Persepsi aku tentang raya

Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang, selamat malam dan salam 1 Malaysia, 1 Blogger dan 1 Dunia...

Seperti yang telah di (err, predict in Malay ape ye?) predict oleh ahli falak ulama' seluruh ASEAN, kita akan berhari raya pada hari Selasa ni. Yay! Dah nak raya dah nak raya! Tapi aku terpikir something. Perlu ke kita suka bila nak sambut raya?

Kalau kecik-kecik dulu, masa bulan-bulan puasa ni la aku akan memeriahkan malam dengan main mercun (yang kecik2 je), bunga api atau apa-apa yang berkaitan dengan api la. Tapi sekarang ta dapat da. Tolong bersimpati di pihak saya :'(





Kalau raya kecik-kecik dulu, waktu-waktu yang aku nantikan sangat ialah . . . . . jeng jeng jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Yeah! Duit raya la apa lagi. Huahuahua! Sape tak suka duit kan? Aku suka banyak duit. Dengan adanya banyak duit, aku boleh beli kasut idaman, gadget idaman, beg idaman dan segala yang aku pernah idam la. Tapi benda ni boleh dikatakan akan menjadi sejarah je kot. Sebab orang cakap, aku dah besar. Tak layak dapat duit raya. Ehhhh! Saya sekolah lagi maa... Masih layak la tu kiranya. Hahahaha!

Sebenarnya, memang aku tak nak pun duit raya kalau ter'beraya rumah kawan-kawan atau saudara mara. Terasa seperti kanak-kanak je bila kena beratur, salam orang tua, then ambik duit raya. Tu kalau kat rumah kawan-kawan la. Tapi kalau sedara mara nak bagi, takkan aku tolak pulak kan? Hehehe.

Dan sememangnya, dengan status aku sebagai seorang yang masih bersekolah, aku akan tetap dapat duit raya daripada brothers and sisters aku yang lain. Dan nampaknya, tahun ni nampak lagi special sebab aku sorang je weyh yang still sekolah. Yang lain semua dah kerja. Maknanya, untuk raya pertama nanti, semua aliran keluar brothers sisters and parents aku adalah akan disalurkan kepada adik mereka yang cool sorang ni ha. (perasan kan?). Aliran masuk kewangan aku pulak yang meningkat. Wuahahahha!

Walaubagaimanapun, aku ada competitors lain iaitu my anak-anak saudara la. Wuaaa! Dengan kehadiran mereka yang lebih kecil, alasan untuk aku tak diberi duit raya akan bertindih-tindih sampai aku yakin aku tak bole defend diri sendiri. Ceyh... Tak pe tak pe. Redha je lah saya...





Satu part/scene/babak/acara wajib yang aku paling tak suka ialah sesi bermaaf maafan dengan family. Bukan aku tak suka bermaaf-maafan tu. Tapi nanti mereka akan mempengaruhi aku untuk menangis sekali. Huh! Memang tak la aku nak nangis sekali. Sebab, biasanya aku tahan je. Huahuahua! Jadi, untuk mengelakkan suasana yang ala-ala sedih tu, aku akan buat something yang akan buat orang lupakan pasal tangisan tu sekejap kot. Dan untuk sesi minta maaf ni nanti, especially untuk parents aku, aku akan sediakan skrip khas nanti supaya aku tak tergagap gagap... dan nampak lebih ikhlas. Saya biasa lupa maa.. Hehehe...





It's ok la kalau orang semua mau bersuka ria. Tapi ingat lah jugak, setiap yang bergembira, ada juga yang bersedih. Tak semua pun yang suka bila raya. Sebab ada yang celebrate tanpa insan tersayang. Macam aku lah tu. Fasha Sandha tak dapat balik raya ni. Sedih woo....

Jadi di kesempatan ini (saja tak nak guna ayat 'saya ingin mengambil kesempatan'), saya ingin mengucapkan ucapan yang sama orang-orang lain ucapkan iaitu,

Happy MerdekaRaya, maafkan segala kesilapan saya yang zahir mahupun yang batin, incidentally or intentionally, yang terdahulu dan yang akan datang, dari hujung rambut hinggalah ke bawah 'plantar fascia' (google la kalau tak tau) dan yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya, manusia melakukan kesilapan. :-) Selamat Hari Raya!

Raya, raya jugak. Sambutan hari ulangtahun kemerdekaan jangan dilupakan pula ye. Tanpa kemerdekaan, tak mungkin kita dapat sambut hari raya semeriah yang akan disambut beberapa jam lagi. Ingat juga, jangan main mercun. Main mercun 'pop-pop' tu tak pe la. Bawak kete kat highway pon hati-hati. Jangan pikir diri sendiri, pikirkan diri mereka yang sayangkan duit anda. MERDEKA! MERDEKA! MENDEKA!  (eh, kenapa huruf N?)

Ucapan terakhir, wassalamualaikum...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?