Majlis Jamuan Hari Raya kelas

Assalamualaikum... Jadi, semalam (Jumaat) telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya kat sekolah.

Alhamdulillah, secara ringkasnya, aku boleh rumuskan dengan puas hati bahawa majlis jamuan hari raya kelas aku berjalan seperti yang telah dirancangkan. Eh, aku rasa tak kot. Sebab mungkin lagi meriah. Pergh! Syukur gila gila lah.

Nasib baik la ceramah dibatalkan. Jadi, banyak la sikit masa untuk kitorang buat persediaan sementara majlis kat kelas tu dapat dimulakan. Masa perhimpunan belum tamat, aku Nazirul dan Nasrul dah usha-usha barang-barang semua. Walaupun ada masalah sikit, tapi Alhamdulillah dengan izin Allah semua masalah yang timbul dapat diatasi (ceh ayat aku poyo betul).

Aku dan Dzul sebagai pengacara majlis. Tapi lupa pulak nak guna kata alu-aluan. Maaf maaf. Mula-mula panggil Nazirul untuk bagi ucapan sebagai Pengerusi kelas mewakili semua pelajar. Walaupun dia tak hafal point-point yang aku dah sediakan (ayat ni dengan jelasnya menunjukkan aku poyo), tapi alhamdulillah ucapan tersebut dapat dihayati oleh cikgu-cikgu semua. Ye, dalam ucapan tu jugak, ucapan maaf yang penting sekali. Dan ucapan meminta maaf tersebut boleh dikatakan dilakukan secara terbuka sebab ramai cikgu kat situ.

Seterusnya, kitorang jemput pulak guru kelas kitorang untuk bagi ucapan and aku rasa, inilah waktu-waktu yang dinantikan oleh kita semua bagi mendapatkan feedback dari beliau sebab.. err, ye lah kan. Kitorang kan dah hancurkan hati dia as guru kelas kitorang. Dan ucapan dari beliau, jelas menggembirakan kitorang semua seolah-olah berjaya menebus kesalahan kitorang yang lepas-lepas. Papepun, ucapan tersebut tetap melegakan kitorang. Hehe :D

Sebelum menjumput diorang untuk menjamu selera, biasalah... Setiap majlis mestilah diharap agar mendapat keberkatan Allah. Oleh itu, Hukashah telah dipanggil untuk membacakan doa. Lepas doa telah dibacakan, pantun menjamu selera dialunkan dan sejurus selepas itu, tirai 'SELAMAT MENJAMU SELERA' diturunkan dan benda yang meletop kertas warna warni pon diletupkan. Akhir sekali, guru-guru semua telah dijemput untuk mengambil makanan yang kami sediakan yang tak seberapa tu.

Dan bukan itu sahaja, sambutan hari jadi Nabila pon turut diraikan bersama. Bertambah meriah la majlis tu semalam. Tapi, kek dia jadi mangsa sebab kitorang buat main dengan kek tu. Banyak sangat la katakan. Wahaha! Teruk Nazmi ngan Nasrul kena. Nasib baik masa tu cikgu tak de. Tapi aku rasa pun cikgu paham kot yang budak2 ni nak bersuka-suka kejap.

Tapi aku risau satu je. Tapi aku tak tulis kat sini.

Itu saja untuk kali ini. Kalau nak cerita semua, tak pergi la aku nanti kelas Chemistry pukul 8 ni. Oleh itu, aku nak bersiap dulu. Err, gambar akan dikongsi selepas pulang daripada kelas. Perlu dibuat adjustment terhadap gambar-gambar tertentu sebab banyak gambar yang overexposed. Tu sebab guna mode manual dan photographer tu bukan aku. Hahaha! Maksud aku, aku terlupa nak ajar camane nak adjust kasi sesuai dengan kuantiti cahaya persekitaran. Tak mengapalah.

Sekian saja dari saya. Akhir kata, terima kasih kepada semua rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis semalam. Tanpa anda semua, entah apa lah nasib kita. Hehehe!

Assalamualaikum...





P/s: Aku dah kata dah dalam post yang lepas. Mesti aku akan tertinggal something. Aku tak bawak tisu yang aku penat2 beli malam sebelumnya. Adeyh....
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?