Bancian yang aku benci

lsdjfjdfgfd,mhipawergoidnvkfdghgh;sdfg

Paham tak apa yang tertulis kat atas tu? Sape paham aku bagi 10 ringgit. Makna ayat tu ialah,


Assalamualaikum dan Hai!


Ok sekarang da faham kan? Good! Tu bahasa orang asli. Aku belajar masa aku tersesat dalam hutan dulu-dulu masa aku umur 2 bulan.





Dah dua minggu berturut-turut aku tak datang sekolah hari Isnin. Aku tak tau kenapa bole jadi macam tu. Tapi memang betul la alasan aku. Air sejuk sangat nak mandi pagi-pagi tu. Faktor tu sebenarnya yang menghalang aku pergi sekolah hari Isnin. (Macamlah hari lain air tak sejuk...)

Sebelum menghadapi Isnin ketiga, aku telah membuat bancian antara kawan-kawan rapat aku kat sekolah. Dan laporan ringkas adalah seperti berikut.




Oh, aku buat kajian tu guna khidmat pesanan ringkas. Dan jawapan dari diorang (exactly) adalah seperti berikut. . .


Aku rasa tak kot. Haha. -Shareena

Haha. Tak kot. Sebab nak jumpa kawan. Nak berseronok kerana tinggal seminggu sahaja lagi, cuti sekolah akan bermula. Jadi, agak sukar utk berjumpa kawan kawan. Hahaha. -Aizudin

Ye, aku x rase kau skolah... Azam, kau da wt lom? -Shafiq

My answr is n0.. he wil n0t g0ing 2 sc0l tmrow.. -Zawanah

Pada pendapat sy, mohd norazam tidak dtg krne dia sering tdak hdir pd hari isnin. Mgkin dia fikir tu sekolah bapak dia. Sekian. -Miza

X de pilihan jwpn ke susah tu.hahaha...mungkin x. -Nazirul

Ye...sebab bsok tak de RC...:D -Asyraaf

Mybe x? -Shima

Tidak -Epul

undi100 tidak -Atikah Sukeri

Kau stiap ari isnin mesti x sk0la kn?aku rase tidak.. -Fida

Tidak,, -Faiz

Em mungkin tidak kerana die akan menemani saye ponteng esok . Haha -Ayu Farhana

Pada pendapat saya , m0hd n0razam tidak akan ke sek0lah kerana tidak mempunyai m0od seperti diri saya . Haha -Izzatul

Azam sayang. I miss you super much la. Hope dapat beraya bersama k. Tunggu I balik tau. Muah! Much love! -Fasha Sandha

tak tahu..kenapa awak tak pergi ke?? -Loh Sei Ying

Tidak, kerana saya dapat merasakan kemalasan anda -Nana

Pada pendapat saya, dia tidak akan dtg ke skolah esok krana die seorg yg mlas. *wink -Athirah

Rasa ta k0t , sbb ye mlas -Nadia

Eh, sorry sebab ter'include mesej dari my girlfriend (Fasha Sandha tu la...) sekali. Tak perasan tadi masa tengah leka menaip semula. Harap maaf diberi... xD






Feedback diorang memang terbaik kan? Sampai ada yang cakap sekolah bapak sendiri punya tu. Bila masa tah sekolah aku bertukar jadi SMK Dato' Sidek Mi Lambung. Haih....

Tapi tak pe, diorang cool! And aku akan buktikan yang aku akan datang esok. Aku akan iron baju sekolah aku malam ni jugak. Hahaha! Tengok je lah. Jangan terkejut sudah. K sekarang aku nak gerak buat benda tu semua. Akhir kata, saya mengucapkan kasjg aalsf galsfgbkawez fizxb' zx,ncv. Maksudnya, selamat malam. :D





Off topic: Akak aku bagi aku benda ni. Dia cakap bf dia belanja. Pergh! Aku suka kot benda ni. Tapi dia cakap ta payah makan. Simpan je sebab banyak sangat. =.=' Poyo gila. Aku nak makan jugak. Peduli apa saya. >;)

Tadi anak sedara aku yang kecik2 tu nampak. Aku cakap ngan diorang, tu bat ping pong. Terpaksalah buat demo ambik bola ping pong pastu buat pukul. Hahaha! Budak kecik kalau makan gula-gula nanti gigi rosak. Hehehe. :D
Comments
5 Comments

5 comments:

echaRierie said... [Reply]

hahaha..so, pegi skola tak ? hehe

hazz death said... [Reply]

haha.. jgn r mls2.. hohoi..

Ajam said... [Reply]

@echaRierie

Saya pegi maa.. Kan da buat persiapan malam tu jugak. :D

Ajam said... [Reply]

@hazz death

Bukan malas. Cuma saje je. Haha.

echaRierie said... [Reply]

cehh..mnla tau x pegi kan ? hihihi..
mlm rajin nt dh pg mls plk..kekeke ~
but, congrats la sbb pegi.. :)

Post a Comment

What do you feel?