[Pictures] The rainbow of Aidilfitri at school.

Maaf kawan-kawan kerana lambat upload kat tenet (Facebook or Blogger or pape je la).

Upload kat Facebook? Err, rasa macam dah terlalu lambat kot. Hehehe. Ok, sila enjoice dengan shampoo rejoice k..


Lagi gambar > > >

Majlis Jamuan Hari Raya kelas

Assalamualaikum... Jadi, semalam (Jumaat) telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya kat sekolah.

Alhamdulillah, secara ringkasnya, aku boleh rumuskan dengan puas hati bahawa majlis jamuan hari raya kelas aku berjalan seperti yang telah dirancangkan. Eh, aku rasa tak kot. Sebab mungkin lagi meriah. Pergh! Syukur gila gila lah.

Nasib baik la ceramah dibatalkan. Jadi, banyak la sikit masa untuk kitorang buat persediaan sementara majlis kat kelas tu dapat dimulakan. Masa perhimpunan belum tamat, aku Nazirul dan Nasrul dah usha-usha barang-barang semua. Walaupun ada masalah sikit, tapi Alhamdulillah dengan izin Allah semua masalah yang timbul dapat diatasi (ceh ayat aku poyo betul).

Aku dan Dzul sebagai pengacara majlis. Tapi lupa pulak nak guna kata alu-aluan. Maaf maaf. Mula-mula panggil Nazirul untuk bagi ucapan sebagai Pengerusi kelas mewakili semua pelajar. Walaupun dia tak hafal point-point yang aku dah sediakan (ayat ni dengan jelasnya menunjukkan aku poyo), tapi alhamdulillah ucapan tersebut dapat dihayati oleh cikgu-cikgu semua. Ye, dalam ucapan tu jugak, ucapan maaf yang penting sekali. Dan ucapan meminta maaf tersebut boleh dikatakan dilakukan secara terbuka sebab ramai cikgu kat situ.

Seterusnya, kitorang jemput pulak guru kelas kitorang untuk bagi ucapan and aku rasa, inilah waktu-waktu yang dinantikan oleh kita semua bagi mendapatkan feedback dari beliau sebab.. err, ye lah kan. Kitorang kan dah hancurkan hati dia as guru kelas kitorang. Dan ucapan dari beliau, jelas menggembirakan kitorang semua seolah-olah berjaya menebus kesalahan kitorang yang lepas-lepas. Papepun, ucapan tersebut tetap melegakan kitorang. Hehe :D

Sebelum menjumput diorang untuk menjamu selera, biasalah... Setiap majlis mestilah diharap agar mendapat keberkatan Allah. Oleh itu, Hukashah telah dipanggil untuk membacakan doa. Lepas doa telah dibacakan, pantun menjamu selera dialunkan dan sejurus selepas itu, tirai 'SELAMAT MENJAMU SELERA' diturunkan dan benda yang meletop kertas warna warni pon diletupkan. Akhir sekali, guru-guru semua telah dijemput untuk mengambil makanan yang kami sediakan yang tak seberapa tu.

Dan bukan itu sahaja, sambutan hari jadi Nabila pon turut diraikan bersama. Bertambah meriah la majlis tu semalam. Tapi, kek dia jadi mangsa sebab kitorang buat main dengan kek tu. Banyak sangat la katakan. Wahaha! Teruk Nazmi ngan Nasrul kena. Nasib baik masa tu cikgu tak de. Tapi aku rasa pun cikgu paham kot yang budak2 ni nak bersuka-suka kejap.

Tapi aku risau satu je. Tapi aku tak tulis kat sini.

Itu saja untuk kali ini. Kalau nak cerita semua, tak pergi la aku nanti kelas Chemistry pukul 8 ni. Oleh itu, aku nak bersiap dulu. Err, gambar akan dikongsi selepas pulang daripada kelas. Perlu dibuat adjustment terhadap gambar-gambar tertentu sebab banyak gambar yang overexposed. Tu sebab guna mode manual dan photographer tu bukan aku. Hahaha! Maksud aku, aku terlupa nak ajar camane nak adjust kasi sesuai dengan kuantiti cahaya persekitaran. Tak mengapalah.

Sekian saja dari saya. Akhir kata, terima kasih kepada semua rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis semalam. Tanpa anda semua, entah apa lah nasib kita. Hehehe!

Assalamualaikum...





P/s: Aku dah kata dah dalam post yang lepas. Mesti aku akan tertinggal something. Aku tak bawak tisu yang aku penat2 beli malam sebelumnya. Adeyh....

Preview Majlis Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum...

Sebelum tu, pertanyaan ingin diberikan. Tau tak penat? Tau? Ngantok pulak? Aku tengah rasa dua benda tu lah ni. Hergh...

Sebenarnya, aku tak sabar nak tunggu majlis jamuan hari raya kelas esok. Sebab macam2 yang dah dirancangkan. Kad jemputan pun dah diedarkan kepada semua guru kecuali seorang. Tak pe lah. Tak cukup kad. Esok ajak sendiri je la.

Hari ni memang aku mengantuk sket. Pukul 4 pagi bangun and buat kad jemputan tu. Sampai la aku lambat pergi sekolah. Tu pun baru siap print je. Terima kasih kat Nadia and Khalid sebab tolong aku potong and gamkan kad tu. Thank you thank you.

Sebelum balik, ada lah 5-6 orang kawan-kawan LELAKI (aku tengah nak jadi racist sekejap) aku yang kemas kelas untuk jamuan esok. Yang perempuan ada urusan lain kot sebab tu tak dapat bantu. Dan ada yang tak tau. Sebab diorang dalam status unreachable. Tak pe lah. Tak kesah pun.

Sebelum balik, bincang pulak pasal aturcara majlis dan gimik yang terlibat. Aku dan Dzul akan jadi pengerusi majlis. Dan gimik yang dimasukkan hanyalah unsur2 surprise je kot. Masa buat experiment kat rumah aku, alhamdulillah menjadi. Harap-harap apa yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Harapan aku pulak, apa yang kitorang buat ni akan dihargai cikgu. Ye lah, kitorang da banyak buat salah kan cikgu. Itu saje rasanya. Aku nak tido kot. Skrip untuk ucapan pengerusi kelas, Nazirul aku dah send. Tapi dia dah tido kot. Pergh! Esok banyak kot barang yang nak dibawak. Mesti akan ada yang tertinggal. Harap-harap tak lah. Yang penting, esok aku datang awal. Itu saja. Sekian wassalamualaikum....

The time has come!

Err, hari ni hari ape ah? Ok hari Selasa.

Hari ni dijangka, Mohd Norazam akan memulakan langkah pertamanya dalam meniti titian kejayaan yang semakin lama semakin terhakis akibat hujan asid dan reput akibat berlakunya kegiatan parasitisme mucor sp. (eh ye ke?) ke atas titian yang ditumpanginya.

Bukan la. Maksud aku, aku telah dijadualkan untuk start study. Thanks to You for preparing the schedule for me. Tapi kan, five subjects in a day arh? Wahlawey! Tak pe saya akur. Kesian anda ye, it's like that you're my PA je sekarang kan? Wahaha! And sorry. I didn't start this evening. Ada hal maa kat sekolah petang tadi :-)





Cerita pasal hal kat sekolah, actually it's about some pictures that need to be 'sucked' from cikgu aku punye laptop atas arahan guru yang lain. Oleh itu, telah berjumpa la aku dengan cikgu tu. And at the second I'm dealing with that ICT thing, he started to start a discussion and as usual, I became speechless. Tak la silent sangat. Aku ada la jugak mengutarakan beberapa hujah. But at least aku tau apa sebenarnya yang terjadi. Eih, I tak kuasa nak menaip pasal benda ni. It's already 8.40 malam and apparently I've 40 minutes late dari jadual untuk mulakan operasi. Nanti ada orang marah pulak. Hohoho!

Akhir kata, selamat menunaikan ibadat haji :)
Wassalamualaikum...





Lagu ni best kot. Entah la... Aku memang suka lagu slow. :D






P/s: Aku dengar cerita, senior sekolah rendah yang aku pernah minat dulu-dulu dah terbang ke Mesir dengan akak dia buat medic. Pergh! Aku teruja gila dengar berita tu. Tu yang terus bersemangat kejap. Hahaha!

Congratulations! It's your lucky day!

Oh simple thing,
Where have you gone? . . .
#Keane - Somewhere Only We Know

Itulah yang akan aku nyanyikan bila tengah cari barang sama ada dalam hati atau kuat2. Macam tadi la cari charger tak jumpa. Charger phone ye. I memang guna bateri telefon secara efektif. Cas sampai penuh, dah penuh guna sampai mati. Dah mati cas balik. Hehe.

Dan semasa meng'install windows 8 developer preview, aku telah diganggu oleh something. Dengan cepatnya, aku mencapai bazooka dan menembak ke arah diorang sambil cakap "Cis, tak guna kau! Binatang!' Biasa la, bilik jarang sembur dengan Ridsect sebab tu banyak nyamuk. Eh, nyamuk tu memang binatang kan?





Mohd Norazam, sudah sudah! Aku nak ber'jakun kejap (err,tau kan ape makna jakun tu?). Semalam, aku telah pergi ke rumah cikgu math sekolah rendah aku sebab ada open house. Maka dengan itu, aku pun ajak kawan aku sorang yang nak sangat pegi sana. Then sampai rumah aku, dia Tanya pasal minyak dia cukup ke tak. Dari bacaan kat meter tu, memang cukup bonar la. Sekali awal perjalanan depan sekolah, moto dia mati. Rupanya minyak habis. Cis! Then aku beli la minyak dalam botol untuk isi kat motor dia.


Lepas da refill, perjalanan pun diteruskan. Alhamdulillah selamat sampai. Lepas sampai apa lagi, makan la. Then cikgu cakap "Antara 3 orang ni ada tetamu ke-100. Tetamu ke-100 dapat hadiah misteri tau". Aku pun tak kesah la sebab ingat dia main2. Then dia tanya, sape yang nak ambik hadiah tu. Aku pun cakap la bagi je kat aku. Sekali time tengah bual2, dia ambik hamper and bagi kat aku. Wahlawey! Ingatkan main2 rupanya betul2. Memang ade hadiah utk tetamu yang ke-100 and 200. Hehe. Nasib baik tak besar sangat. Kalau besar camane gua nak bawak balik.

Sampai je rumah, aku ngan Khalid terus bukak hamper tu dengan rakus. Faezun tak nak sebab dia kata kat rumah dia dah banyak. Aku pon berparti la kejap dengan Khalid. Hahaha!


Entry di atas telah ditulis dengan ber'OS kan Windows 8 Developer Preview. Oleh kerana mengalami masalah huruf yang ditaip tak nak keluar, aku bertukar balik ke W7. 

*phew, nasib baik buat dual boot kalau tak habis la...


Selepas parti, kami telah menghasilkan . . .




Hahaha!





Tidak lama kemudian, aku ikut akak aku pegi JB. Tengok movie. Movie yang ditengok, Raya Tak Jadi.



Adui! Tak tau la nak kata best ke tak. Tak sangat kot. Cuma biasa la kalau tengok kat cinema lawak tak best pon boleh ketawa gila2. Eh, ye ke?

Oh, selepas lebih 2 tahun, inilah filem melayu pertama yang aku tengok kat cinema. Hahaha! Kesian kesian. Ye lah, tempat aku mana ada cinema. So tak de chance nak tengok citer melayu.





Lepas wayang, aku lepas rindu aku beli McFlurry Oreo. Opps! Aku beli dua weyh. Wahahaha! Ok dah. Tu je untuk entri kali ni. Bosan kan. Macam budak noob je. Wassalamualaikum...

P/s: Teringat pulak frasa 'Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya'. Kalau motor Faezun tak habis minyak, mungkin tak dapat hamper tu. Rezeki Allah bagi tu. Hahaha!

Happy birthday to YOUS!

Assalamualaikum! Lama bebeno rasanya tak mengarut kat sini. Sudah, tak mau cakap banyak. Mari teruskan.

Minggu lepas, telah diadakan majlis rumah terbuka kat rumah aku. Ye la rumah aku. So aku pun jemput la semua kawan-kawan aku. Di sini, Mohd Norazam ingin mengucapkan bertimbun-timbun terima kasih kepada semua yang hadir. Kepada yang tak dapat hadir tu, maaflah. Sebab program tu malam kan? Memang banyak kekangan kat situ. Hehe...









Pada malam yang sama juga, kitorang celebrate birthday beberapa orang makhluk Tuhan paling seksi ni. Err, mereka adalah dari kalangan ahli keluarga aku sahaja ye. Hehe.

Mereka yang diraikan ialah Mohd Najib (4 September),
Mohd Norizan dan anaknya Amar (5 September. Untunglah birthday sama anak bapa),
Nor Fazlina (9 September) dan
Adam (28 September).








Gua tetiba nak terasa tersisih sebab gua sorang yang birthday'nya bulan 2. :'(
Tapi tak mengapa. Macam la aku kesah wey. Hahaha.






Dan dikesempatan ini juga, aku nak wish happy birthday to our nation as celebrating Hari Malaysia pada hari ini. Pagi-pagi bukak Facebook, nampak la beberapa orang manusia tulis Selamat Hari Malaysia. Sampai sekarang masih lagi yang buat status camtu. Kalau tahun lepas masa diorang tak bagi cuti umum, ada diorang ingat? Entah-entah tak tau pun Hari Malaysia tu ada. Ada yang ingat Hari Malaysia  tu sama dengan Hari Ulangtahun Kemerdekaan. Haha. Sebenarnya, aku pon tergolong dalam golongan orang yang macam tu. Wuahaha! Hari Malaysia aku dimulakan dengan sambutan beramai-ramai kat gelanggang futsal. Dah kalau kat gelanggang futsal, buat ape lagi? Main futsal la weyh! Thanks bagi cuti :)

I think it's all for now. Gua mula terasa lapar. Ada sesape nak belanja gua McD tak? Kalau tak de, better bagi aku makan. Akhir kata, selamat berbuka puasa :D Wassalamualaikum....





P/s: Downloading Windows 8 punyer preview. Tak sabar nak try. Hahaha!

4 September punya hal!

Assalamualaikum...

Hari ni special kot. Eh, special ke? Aku rasa macam malang sikit kot. Tapi tak de la malang sangat pon. Eh tak tau la tak tau tak tau tak tau.

Papepun, pada 4 September 35 tahun lalu (kot. I tak ingat la u), lahirnya cahaya mata pertama pasangan Sidek  dan Ramlah yang diberi nama Mohd Najib. Maknanya, hari ni ialah birthday abang aku la. Celebrate? Oh, insyaAllah mungkin maybe perhaps. Huahuahua! If you read this, Ajam nak ucap selamat hari jadi yang ke-35 (err.. betul kan?). Ucapan tambahan, semoga ditambahkan rezeki and semoga dapat menambahkan lagi koleksi anak-anak buah kitorang, insyaAllah. Dan tak lupa juga, semoga berbahagia dengan insan-insan yang disayangi. :)







Itu kalau 35 tahun yang lepas. Pada hari yang sama 16 tahun yang lepas, terlahir pula seorang insan yang err, perkataan apa yang best ek buat kutuk kau ni? Ah pape lah. Yang penting nama dia Khalid. Ye ye ye. Khalid, selamat hari jadi untuk kau. Rumah kau kitorang dah bakar kan? Hahaha! Papepun, aku nak cakap, kau jaga lah orang yang kau sayang tu baik-baik. Cuba kau bayangkan kalau dia terlepas ke orang lain, nanti kau yang jadi gila tak tau gua. Ok? Paham kan? And last skali aku nak cakap, kau pikir kau hebat sangat main teng teng? Kalau brani lawan aku ar! Papepun, thanks blanje pizza tadi. Wahaha! Birthday kau, kau pulak belanja orang ye. Huhu!


*gambar2 diatas tak dapat ditouchup sebab update guna laptop orang. Haha!


Hari ni aku terseksa kot. Akak aku keluar dari pagi tadi bawak PSP aku. Cis! Cuba bayangkan keterseksaan tu pada tahap yang mana. Then, TV pulak ada signal problem. Technician datang dalam masa 5 hari. Alah, bukan aku tengok tv pun. Nasib baik tenet ada. Kalau tak memang aku lagi terseksa la nampaknya.

Haih, esok dah lah sekolah. Folio kimia aku baru siap 5%. Tak tido lagi la aku malam ni buat benda tu. Esok mesti datang sebab ada PJ. So it's time to reduce your weigh oi! Eh, tapi aku injured la. Kaki I berdarah U tau tak. Berdarah bukan ber'dara ok? Mana ada kaki dara wey. Huhu! Ni semua satu makhluk yang lebih menakutkan dari hantu punya pasal. Sabar je lah.

Dah dah aku nak sambung buat kerja aku balik sampai pagi esok..





Off topic: Tadi masa aku tengah bosan pagi2 bukak la youtube usha lagu2 yang best2 kononnya. Sekali tengok la komen2 diorang. Then terpandang pulak benda ini.


Hahaha! Nasib baik ejaan tak sama. Cuma kalau disebutkan, memang nama aku pon. Ceyh! Buat cuak den ja.

Oh btw, gua terminat pulak dekat satu lagu yang aku terjumpa tu. Nanti la aku share dalam satu entri yang lain. Cya! Assalamualaikum!

Suasana Aidilfitri 2011

Assalamualaikum...

Wah! Mata aku ngantok kot sekarang. Mana taknya, penat beraya jauh hari ni. Padahal dua buah rumah je yang sempat singgah. Eh, tiga kot. Pastu lepas balik nak tidur macam terganggu sampai hilang mengantuk. Malam pulak tak nak tidur. Hehe. Oh btw, sekarang pukul 3.59 pagi hari Ahad 4 Jun 2011. That means, it will be the last raya holiday sebelum naik sekolah esok. Heargh! Ni yang aku lemah gila ni...

Aku tak peduli sama ada terlalu awal atau tak untuk aku buat kesimpulan tentang sambutan perayaan Aidilfitri ni. Apa saya kesah?

Walaupun raya zaman sekarang yang penuh teknologu tak semeriah raya zaman kanak-kanak skool rendah aku dulu, aku tetap dapat rasa ke sentimentalan value nya. Err, yang tu bole paham kan? Ada lagi yang lebih berharga daripada duit raya yang selalu aku impikan tiap-tiap tahun raya sebelum ni, iaitu apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul dan kongsi-kongsi cerita masing-masing. Bukan tu je, tu baru keluarga, kalau include kan skali dengan saudara-mara, lagi la bertambah meriah kan?

Cakap pasal sedara mara ni, secara jujurnya aku memang tak berapa rapat dengan sedara sebelah bapa aku. Sebabnya, sepupu aku mostly dah kawin and dah ada anak sebaya aku pun. So untuk aku lepak2 ngan diorang memang tak laa. Unless for sometime, we'll talk to each other anyway. Tu pon time nak salam je and ucap SHRMZB. Hahaha!

Tapi raya ni, aku dapat rasa yang aku semakin merapatkan silaturrahim dengan diorang (belah bapa I ok. Belah mak I rapat aje). Tapi bukan dengan mereka2 yang dah tua tu tapi dengan yang sebaya dengan aku je la. Haha. Well, at least tak de la kena label sebagai sedara paling sombong kan? Masalahnya bukan tak nak bergaul dengan diorang tapi hakikatnya dunia masing2 lain. Diorang peringkat dewasa and dah bekerja tapi aku still skola and remaja. Dua dunia kita berbeza ~ (termasuk lagu Siti Nurhaliza le pulak).

Then, on second Syawal, satu keluarga Sidek telah berjaya meloloskan diri ke rumah saudara keluarga Pak Sidek dan Mak Melah. Huahua! Rasa gempak kot sebab family aku dapat berkumpul and beraya sama-sama. Sebelum ni macam tak pernah kot. Memang tak expect pon planning akak aku kat FB yang pada awalnya aku anggap "Huh! This thing just can't possibly happen!" akhirnya berlaku tanpa sedar. Hah? Tanpa sedar? Sape pulak pengsan ni? Di sini juga saya sertakan beberapa foto yang telah digrafikan. Hahaha.











Papepun, memang aku rasa setiap tahun kemeriahan raya makin lama makin hilang. Sekarang da masuk raya ke-5 pon aku rasa segan kalau nak datang beraya rumah orang. Orang kata raya sebulan so tak pe lah. Ah, kita puasa sebulan, raya pun sebulan jugak la weyh. Huaha! Aku tak nak ulas lagi kenapa kemeriahan raya makin hilang. Sebab kalau aku tulis, lebih kurang sama je pun isi dia dengan entri dekat link ni.

Oh btw, tahun ni aku dapat duit raya lagi tau. Duit raya aku tak banyak, cuma kalau nak beli kereta Ferrari ngan banglo dua biji lepas lagi la.. Tapi yang replika je la.. Haih, kesian aku...





Papepun, hari ni aku rasa sedikit teruja sebab tercapai jugak kot nak pegi rumah sorang budak yang jauh di pedalaman tu. Woah! Cantik ler rumah kampung camtu. Macam rumah pakcik aku kat felda tu. Tapi satu je yang buruk kat sana. Persoalan pertama yang akan timbul oleh sesape yang datang sana ialah

"Feeza, kat sini tak de 'line' ke?".

Hahaha! Jangan marah aku k.

Dan malangnya, hari ini aku jatuh motor. Booo! Perlu jugak ke aku cerita? Hahaha.
Tak pe la. Citernya camni, ada treler besar langgar aku, tapi aku dapat tangkap tayar dia and dapat stopkan treler tu. Pastu treler tu terpelanting sampai terkena moto aku. Haa... Overaction tak citer aku ni? Mesti teruja kan?





Makin lama dibiarkan aku terus menulis, lagi mengarut yang akan keluar kat blog ni. Dah la bercerita sususan cerita berterabur. Eh biar lah! Saya memang tulis nak bagi orang hutan je yang paham. Sebab tu lah awak tak paham sebab awak bukan orang hutan. Hahaha! (Tak lawak pon lah!)

P/s: Gua terasa nak buat photoblog ler pulak. Aduh! Mula la rambang mata nak pilih tema ni.