Preview Majlis Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum...

Sebelum tu, pertanyaan ingin diberikan. Tau tak penat? Tau? Ngantok pulak? Aku tengah rasa dua benda tu lah ni. Hergh...

Sebenarnya, aku tak sabar nak tunggu majlis jamuan hari raya kelas esok. Sebab macam2 yang dah dirancangkan. Kad jemputan pun dah diedarkan kepada semua guru kecuali seorang. Tak pe lah. Tak cukup kad. Esok ajak sendiri je la.

Hari ni memang aku mengantuk sket. Pukul 4 pagi bangun and buat kad jemputan tu. Sampai la aku lambat pergi sekolah. Tu pun baru siap print je. Terima kasih kat Nadia and Khalid sebab tolong aku potong and gamkan kad tu. Thank you thank you.

Sebelum balik, ada lah 5-6 orang kawan-kawan LELAKI (aku tengah nak jadi racist sekejap) aku yang kemas kelas untuk jamuan esok. Yang perempuan ada urusan lain kot sebab tu tak dapat bantu. Dan ada yang tak tau. Sebab diorang dalam status unreachable. Tak pe lah. Tak kesah pun.

Sebelum balik, bincang pulak pasal aturcara majlis dan gimik yang terlibat. Aku dan Dzul akan jadi pengerusi majlis. Dan gimik yang dimasukkan hanyalah unsur2 surprise je kot. Masa buat experiment kat rumah aku, alhamdulillah menjadi. Harap-harap apa yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Harapan aku pulak, apa yang kitorang buat ni akan dihargai cikgu. Ye lah, kitorang da banyak buat salah kan cikgu. Itu saje rasanya. Aku nak tido kot. Skrip untuk ucapan pengerusi kelas, Nazirul aku dah send. Tapi dia dah tido kot. Pergh! Esok banyak kot barang yang nak dibawak. Mesti akan ada yang tertinggal. Harap-harap tak lah. Yang penting, esok aku datang awal. Itu saja. Sekian wassalamualaikum....
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?