It's full moon.

Macam yang anda tahu, saya bulan puasa ni membuka la pembazaran di Ramadhan bulan ni (best kan ayat aku yang ni?). Err, bukan aku yang bukak sebenarnya. Sudah tentu la my ayah yang bukak. Gua cuma tolong menjualkannya sahaja (kejap 'saya' kejap 'aku' kejap 'gua'). Nak dijadikan cerita, bermacam-macam jenis perangai customer la yang aku jumpa. Ada yang tua, ada yang muda, lelaki, perempuan, perempuan cun, perempuan PUNtianak dan orang gila (eh, ada ke?). Eh banyak la jenis orang. Dan cara aku layan diorang ni of course la menggunakan prinsip 'customers are always right'. Tak pe tak pe. Walaupun diorang salah, aku akur je. Ceyh, dengan customer klau dia salah bole terima. Tapi kalau cikgu salah, molawan yo? Hooo...

Ye, melayan pelanggan mestilah dengan baik, lemah lembut, sopan santun, dan segala nilai-nilai murni yang ada dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral (sila rujuk sendiri ok). Perkara ini dilakukan bagi menarik pelanggan supaya datang lagi. Sakit hati betul aku kalau pelanggan mak aku dilayan dengan tak ikhlas. Biasa selalu buat camni akak aku la. Aku pun cakap kat dia, "Tak payah layan orang. Nanti habis orang kena marah". Heeerh~

Setiap kali proses ijab kabul yang bagi duit tu, aku cakap terima kasih, and bagi tunduk hormat. Aku tak tau kenapa aku buat camtu? Nak over sopan punya pasal kot? Haha.

Tapi semalam, ada benda kecik yang terjadi kat aku. Biasa dalam pukul 5 lebih aku pegi la solat dulu sebab kalau tak, nanti orang da ramai pukul 6 tu. Masa nak letak selipar tu entah kenapa tetiba aku bermonolog


Ni kalau selipar aku hilang ni, macam mana ye? Oh boleh call abang aku. Ok ok takpe.


Lepas tu aku pun
terus la ambik air sembahyang and masuk masjid. Then beberapa minit kemudian, aku pun nak balik la semula ke gerai kan. Bila tiba dekat pintu keluar tu, aku tak nampak selipar aku. Kat situ semalam, aku cuma tersenyum je. Banyak kali jugak aku cari tapi aku memang letak kat tempat yang tak susah nak jumpa pon. Pastu aku decide duduk kat tembok jap and call abang aku. Masa aku tengah mencari no abang aku tu, tetiba ada sorang wanita dewasa keluar dari arah tandas perempuan. Dia rupanya yang pakai selipar aku. Dia ambik kat situ, kat situ jugak la dia kembali kan? Lepas dia tanggalkan selipar tu, aku pun pakai la selipar tu sambil senyum2. Dia tak perasan pun. Pastu aku pun bla dengan muka yang bajet cool. Hehehe.

Nasib baik aku tak sempat nak call abang aku lagi. Kalau tak selipar baru la aku dapat. Hahaha!





Dalam satu scene yang lain tapi masih hari yang sama semalam, ada sorang perempuan bertudung yang kononnya cool telah singgah untuk membeli kuih (Heh, Fasha Sandha lagi cantik). Aku telah ditakdirkan untuk memberikan perkhidmatan untuk dia. Tengah2 aku bungkuskan kuih tu, bro kat gerai sebelah datang sebab nak usha budak tu. Tak pernah2 dia datang kacau tetiba tah kenapa dia rasa berkenan sangat sampai buat camtu tah. Haih... Dia cakap ngan aku, bungkus elok2 la, cepat2 la. Then dia cakap kat budak tu, macam kenal la apa la. Hahaha! Sebelum dia nak pergi, bro tu cakap kat aku,


Kau senyum kat dia lebih sangat. Aku nak usha pun tak boleh.


Hahaha! Aku senyum sebab lawak tengok dia kacau budak tu. Tak de keje aku nak senyum kat pompan tu. Tapi kalau dia senyum kat aku, aku balas jugak. Hahaha! Masa dia lalu depan gerai kitorang, budak tu kena kacau lagi ngan bro tu. Tapi pompan masa nak jalan depan tu la dia nak on call. Nampak sangat nak cover malu. Haha.

Papepun, memang fun giler suasana kat bazar tu antara peniaga dengan peniaga lain. Tapi biasanya aku jarang join diorang unless kalau memang direct aku ditanya.





Tetiba masa balik, ada sorang mamat ni dia text aku. Dia tanya, 'Kau bukak gerai ke Jabong?' Aku cakap la ye. Budak Negeri Sembilan ni. Fadz nama dia. Dia la dalang yang mula2 nak start bahankan aku kat dorm masa kat kem tahun lepas. Err, aku lupa nama kem tu. Excel Training kot. Tapi tak berjaya. Sebab aku tau camane nak overcome diorang ni. Sampai famous nama Jabong kat situ. Mangkuk hayun punya budak.

Dia cakap dia nampak aku kat bazaar. Aku tanya dia lagi and lagi. Memang betul la dia nampak aku. Then satu mesej aku sebijik berbunyi macam ni aku bagi kat dia


Siao ley kau jumpa aku ta tgur. Buat apa sia kt pntian? Bnyk2 tmpt kt jhor, bndar malang ni jgak kau trsesat ye. Haha!


Rupanya kampung dia kat Rimba Terjun. Aku tak pasti kat mana tapi memang pernah dengar. Oooh. Kalau aku jadi dia, tak sangka gila boleh terserempak. Ingat pulak dia kat aku. Mesti la ingat ye tak? Kalau aku je yang dia cuba bahankan kat dorm tu, takkan tak boleh lupa pulak. Haha.






Sebelum tarawih malam tu, pergi rumah Shafiq kejap. Pastu balik pon ke rumah dia lagi. Dia suruh ajar cara cheat game. Punya la suka dia sampai tak nak tidur nak ngadap benda tu je. Aku da la jarang tido lambat bulan2 puasa ni. And sampai pukul tiga, kitorang masuk bilik dah nak tido. Pastu Shafiq ajak sahur terus. Aku pun temankan dia sahur. Pastu dia cakap nak main game lagi. Aku pulak tengok badminton sampai tertido. Aku lupa bila masa aku pindah bilik. Haha! Punya la mamai masa dia kejut tu.

Then pukul 6.40 pagi aku gerak balik ke rumah. Gila sejuk. Tambah ngantuk lagi. Entah kenapa aku rasa macam jauh sangat perjalanan aku tadi. Macam dari sini nak ke Pontian je. Masa tu bulan penuh. Ye lah, malam ni kan masuk 15 Ramadhan. Cantik je aku tengok bulan tu tadi. Nampak besar bulan tu sebab dia dekat-dekat bawah lagi. Padahal sama je. Nampak besar sebab keliling tu kita nampak lagi bangunan2, pokok2 dan benda2 lain. Kalau kat atas dia sorang je, tu yang nampak kecik. Tu semua ilusi mata saje. Got it?

Selepas menamatkan salam kedua solat subuh, aku pun sambung tido. Hahaha! Ngantuk gila kot. Dah la tido pukul 3. Layan Shafiq punya pasal la. Tetiba aku teringat satu dialog dalam cerita Tolong! Awek Aku Pontianak!. Shafiq pun ada cakap jugak dialog ni. Saje dia ulang balik


Macam ni kau layan Best Friend Forever kau?


Haha! Sengal punyer skrip. Ok aku dah bosan. Aku nak buat benda lain pulak. Wassalamualaikum....

P/s: Sedih gila Chong Wei tak menang. Dah dekat dah nak dapat cuti tapi tak de luck. Tak berbaloi betul korban satu malam tak pegi masjid. :'(
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?