Hey! It's Ramadhan!

Assalamualaikum... Salam Ramadhan semua. Hui hui hui. Akhirnya, aku tulis jugak something kat sini. Masih belum terlambat rasanya aku nak wish happy celebrating Ramadhan yang berbulan ni. Haha. Aku pon tak tau kenapa aku tulis camtu.

Sempena Ramadhan ni, biasa la... Ustaz ustazah korang akan cakap benda sama jugak tiap2 tahun bila tiba bulan Ramadhan ni. Puasa jangan tak puasa. Buka dengan kurma. Jangan membazir la apa la. . Banyakkan amal ibadah. Tapi ingat ye, yang fardhu jangan ditinggalkan. Dont be too eager buat ibadah sunat macam pegi tarawih, sedekah tapi solat 5 waktu termiss pulak. Aduh.. Rugi maa... Ingat, syaitan dah kena ikat. Jangan kita jadi pewaris setan time bulan puasa ni pulak sudah. Miza pernah cakap, sejahat-jahat manusia ialah sebaik-baik jin. Kan kan kan? Hahaha!

Tu kalau ustaz ustazah. Polis pulak akan cakap, jangan jual mercun, jangan main mercun. Sayangilah jari anda dan jari anak anda. Mana tau ada yang terjual kat anak sendiri ke. Haa... Mana nak cari jari lain buat ganti? Ingat bole buat macam starfish ke nnti tumbuh balik? Pergh!

Polis trafik ngan JPJ pulak akan sibuk menyebarkan peringatan supaya berhati-hati di jalanraya. Ye lah, time2 puasa gini la sibuk diorang nak buat OPS sana OPS sini sebab nak reduce'kan jumlah kemalangan jalan raya. OPS Pocot cerita Senario je yang diorang tak buat kot.





Baru je bape hari puasa, kesabaran aku kena uji. Maknanya ada dugaan la tu. Request aku nak drop satu subjek elektif yang aku tak minat tak di'approve oleh cikgu subjek aku tu. Yang lebih me'nerukkan lagi, dia cakap, kalau betul-betul nak drop, pindah mana-mana kelas yang tak ada subjek tu. Pergh! Torbakar jo hati den ni. Sistem pentadbiran mana yang dia pakai ni? Cikgu subjek lain siap offer lagi ada sape2 tak yang tak mau teruskan bagi subjek dia.

Kalau kelas lain ada subjek sains, memang aku da lama pindah kelas. Nampak sangat cikgu ni dah sampai tahap memaksa untuk ambik subjek tu. Nak jaga reputasi la tu kononnya. And last sekali, bagi ugutan suruh pindah kelas yang subjek bukan minat aku tu. Kalau cikgu boleh bagi ugutan macam tu, takkan la aku tak bole? Noob sangat ke aku ni sampai dia cakap kalau tak nak satu subjek tak penting tu, kena turun kelas? Lulz. Sistem pendidikan negara mana dia pakai? Cuba kalau aku suruh bapa aku pergi PPD atau JPN terus cakap pasal hal ni? Haa....

Akibat tekanan melampau yang aku alami sehingga terzahir kat classmates lain, diorang yang berjantina lelaki pun cuba untuk membantu aku. Aku terharu. Macam nak nangis pon ade jugak :') (cey waa ayat aku... Macam good good je).





Ok sila lupakan yang itu. Sepanjang bulan puasa ni biasa lah, memang aku busy sikit dari bulan-bulan lain. Biasanya bulan lain lepas balik sekolah, dapat tido. Pastu malam ngadap tenet sampai bosan. Pastu tido. Tapi bulan puasa ni tak lagi. Waktu yang betul-betul free bagi aku start dari pukul 11 je. Sebab tarawih habis lambat pkul 10 tepat. Jadi tadarus pun habis lambat la smpai pukul 11. Imam tu buat tarawih slow. Sabar je la. Tapi minggu ni da start balik Imam 1. Dia buat cepat sikit. Hahaha! Gua suka!

Sebab tu la aku tak dapat nak membuang masa menaip kat blog ni. Biasanya klau cuti hujung minggu tu sampai 2-3 post aku buat kan? Tu kira entry2 lepas geram la namanya. Tapi bulan puasa ni, adeh, tak dapek den nak nolong.

Esok skola, tetiba aku rasa mengantuk pulak. Nak tidur dulu la. Tatata!

P/s: Eh, kalau korang baca kat FB notes aku, memang nampak code2 html tu. Baca kat blog nampak la interpretation code html tu. Klik 'View original post' kat bawah tu. :D
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?