@#$% punye hacker!

Dalam post aku yang lepas pasal Habbo, aku ada bagitau yang Habbo aku kena hack kan? Tapi masa tu hacker tu just ambik barang je tapi tak tukar password.

Tapi haritu, bila aku try balik nak login kat Habbo, password dengan email aku salah. Aku terus jadi 'Huh! Apsal ni?' Aku cuba la tak panik sangat. Aku anggap yang aku salah password. Tapi makin aku try makin tak betul. Aku pun try lah gune button 'Forgot your password' tapi email untuk recover password tak sampai. Pergh! Tau tak apa makna dia? Dia tukar sekali email aku.

Penat penat aku suruh staff Habbo tu retrieve balik account Habbo aku, dia bole senang-senang pulak tukar password aku. Memang @#$% lah! Aku yakin yang email dan password aku tu betul and memang tak salah. Sebab aku memang ingat Habbo yang aku retrieve tu aku memang suruh link kat kat email google aku. Mana mungkin saya boleh lupa secepat itu.

Satu lagi bukti kukuh yang boleh menyatakan yang memang dah kene hack habbo Ajam654 tu ialah berdasarkan screenshot di bawah.

Screenshot dari Habbo page aku (www.habbo.com/home/ajam654)


Page aku kene edit. Dengan outfit Habbo aku yang terserlah nampak noob. Weyh! Outfit Habbo aku walaupun tak HC tapi masih nampak pro. Aku ada identiti sendiri la! Entah bila masa tah badge2 yang pelik2 tu aku dapatkan. Sengal punya hacker pegi guna account aku. Argh!

Tapi lantak lah. Aku bukan main Habbo lagi pun. Cuma sakit hati tu ada lah lagi. Kepada hacker tersebut, jika anda Islam, nanti kat akhirat aku tuntut account Habbo aku dulu baru lah kau dapat lepas. Hahahaha!

Adios!

Lamaran Perkahwinan Paling KREATIF, GEMPAK & AWESOME!

Gua nak kongsi perasaan gua bila tengok video lamaran yang paling mengharukan ni. Ceywah! Untung la siot perempuan tu dapat BF kaya. Kalau aku jadi kaya pun, memang aku buat jugak jenis proposal yang best2 camni. Bukan ke aku cakap aku suka keunikan? :)

Layan lah ye . . .


Dengan lamaran cara yang macam tu, siapa je yang sanggup kata 'Tidak', tak gitu? Sebab tu lah perlu buat lamaran yang best camni. Haha. Lagipun, itu jugak salah satu cara dia nak buat pasangan dia tu rasa betul2 dihargai. Pergh!

Hari pertama cuti Deepavali

Hands are shaking cold. Your hands are mine to hold.

Sorry for inappropriate introduction. It's nothing but the song's that currently playing can't stop me from typing its lyric. Btw, assalamualaikum....

Kepala aku tengah bengong kejap. Baru 3 jam tido, hormon stress adrenocorticotropin aku termeletup disebabkan dengar suara bapak aku suruh sambung kerja dia. Memang terpaksa bangun sebab penting and benda tu diperlukan dengan segera. Kalau tak, takkan dia nak kejut aku tengah tidur.

Keje yang disuruh sambung tu tak de lah banyak lagi. Tinggal siket je. Sebab tu lah aku bangun kot. And walaupun benda tu dah siap, aku tak suka sambung tidur balik pagi2 camni. Nanti rasa sangat yang hari cuti aku singkat sangat bila bangun lepas tengahari, then dah tiba malam, then dah tidur. Macam tak de life je aktiviti hari-hari camtu.

Semalam balik dari kedai tengok bola pukul 1 tepat. Walaupun MU kalah memalukan, rasa puas tetap ada sebab QPR menang lawan Chelsea. Hoahoahoa! Then balik-balik ngaap tenet jap. Oleh kerana nothing interesting, aku pun macam nak tutup PC tapi tak sampai hati. Then kene panggil suruh buat jadi setiausaha bapak aku jap, menaip. Pkul 5 lebih baru siap kot. Sebab tu lah aku kata 3 jam je tidur.

Tapi tadi Shafiq ajak aku keluar berfoya-foya minum abc, pastu nak gunting rambut, pastu nak beli ice blended. Saje lepas stres. Exam tak habis lagi. Mesti bosan cuti ni. Oleh kerana dijangka cuti ni akan menjadi cuti yang membosankan, aku dah plan nak study Bio ngan Physic betul2. Bosan! Kalau ajak Dzul buat studygroup pun bagus jugak nih. Wah!





Lepas je aku tulis pasal Dzul, aku yang duduk kat meja beranda luar bertemankan mak aku yang tengah kopek bawang putih, motor Dzul pun masuk dalam rumah aku. Memang bagus sangat lah tu.

Penulisan blog aku pun tergantung. Ni aku sambung balik lah ni. Kalau tak dari pagi tadi aku da publish. Memandangkan Dzul dah datang, terus aku ambik 7 daripada 8 buah buku biology bawak keluar and tengok soalan lepas2. Lepas dah bosan sikit, aku bukak pulak courseware Physic form 4 yang aku ambik kat cikgu. Tengok subjek lense. Boleh la kot paham sikit2. Lagi2 Dzul yang pro tu ada. Hahahahaha.

Lepas tu aku pun tidur sebab bosan sangat sebab tunggu mesej dari Shafiq tak sampai2. Sampai lah aku disegarkan dengan call dari rumah. Shafiq la tu. Dia dah bising2 sebab aku tak sampai2. Haiya, gua tidur maa. Lagi satu, if any of you ever want to text me, to make sure that I've read the message, make sure that you got any response message afterwards from me even it's only a letter of 'K'. Aku selalu pelik, kenapa orang tak nak dapatkan confirmation yang sepasti-pastinya? Hohoho!

Bila aku sampai je, ABC diorang da habis. Dah 1 jam katanya menunggu. Maaflah. Tak sengaja. Aku tak makan ABC sebab hujan. Tapi lepas hujan benti, aku ajak beli ice blended pulak. Oleh kerana dekat taman ada budak perempuan, kitorang pegi lah satu tempat yang famous sebagai 'resort' and aku saje main ambik2 gmbr. Dah lama rasanya tak ambik gmbr guna bini kedua aku tu (yang pertama phone sebab selalu ada di sisi walaupun tak berbunyi).






Tapi plan aku untuk gunting rambut tak kesampaian. Mungkin esok atau malam ni ke. Tengok lah. Papepun, kaki gua makin banyak masalah dia. Wua! Assalamualaikum....





P/s: SORRY BUANG MASA ANDA YANG MEMBACA

tag jugak

Miss Farhah main tag tag semalam semalam. Haha. Aku memang suka tulis 'Haha' agaknya. Bila aku tulis tu, maknanya aku saje nak penuhkan ruang entry post tu.  Macam ni. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahaha

Mari mulakan.
.


  • De' Rules :
  • You must post these rules
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back !
  • No stuff in the tagging section about "You Are Tagged If You Are Reading This" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honestly) have to tag 11 people
  •  


  11 things about me
-Crazy with science
-Nature lover
-Only wash the plate/bowl but not the spoon after eat
-Ranidaphobic
-Love experiments
-Tak suka ikan semilang/keli/taugeh
-Just FYI, I'm not K-pop addicted tapi just layan sikit2 je.
-Suka benda unik tapi bukan yang melampau
-Suka main gitar lagu sentimental dan Muse. Woahaha!
-Tak dengar lagu baru2. Suka dengar lagu yang orang tak dengar sangat/tak popular.
-Benci melukis dan buat kerja-kerja seni tapi suka mengagumi hasil seni.

Next, 11 questions to be answered

  • who's your fav teacher ?
LOL! Generally, all science teachers.
  • who's your very special person ?
 Family and friends generally. Specifically, no comment. Woahaha!
  • which one do you prefer ? fashion or book ?
Neither. But if I had no other choice, I'll choose book then. Fashion's not important.

  • choose to being selfish or hurt ? reasons ?
Sometimes both but more to hurt. I don't want others to feel what I think they might feel if I'm being selfish.
  • black or white ?
How can you ask this? I love both. Black, white and blue are just the perfect colour combination.
  • what's song u think its describe your personality ? why ?

  • do u like math or English ?
English. It doesn't need a tricky calculation.
  • am i cute ? duh!! how you judge others big, ugly and messing room ?
LULZ janganperasan! *gurau je. If their room is bigger, tidy and nice room, then it's better than mine.
  • what's your quotes ? i mean, fav quotes.
Nothing is impossible in this world.
What differ us with others is what we use our 24 hours in a day for.
  • who's your best buddy ? why ?.
All I've ever known especially Shafiq, Khalid and Nain. At most of the time, me and Shafiq have the same thoughts. So I can guess what's in his mind precisely when he ask "Kau fikir tak apa yang aku fikir?" or any other question about him.
  • are you into Korean, Japanese or Malaysian ? for Malaysian, proud to be eh ?
Malaysian. Love our culture. And I love Malaysian songs too because I can directly understands what the lyric means.

11 questions from me.

Favourite sports?
What language you can speak well in?
Your favourite song of all time?
Minat tak Muse atau Secondhand Serenade? Hahaha. No la, your fav band/artist.
What recipe you can cook well?
Orang yang paling anda sayang secara spesifik selain keluarga?
Who's the person you miss right now?
Genre lagu yang paling diminati?
Dah makan ke belum?
Oh I'm hungry sekarang. Belanja makan bole?
Solat 5 waktu cukup tak? Jangan bohong. Hahaha!
Apsal bau busuk ni? Dah mandi ke belum?

Orang yang kene tag.

Fathiah Khairuna
Aina Farzana
Quratul Ain
Mark Zuckerberg
Barrack Obama
Fasha Sandha
Faizal Tahir
Matthew Bellamy
Steve Jobs (eh, sorry dah mati)
Bill Gates
Mak Cik Kiah jiran sebelah





Sorry tak link kan. Hahaha.

Baby Panda yang comel!

Pertama, kepada Athirah dan Din, jangan jeles. Panda ni comel woo! Hahaha













Memang comel gila kan? Haha!

Let's rest our mind, friends

Sound test satu dua tiga.. Sound test satu dua tiga. Sound test lagi satu dua tiga empat li... err, lupa lah.

Aku nak happy (walaupun aku dah lama happy) kejap sebab sekolah aku cuti suda wey! Woooh! Tolong lah gembira untuk aku sekali. Jarang tu dapat cuti. Masa budak PMR pun aku tak dapat cuti. Sedih bonar la!

Yang pertama perkara menggembirakan aku, subjek Reka Cipta aku tak gagal. Hoho! Happy la wey... Bukan tak gagal je, malah dapat gred B+ tu. Pretty close to A-. Walaupun tak dapat A-, tapi aku dah cukup lega sebab dah dapat markah. Maknanya, tak la subjek tu gagal untuk final exam. In a better time, insyaAllah A lah tu.

Aku happy lagi sebab subjek kegemaran tetapi mencabar lagi menakutkan yang pertama dan kedua telah berlalu. Add Math dengan Kimia lah. Pergh! Memang tak lah aku nak dapat A- untuk add math macam yang aku target. Susah ley kertas dua tu. Kalau ada miracle, dapat lah gred B. Huhu.

Dan tadi, berakhir jugak exam kimia keseluruhannya. Tadi kertas 3 kimia and kertas 3 physic. Semalam aku tidur awal pukul 10 dengan sasaran nak bangun pagi. Tapi aku tak mengharap pun dapat bangun pagi sebab sebelum ni set alarm pukul 2-4, tak de pun aku nak bangun. Haha.

So semalam alarm tak set. Then dari bilik, aku cari tempat yang tak selesa sebab tak de lah lena nanti tidur tu. So sofa yang pendek menjadi destinasi pilihan. Sampai lah pukul 3 ayah aku kejutkan suruh tidur betul2. Dia nak ke tandas tu. So aku bangun lah then aku jawab, 'Tak pe jap lagi nak baca buku jap'. Maka aku pun minum lah air 3 teguk 100 plus untuk segarkan mata and terus ambik 10 buku kimia+physic bersama nota-notanya beserta netbook untuk usha2 contoh soalan kat web pulak. Wah! Memang menyusahkan betul.

Dan biasalah, Mohd Norazam bila study memang bersepah. Tu baru study. Kalau buat kerja benda yang lukis besar2. Memang lagi bersepah la. Dan meja kecik anak sedara aku jadi mangsa. Hahaha.
So sampai pagi lah aku study benda tu. Sampai satu tahap bila aku bosan da habis study, aku ambik gitar and main walaupun jari tak mengizinkan pagi2 buta tu. Tak de lah buta sangat sebab pukul 6 pun masa tu. Keputusan untuk tak tidur memang tepat sebab kalau aku tidur, terpinga-pinga lah aku nak jawab.



Alhamdulillah, apa yang disoal boleh jawab walaupun salah study. Nasib baik lah sempat lagi usha2 yang tersalah tu dalam masa 10 minit. Keluar pulak tu soalan dia. Hahaha. And aku rasa semua boleh mengaku yang kertas 3 kimia tadi memang senang. Fuh!

It made me think,
Isn't it nice if everyday is an exam day so that I will always do like what I just did since couple hours ago till now?
Next target is to study the relationship between school holiday and study for subjects on the next week. Kepada kawan-kawan yang membaca ni, keep fighting ye. Good luck untuk buat yang paling best! Selamat bercuti! Assalamualaikum...








Tau kenapa aku tak study kat meja study aku? First sebab tak terang. Second sebab tempat tu sekarang bertimbun-timbun dengan beg-beg, buku-buku and kertas kertas. Cuti esoklah aku kemas.


And that's what happen when the cermin no longer be able to give its service as a cermin completely. Sebab kat situ ada gambar, ada gambar, kad raya, kad raya, kad raya lagi and gambar lagi. Kad tu dapat masa raya yang lepas (dapat 3 je kita). Yang dua gambar atas tu gambar budak kecik. Sape tah dia. Masa tu umur dia 9 tahun darjah tiga. Hoa hoa hoa! Kolakar bonar lah gambar dia. ;-)

Exam sedang dihadapi

jraehlaskjfhasdljfkjloieag3809499hqgpoh4g0apf'g0
}QHga'0gH"GH"H

That's what happen when you feel nothing's fun to do. Wua! Gua tengah exam sia. Baru ingat nak score banyak A final exam ni. Tapi dua subjek dah buat spoil. Satu, subjek kegemaran budak2 ni. Tak perlu lah aku nyatakan nama subjek tu. Nanti ada pulak stalker yang takde life tu orang yang nak mengadu pasal benda yang dah jadi sejarah. Haa.. Pasal sejarah, satu lagi subjek ialah sejarah. Aku tak dapat study sejarah hari tu sebab buat tugasan yang dah sah-sah kene tolak markah. Pergh!


Oleh sebab itu, aku rasa aku dah lepaskan dua subjek tu berlalu pergi je. Hahaha. Aku sebenarnya lapar ni (ada kene mengena tak). So for the upcoming subjects, I'll try to do yang paling good lah. Especially subjek sains like Chemistry, Physic, Biology (Bio awak boleh dapat A ke?) dengan Add Math. Kali ni aku optimis untuk dapat A- or at least B for add math. Waah! Tak salah rasanya nak motivasikan diri untuk bagi semangat buat yang terbaik, ye tak?

Tadi paper Math. Perh, banyak kot aku tak tau. Rasa sakit hati membuak-buak bila soalan objektif yang dia bagi, macam tak de jawapan. And the students are not informed about this. Tau apa akibat dia? We'll spend time like 5 minutes or even more trying to solve the question over and over again end up with different answers than the answers provided and try again assuming that it's our careless step. Tambah lagi pulak dengan budak2 pompan form 2 yang menjerit-jerit macam orang gila time diorang rehat. Wahlawey! Masa tu dalam hati aku cakap

"Kalau aku dapat budak pompan yang jerit-jerit tu sekarang, aku pijak dia, aku letak tapak kaki kanan aku kat dagu dia, tapak kaki kiri kat perut dia masa dia terbaring sambil kata kat dia 

'Mak kau kat rumah suruh kau pegi sekolah memang suruh jerit-jerit eh? Kau tak tau kan kitorang ade exa? Ni aku bagitau kau la ni. Tapi terpaksa la dengan cara macam ni, sebab memang style aku. Sorry tau.'

Baru puas hati aku"

Hebat tak tahap imaginasi aku? And hebat tak cerita aku? Monolog dalam monolog. Aku pun tak tau macam mana boleh jadi macam tu.

Kepada kawan-kawan yang membaca, good luck kepada anda ya. Buat betul-betul k. Dan ingat, jangan meniru tau. Hehe. Itu saja. Bosan kan ucapan aku? Haha. Dah lah. Assalamualaikum...

Woah! Tangan aku!

Assalamualaikum. Aku tengah ngantuk ni. Hearh!

Kat sekolah dah start exam (tu pun nak bagitau). Tapi aku ada masalah problem yang begitu ketara ni kot.
Aku masih tak hantar lagi folio subjek paling kegemaran aku =.=!. Oleh itu, aku tak boleh study yang lain dulu. Bila dah hantar, baru boleh study yang lain dengan aman.

Then, aku nak perbetulkan balik sistem tidur aku. Sebelum ni kalau aku tidur lambat malam tu, maknanya petang dah dapat tidur. Tapi petang pun buat keje, jadi malam nak tidur awal pun memang tak dapat la sebab ada keje yang belum bereh!

Then, masalah sekarang ialah, jari aku luka. Kalau satu jari tak pe gak, ini dua. Kalau jari tak penting tak pe gak, ini melibatkan ibu jari. Kalau tangan kiri tak pe gak, ini tangan kanan. Wua! Kat sekolah and kat rumah, kadang-kadang tetiba je dengar aku jerit kesakitan 'ADUH!'. Aiya, camane sia gua nak menulis esok. Dah la kertas BM. Nak menulis and berfikir dah la aku memang malas. Tapi sebelum ni dah terpaksa je. Argh! Seteress bebenor betul la. Sampai makan pun terpaksa guna sudu. Poyo betul lah!

Papepun, aku sekarang nak proceed dengan kerja aku tu. Pastu aku nak tidur dengan aman dan damai. Pastu aku nak terus study sejarah smpai tahap nazak. Wuaa lagi! Sedih gila. Belajar 10 bab macam tak belajar pape je. And again, sorry that this post tak de gambar. Hahaha! Assalamualaikum......

Lagu paling BEST dan paling susah nak hafal! =.=!

Dengar lah sendiri. Oleh kerana lirik dia begitu susah nak dihafal, aku nak tulis pun susah sangat. Try lah hafal. Aku tak tau kenapa aku tak bole.

Bukan tu je, lagu ni kalau ada anugerah antarabangsa pun semua dia boleh bolot sebab best sangat. Haih...

Jawapan-jawapan untuk soalan-soalan paling sengal! =.=!

Assalamualaikum... Maaflah, saya tak rajin nak bukak blogger.com sangat. Hehe. Papepon, enjoy....


1)bile org nampak ko baring tutup mate
s: ko tidur ke?
j:tak la,aku training mcm mane nk mati nnt..
... ... ...
2)Imagine ko bwk tv ko yg rosak jmpe technician suro repair,die msti tnye gak:
s: nk repair tv ke?
j:tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.

3) time ko bgun tido,terus si bodo tnye ko:
s:ko da bangun?
j:ish,aku tgh tdo smbil jln la bodo~

4)kwn ko call tepon rumah ko:
s:mne ko?
j:sini,kt bus stop!!!

5)diorg nmpk ko kuar dr bilik mandi basah2:
s:ko bru mandi ke?
j:mana ade,aku jatuh dlm lubang jmban td!

6)ko di dlm toilet,pintu berkunci,ade gk org ketuk pintu n tnye:
s: ada org x?
j:(*suare kiut) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!!bikin panas itu soalan! ==" ~