Suasana Aidilfitri 2011

Assalamualaikum...

Wah! Mata aku ngantok kot sekarang. Mana taknya, penat beraya jauh hari ni. Padahal dua buah rumah je yang sempat singgah. Eh, tiga kot. Pastu lepas balik nak tidur macam terganggu sampai hilang mengantuk. Malam pulak tak nak tidur. Hehe. Oh btw, sekarang pukul 3.59 pagi hari Ahad 4 Jun 2011. That means, it will be the last raya holiday sebelum naik sekolah esok. Heargh! Ni yang aku lemah gila ni...

Aku tak peduli sama ada terlalu awal atau tak untuk aku buat kesimpulan tentang sambutan perayaan Aidilfitri ni. Apa saya kesah?

Walaupun raya zaman sekarang yang penuh teknologu tak semeriah raya zaman kanak-kanak skool rendah aku dulu, aku tetap dapat rasa ke sentimentalan value nya. Err, yang tu bole paham kan? Ada lagi yang lebih berharga daripada duit raya yang selalu aku impikan tiap-tiap tahun raya sebelum ni, iaitu apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul dan kongsi-kongsi cerita masing-masing. Bukan tu je, tu baru keluarga, kalau include kan skali dengan saudara-mara, lagi la bertambah meriah kan?

Cakap pasal sedara mara ni, secara jujurnya aku memang tak berapa rapat dengan sedara sebelah bapa aku. Sebabnya, sepupu aku mostly dah kawin and dah ada anak sebaya aku pun. So untuk aku lepak2 ngan diorang memang tak laa. Unless for sometime, we'll talk to each other anyway. Tu pon time nak salam je and ucap SHRMZB. Hahaha!

Tapi raya ni, aku dapat rasa yang aku semakin merapatkan silaturrahim dengan diorang (belah bapa I ok. Belah mak I rapat aje). Tapi bukan dengan mereka2 yang dah tua tu tapi dengan yang sebaya dengan aku je la. Haha. Well, at least tak de la kena label sebagai sedara paling sombong kan? Masalahnya bukan tak nak bergaul dengan diorang tapi hakikatnya dunia masing2 lain. Diorang peringkat dewasa and dah bekerja tapi aku still skola and remaja. Dua dunia kita berbeza ~ (termasuk lagu Siti Nurhaliza le pulak).

Then, on second Syawal, satu keluarga Sidek telah berjaya meloloskan diri ke rumah saudara keluarga Pak Sidek dan Mak Melah. Huahua! Rasa gempak kot sebab family aku dapat berkumpul and beraya sama-sama. Sebelum ni macam tak pernah kot. Memang tak expect pon planning akak aku kat FB yang pada awalnya aku anggap "Huh! This thing just can't possibly happen!" akhirnya berlaku tanpa sedar. Hah? Tanpa sedar? Sape pulak pengsan ni? Di sini juga saya sertakan beberapa foto yang telah digrafikan. Hahaha.











Papepun, memang aku rasa setiap tahun kemeriahan raya makin lama makin hilang. Sekarang da masuk raya ke-5 pon aku rasa segan kalau nak datang beraya rumah orang. Orang kata raya sebulan so tak pe lah. Ah, kita puasa sebulan, raya pun sebulan jugak la weyh. Huaha! Aku tak nak ulas lagi kenapa kemeriahan raya makin hilang. Sebab kalau aku tulis, lebih kurang sama je pun isi dia dengan entri dekat link ni.

Oh btw, tahun ni aku dapat duit raya lagi tau. Duit raya aku tak banyak, cuma kalau nak beli kereta Ferrari ngan banglo dua biji lepas lagi la.. Tapi yang replika je la.. Haih, kesian aku...





Papepun, hari ni aku rasa sedikit teruja sebab tercapai jugak kot nak pegi rumah sorang budak yang jauh di pedalaman tu. Woah! Cantik ler rumah kampung camtu. Macam rumah pakcik aku kat felda tu. Tapi satu je yang buruk kat sana. Persoalan pertama yang akan timbul oleh sesape yang datang sana ialah

"Feeza, kat sini tak de 'line' ke?".

Hahaha! Jangan marah aku k.

Dan malangnya, hari ini aku jatuh motor. Booo! Perlu jugak ke aku cerita? Hahaha.
Tak pe la. Citernya camni, ada treler besar langgar aku, tapi aku dapat tangkap tayar dia and dapat stopkan treler tu. Pastu treler tu terpelanting sampai terkena moto aku. Haa... Overaction tak citer aku ni? Mesti teruja kan?





Makin lama dibiarkan aku terus menulis, lagi mengarut yang akan keluar kat blog ni. Dah la bercerita sususan cerita berterabur. Eh biar lah! Saya memang tulis nak bagi orang hutan je yang paham. Sebab tu lah awak tak paham sebab awak bukan orang hutan. Hahaha! (Tak lawak pon lah!)

P/s: Gua terasa nak buat photoblog ler pulak. Aduh! Mula la rambang mata nak pilih tema ni.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?