi kurus untuk tempoh dari sahur sampai ke buka je. Lepas buka, back to normal la.. Or maybe a bit more 'comel'. Hehe. Seriously, bagi aku, bulan puasa la bulan untuk aku menambah berat walaupun abang-abang aku cakap aku dah makin gemuk (diorang memang kejam cakap aku camtu).

Memang aku cakap bulan puasa ni bulan tambah berat. Oh ye, bagi aku je la k. Bila bukan bulan puasa, kalau aku nak berlapar, bila-bila pon bole. Kalau tak tahan, bila-bila pon refill balik dengan makanan. Tapi kalau bulan puasa, kalau dah tahap sampai tak de tenaga time puasa, ape nak buat? Kalau dah tahap darurat, memang buka je la. Tapi masalahnya, tak de la sampai tahap darurat yang sampai boleh bawak maut. Then terpaksa menahan nafsu nak makan yang tinggi tu. Thus, sebagai langkah keselamatan, pada waktu sahur, aku ambik kesempatan makan banyak2 (padahal aku sahur nak makan lauk keras pun malas. Ye lah, ngantuk, nak kunyah pun malas.)

Malangnya, bukan waktu sahur je. Waktu buka pulak aku takkan berhenti selagi aku tak over kenyang. Hahaha! Kan perangai setan ni namanya. Selalunya, akan ada lebih daru satu makanan berbeza hanya untuk aku sorang dalam satu masa tu. Masa tu, aku makan mee tiaw Pak Sidek, Mee hun warna putih yang aku beli, nasi lemak dengan err.. apa lagi satu arh? Oh lontong kering. Tapi yang habis masa tu cuma mee tiaw ngan lontong kering kot. Meehun ngan nasi lemak tinggal separuh. Hehe.

Bukan tu je, lepas balik masjid, bongkar lagi bawah tudung saji tu usha2 kot2 ada keajaiban berlaku ttiba ada burger McDonald ke, aiskrim McFlurry Oreo ke... Tapi memang tak pernah ada. Balik2 benda yang sama jugak aku nampak masa buka tadi. Biasa nya juadah wajib aku masa buka ialah nasi ayam tapi bosan la jugak ngan benda sama. Kita main tukar2 la.

Point dia kat sini, jangan jadi macam aku yang makan banyak mengalahkan pakcik yang cuci kasut kat tepi jalan tu tau. Tak bagus. Amalan setan ni. Hebat kan penangan setan kat kita walaupun dia tak de untuk sementara waktu ni. Got it? Good!





P/s: Aku tak kira! Sabtu ni, aku nak kuar ngan kawan-kawan aku. Hahaha! Aktiviti yang nak dilakukan tak pasti lagi. Tapi aku nak keluar jugak. Hari tu je bapa aku holiday berniaga. Aku pun holiday dengan aman jugak. Woah!!!


P/p/s: Sekarang da pukul 9.02 p.m. dan penulisan perlu ditamatkan sebab imam kat masjid tu da start tarawih. Mujurlah imam tu slow sebab tu aku pegi lambat lambat. Hehehe!




Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?