Cara menyelesaikan semua masalah komputer korang

Pertama kali ku dengar suaramu..
Sayunya hatiku merindui dirimu..

Yes, itulah dua baris lagu jiwang yang budak2 jiwang suka layan (lirik dia tak logik betul. jumpa pun tak nak rindu macam mana?). Yang anti-jiwang ni, akan cakap

Ek eleh! Jiwang gila dengar lagu camni!

Tapi sape peduli kan? Mereka tu cuma menghayati irama lagu dan lirik yang tertulis je. Haa camtu la...

Tapi point nye kat sini bukan aku nak citer pasal lagu tu yang tak pasal2 jadi dua ayat pertama. Aku sebenarnya tengah dalam keadaan blur siket. Netbook aku (nasib baik dapat free) tetiba mengalami masalah map of problematique (tu tajuk lagu Muse tu). Beberapa jam sebelum tu, Khalid hantar netbook dia untuk aku try usha2 apa masalah. Malam tu, masalah tu berjangkit pulak kat netbook aku. Wah! Tak paham gila camane bole jadi camtu. Haih...

Yang penting, ada tiga senjata utama aku bila diorang ni suruh aku tengokkan pape masalah. External HDD, pendrive untuk install windows and pendrive Wondershare LiveBoot 2012.

External HDD tu untuk backup files penting in case windows terpaksa diformat atau memang sengaja owner dia mintak format.
Pendrive windows tu dah tentu2 la nak install OS Windows baru kan.
And lagi satu tu untuk boot computer bagi buat2 kerja baikpulih macam Recovery, Disk Management and yang penting2 la untuk fix pape boot error ke.

Kepada kawan-kawan yang membaca ni, format netbook tak susah pon. Just perlukan pendrive je. Minimum 4GB la. And then file .iso windows. Biasenya size file tu dalam 2GB something. Nak download memang besar. Tak payah buang masa and buang current download. Ambik dari aku je. Aku ada W7 Home Premium, Ultimate ngan Professional.

Cara cara dia secara detail kalau aku terangkan sure takkan ada orang paham. Lagipun buang masa je. Kat website lain dah banyak sangat cerita pasal benda ni. Ye lah, Malaysia kan banyak hackers handalan. Hehe.

Antara website yang ada buat pasal tutorial tu and antara yang popular kat Malaysia ni ialah jomphp.com dengan eins.my. Kat eins.my tu ade direct link download file iso. Nak pause2 pun tak de hal sebab dia host guna server sendiri.

Sekali sekala, cuba la buat benda2 yang kononnya risky ni sendiri. Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu kan? Yang penting ada panduan, lagi la tak risky langsung. Satu kepuasan kot kalau kita bole buat apa yang orang yang kononnya handal buat. Hahaha!


Aku pelik gila bila orang kedai nak cas untuk servis format. Contoh macam beli HDD baru. HDD harga lain, then install OS harga lain. What the mak la! Benda tu buat bukannya susah pun. Macam install softwares jugak kat pc. Cas kalau murah tak pe gak, ini 30 ringgit la 20 la.. Haiya.. Dah beli hardware kat situ, bagi servis format percuma suda laa.. Tak rugi pun kalau tak cas. Kalau cas tu kategori nak ambik untung banyak la tu.

Oh ye, satu lagi yang aku tak cakap lagi. Pasal Wondershare LiveBoot tu. In case komputer or laptop tak boleh start in whatever condition, software ni amat la berguna. Sama la jugak function dia, burn kat CD atau dalam pendrive. Pastu boot sama ada dari CD atau pendrive yang korang burn tadi. Jadi point dia paling utama kat sini, kalau nak backup files kat komputer yang langsung tak boleh hidup tu masih ada harapan lagi la. Bukan tu je, ada lagi function2 lain yang berguna. Sama jugak kot dengan software Hiren Boot CD tapi aku tak pernah yang tu. Aku dapat info pasal software ni pun kat website jomphp tu. Jadi untuk lebih detail, sila lah ke site tersebut ok?

Kat Facebook jugak, like la page JomPHP tu. Pape update kat website jomphp.com ngan eins.my dia akan post kat situ. Then, klau ada pape masalah dengan komputer atau pape pun, toksah segan2 nak tanya kat situ. Kat situ memang tempat untuk bertanya pun. Aku pun da banyak kali tanya kat situ.





P/s: Orang buat entri pasal komputer secara sikit-sikit mengikut topik yang bersesuaian. Aku buat untuk semua cara terus, dengan men'direct orang ke website yang dah full filled with the IT things tu. Hehe.
P/p/s: Aku malas nak link'kan ke page2 and website2 tu untuk bagi senang nak ke website tu. Sebab sekarang ndah pukul 2.20 pagi. Ngantuk ni!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?