4 September punya hal!

Assalamualaikum...

Hari ni special kot. Eh, special ke? Aku rasa macam malang sikit kot. Tapi tak de la malang sangat pon. Eh tak tau la tak tau tak tau tak tau.

Papepun, pada 4 September 35 tahun lalu (kot. I tak ingat la u), lahirnya cahaya mata pertama pasangan Sidek  dan Ramlah yang diberi nama Mohd Najib. Maknanya, hari ni ialah birthday abang aku la. Celebrate? Oh, insyaAllah mungkin maybe perhaps. Huahuahua! If you read this, Ajam nak ucap selamat hari jadi yang ke-35 (err.. betul kan?). Ucapan tambahan, semoga ditambahkan rezeki and semoga dapat menambahkan lagi koleksi anak-anak buah kitorang, insyaAllah. Dan tak lupa juga, semoga berbahagia dengan insan-insan yang disayangi. :)







Itu kalau 35 tahun yang lepas. Pada hari yang sama 16 tahun yang lepas, terlahir pula seorang insan yang err, perkataan apa yang best ek buat kutuk kau ni? Ah pape lah. Yang penting nama dia Khalid. Ye ye ye. Khalid, selamat hari jadi untuk kau. Rumah kau kitorang dah bakar kan? Hahaha! Papepun, aku nak cakap, kau jaga lah orang yang kau sayang tu baik-baik. Cuba kau bayangkan kalau dia terlepas ke orang lain, nanti kau yang jadi gila tak tau gua. Ok? Paham kan? And last skali aku nak cakap, kau pikir kau hebat sangat main teng teng? Kalau brani lawan aku ar! Papepun, thanks blanje pizza tadi. Wahaha! Birthday kau, kau pulak belanja orang ye. Huhu!


*gambar2 diatas tak dapat ditouchup sebab update guna laptop orang. Haha!


Hari ni aku terseksa kot. Akak aku keluar dari pagi tadi bawak PSP aku. Cis! Cuba bayangkan keterseksaan tu pada tahap yang mana. Then, TV pulak ada signal problem. Technician datang dalam masa 5 hari. Alah, bukan aku tengok tv pun. Nasib baik tenet ada. Kalau tak memang aku lagi terseksa la nampaknya.

Haih, esok dah lah sekolah. Folio kimia aku baru siap 5%. Tak tido lagi la aku malam ni buat benda tu. Esok mesti datang sebab ada PJ. So it's time to reduce your weigh oi! Eh, tapi aku injured la. Kaki I berdarah U tau tak. Berdarah bukan ber'dara ok? Mana ada kaki dara wey. Huhu! Ni semua satu makhluk yang lebih menakutkan dari hantu punya pasal. Sabar je lah.

Dah dah aku nak sambung buat kerja aku balik sampai pagi esok..





Off topic: Tadi masa aku tengah bosan pagi2 bukak la youtube usha lagu2 yang best2 kononnya. Sekali tengok la komen2 diorang. Then terpandang pulak benda ini.


Hahaha! Nasib baik ejaan tak sama. Cuma kalau disebutkan, memang nama aku pon. Ceyh! Buat cuak den ja.

Oh btw, gua terminat pulak dekat satu lagu yang aku terjumpa tu. Nanti la aku share dalam satu entri yang lain. Cya! Assalamualaikum!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?